Archives for March 2020

Setiap Bunga Ada Maksud Tertentu?

Selalunya bila sebut romantik, mesti kita terfikir bunga ros je kan?

Sebenarnya, ada beberapa bunga yang turut membawa maksud yang sama. Namun, bunga-bunga yang lain juga membawa mesej tertentu.

Jadi, kalau korang terfikir nak bagi hadiah atau bunga kepada seseorang atas tujuan tertentu, mungkin 5 bunga ini membantu korang:

1. Lemon Balm

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Korang mesti tak pernah dengar bunga ni kan? Basically lemon balm ni keluarga mint. Sebab tu kalau tengok daun dia macam pudina sikit. Sebenarnya, lemon balm ni melambangkan simpati. So kalau korang ada bersimpati kepada sesiapa, boleh lah bagi bunga ni.

2. Rosmeri

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Pokok ni sangat signifikan dengan peringatan, mungkin sebab pokok ni boleh membantu menguatkan memori. Jadi, kalau korang jenis lemah memori, eloklah minum teh rosmeri ni bebanyak!

3. Bunga raya

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Selain daripada melambangkan bunga kebangsaan negara kita, bunga raya ni juga melambangkan kecantikan yang penuh lembut.

4. Tulip merah

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Kalau korang dah muak boyfriend asyik bagi ros je, korang boleh request tulip merah juga. Sebab bunga ini juga melambangkan perasaan romantik. Bukan tu je, bunga ini juga menunjukkan korang dah ada dalam sesuatu hubungan romantik.

5. Lavender

korang tahu tak setiap bunga ada maksud tertentu? kalau tak, ini yang korang kena tahu

Bunga ni bukan sahaja ada bau serta warna yang menarik. Sejambak lavender melabangkan ketenangan. Jadi, jalau korang nak bagi dekat sesiapa yang memerlukan ketenangan, bunga ni lah yang terbaik untuk diberikan.

Trans Siberian Railway, Dari Beijing Ke Moscow

trans siberian railway, dari beijing ke moscow

Korang tahu tak dekat mana rail kereta api terpanjang di dunia?

Trans Siberian Railway, merupakan jalan kereta api yang merentas Beijing, China hingga lah ke Moscow, Rusia. Jadi, ini mungkin akan menarik korang yang minat dengan dunia travel.

Kalau korang memang kaki travel, yang ni pun antara benda yang patut korang cuba sebenarnya.

TSR merupakan jaringan laluan kereta api terpanjang di dunia dan menghubungkan Moscow dan Beijing. Korang boleh pilih, terdapat 3 laluan utama iaitu Trans Siberian, Trans Mongolian dan Trans Manchurian.

  • Pengembaraan bermula di Stesen Kereta Api Beijing yang dianggarkan sebesar 50 padang bola sepak.
  • Perjalanan sejauh 8,986 kilometer dalam masa 6 hari.
  • Merentasi 7 zon masa
  • Berhenti di 44 buah stesen sepanjang perjalanan ( makan masa antara 2-6min)trans siberian railway, dari beijing ke moscow

Korang dapat menikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan dan mungkin akan keliru dengan pertukaran masa. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. So, ada beran’ nak tempah tiket tak?

Pengusaha Restoran Terkejut Temui Resit Berusia 100 Tahun

pengusaha restoran terkejut temui resit berusia 100 tahun

Niat dua orang pemilik sebuah restoran baharu di England mengubah suai restorannya telah menemukannya dengan satu penemuan yang mencetus tanda tanya.

Ben dan Lucy Cuthbert telah menemukan sekeping resit perniagaan yang sudah berusia 100 tahun.

Menurut resit tersebut, ia bertarik 31 Januari 1914 dan ia merupakan sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada seorang kontraktor yang dikenali sebagai Jnner.

Berdasarkan Cuthbert, bangunan kedai mereka itu sebenarnya telah dibina pada 1834. Sebelum ini premis itu telah dimiliki oleh beberapa orang sebelum dijual oleh Kent kepada Whites pada tahun 1972.

“Satu masa dahulu, ia adalah sebuah kedai mewah. Kami menemui banyak ciri-ciri asal seperti jubin lama dan siling plaster.

“Kami juga ada menemui nota di papan lantai. Kami tertanya-tanya jika Jenner dalam resit itu ada kaitan dengan Kontraktor Jenner yang berpangkalan di Folkestone,” katanya.

Dua orang pengusaha kedai tersebut merasakan penemuan itu sebagai perkara yang unik dan memilih untuk mempamerkan resit itu di dalam restorannya sebagai sebahagian sejarah bangunan terbabit.

Susu Merupakan Racun Buat Manusia Zaman Dahulu

susu merupakan racun buat manusia zaman dahulu

Setahu kita semua, susu ini kaya dengan kalsium, Vitamin D dan pelbagai mikronutrisi seperti karbohidrat, protein dan lemak. Sebab itu pengambilan susu merupakan diet yang sangat sihat.

