Archives for March 2020

Lepas kangkung, kini kunyit pula dikatakan boleh ubati Covid-19?

Tiada bukti saintifik kunyit boleh mencegah daripada Covid-19.

Kunyit baik untuk kesihatan, ini memang sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya.

Namun, adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menular?

Walaupun jumlah mereka yang berjangkit melebihi 75,000 individu, namun pihak berkuasa China boleh menarik nafas lega berikutan 23,000 daripada pesakit wabak tersebut telah disahkan sembuh.

Bagaimanapun ia tidak bermakna langkah pencegahan tidak perlu diambil.

Jika tiada usaha yang diteruskan untuk membendung wabak ini, jumlah mereka yang dijangkiti akan terus meningkat bersama dengan jumlah kematian.

Kunyit telah diuar-uarkan di sebuah pusat pengajian di Indonesia sebagai salah satu herba yang boleh melawan jangkitan Covid-19. Adakah ia benar?

 

Betul ke kunyit boleh cegah Covid-19?

Kunyit hidup bukanlah satu bahan masakan yang asing lagi.

Namun, jika dikaitkan dengan wabak virus novel korona yang melanda, jawapannya sama dengan sayur kangkung yang dikatakan boleh mengubati wabak tersebut.

Tiada kajian yang menunjukkan bahawa ia berkebolehan untuk berbuat demikian.

Jadi bagaimana boleh timbulnya ura-ura ini? Berita berkenaan dengan kebolehan kunyit ini tersebar berikutan penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah biologi molekular dan biokimia Chaerul Anwar Nidom di Universiti Airlangga (UNAIR).

Setakat ini, tiada dapatan yang telah dikeluarkan secara rasmi dan menurut Nidom, persoalan wabak tersebut mungkin tidak akan terjawab memandangkan kajian beliau berlangsung sebelum wabak virus tersebut menular.

Namun begitu, ini tidak bermakna herba tersebut tidak boleh menghalang jangkitan Covid-19 daripada berlaku.

Terdapat banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.

Antaranya adalah kunyit berupaya untuk menangkis fenomena ribut sitokin yang sering berlaku pada mereka yang dijangkiti oleh virus.

Ribut sitokin adalah keadaan di mana tindak balas sistem pertahanan badan terhadap penceroboh seperti bakteria dan virus berlaku pada paras yang sangat tinggi.

Penghasilan bahan kimia tersebut boleh menyebabkan proses keradangan berlaku di serata tempat dan menghalang tisu dan organ seperti paru-paru berfungsi dengan betul.

Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan simptom yang teruk, malah kematian.

Kebolehan kunyit hidup dalam menghalang perkara ini berlaku telah pun dibuktikan melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2014.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan kunyit boleh menghalang penghasilan sitokin IL-6 dan IL-10 yang menjadi kunci kepada proses keradangan.

Ia juga merupakan bahan yang mempunyai fungsi antiviral yang sangat luas di samping selamat untuk diambil pada dos yang tinggi.

Banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.

 

Khasiat kunyit untuk kesihatan manusia

Kunyit mengandungi bahan yang dikenali sebagai kurkumin.

Ia memberikan warna kuning kepada kunyit dan merupakan komponen bioaktif utama dalam memberikan kesan positif terhadap proses fisiologi di dalam badan.

Kebanyakan herba seperti kunyit hidup, temulawak dan halia yang mengandungi kurkumin tumbuh di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Di negara-negara Eropah, kunyit sering digunakan untuk mewarnai kain dan produk pakaian manakala di Asia pula, kegunaan herba tersebut lebih tertumpu sebagai bahan masakan.

Selain daripada menjadi bahan penting untuk resepi masakan tertentu, kunyit mempunyai kebaikannya yang tersendiri daripada sudut kesihatan.

Kurkumin yang terkandung di dalam kunyit mempunyai keupayaan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser.

Kebanyakan ahli akademik giat melakukan kajian makanan herba terhadap risiko untuk mendapat kanser.

Bukan sahaja kurkumin berkesan dalam merencat pertumbuhan sel kanser, ia juga boleh menghalang pembentukan salur darah baharu yang membekalkan nutrisi kepada sel tumor.

