6 Tips Untuk Menjadi Tukang Masak Yang Hebat Dalam Masa 1 Bulan

Perkara pertama yang paling penting sekali adalah, jangan samakan diri anda dengan tukang masak profesional – mereka telah melakukan kerja mereka selama bertahun-tahun. Sedangkan anda mungkin sememangnya tidak mempunyai bakat yang mereka ada.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang tukang masak yang baik adalah suatu yang tidak mustahil. Berikut adalah apa yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang tukang masak yang baik:

  1. Belajar untuk menerima kegagalan

Anda perlu terima hakikat bahawa tidak semua perkara akan berjalan dengan sempurna. Bertenang – dan jangan takut. Ramai tukang masak yang terkenal telah membuang, memusnahkan dan menghanguskan kebanyakan makanan mereka, sebelum mereka mempelajari cara memasak yang betul. Ingat, anda boleh belajar daripada kegagalan.

  1. Belajar untuk membahagikan tugas

Memasak memerlukan banyak tenaga dan fokus kerana ia melibatkan pelbagai tugas.

Jika ini pertama kali anda memasak, semua ini akan kelihatan huru-hara, tetapi apabila anda membuat keputusan untuk membuat langkah berani dan berusaha untuk membersihkan dapur dengan cepat semasa memasak, memotong sayur-sayuran, dan menghidangkan makanan, anda akan menyedari bahawa ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan.

Contohnya, apabila anda memanggang daging di dalam ketuhar, anda mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja lain sementara menunggu makanan anda masak.

  1. Dapatkan peralatan dapur yang bersesuaian

Anda tidak akan dapat memasak sesuatu hidangan dengan baik sekiranya anda tiada peralatan yang diperlukan untuk memasaknya. Antara peralatan yang anda perlukan adalah pisau, papan memotong, mangkuk-mangkuk, alatan memasak, pengadun elektrik dan blender.

  1. Dapatkan resepi makanan yang baik, sihat dan mudah

Cari resepi yang sederhana dan mudah yang anda boleh buat sebagai masakan permulaan anda.

Resepi itu boleh jadi sesuatu yang anda rasa menarik dan lazat. Sebelum anda mula memasak, baca beberapa buku masakan untuk mempelajari beberapa terma dalam memasak supaya anda tidak terkeliru semasa anda menggoreng sesuatu.

  1. Beli bahan-bahan untuk memasak

Sebaik sahaja anda memilih hidangan apa untuk di masak, pergi ke kedai runcit yang berdekatan dan dapatkan bahan-bahan yang anda perlukan.

Cuba cari bahan-bahan yang segar sahaja dan elakkan daripada membeli barangan sama. Bahan-bahan sangat penting, dan jika anda membeli bahan tidak mengikut resepi atau bahan-bahan itu tidak segar, masakan anda tidak akan menjadi seperti yang anda mahukan.

Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, anda perlu mula dengan makanan yang ringkas yang memerlukan bahan-bahan asas yang anda boleh dapati di mana-mana kedai runcit tempatan.

Selepas anda mula biasa dengan memasak, anda akan tahu bahan apa yang anda boleh ubah, tetapi masih boleh membuat makanan itu lazat.

  1. Menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu

Sebelum anda panaskan ketuhar atau dapur anda,  anda perlu sediakan perkara-perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, potong semua bahan-bahan, buang kulit sayur-sayuran, dan ketepikan semua rempah, daging, dan bahan-bahan lain selepas anda menimbang mereka.

Dengan cara ini, anda akan mempunyai masa untuk memeriksa buku masakan dan pastikan bahawa anda mempunyai segala-galanya yang diperlukan.

Ini akan membuatkan anda sukar untuk terlupa sesuatu atau menjadi keliru jika anda mempunyai segala-galanya tersedia terlebih dahulu.

Kredit: Toodia.my

Speak Your Mind

*