Ini adalah kisah bagaimana kematian seekor anjing itu, tanpa diduga telah menyebabkan kematian 3 orang manusia berturut-turut.
Kejadian tersebut berlaku pada waktu malam di tengah-tengah ibukota Argentina yakni di bandar Buenos Aires. Ia bermula apabila seekor anjing peliharaan baka Poodle, terjatuh dari balkoni sebuah apartmen yang tingginya 13 tingkat.
Anjing yang diberi nama Cachi itu terjatuh dan telah menimpa kepala seorang wanita 75 tahun bernama Marta Espina. Kedua-dua anjing dan wanita tua malang itu mati serta merta di tempat kejadian.
Seterusnya, seorang wanita bernama Edith Sola berumur 46 tahun, telah dilanggar oleh sebuah bas ketika sedang melintas jalan untuk membantu dan melihat kejadian tersebut dengan lebih dekat. Beliau juga mati di tempat kejadian.
Akhir sekali, seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya, melihat kedua-dua insiden tersebut dan mengalami serangan jantung. Beliau juga menemui ajal di dalam ambulans ketika sedang dalam perjalanan ke hospital.
*Gambar lokasi kejadian
References:
“Three dead after dog falls 13 floors” (1988, October 24). The Canberra Times (ACT : 1926 – 1995), p. 1.
Credit: Shahmil Hafiz Syed Kamaruddin