Pening kepala dibuatnya jika tanaman kita di serang seranga seperti Lalat putih, ulat bulu dan Mealy bug. Mahu gunakan Racun Kimia mahal, lagi satu asbab tak suka guna racun kimia sebab akan mencemarkan alam sekitar dan merosakkan ekosistem semula jadi alam.
Untuk kendalikan racun kimia itu sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya?
Tahu tak bahawa racun organik wujud dalam pasaran ? Kita boleh beli racun organik sendiri atau jika inginkan cabaran, boleh buat sendiri. Mudah sahaja.
Jadi Admin majalah ilmu pun mencari resipi buat racun organik di rumah. Akhirnya jumpa satu untuk saya kongsikan resipi membuat racun organik.
Jom admin Majalah Ilmu kongsikan Cara kaedah yang betul membuat racun organik.
Bahan A:
- Bawang putih – 1 labu
- Cili padi – 6 biji
- Air – 500 mL (satu botol minuman biasa)
- Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
- Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
- Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh
Alat:
- Penapis
- Penyembur – 1.5 L
Cara buat:
- Kisar semua bahan A dalam pengisar (blender).
- Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
- Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
Cara guna:
- Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
- Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
- Goncang sehingga semua bahan sebati
- Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
- Jika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.
Nota kaki: penggunaan bahan racun kimia memberi kesan sampingan terhadap badan manusia. Dengan penggunaan bahan2 organik dapat membantu manusia daripada bahaya.
Credit: majalahilmu.com