Adakah anda kategori gemok? kurus? ataupun obesiti? Cara untuk mengetahui kategori seseorang adalah dengan membuat pengiraan BMI.
Seorang ahli matematik dari Belgium, Adolphe Quetelet telah mengilhamkan satu formula dikenali sebagai body mass index (BMI).Ianya diwujudkan pada tahun 1832.
BMI digunakan untuk menilai berat badan seseorang berbanding tingginya. Untuk melengkapkan formula ini, sesorang itu perlu mengetahui berat dan tinggi sahaja.
Ini adalah kategori BMI yang digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan
BMI antara 18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan unggul
BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan
BMI antara 30 atau lebih = Obes
Formula mengira BMI
Berikut merupakan formula yang betul untuk kira BMI
cara kira bmi
Contohnya:
Berat badan: 90kg
Tinggi: 1.9m
1.92 = 3.61
90 bahagi 3.61 = BMI adalah 24.93
Selamat Mencuba!