DAH TAHU JENIS-JENIS SOS PASTA?

Pasta sudah menjadi makanan yang biasa bagi rakyat Malaysia. Deria lidah kita dah tak lagi asing dengan pasta. Anda tahu kan pasta tak tertakluk pada satu jenis sos saja?
.
Ada beberapa jenis sos yang boleh dimasak dan dimakan dengan pasta. Kami akan kongsikan untuk anda jenis-jenis sos pasta yang boleh sesuai digabung.?
.
#1 CARBONARA ☺️
.
Carbonara ialah antara sos yang paling famous dalam sesuatu hidangan pasta. Sos putih ini sangat digemari ramai sebab rasanya yang berkrim dan sangat tinggi dengan perisa.
.
#2 PESTO ?
.
Sos pesto ialah sos versi sihat yang berwarma hijau disebabkan gabungan bahan-bahan seperti daun basil, bawang putih, kacang pinus dan keju parmesan. Warna hijau pun dah nampak seperti alam semula jadi kan?
.
#3 BOLOGNESE ?
.
Sos berwarna merah ni merupakan salah satu sos yang popular dalam menu pasta. Bolognese berwarna merah disebabkan oleh tomato yang telah dicampur beberapa bahan lain seperti bawang putih dan gabungan daging cincang.
.
#4 AGLIO OLIO ?
.
Aglio olio atau dalam bahasa Italy bermaksud minyak dan bawang putih. Jenis sos ni sangat senang untuk disedia. Anda hanya perlu tumis bawang putih dan minyak zaitun.
.
Kalau ikut tekak orang Malaysia, boleh la tambah sedikit lada hitam atau chili flakes untuk menambah rasa pedas. Tak pedas tak Malaysia lah kan. Hehehe..
.
#5 ALFREDO ?
.
Sos ini sesuai dipadankan dengan pasta fettucini. Pekat dan lembut, asas bagi sos ini hanyalah mentega dan heavy cream.
.
#6 MARINARA ?
.
Marinara merupakan sos tomato khas. Sos ni ada campuran rasa masam dan manis dan sangat sesuai dipadankan dengan pasta jenis ravioli.
.
.
Macam-macam jenis sos yang boleh dipadankan dengan pasta ni kan? Ianya terpulang pada selera dan kegemaran seseorang itu juga untuk masak jenis sos yang dorang inginkan. Yang pasti, ianya takda lah susah nak disediakan.??

Kredit artikel: Facebook The Grato Original

Speak Your Mind

*