Untuk menjadi lebih produktif dan gembira, kamu perlu menetapkan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk bercuti atau berehat. Tak perlu peruntukan bajet sehingga ribuan ringgit, lokasi yang Cosmo cadangkan ini hanyalah disekitar negeri-negeri selatan tanah air.
Terletak di Desaru, Johor, perjalanan mengambil masa lebih kurang lima jam memandu dari Kuala Lumpur. Desaru Coast Adventure Waterpark baru sahaja menyambut ulangtahun pertama sejak pelancarannya pada tahun lalu.
Sesuai untuk percutian bersama keluarga dan si kecil, ia tampil dengan lima zon bertema iaitu Kids Ahoy, Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef dan Tidal Wave Beach. Berkeluasan sehingga 25 ekar dan mampu menampung kapasiti sehingga 12,000 pengunjung, menjadikan Desaru Coast Adventure Waterpark antara taman tema air terbesar di dunia!
Sempena meraikan ulangtahun pertamanya, kamu boleh menikmati diskaun pembelian tiket dengan harga hanya RM258 untuk empat keping tiket sehingga 20 Julai ini.
Hard Rock Hotel, Desaru Coast
Bercuti bak bintang rock! Hard Rock Hotel Desaru Coast adalah rangkaian Hard Rock Hotel terbaru di Malaysia. Terletak bersebelahan dengan Desaru Coast Adventure Waterpark, ia memiliki 365 unit bilik dan suite yang setiap satu dilengkapli dengan katil Signature Sleep Lika a Rock yang sangat selesa serta pilihan playlist lagu The Sound Of Your Stay.
Cosmo sukakan rekaan dalaman dan luarannya yang moden, stylish, bilik air yang luas dan servis yang bagus! Yang penting, gel mandian dan syampu perapi daripada Rock Spa sangat wangi. Love them!
Rosa Hotel & Resort, Melaka
One of the most relaxing hotels we have ever been! Tampil dengan rekaan contemporary industrial, Rosa Hotel menjanjikan penginapan yang sangat selesa.
Cosmo sukakan hiasan dalaman dengan sentuhan Eropah yang moden dan Instagrammable. Cosmo yakin kamu pasti jatuh cinta dengan setiap sudut dan ruang hotel ini.
It feels like home, definitely. Hiasan bilik yang minimal dan aturan perabot yang kemas membuatkan bilik kelihatan sangat luas. Rasanya untuk kamu yang kerap travel ke Melaka, Cosmo sarankan 100% untuk kamu menginap disini. Hilang rasa penat lelah kamu.
Credit: cosmopolitan.my