7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan Ketika Berpantang

Senarai makanan dalam pantang ini ada banyak. Kalau nak disenaraikan satu-per-satu memang panjang.

Tapi, ibu baru lepas bersalin perlu tahu peraturan makanan ketika berpantang ini supaya tak meroyansakit-sakit badan, tubuh menjadi lesu dan lain-lain. 

Kalau anda berpantang dengan mak atau mak mertua di kampung, pasti senarai makanan dalam pantang ini akan jadi dua kali ganda banyak.

Sebab mak-mak kita dahulu memang cukup teliti kalau masuk bab pantang selepas hamil ini. 

Kalau anak menantu silap makan apa-apa, anda terpaksa berhadapan bebelan yang berpanjangan hingga ke anak cucu. 

Apapun, niat mak-mak kita itu bagus, sebabnya dia sayangkan anaknya supaya tubuh kembali segar selepas bersalin dan luka jahitan sembuh cepat. 

Sebabnya, tubuh kita ini bukan nak pakai sehari dua. Tapi seumur hidup. Jadi perlulah dijaga dengan baik. Ia boleh dilakukan dengan cara mengamalkan makanan sihat semasa berpantang.

Jom kita lihat dan teliti senarai makanan dalam pantang yang boleh dan tak boleh diamalkan ketika berpantang. Ibu-ibu, take note ya! 

Senarai makanan dalam pantang yang anda wajib tahu

Senarai makanan dalam pantang yang boleh dimakanSenarai makanan dalam pantang yang tak boleh dimakan
1. Ayam dan daging Ayam biasa, burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung.Daging batang pinang, daging kurang lemak dan daging kambing. Kurangkan ayam dan daging yang di bahagian berlemak.
2. Ikan Haruan, yu, selar, gelama, jenahak, merah, tenggiri, kurau, bawal putih, senangin, bilis dan salmon. Ikan kering, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, parang, kembung, tamban, cencaru, tongkol, makanan laut seperti udang, ketam dan kerang PALING TAK BOLEH MAKAN. 
3. Ulam-ulaman Halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, daun, ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kaduk, daun keseum, pudina, kari.  
4. Sayur-sayuran Ubi Kentang, peria, sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam.  Ubi kayu, kangkung, petola, terung, timun, tomato, kubis, seledri, terung, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, petola, terung, tomato, kubis, seledri, sayur keladi, pucuk ubi, kacang panjang, labu, kacang botol, petai, jering, cili padi, asam keping
5. Buah-buahan Buah Anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina, blueberry, walnut. Nenas, limau, buai lai, tembikai, kiwi, epal hijau, pear, pisang, jambu, belimbing, durian, mangga, betik,ciku, langsat, nangka, cempedak, ubi kayu, sengkuang,manggis dan kuinin.
6. Makanan lainBiskut, roti, nestum, oat, cornflakes, masakan panggang, rebus, kukus, bakar. Tempe, makanan daging yang diperoses, bihun, mee, kuey teow, laksa, masakan berminyak.
7. Air Air suam, pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu, air coklat, horlicks. Air berais, air sejuk, bergas, tebu, cincau, kelapa muda, jus buah, cuka buah
senarai makanan dalam pantang, makanan berpantang, berpantang, senarai menu berpantang, menu berpantang, senarai menu berpantang, senarai makanan dan minuman berpantang, menu pantang, makanan orang berpantang, makanan ibu berpantang, makanan selepas bersalin, makanan orang bersalin, makanan ibu selepas bersalin

Kredit: Annur Syuhadah

Selain dari itu, senarai makanan dalam pantang yang anda boleh beli sebulan terus seperti lada hitam, lada putih, biji halba, kayu manis, cengkih, biji ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis. 

 Manakala untuk bahan basah seperti ayam, daging dan ikan boleh dibeli dua minggu sekali.

Senarai makanan dalam pantang untuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman boleh dibeli seminggu sekali. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang tengah dalam fasa berpantang.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dan artikel lain di laman theAsianparent kerana banyak info menarik yang kami ingin kongsikan dengan anda, pembaca setia kami.