Kajian yang dijalankan di Universiti Illinois, Chicago pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa bahan bioaktif yang terdapat pada kunyit boleh menghalang pertumbuhan kanser kolorektal.

Jika bahan yang mengandungi kurkumin diambil sebanyak 4g sehari, kadar penurunan risiko kanser usus besar meningkat kepada 40%.

Ia merupakan satu langkah pencegahan yang mudah terutamanya bagi orang Asia memandangkan kunyit sering digunakan dalam masakan.

Kunyit juga berupaya untuk menggalakkan pertumbuhan sel saraf baharu bagi mengelakkan berlakunya masalah degeneratif otak seperti penyakit Alzheimer.

Pengambilannya pada kadar saranan boleh mempengaruhi kekuatan memori.

 

Kunyit boleh halang penyebaran virus korona?

Tiada kajian yang menunjukkan, secara objektifnya, kunyit berupaya untuk menghalang penyebaran virus.

Namun, itu tidak bermakna ia tidak boleh menghalang berlakunya jangkitan terhadap individu yang mengambilnya secara kerap.

Kekuatan sistem pertahanan badan memainkan peranan penting dalam menghalang berlakunya jangkitan.

Terdapat banyak herba yang mampu memperkukuhkan fungsi sistem imun individu.

Ini termasuklah kayu manis, teh hijau dan kunyit.

Setakat ini, pelbagai jenis kajian telah menunjukkan kurkumin berupaya untuk menghalang berlakunya jangkitan oleh virus hepatitis, virus Zika dan virus influenza.

Namun, pemberian kepada pesakit bagi merawat atau menghalang berlakunya jangkitan tanpa penjelasan saintifik yang kukuh dianggap tidak beretika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggalakkan setiap individu untuk mencuci tangan menggunakan air dan sabun sebagai langkah utama bagi membasmi Covid-19.

Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  • Pakai topeng muka sekiranya anda sakit dan perlu keluar ke kawasan awam
  • Amalkan etika bersin/ batuk yang betul
  • Jangan mengambil makanan eksotik seperti daging ular, kelawar ataupun tenggiling
  • Jika anda mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan

Mungkin ada yang beranggapan bahawa kunyit dapat melindungi individu daripada Covid-19.

Namun masih tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan ia mampu berbuat sedemikian.

Amalan mencuci tangan secara kerap masih lagi menjadi saranan utama badan kesihatan global bagi mencegah penyebaran wabak virus novel korona.

Cantik tanpa solekan, 10 buah ini terbaik untuk rawatan kulit dari dalam

Untuk mendapat kulit yang menawan, lembut dan lembap daripada apa yang anda makan tanpa menggunakan solekan ada beberapa faktor yang mempengaruhi kulit menawan bergantung kepada apa yang kita guna dan apa yang kita makan.

Sebagai contoh, pemilihan jenis buah-buahan untuk dimakan boleh menjadi satu sumber yang baik untuk kulit yang lebih menawan memandangkan buah-buahan tersebut mempunyai vitamin yang baik untuk kesihatan kulit.

Vitamin C seringkali dihubungkaitkan dengan kecantikan.

Vitamin C adalah salah satu sumber yang penting untuk meningkatkan paras antioksidan manakala vitamin A menghalang proses penuaan dan kemunculan jerawat.

Vitamin E pula menghalang kekeringan kulit, Vitamin B3 untuk merawat kerosakan yang berpunca daripada sinar matahari dan pigmentasi manakala vitamin K berperanan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan parut.

Senaria buah di bawah merupakan 10 jenis buah-buahan yang sangat membantu untuk mendapat kulit yang lebih menawan:

1. Lemon – Vitamin C

Lemon kaya dengan vitamin C, bahan antioksida yang sangat berkesan yang membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan dan melindungi badan daripada kerosakan akibat sinar UV dan pigmentasi melampau.

Lemon secara semulajadinya menganjalkan dan mencerahkan kulit selain membersihkan kulit anda dengan lebih dalam.

Oleh itu, anda disarankan untuk makan lemon sekiranya anda mengalami pigmentasi yang tidak rata, bintik-bintik hitam dan parut akibat jerawat.

2. Betik – Vitamin A, C, B

Betik mengandungi vitamin A, C, B, folat, asid pantothenik dan mineral seperti magnesium dan potassium.

