MENDIDIK ANAK? PERINGKAT KETIGA PALING MENCABAR…

Kak Min kongsikan bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, mungkin ibu bapa di luar sana boleh cuba pratikkan ya…

1.  Umur anak-anak 0-6 tahun

Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang secara adil dan sama rata kepada setiap anak. Tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Ini untuk membina hubungan yang rapat dengan anak supaya anak dapat merasai kita adalah teman terbaik mereka dan kita akan menjadii rujukan yang terbaik buat mereka. Mereka akan merasa selesa dan selamat dalam meniti usia kecil kerana kita ibu bapa akan selalu ada di sisi mereka setiap masa mereka perlukan.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun.  

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadits Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa atau menyakitkan, cuma sekadar untuk mengingatkan mereka. Ini untuk mereka merasa tanggungjawab dan dapat membina dan memupuk keperibadian seorang muslim yang terbaik.

3. Umur anak-anak 15- 21 tahun.

Peringkat umur yang mencabar kerana pada ketika ini jiwa anak-anak mudah memberontak dan mudah dipengaruhi. Pada peringkat ini ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan anak-anak. Fahami jiwa mereka, selalu berbual dengan mereka, berkongsi rasa dan perasaan mereka. Jadilah pendengar yang baik kepada mereka supaya sumber rujukkan dan pendengar masalah mereka adalah bermula di rumah bukan di luar. Ini akan memudahkan kita ibu bapa membimbing mereka.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas. 

Peringkat umur untuk kita sebagai ibu bapa memberi kepercayaan kepada anak-anak. Memberi kebebasan kepada anak-anak dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapa pada peringkat anak usia ini hanya perlu pantau dan berikan nasihat yang terbaik buat anak-anak. Insya-Allah dengan didikan yang telah kita berikan sejak dari peringkat 2 anak-anak mampu membentuk tingkat laku yang terbaik. Iringi doa buat mereka anak-anak setiap masa.

“Masa Kecil anak-anak tidak akan berulang dua kali, gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk kita mendidik anak-anak menjadi muslim yang terbaik.”

Sumber : Di ambil dari pelbagai sumber di Google.