Diet yang kamu lakukan selama ini kurang berkesan ataupun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diidamkan? Mungkin boleh cuba diet mengikut jenis darah.
Mungkin darah kamu sesuai untuk diet protein, mungkin juga tidak. Jadi ketahui lebih lanjut diet apakah yang sesuai agar kamu tidak rugi.
Cara ini menjanjikan diet lebih berkesan kerana selain fit ia turut menyihatkan badan. Makanan diambil dikatakan bertindak secara sains dengan jenis darah. Jadi, apakah jenis darah kamu dan menu apa pula lebih sesuai?
Darah Jenis O: Sesuai dengan diet tinggi protein termasuk daging pejal, itik, ikan, sayur-sayuran dan buah. Kurangkan dari mengambil grains atau kacang. Bayam dan brokoli sangat membantu. Elak memakan produk tenusu, jagung, gandum, kacang buncis, sawi bunga, kubis dan kubis bunga.
Darah Jenis A: Diet bebas daging tetapi mengambil banyak buah dan sayuran, kacang dan bijirin. Semestinya organik dan segar. Kiranya kamu perlu jadi vegetarian untuk diet lebih berkesan. Elak daging, bahan tenusu dan gandum.
Darah Jenis B: Diet campuran omnivore. Boleh makan sayur hijau, telur, hati, tenusu rendah lemak dan teh. Daging boleh tapi bukan ayam. Ayam memberi masalah buat si darah B. Elak jagung, gandum, tomato, kacang dan sesame seeds.
Darah Jenis AB: Digalakkan memakan tofu, nanas, makanan laut, tenusu dan sayur hijau. Elak mengambil caffeineatau daging yang di masak secara smoked. Jangan makan daging merah dan jagung jika kamu berniat mahu turunkan berat badan.
Kredit: Blog Cosmopolitan