Enzim seperti papain dan chymopapain membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas dan juga sifat antibakteria.

Betik juga baik untuk merawat pelbagai masalah kulit yang lain seperti ketuat, eczema, corns dan tuberkula kulit.

3. Avokado – Vitamin E, A, C, K, B6

Avokado mengandungi kandungan yang tinggi bagi kandungan lemak sihat, serat makanan, vitamin E, A, C, K, B6, niacin, folat dan asid pantothenik.

Avokado juga kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang menggalakkan penuaan sihat dengan melindungi kulit daripada sinar UV.

Lemak sihat yang terkandung dalam avokado membantu keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka.

4. Tembikai – Vitamin C, A, B1 dan B6

Dengan peratusan kandungan air yang tinggi, ianya membantu tubuh badan anda untuk kekal hidrat.

92% daripada kandungan tembikai terdiri daripada air, 7.55% adalah karbohidrat dan 0.4% adalah kandungan gula dan serat.

Tembikai mengandungi vitamin C, A, B1 dan B6, carotenoids, flavonoids dan lycopene dengan kandungan sifar lemak dan tanpa kolesterol.

Tembikai juga kaya dengan asid amino dan lycopene yang membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

5. Timun – Vitamin K, C

Timun terkenal dengan fungsinya yang menghidratkan dan melembapkan kulit.

Timun mengandungi kandungan air yang tinggi yang memberikan kesan penyejukan kepada tubuh badan dengan sifat antioksidannya.

Timun juga kaya dengan kandungan vitamin K dan C serta serat diet.

6. Mangga – Vitamin A, E, C & K

Mangga turut tersenarai didalam jenis buaha-buahan yang baik untuk kulit disebabkan oleh mangga mengandungi kandungan vitamin A, E, C dan K, flavonoids, polyphenolics, beta-karotena dan xanthophylls.

Mangga juga membantu melindungi kulit dan tubuh badan anda daripada kerosakan DNA dan keradangan.

“Body butter” yang terbuat daripada mangga turut menunjukkan sifatnya dalam penyembuhan luka.

7. Delima – Vitamin C, K

Buah delima kaya dengan folat dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, potassium dan vitamin C dan K.

Bukan sahaja bijinya memberi manfaat, malahan kulit dan mebran delima kaya dengan antioksida; yang membantu melindungi kulit daripada sinar UV dan pigmentasi kulit.

Vitamin C juga menyokong sistem imun untuk menjadi lebih kuat dan membantu sebarang cela untuk sembuh dengan baik.

8. Oren – Vitamin C

Oren mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dengan setiap 100 gram oren mengandungi 54 miligram vitamin C.

Melalui kandungan antioksidan, oren membantu menghalang kerosakan akibat sinar UV, kerosakan DNA, kerosakan oksidatif, mengurangkan keradangan serta membantu sintesis kolagen.

9. Pisang – Vitamin A,C, K, E

Pisang kaya dengan serat diet, vitamin A, C, K, E dan folat, dan mineral yang lain seperti magnesium, fosforus, kalsium dan potassium.

Pisang mempunyai bahan antioksida dan antimikrob manakala kulit pisang berkesan dengan baik dalam menghilangkan parut akibat jerawat.

Kandungan potassium yang tinggi didalam buah pisang membantu melembapkan dan menghidratkan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih muda.

10. Epal – Vitamin A, C

Epal membantu membuang radikal oksigen bebas yang berbahaya dengan vitamin A dan C, kalium, magnesium, kalsium dan serat pemakanan.

Kulit epal turut kaya dengan kandungan antioksidan dan digalakkan untuk makan epal bersama-sama dengan kulitnya.

Malic acid daripada epal juga menggalakkan keanjalan dan keremajaan kulit dan memberikan perlindungan terhadap kegelapan kulit.

Terdapat banyak pilihan buah-buahan lain yang mengandungi vitamin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit menawan seperti kiwi, strawberi, bluberi, limau gedang dan jambu batu.

Sayur-sayuran seperti pea, brokoli, Brussel sprouts, kobis bunga dan kale meberikan anda vitamin C untuk pemakanan anda sekiranya anda lebih menyukai sayur-sayuran berbanding buah-buahan.