Tapi tahu tak, pengambilan susu ini sebenarnya merupakan sesuatu yang masih baru dalam sejarah manusia. Hah! Apa?

Malah, tidak lebih 10, 000 tahun dahulu, susu ini dianggap sebagai racun kepada manusia. Ini kerana zaman dahulu manusia mengalami alahan laktosa yang membuatkan manusia dulu tak boleh minum susu. Ada yang sampai membawa maut. Eh takutnya.

susu merupakan racun buat manusia zaman dahulu

Selepas berlakunya evolusi ataupun mutase genetik yang mengambil masa yang bertahun-tahun lamanya, barulah manusia beradaptasi dengan susu haiwan macam yang sekarang ini. Tapi ada juga sesetengah orang yang masih alahan ini tapi tak lah seteruk seperti zaman dahulu.

Setakat penyelidikan yang telah dijalankan, para ilmuwan meyakini bahawa komuniti penternak terawal yang meminum susu haiwan ternakan (lembu misalnya) adalah di Eropah Utara dan Eropah Barat, sebelum amalan itu tersebar ke Eropah Selatan. Ahli-ahli arkeologi berjaya menemukan bekas yang mengandungi kesan susu yang dianggarkan berusia 7900-7450 tahun.

Wah! Menarik. Bersyukur la sekarang ni kita boleh minum susu tanpa alahan.

Penguin Berkomunikasi Sesama Sendiri Seperti Manusia- Kajian

penguin berkomunikasi sesama sendiri seperti manusia- kajian

Pernah sekali viral di media sosial apabila ramai orang bertanya bagaimana penguin berkomunikasi sesama sendiri.

Untuk menjawab persoalan tu, satu kajian telah menemukan bahawa penguin mempunyai cara berkomunikasi seperti manusia. Tapi, bukanlah boleh bercakap macam manusia. Cumanya principle dan bahasa mereka lebih kurang manusia.

Pengkaji dari University of Lyon/Saint-Etienne telah menerbitkan satu journal berkaitan penguin. Dalam journal tersebut mereka membincangkan tentang komunikasi penguin.

Berdasarkan journal itu, terdapat dua jenis komunikasi yang membentuk interaksi secara verbal di antara manusia dan manusia. Pertama dikenali sebagai Zip’s law (komunikasi secara ringkas) dan kedua Menzerath-Altmann Law (komunikasi dengan penjelasan lebih panjang)

Para pengakaji menemui penguin berkomunikasi menggunakan konsep yang pertama iaitu Zip’s Law di mana mereka menggunakan bahasa yang lebih ringkas dan pendek.

Air Merah Seperti Darah Keluar Selepas Gempa Bumi Di Turki

Baru-baru ini Turki telah dilanda gempa bumi berukuran 6.8 magnitude dan pelbagai kejadian pelik dan membimbangkan telah berlaku.

Salah satu kejadian yang aneh apabila lantai bumi mengeluarkan sejenis cecair merah seperti warna darah. Kejadian tersebut sempat dirakam oleh seseorang dan video tersebut tular di media sosial.

Gempa bumi telah berlaku sedalam 9 batu dan berpusat hampir dengan daerah Sivrice di Timur Turki.

Selepas kejadian gempa yang awal, daerah itu terus dilanda beberapa siri gempa bumi dengan kekuatan magnitude di antara 5.4 ke 3.3.

Buat masa ini, tiada siapa atau penerangan tentang keluarnya cecair seperti darah itu.

Namun, beberapa pengguna Reddit percaya bahawa cecair tersebut merupakan pewarna yang digunakan untuk mengenalpasti kebocoran. Bagaimanapun, beberapa pihak telah menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa tidak logik untuk menggunakan warna seperti darah itu. Sewajarnya menggunakan warna hijau terang atau kuning.

Saintis Temui Binatang Pertama Yang Tak Bernafas

saintis temui binatang pertama yang tak bernafas

Syarat utama untuk hidup adalah bernafas. Setiap yang hidup tu akan bernafas. Itu principle utama.

Tapi, tahukah korang saintis dah temui satu binatang yang tak bernafas? Tak percaya? Ini buktinya.

Menurut portal sains livescience.com, memetic kajian daripada jurnal bertajuk Proceedings of the National Academy of Science, binatang tersebut merupakan sejenis parasite dan dikenali sebagai H. Salminicola.

Dalam jurnal tersebut, pengkaji menyatakan haiwan itu memiliki jenom yang luar biasa. Selalunya binatang lain bersifat multicellular di mana DNA mereka mempunya gen pernafasan. Bagaimanapun, perkara ini sangat berbeza dengan H. Salminicola.

