KENALI JENIS BUTANG

ekiranya anda pandai bergaya, ia perlu seiring dengan pengetahuan anda mengenai elemen yang ada pada setiap busana yang ingin diterjemahkan. Selain jenis fabrik yang anda perlu tahu, butang adalah item yang sering ada dalam setiap penggayaan anda. Ketahui beberapa jenis butang yang selalu digunakan dalam proses menjahit.

1. Butang berlubang

Terdapat dua jenis butang berlubang iaitu butang dua lubang dan empat lubang. Bentuk dan fungsinya juga seakan sama. Namun jahitan butang empat lubang lebih kukuh. Jahitannya juga boleh dibuat dengan cara melintang atau menegak.

2. Butang katup

Butang katup ini terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet. Kancing jenis ini digunakan pada pakaian yang tiada tarikan dan butang ini kebiasannya digunakan pada baju kebaya dan pakaian rasmi sekolah.

Image result for butang katup

3. Cangkuk dan palang

Cangkuk dan palang selalunya dijahit pada bahagian pinggang seluar, skirt ataupun kain baju kurung. Diperbuat daripada logam dan merupakan kancing yang paling kukuh.

Image result for cangkuk dan palang

4. Butang mandarin

Butang mandarin juga dikenali sebagai butang simpulan cina. Diperbuat daripada kain atau benang khas yang disimpul menjadi pelbagai corak seperti bunga. Ia dijahit pada pakaian yang mempunyai belah dihadapan. Kebiasaanya digunakan dalam pembuatan Cheongsam. 

Image result for butang cheongsam

5. Butang bertangkai

Butang jenis ini sering digunakan pada belah lengan baju dan leher. Lubang jahitannya terletak pada bawah butang dan diperbuat daripada plastik.

Image result for butang bertangkai

Selain butang, zip juga turut digunakan bagi mencantumkan kedua belah pakaian. Jika sebut mengenai pembuatan busana seperti dress atau baju kurung moden, zip sorok merupakan salah satu aksesori yang penting bagi melengkapkan sesebuah helaian. Selain daripada sifatnya yang lebih kemas, zip sorok terletak cantik pada badan membuatkan ia menjadi item kegemaran pereka fesyen.

Image result for zip sorok

Kredit artikel: Blog Her Inspirasi.com

Speak Your Mind

*