Archives for March 2020

Ada Masalah Berat Badan? Mungkin Paru-Paru Korang Turut Bermasalah

ada masalah berat badan? mungkin paru-paru korang turut bermasalah

Satu jurnal kesihatan bertajuk Thorax telah mengeluarkan satu kajian yang dijalankan selama 20 tahun di mana menunjukkan kenaikan berat badan sebenarnya terkait dengan penurunan kapasiti paru-paru.

Bagaimanapun, penurunan berat badan pada pertengahan umur sangatlah berkait rapat dengan kelembapan proses penuaan, penekanan akan kepentingan mengekalkan berat badan yang sihat dan beberapa perkara yang lain.

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan berat badan berlebihan dan masalah obesity dalam alam dewasa adalah disebabkan kapasiti paru-paru yang sangat lemah. Bagaimanapun kebanyakan kajian ini adalah berkaitan dalam jangka masa pendek dan mereka yang mempunyai kesihatan pernafasan pada umur 50 tahun sahaja.

Dapatan kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa kadar kenaikan berat badan sangat bekait dengan paru-paru. Jadi, konklusinya, kalau paru-paru korang lemah maka lebih cepatlah berat badan naik.

Ahli Astronomi Terjumpa Bulan Mini Mengelilingi Bumi

ahli astronomi terjumpa bulan mini mengelilingi bumi

Ahli astronomi menjangkakan mereka telah menemui satu lagi satelit semulajadi yang turut mengelilingi bumi iaitu bulan.

Bagaimanapun, penemuan yang jarang terjadi ini adalah disebabkan size mini bulan yang terlalu kecil dan sangat susah untuk dikesan.

Seorang pakar pengakji astronomi untuk NASA dan University Arizona, Kacper Wierzchos telah mengumumkan penemuan terbaru akan objek seperti bulan. Dikatakan diameter objek tersebut berukuran di antara 1.9 meter ke 3.5 meter.

Kandungan permukaan objek tersebut juga dikatakan mempunyai jenis kecerahan seperti asteroid yang mengandungi karbon yang tinggi. Namun, Wierzchos menyatakan bulan mini tersebut telah diperangkap oleh gravity bumi selama tiga tahun yang lalu dan berkemungkinan besar ia akan hilang pada April 2020.

Ini bukanlah kali pertama pengkaji dan ahli astronomi menemui bulan mini kerana sebelum ini mereka telah pun menemui sekurangnya satu minimoon. Dikatakan saiz bulan kecil itu aialah berkelebaran tiga kaki (0.9 meter) dan dikenali sebagai 2006 RH120. Bulan kecil itu dikatakan tellah mengelilingi bumi selama 18 bulan pada tahun 2006 dan 2007.

Ini Doa Terbaik Dan Shearusnya Diamalkan Oleh Seorang Anak Buat Ibu Bapa

ini doa terbaik dan shearusnya diamalkan oleh seorang anak buat ibu bapa

Ibu dan ayah adalah satu anugerah Allah swt paling bermakna. Tanpa mereka berdua, tak mungkinlah kita dapat melihat keindahan dunia. Selagi mereka masih bernyawa, hargailah mereka seadanya. Bahagiakanlah mereka selagi ada daya.

Doa ibu bapa buat anak-anak tiada hijab. Jadi, pintalah mereka mendoakan kesejahteraan kita sebagai seorang anak.

Bagaimanapun, doa seorang anak buat ibu bapa juga amatlah mustajab. Ini antara doa yang korang boleh amalkan sebagai seorang anak.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa keDua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

Korang mesti dah familiar dan hafal doa ni kan? Jadi, seringlah beramal dengan doa ini. Sekiranya dimakbulkan oleh Sang Pencipta, maka bahagialah ibu bapa dan kita juga.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

5 Fakta Menarik Tentang Istana Negara

5 fakta menarik tentang istana negara 

Memandangkan Istana Negara menjadi perhatian dua tiga hari ni jadi kami pun nak kongsilah dengan korang semua beberapa fakta tentang Istana Negara.

1. Istana Negara ada 22 kubah. 2 kubah terbesar mempunyai reka bentuk sirih bertindik. Pada waktu malam, cahaya daripada lampu hiasan akan memberi kesan ilusi yang cantik.