H. Salminicola tidak mempunyai jenom mitokondria- bahagian DNA yang kecil tapi sangat penting untuk sistem pernafasan.

Kalau korang tengok dekat gambar tu, ada bahagian macam mata, tapi sebenarnya itu adalah sel sengatan. Binatang ni akan gunakan sengatan tu untuk membantu mereka melekat dengan lebih cepat pada perumah mereka apabila diperlukan.

Uish, memang menarik kan? Mungkin ini akan jadi penemuan baru dalam dunia sains.

Ini Perkara Yang Sering Korang Terlepas Pandang Tentang Penjagaan Rumah

ini perkara yang sering korang terlepas pandang tentang penjagaan rumah

Rumah ku syurga ku. Frasa ni selalu kita dengar kan. Tapi, kalau dah rumah tunggang terbalik, macam mana nak anggap syurga.

Tak kisahlah korang duduk rumah bujang ke atau dengan keluarga, dilalah ada common sense dan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan rumah tersebut.

Maka, ini apa yang korang kena buat untuk menjaga tempat tinggal:

1. Jaga bumbung rumah

Yang ni paling orang terlepas pandang. Seharusnya setahun sekali elok lah selenggara atap atau bumbung rumah korang. Actually, banyak je serangga perosak yang membina ‘legasi’ pada ruang bumbung tu. So, sebelum jadi lebih teruk selenggaralah bumbung rumah korang tu sebaiknya.

2. Selalu periksa sistem saliran dan paip

Benda ni mungkin leceh dan menjengkelkan. Tapi, demi kesejahteraan korang di masa depan, selalu-selalu lah cek paip dan sistem saliran. Sebab benda ni elemen paling penting dalam rumah. Kalau tak elok paip ni, memang rumah korang tak berair lah.

3. Bersihkan peti sejuk

Bila kali terakhir korang bersihkan peti sejuk? Setahun yang lalu? Lima tahun yang lalu?

Actually kalau korang tak selalu bersihkan peti sejuk, banyak kuman yang boleh membiak daripada bahan-bahan makanan yang dah busuk dan buruk. Jadi, jengu-jenguklah peti sejuk tu sebulan sekali paling kurang.

Betul Ke Mount Everest, Gunung Tertinggi Di Dunia??

betul ke mount everest, gunung tertinggi di dunia??

Selama ni kita diberitahu bahawa gunung tertinggi di dunia ialah Gunung Everest. Tapi, korang tau tak sebenarnya ada lagi gunung yang tinggi daripada Gunung Everest?

Pernah tak korang dengar tentang Gunung Kea?

Gunung Mauna Kea terletak di Honolulu, Hawaii. Mauna Kea membawa maksud Gunung Putih ini merupakan lokasi popular untuk peminat sukan ski kerana gunungnya bersalji tebal. Gunung ini berdekatan dengan garisan Khatulistiwa dan secara langsung menjadikan Mauna Kea ini sebgai lokasi yang strategic untuk pemerhatian astronomi.

Mengapakah Gunung Mauna Kea adalah lebih tinggi berbanding Gunung Everest? Kalau diukur dari puncak ke dasar paling bawah (dibawah paras laut/ below sea level), ketinggian Mauna Kea ialah 10,210 meter iaitu lebih tinggi daripada Everest.

Sekiranya diukur dari puncak gunung mengikut aras laut (above sea level) Everest adalah lebih tinggi daripada Mauna Kea. Ketinggian Everest adalah setinggi 8,850 meter manakala Mauna Kea berketinggian 4,205 meter.

Kesimpulannya, kalau diukur dari bawah paras laut yang lebih tinggi adalah Mauna Kea.

Kalau diukur dari atas paras laut yang lebih tinggi adalah Gunung Everest

Betul Ke Malaysia Paling Banyak Cuti? Ini 11 Negara Yang Lagi Banyak Cuti

11 negara yang paling banyak public holiday

Korang rasa negara mana paling banyak cuti umum?

Kalau korang rasa Malaysia dah banyak cuti, sebenarnya korang salah. Ada lebih 10 negara lain yang lebih banyak cuti dari Malaysia. Wow!

Selalunya, cuti umum diberikan adalah berkaitan dengan perayaan yang berunsurkan keagamaan. Antara perayaan yang ada dekat dunia ni ialah hari raya, deepavali, tahun baru cina dan banyak lagi. Sebab tu lah banyak cuti berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan keagamaan.

So, ini 11 negara yang mempunyai cuti umum paling banyak:

1. Kemboja- 28 hari

2. Sri Lanka- 25 hari

3. India- 21 hari

4. Kazakhstan- 21 hari

5. Colombia- 18 hari

6. Filipina- 18 hari

7. Trinidad dan Tobago – 18 hari

8. China- 17 hari

9. Hong Kong- 17 hari

10. Turki- 16 hari

11. Pakistan- 16 hari

In case korang tertanya-tanya, negara kita mempunyai 15 hari sahaja untuk cuti umum dan jumlah ini sama dengan negara mahu, Sweden.