5 CARA BELAJAR MENJAHIT DARI RUMAH

Assalamualaikum dan selamat petang semua !

Harini saya nak berkongsi sikit berkenaan tips-tips jika anda nak belajar menjahit tetapi tanpa perlu keluar rumah untuk pergi ke kelas. Kadang ada sesetengah orang tak boleh tinggalkan rumah dalam keadaan kosong atau tak dapat join kelas menjahit di luar sebab anak-anak tiada yang jaga. Ada juga yang kekangan masa membuatkan mereka terpaksa menahan rasa untuk belajar menjahit.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, saya harap perkongsian kalini sedikit sebanyak memberi manfaat buat beginner-beginner dalam bidang jahitan. Insha Allah! 

5 TIPS BELAJAR MENJAHIT DI RUMAH

  •  BELAJAR JAHIT SIMPLE

Untuk yang baru lagi dalam bidang jahitan ni, digalakkan untuk belajar terlebih dahulu menjahit benda-benda yang simple seperti sapu tangan, alas meja dan sebagainya. Ini bagi membantu melancarkan pergerakan tangan, mengetahui perkara-perkara basic berkenaan jahitan agar tidak kekok.

  • SERTAI KELAS ONLINE

Sekarang, ramai dah tukang-tukang jahit yang sanggup berkongsi ilmu-ilmu jahit secara percuma mahupun berbayar melalui online. Tak perlu susah payah nak kena datang kelas, hadap laptop atau handphone je dah boleh start belajar menjahit dari pengenalan pola hingga siap satu pakaian. Zaman sekarang zaman teknologi, semua dihujung jari. Bergantung pada kita untuk dapatkan sesuatu ilmu baharu itu ataupun hanyar mencari alasan untuk tidak berjaya.

  • SERTAI GROUP-GROUP MENJAHIT DI FACEBOOK

Kalau nak cerita tentang ilmu jahitan ni, macam saya kata tadi memang dah ramai yang sudi berkongsi melalui social media terutama di Facebook. Taip je, nak group menjahit macam mana pasti akan ada. Sebagai contoh, group-group menjahit yang mungkin ada boleh sertai ialah Geng Minat Menjahit , Kongsi Ilmu Jahitan dan macam-macam lagi. Anda boleh sertai group-group seperti ini sebab ramai Tukang Jahit yang dah berpengalaman bertahun yang sering berkongsi hasil-hasil jahitan mereka.

  • BELI NOTA RUJUKAN MENJAHIT

Bila bercerita tentang buku rujukan ni, dah ramai tukang jahit terutamanya Pereka Fesyen di Malaysia yang dah cipta buku rujukan menjahit mereka sendiri seperti Buku Rujukan Pola Jahitan dan sebagainya. KaylaRafy Creation sendiri ada membuat buku rujukan pola seperti pakaian Blaus, Kurung Tradisional, Baju Melayu dan sebagainya secara E-BOOK (buku rujukan elektronik). Buku-buku rujukan menjahit ini anda boleh dapatkan secara online atau offline iaitu di kedai-kedai buku terkemuka seperti MPH / Popular.

  • CARI TENAGA PENGAJAR @ GURU MENGAJAR

Untuk dapatkan khidmat mengajar jahit ni, kebanyakkan tukang jahit atau tenaga pengajar mostly akan membuka kelas menjahit di kawasan mereka seperti di butik atau kedai menjahit mereka sendiri. Namun begitu, ada juga tenaga pengajar yang memberikan perkhidmatan mengajar dengan datang ke rumah pelajar yang ingin belajar cuma ia limited. KaylaRafy Creation sendiri ada membuka kelas belajar menjahit terutama untuk beginner sebab kita memang mengajar dari zero cuma perkhidmatan datang ke rumah tidak di buat. Kelas belajar menjahit kami terletak di Batu Pahat, Johor.

Kredit: Kaylarafy

Speak Your Mind

*