Jangan terkejut… Berus tandas juga boleh jadi ‘spycam’.

Siapa sangka mereka tergamak letak ‘spycam’ dekat berus tandas.

Semua orang tidak kira kanak-kanak atau dewasa perlu sentiasa mengambil langkah berhati-hati terutama sekali jika hendak ke tandas awam.

Ini kerana macam-macam kejadian boleh berlaku terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah mental sehingga sanggup meletak “spycam” dalam tandas.

Melalui posting @sueannajoe di laman Twitter, dia berkongsi macam mana nak detect spycam dalam tandas especially untuk kaum wanita.

Selepas melihat posting yang viral beberapa laman media sosial memaparkan gambar orang perempuan sedang duduk di atas mangkuk tandas, dia berhasrat untuk mengetahui macam mana “hidden camera” ini diletak, katanya menerusi posting di twitter.

Dia juga turut berkongsi bagaimana cara spycam disembunyikan yang mungkin ramai tidak tahu.

Ada yang letak spycam dekat berus tandas, skru, plug dan ada juga yang sanggup letak di “air freshener”.

Posting bagaimana hendak kesan ‘spycam’ menerima komen yang pelbagai daripada kaum wanita.

Kebanyakan yang komen dekat postingnya ialah kaum wanita dan mereka berasa bengang sebab ada juga individu yang tergamak buat kerja macam ini.

Jadi kita sebagai wanita harus sentiasa peka dan perhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk ke tandas awam atau di mana-mana sahaja jika merasakan ada sesuatu yang pelik.

Apa Hukum Berwuduk Di Dalam Tandas?

apa hukum berwuduk di dalam tandas?

Wuduk merupakan antara syarat sah solat. Kalau tak sempurna wuduk maka tak sempurna lah solat kita.

Selalunya, selepas kita mandi maka lebih mudah kita menyempurnakan solat. Namun, persoalannya apakah hukum berwuduk di dalam tandas? Sah tak wuduk kita yang diambil di dalam tandas?

Seorang ustaz dan juga penulis di Sinar Harian telah menjawab persoalan tersebut. Melalui tulisannya dia menyatakan hukum berwuduk di dalam tandas adalah harus.

Sebahagian ulama cenderung menjadikan dalil hadis Aisyah RA yang mana Nabi Muhammad SAW mandi junub dan berwuduk di tempat yang sama iaitu di dalam bilik air seperti dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari.

Namun, ia berserta syarat iaitu yakin tiada najis yang merecik dari tempat qada hajat atau terkena badan.” Tulisanya dalam artikel itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa ulama yang lebih memakruhkan perkara itu seperti mana pandangan daripada ulama Hanafiyyah dan Malikiyyah. Tetapi, melihat kepada keadaan tandas rumah di Malaysia ia agak kurang praktikal memandangkan kebanyakkan tandas digabungkan dengan bilik mandi.

Panduan Urus Jenazah: Selain Daripada Kain Kafan

panduan urus jenazah: selain daripada kain kafan, ini yang korang perlu lakukan

Kematian adalah satu perkara yang mati. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jadi, apabila berlaku sesuatu kematian ada beberapa perkara yang orang hidup perlu uruskan.

Seandainya berlaku kematian seharunya ahli keluarga perlu bertanggungjawab menguruskan jenazah tersebut. Maka, ada beberapa perkara yang korang perlu lakukan dalam mengurus jenazah.

1. Kawal emosi dan bertenang

Perkara yang paling penting korang kena buat adalah bertenang. Sebab kalau korang tak bertenang, susah untuk lakukan perkara sepenuhnya. Jadi, macam mana nak bertenang? Tetapkan mind-set bahawa kematian tu boleh berlaku pada bila-bila masa dan sesiapa sahaja.

2. Jika kematian berlaku di rumah, sila buat laporan polis.

Kalau kematian yang melibatkan kemalangan, dah tak perlu risau benda ni. Tapi, kalau ahli keluarga meninggal dekat rumah korang kena laporkan kepada pihak polis yang terdekat. Sebab, polis akan mengeluarkan sekeping laporan untuk dapatkan permit mengubur.