2. Kalau korang masuk ke lobi Anjung utama, korang akan berada di bawah kubah utama. Saiz kubak ini adalah 40 meter tinggi yakni bersamaan 10 tingkat bangunan.

3. Dalam Istana Negara ada chandelier terbesar buatan anak tempatan di Kuala Selangor.

4. Singgahsana yang menjadi tempat Bersemayam Seri Paduka Baginda di Balairong Seri Istana Negara Jalan Tuanku Abdul Halim ini menonjolkan ukiran tradisional Melayu serta tulisan khat 99 Nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran.

5. Istana Negara ada tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

Saintis Temui Fosil Dinosaur Berusia 75 Juta Tahun

saintis temui fosil dinosaur berusia 75 juta tahun

Para saintis dari Institute of Vertebrate Paleontology dan Paleoanthropology of the Chinese Academy of Sciences (CAS), dan Mary Schweitzer, of North Carolina State University telah menemui bukti dan fosil dinosaur yang berusia 75 juta tahun.

Menurut saintis tersebut, fosil itu ditemui di timur barat Montana. Selepas dianalisis, mereka menemukan fosil tersebut adalah dari dinosaur jenis Hypacrosaurus.

Para saintis telah menjalankan satu analisis microscopic pada bahagian tengkorak dinosaur tersebut. Dalam satu bahagian, dia telah melihat terdapat sel yang dilindungi oleh tulang rawan.

Whoaaa! Menarik ni. Satu penemuan baharu yang membuktikan bahawa dinosaur itu benar-benar wujud.

6 Perpustakaan Yang Tercantik Di Dunia!

Perpustakaan merupakan tempat paling best bagi mereka yang meminati buku. Dekat perpustakaan ni lah kita boleh jumpa dengan macam-macam buku.

Selain daripada buku yang menarik, environment dan design perpustakaan juga menjadi elemen penting. Kalau environment perpustakaan best, baru lah menaikkan semangat untuk terus membaca buku, kan?

So, hari ni kami nak kongsikan dengan korang 6 perpustkaan yang cantik di dunia:

1. Library of Parliament, Ottawa, Canada

6 perpustakaan yang tercantik di dunia! korang akan terkejut tengok library ni

2. Seattle Central Library, Washington, USA

6 perpustakaan yang tercantik di dunia! korang akan terkejut tengok library ni

3. Abbey Library of Saint Gall, St. Gallen, Switzerland

6 perpustakaan yang tercantik di dunia! korang akan terkejut tengok library ni

4. Royal Portuguese Reading Room, Rio de Janeiro, Brazil

6 perpustakaan yang tercantik di dunia! korang akan terkejut tengok library ni

5. Stuttgart City Library, Stuttgart, Germany

6 perpustakaan yang tercantik di dunia! korang akan terkejut tengok library ni

6. George Peabody Library, Baltimore, USA

6 perpustakaan yang tercantik di dunia! korang akan terkejut tengok library ni

Makanan Tradisional Dari Sabah, Latok Mula Dapat Perhatian

makanan tradisional dari sabah, latok mula dapat perhatian

Pernah tak korang makan rumpai laut?

Mesti pernah kan? Paling tak makan yang kering punya tu. Alah, yang selalu digunakan untuk balut sushi tu.

Rumpai laut ni mungkin masih asing lagi dekat Malaysia. Tapi sebenarnya, dekat Jepun ia dianggap biasa malah dijadikan sebagai sayur. Kalau korang nak tahu, uniknya rumpai laut ni, ia boleh menghasilkan makanan sendiri.

Rumpai laut ni sejenis algei. Dari segi biologi, ia bersifat ringkas kerana tisunya tidak membentuk sebarang orang yang nyata seperti daun atau buah. Rumpai laut ni juga sangat digemari orang timur disebabkan sifat alkalinya serta berprotein tinggi.

Kalau dekat Sabah, rumpai laut ni dipanggil Latok. Sekarang ni dah viral dekat media social. Dari segi tesktur, rumpai laut ni rangup dan kalau korang makan ia akan meletop-letop dalam mulut seperti telur ikan. Katanya, memang sedap dan segar. Ianya juga bagus untuk kecantikan kulit, penghadaman dan anti kanser.

Actually, Latok ni salah satu makanan tradisional orang Sabah. Latok juga merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah.

