Tips Makan di Luar bagi Pesakit Buah Pinggang

Antara Tips Makan diluar bagi Pesakit Buah Pinggang adalah:

  1. Kawal Sumber Protein
  2. Kurangkan pengambilan Potasium
  3. Kurangkan pengambilan fosfat
  4. Sekatan pengambilan cecair

 

TIPS BIJAK Untuk Diet Ginjal Yang Sihat Semasa Makan Di Luar

Makanan Untuk Dipilih  Makanan Untuk Dihadkan
Nasi putih kukus Nasi goreng, Nasi minyak, Nasi beriani
Mi sup, Kuey teow sup, Mihun sup
*Dengan pengambilan kuah sup yang minima
Mi goreng, Kuey teow goreng, Mihun goreng, Mi kari
Capati, Idli, Tosai
*Dengan kuah berasingan/ pengambilan kuah yang minima
Roti canai, Naan bermentega, Murtabak
Roti, Ban biasa, Roll (tanpa garam) Roti, Ban, Roll berinti/ berkrim
Krim-kraker biasa, Biskut (tanpa garam) Biskut mentega, Biskut coklat, Biskut berkrim
Ikan, Ayam, Daging tanpa lemak ( cara masakan bakar/ panggang/ kukus) Ikan masin, Daging diproses/ diawet, Ikan/ Ayam yang dimasak sekali bersama kuah yang berkrim atau sos yang masin
Buah-buahan segar, Fruit platter Rojak buah dengan kuah, Pasembur
Agar-agar biasa, Pastri, Pencuci mulut berasaskan buah-buahan segar, kek biasa, kuih (apam kukus) Puding, Pencuci mulut dan Pastri yang mengandungi kacang, kelapa, susu, coklat dan karamel
Teh cina, kopi, air kosong & minuman tidak bergas Susu kocak,(smoothies), teh tarik, minuman bergas