9 Cara Hentikan Tabiat Suka ‘Mengunyah’, Bahaya Kalau Dilayan

“Ish asalkan duduk di meja pejabat ni, rasa nak mengunyah je. Padahal baru je balik ‘lunch’ ni. Tapi tips diet yang berkesan kata tak boleh makan snek selalu. Nak makan ke tak ni? Aduhai, rasa mengantuknya nak buat kerja kalau tak mengunyah. ”

Kalau layan nafsu makan, memang semua makanan hendak rasa tidak kira waktu. Apatah lagi dengan lambakan kafe dan restoran yang dibuka 24 jam, memang tiada masalah hendak dapatkan makanan. Snek pula dah macam-macam jenis yang dijual.

Namun, tidak boleh diikutkan sangat nafsu makan kerana ia boleh menaikkan berat badan, cepat gemuk malah mengundang penyakit kronik yang disebabkan oleh masalah obesiti.

Tapi, bukan mudah hendak kawal nafsu makan, betul tak? Seolah-olah ia sudah menjadi tabiat yang sebati dengan diri.

9 CARA HENTIKAN TABIAT SUKA ‘MENGUNYAH’, BARU SENANG NAK DIET!

Kalau nak berhenti ‘mengunyah’, cuba ikut tips diet yang berkesan ini. Secara tidak langsung, ia membantu anda mengawal nafsu makan.

1. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL

Sebaiknya, latih diri guna pinggan yang kecil. Dengan ini anda melatih diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit.

Tapi, kurangkan sedikit demi sedikit, kerana kalau terlalu mendadak nanti anda akan cepat berputus asa.

2. JANGAN SKIP WAKTU MAKAN

Risiko apabila anda skip waktu makan yang sepatutnya adalah potensi untuk makan banyak disebabkan terlalu lapar.

Sebab itu, jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Apabila anda makan mengikut jadual, maka anda dapat elak dari makan berlebihan.

3. BERHENTI BILA KENYANG

Hanya makan disebabkan rasa lapar dan bukannya stresatau rasa boring dan ingin kunyah sesuatu kerana ia boleh menyebabkan anda terlebih makan.

Jika diamalkan selalu, ia boleh menjadi tabiat buruk dan tidak elok untuk badan.

Kawal diri untuk berhenti makan apabila terasa perut sudah diisi.

4. MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Antara tips diet yang berkesan adalah dengan meluangkan antara 20 hingga 30 minit untuk menikmati makanan.

Set masa dan makan perlahan-lahan. Makan dengan laju boleh menyebabkan anda makan berlebihan.

5. KURANGKAN GANGGUAN SEKELILING

Jangan main telefon, jangan asyik tengok TV sampai tak fokus pada makanan.

Sebaliknya, fokus pada apa yang anda makan.

Jika terlalu banyak gangguan, anda hilang fokus pada makanan dan berpotensi untuk makan berlebihan.

6. TUKAR SNEK DENGAN BUAH

Pastikan setiap hidangan mengandungi lebih daripada 50 peratus sayur-sayuran atau buah-buahan kerana ia rendah kalori.

Jadi tiada masalah jika anda makan lebih banyak sayur atau buah, malah ia cepat mengenyangkan dan dapat mengawal nafsu untuk makan makanan lain.

Kalau ke pejabat, pastikan bawa 2-3 biji epal, oren atau semangkuk anggur supaya anda boleh ‘mengunyah’ dengan sihat.

7. BANGUN DARI TEMPAT DUDUK

Jika terasa lapar, cuba bangun dari tempat duduk dan lakukan perkara yang boleh menghalang anda daripada makan.

Contohnya, melakukan kerja rumah yang lain seperti membasuh baju, mengemas, atau mandi.

Kalau di pejabat, mungkin anda boleh bangun untuk ke tandas atau berbual dengan rakan sekerja anda buat seketika.

Tips diet yang berkesan ini dapat membantu menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan.

8. MINUM BANYAK AIR

Apabila terasa ingin makan, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Kemudian, capai segelas air kosong dan minum dengan perlahan.

Sebagai variasi, anda boleh juga menikmati air lemon, limau nipis, teh halia, teh pudina, atau teh hijau – tapi yang tanpa gula ya. Boleh detoks sekali!

9. TIDUR SEBENTAR

Salah satu sebab yang buat kita rasa nak mengunyah adalah kerana keletihan atau kurang tidur.

Oleh itu, cuba dapatkan masa tidur berkualiti walaupun 10 minit. Anda akan berasa lebih segar setelah bangun dari tidur dan mencuci muka.

AMALKAN TIPS DIET YANG BERKESAN INI

Mengawal nafsu makan adalah prinsip nombor 1 dalam mengekalkan berat badan unggul.

Jika diikutkan nafsu makan memang boleh membinasakan diri. Memang susah tapi tak bermakna ia tidak boleh dilakukan.

Jadikan ia satu cabaran untuk diri sendiri dalam mengawal nafsu makan demi kesihatan diri untuk jangka masa yang panjang.

Speak Your Mind

*