3. Pastikan dapat permit mengubur

panduan urus jenazah: selain daripada kain kafan, ini yang korang perlu lakukan

Dokumen paling penting, tak kiralah berlaku dekat mana pun kematian tu adalah permit mengubur. Kalau kematian dekat hospital, korang boleh minta dekat hospital. Betapa pentingnya permit mengubur ni, kalau tak ada, jenazah tak boleh ditanam.

4. Cari orang yang sewajarnya untuk mengurus jenazah

Untuk muslim, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum mengebumikan jenazah seperti mengafan dan memandikan jenazah. Jadi, cari orang yang berpengetahuan untuk menguruskan jenazah. Selalunya, setiap masjid akan ada orang yang tahu untuk urus jenazah. Jika jenazah ialah wanita maka dapatkan bantuan daripada wanita supaya mudah segala urusan.

5. Daftar kematian dan maklumkan pada Jabatan Pendaftaran Negara

Part ni boleh dilakukan usai mengurus jenazah. Tapi, make sure korang daftar kematian jenazah dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Dekat sini, korang kena serahkan kad pengenalan jenazah. Selepas itu, JPN akan keluarkan Sijil Kematian. Pastikan segala details betul sebab kalau salah urusan mendatang akan susah.

5 Tanda-tanda Ini Menunjukkan Korang Berpotensi Untuk Depresi

5 tanda-tanda ini menunjukkan korang berpotensi untuk depresi

Zaman sekarang ni ramai yang tak endah dengan kesihatan mental. Biarpun tak nampak, namun masalah mental ini lah yang boleh membawa kesan yang paling buruk dalam hidup.

Jadi, sebelum terlambat lebih baik korang kenal pasti symptom atau tanda-tanda awal tentang depresi. Jadi, kalau korang rasa tanda-tanda itu segera lah untuk berjumpa dengan psikatri.

Berikut adalah 5 tanda-tanda korang berpotensi untuk depresi:

1. Selalu merasa sedih, risau dan kosong

2. Rasakan seolah-olah tiada harapan dan merasa diri sendiri teruk.

3. Selalu merasa bersalah, tidak bernilai dan tiada harapan untuk dibantu.

4. hilang segala minat dalam melakukan sesuatu hobi atau aktiviti.

5. Kurang tenaga, sering berasa penat dan merasa sangat lambat

Jadi, korang ada tak tanda-tanda ni? Kalau ada, segeralah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Teknik Yang Betul Mencuci Tangan Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

teknik yang betul mencuci tangan yang mungkin ramai tak tahu

Nampak simple kan topik ni, tapi sebenarnya perkara ini sangatlah penting. Memandangkan wabak koronavirus masih lagi diperingkat kecemasan dengan jumlah kematian semakin meningkat dari sehari ke sehari. Kami terpanggil untuk berkongsi teknik yang betul mencuci tangan demi mencegah penyakit yang senang dijangkiti daripada terus merebak.

Anda tahukan, salah satu langkah melindungi diri dari dijangkiti Koronavirus adalah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer?

Tapi bukan main gosok-gosok je tangan tu. Ini teknik atau cara yang betul mencuci tangan dengan betul.

Tengok ni.

teknik yang betul mencuci tangan yang mungkin ramai tak tahu

 

Semoga info ini bermanfaat buat semua.

6 Jenis Manusia Penuh ‘Toksik’ Yang Perlu Korang Jauhkan Diri

Manusia ni ada macam-macam jenis. Bak kata pepatah, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Tapi, ada beberapa jenis ragam manusia ni yang perlu kita elakkan supaya diri kita tak rugi.

Jadi, ini 6 jenis ragam manusia yang boleh dikira sebagai toksik:

1. Jenis Buang Tenaga

Orang macam ni selalunya akan buat kita rasa tension dan tegang. Diorang suka memperendahkan diri korang tanpa sebab. Lepas tu, diorang ni jenis tak seronok tengok kebahagiaan orang lain.

2. Suka Bagi Pujian Palsu

Orang jenis macam ni suka acah-acah puji kau. Padahal, dia nak kau rasa tak selesa dengan keadaan korang. Orang jenis macam ni kurang empati.

3. Orang Selalu Berpandangan Buruk

Suka merendahkan orang lain supaya nampak dirinya lebih baik. Selalunya orang macam ni hanya fikirkan diri mereka sahaja. Orang macam ni juga suka memperlekehkan korang punya cita-cita.

