Jika 5 Bunyi Ini Keluar Semasa Memandu Kereta, Itu Petanda Kenderaan Anda Ada Yang Rosak.

1. Ekzos kereta mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

2. Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek

Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.

3. Bunyi nyaring dari bahagian bonet

Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!

4. Bunyi ketukan di bahagian tayar

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.

5. Bunyi seperti siulan terutamanya ketika pusing di selekoh

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak!

Nota kaki: Amalan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan anda sebelum perjalanan boleh memastikan kenderaan anda selamat digunakan dan menyelamatkan nyawa orang tersayang.

 

Credit: majalahilmu.com

Speak Your Mind

*