Korang dah pernah try ke?

Pemandangan Luar Biasa Masjidil Haram Apabila Kawasan Tawaf Ditutup

pemandangan luar biasa masjidil haram apabila kawasan tawaf ditutup

Masjidil Haram antara tempat yang saban tahu dikunjingi oleh ramai manusia dari pelusuk dunia. Tidak pernah terjadi kawasan dataran tawaf ditutup pada hari biasa selain daripada waktu arafah.

Namun, bencana yang kini melanda dunia telah menjadikan segalanya yang memungkinkan. COVD-19 yang telah menyerang dunia telah menyebabkan tiada sesiapa pun termasuklah warganegara Arab Saudi dibenarkan masuk ke kawasan tawaf.

Kesannya, kawasan tawaf itu kosong dan hanya kelihatan putih dek warna lantainya. Buat masa ini, dataran itu ditutup untuk tujuan pembersihan dan akan dibuka kembali setelah selesai kesemuanya.

Bagaimanapun, bagi sesiapa yang mahu meneruskan urusan tawaf, mereka akan melakukan amalan tersebut pada bahagian atas. Ibadah lain berjalan seperti biasa.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang laporan akan jangkita COVID-19 yang berlaku di Kota Mekah. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja.

Komodo, Biawak Gergasi Yang Penuh Cerita

komodo, biawak gergasi yang penuh cerita

Korang pernah dengan tentang biawak komodo tak?

Kalau korang nak tahu, biawak komodo ni hanya ada di Indonesia sahaja. Sebab tu lah dekat Indonesia ada satu pulau yang dikenali sebagai Pulau Komodo. Pulau tersebut terletak di Nusa Tenggara Timur. Komodo ni juga adalah sejenis biawak dengan saiz gergasi.

Selain daripada tu, ini fakta menarik tentang komodo:

1. Biawak gergasi ni boleh hidup selama 40-50 tahun. Kalau nak tahu umur komodo, korang boleh tengok dekat titik kuning pada sekitar mata haiwan tersebut.

2. Komodo ni bergerak dengan pantas sekali malah kepantasannya lebih kurang manusia. Dikatakan komodo ni boleh berlari dengan kelajuan 18-20 km per jam.

3. Disebabkan komodo ni berdarah sejuk jadi ia memang suka berjemur. Selain daripada tu, melalui aktiviti berjemur ni ia dapat membantu mencerna makana dengan lebih mudah.

4. Komodo juga mampu berenang. Jangan terkejut kalau korang kalah berenang dengan komodo ni sebab ia boleh berenang sejauh 300 meter.

5. Biawak gergasi ni boleh diklasifikasikan sebagai haiwan berbisa. Air lirunya mengandungi bakteria yang boleh membunuh mangsanya

Kenapa Daging Wagyu Boleh Jadi Sangat Mahal?

kenapa daging wagyu boleh jadi sangat mahal?

Wagyu ni sebenarnya daging lembu dari Jepun. Selalunya, untuk ambik daging wagyu, mereka akan pilih yang paling unik dan diberi makanan yang sangat strict.

Lepas tu, lembu tu diberi minum susu yang khas serta makanan istimewa. Kiranya tak macam lembu-lembu lain. Wagyu muda akan diberi perhatian secukupnya. Malah, kalau mereka kesejukan para pengembala akan memberikan mereka jaket. Perghhh!

Selepas mereka dah sampai tujuh bulan, lembu-lembut tu akan dibida untuk dijual kepada penternak lain yang akan mengemukkan lembu-lembu tersebut. Lebih istimewa dan unik, lembu-lembu ni dijaga di dalam kandang khas dan diberikan nama. Nama ye bukan nombor seperti lembu biasa.

Setiap lembu tu mempunyai sijil kelahiran sendiri. Bukan tu je, mereka juga akan dibelai dan bulu mereka akan sentiasa diberus agar perjalanan darah mereka sentiasa lancar untuk mengelakkan daripada mereka berasa tertekan.

Kerajaan Jepun sangat menitikberatkan pengeluaran daging wagyu sebab mereka nak memastikan semua orang menikmati daging yang berkualiti. Sebab tu lah kekadang korang akan jumpa harga wagyu berjumlah RM4000!