Bulan lepas, ramai ibu dan ayah ke sekolah berjumpa guru kelas anak-anak untuk melihat perkembangan pembelajaran mereka.
Kak Min gerenti, pasti ada dalam kalangan ibu dan ayah yang ‘warning’ anak-anak dek merosotnya keputusan mereka.
Betulkah tindakan kita begitu? Jom kita tengok apa kata Cikgu Mohd Fadli Salleh.
1. Bertenang. Jangan nak terus marah-marah. Jangan cepat bertukar menjadi singa ya!
2. Bantu dia. Marah tidak dapat menyelesaikan masalah. Ajak anak sama-sama belek soalan dan tengok soalan mana yang dia jawab salah.
3. Kesan kecuaian mereka. Ajar dia teknik paling senang untuk curi markah.Macam banyak contoh yang saya share selalu kat Telegram saya.
4. Jangan terlalu mendesak. Jangan juga aim terlalu tinggi jika anak kita perlahan dan agak slow dalam pelajaran. Namun jangan biarkan juga. Bantu dia. Jangan push dia untuk faham soalan berat dan aras KBAT yang tinggi.
Budak ni, bila kena push benda susah bagi mereka, mereka akan cepat give up dan down. Lagi mereka benci mata pelajaran tersebut.
Maka, bantu saja mereka cara cari markah untuk soalan senang. Guide sikit-sikit pun sangat okey dah. Selalu ingatkan mereka jangan cuai dan semak kembali.
Aku tahu, ini semua tugas guru. Aku saja berkongsi cara dan tips guru ajar anak di sekolah untuk ibu bapa yang nak bantu anak di rumah. Jika ada bantuan di rumah, lagi cepat anak kita faham.
Jika tak nak bantu nak serah pada sekolah 100% pun tak apa juga. Aku tak paksa kalian ajar anak. Aku cuma ajak. 🙂
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.