Hati-hati bila panaskan nasi!

Nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan?

Tahukan anda, nasi yang dipanaskan semula untuk dimakan boleh menyebabkan keracunan makanan?

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya hari ini memaklumkan, ia bukan kerana pemanasan semula nasi tersebut namun cara nasi itu disimpan sebelum dipanaskan.

“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula.

“Ini menyebabkan pembiakan bakteria ‘bacilus cereus’ sehingga menghasilkan toksin beracun,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan nasi yang sudah berlendir dan berbau tidak boleh dimakan.

“Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan. Nasi telah dimasak dan tidak habis dimakan mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup,” menurut kenyataan itu lagi.

Ha, jadi untuk penggemar nasi goreng yang biasa menggunakan nasi lebihan, hati-hati ya! Simpan dengan cara yang betul bagi mengelakkan keracunan.

Sumber: Sinar Harian

Speak Your Mind

*