4. Pengkritik

Selalu tak setuju dengan segala keputusan yang korang buat. Bukan tu je, segala gerak geri korang yang kadang-kadang tak ada kena mengena dengan dia pun akan dikritik. Orang macam ni selalu membuatkan korang rasa salah sepanjang masa dan buat apa saja.

5. Orang cakap berbelit

Orang macam ni selalu nak kawal semua benda. Diorang juga acah-acah suka korang dan orang-orang lain.

6. Selalu acah mangsa

Orang jenis ni suka menyalahkan orang lain. Selain tu, diorang juga suka cari perhatian daripada orang lain. Selalunya mereka ni sering bercakap tentang perasaan mereka sahaja.

Demi Menghormati Ular Mengawan, Sebahagian Taman Akan Ditutup

 

demi menghormati ular mengawan, sebahagian taman akan ditutup

Sebuah taman di Tasik Hollingsworth, Florida terpaksa ditutup sebahagiannya selepas penduduk menemui puluhan pasangan ular yang berkumpul untuk mengawan.

Menurut Jabatan City of Lakeland Parks and Recreation, ular-ular tersebut berkumpul untuk mengawan. Perkara tersebut dimaklumkan melalui laman Facebook mereka dan disertakan dengan gambar haiwan berkenaan.

Ular tersebut dikenali sebagai ular air Florida. Jadi, mengambil langkah keselamatan pihak berkuasa telah menutup sebahagian kawasan taman tersebut dengan pita berwarna kuning.

“Ini bagi melindungi orang awam dan ular berkenaan,” kata jabatan itu.

Menurut jabatan itu juga, haiwan tersebut tidak lah agresif seandainya tidak diganggu. Selepas mereka mengawan, haiwan itu akan pergi membawa haluan masing-masing.

“Secara amnya, reptilia ini ditemui berehat di dahan pokok di kawasan berair, atau pesisir pantai. Ia sangat penting dalam ekosistem dan tidak sepatutnya diganggu,” kata jabatan itu.

Kenapa Perlu Bergaduh Soal Harta Simati? Serahkan Saja Kepada Mahkamah

kenapa perlu bergaduh soal harta simati? serahkan saja kepada mahkamah

Setelah matinya seseorang manusia itu, yang dibawanya hanyalah amalan sahaja. Segala harta di bumi akan diwarisi.

Bagaimanapun, sebagai orang yang masih hidup tak perlu berebut soal pembahagian harta. Kenapa perlu dipeningkan kepala. Serahkan sahaja kepada mahkamah syariah untuk membahagikan harta.

Ada beberapa prosedur yang perlu korang lakukan. Berikut adalah prosedur pembahagian harta di mahkamah mengikut kaedah faraid:

 

FARAID
1. Apakah Kes Faraid
  Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :

a) Harta tak alih seperti tanah dan rumah
b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah?
  Dokumen yang diperlukan ialah:

i) Borang permohonan yang lengkap.
ii) Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.
iii) Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.
iv) Salinan geran harta/buku akuan/penyata.
v) Sijil nilaian harta jika ada.
vi) Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30.00/RM20.00/RM10.00)

3. Apakah asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang menerima pusaka atas sebab perkahwinan?
  Antara asas-asas yang dipertimbangkan ialah :

i) Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.
ii) Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah.
iii) Adakah pasangan pernah bersama atau tidak.
iv) Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak?
v) Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie

4. Apakah proses yang terlibat dalam permohonan sijil faraid?
  Proses kerja yang terlibat ialah:
i) Mengemukakan permohonan.
ii) Terima permohonan.
iii) Semak.
iv) Jika lengkap terima dan daftar.
v) Siasatan waris dijalankan pada hari pendaftaran atau pada hari lain yang ditetapkan.
vi) Apabila siasatan selesai, pengiraan dibuat.
vii) Dapatkan sijil dalam masa 5 hari selepas siasatan ahli waris selesai.
viii) Pemberitahuan akan diberi tahu pada hari siasatan selesai.
5. Apakah status penama terhadap harta si mati?
  Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 telah memberikan pendapatnya dalam Mesyuarat Raja-raja pada 20 September 1973 dan bersetuju bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut faraid