Otak merupakan organ paling sukar untuk dikawal lebih-lebih lagi jika kamu mahu relaks dan kekal fokus. Ini kerana minda kamu sentiasa ‘bekerja’ tidak kira secara sedar atau separa sedar. Mungkin pemikiran kamu tengah serabut memikirkan hal kerja dan tugasan penting yang perlu disiapkan, tapi masih sukar untuk kekal fokus. Tip meditasi ini boleh bantu minda kamu kekal cerdas!
Cuba: Relaxing Breathing Technique
Selalunya masuk saja pukul empat petang, pasti otak kamu sudah tepu dan tidak terdaya untuk berfikir lagi. Ini kerana minda kamu sudah letih bekerja. Peruntukkan tiga minit untuk kamu ‘restart’ minda. Bancuh teh atau kopi panas dan duduk di atas kerusi kamu. Dada menegak, tangan di sisi dan pejamkan matamu. Tarik nafas perlahan-lahan selama lima kiraan, tahan nafas selama tiga saat kemudian hembuskan dengan perlahan selama 10 kiraan. Ulang untuk tiga minit. Kamu boleh lakukan teknik ini setiap kali kamu berasa letih, lesu dan mengantuk. Mengapa? Penyebab utama kamu letih dan mengantuk adalah kerana oksigen kurang dalam otak dan dengan belajar untuk mengawal pernafasan, ia berikan isyarat kepada otak kamu untuk bertenang dan menjadi lebih produktif.
Cuba: Take Power Nap
Tidur di pejabat tidak bermaksud kamu pekerja malas dan tidak produktif (berbeza jika kamu tidur berjam-jam dan tidak lakukan kerja, okey). Power nap sebenarnya adalah penyelesaian terbaik untuk recharge tubuh dan minda. Tapi ingat! Tempohnyap hanyalah di antara 10 ke 15 minit (tidak lebih daripada itu). Dan janganlah pula kamu ambil power nap setiap satu jam. Itu umpama sengaja mencari alasan untuk bermalas-malasan di tempat kerja.
Credit: cosmopolitan.my