Resipi Rendang Mak Mah (3Kg Daging)

Bahan Kisar

  1. Lada Kering 40 biji
  2. Bawang Merah 4 biji
  3. Bawang Kecil 10 biji
  4. Bawang Putih 7 Biji
  5. Halia 2 ibu jari
  6. Belacan 2 ibu jari
  7. Kunyit 2 ibu jari
  8. Lengkuas 2 ibu jari
  9. Serai 9 batang
  10. Buah Keras 6 biji

Bahan-bahan lain

  1. Kerisik 100G (3bungkus)
  2. Gula Merah 1 Batang
  3. Santan 1750g
  4. Daun Kunyit (hiris)
  5. Daun Limau Purut (hiris)
  6. Asam Keping 4 keping
  7. Garam/ Maggie Cukup Rasa
  8. Gula Putih
  9. Daging 3 kg

Cara Memasak:

  1. Rebus bahan kisar sehingga menggelegak.
  2. Masukkan daging. Rebus sehingga daging empuk.
  3. Masukkan santan dan kerisik.
  4. Perisakan dengan garam/gula putih/gula merah/maggie cukup rasa.
  5. Masukkan asam keping.
  6. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  7. Sedia untuk dihidang.

Speak Your Mind

*