Hikmah Disebalik Peristiwa Gerhana Ciptaan NYA

Hikmah Disebalik Peristiwa Gerhana Ciptaan NYA

Dalam kitab النفحات المكية في الفوائد الفقهية menyebutkan bahawa alam yg wujudnya matahari bulan ini adalah satu nikmat dari Allah.

1-Apabila berlakunya gerhana, ia sebagai satu surat dari Allah bahawa nikmat tersebut akan berakhir jika tidak disertai dengan syukur.

2-Gerhana matahari berlaku 2x pada zaman baginda Nabi. Salah satunya bertepatan dengan hari kematian anak baginda Saidina Ibrahim. Apa saranan Nabi:
فافزعوا إلى الصلاة
((Bersegeralah untuk solat))

Bersegeralah bina hubungan dengan Allah semula..bertaubatlah..itulah makna tersiratnya

3- APAKAH HIKMAH BERLAKUNYA GERHANA MATAHARI

  • Berkata Ibnul Imad: “Menakutkan hamba-hamba kerana cahaya matahari ditahan. Untuk semua kembali taat kepada Allah. Ini kerana apabila nikmat ini disekat, maka tidak akan tumbuh tanaman, tidak akan kering buah-buahan dan terhasil proses penuaian.
  • Juga dikatakan .Sebabnya kerana tajalli (menampakkan keagungan) Allah ke atas sesuatu melainkan akan tunduk seperti bukit yang tunduk (dalam kisah Nabi Musa minta untuk melihat Allah)
  • Dalam kitab حكمة التشريع والفلسفة oleh Syeikh Ali Ahmad Al-Jurjawi Rahimahullah : Apabila pergerakan bulan matahari ini tersekat, maka akan berlakulah mudarat atau akan hancurlah manusia atau akan cacatlah sistem kehidupan manusia.

APA YANG PERLU KITA BUAT

  • Perbanyakkan doa dan merintih kepada Allah terhadap ujian yang menimpa khususnya keatas kaum muslimin
  • Tunduk dan takutlah kepada Allah
  • Panjangkan solat sehingga hilang peristiwa gerhana

KENAPA PERLU MERINTIH dan SOLAT

Ia sebagai salah satu langkah tawasul kepada Allah agar memelihara kita dari terkena sesuatu yang tidak disukai dan menolak segala kemudaratan.

Kita menzahirkan segala kehinaan dan tunduk diri kepada Allah dan menambahkan keyakinan bahawa Allah jualah yang berkehendak apa yang DIA mahu.

Wallahualam.
Suntingan dari kitab النفحات المكية dan حكمة التشريع

Credit: Abu Abbas Sidqi