3 perkara yang perlu dilakukan di awal tahun baru ini:
1. Rancang kerja untuk tahun baru
Biasanya diakhir tahun, staf perlu mengisi prestasi kerja tahunan (lnpt/SKT). Untuk memudahkan pengisian diakhir
tahun nnt, rancanglah pada awal tahun ini. Lakukan perbicangan bersama ahli kumpulan, bos dan rakan sekerja. Ianya akan meningkatkan produktiviti anda dan syarikat anda di tahun baru ini.
2. Rancang cuti tahunan
Kadang-kala ramai yang tidak ambil berat tentang perkara ini, kerana terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Namun, ada baiknya cuti tahunan ini dirancang di awal tahun. Cuti ini akan mengurangkan stress di tempat kerja malah ianya akan membuat kita lebih rapat bersama keluarga tersayang.
3. Rancang Kewangan tahunan
Rancang kewangan di awal tahun memudahkan pergerakan dan perbelanjaan tahunan kita samada perbelanjaan rumah, sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Senarai segala perbelanjaan bulanan dan pastikan ianya mencukupi dengan gaji bulanan anda.
Salam Tahun Baru!