Archives for December 16, 2021

6 Fakta Menarik Di Malaysia

Ramai yang tak tahu sebenarnya Malaysia ada fakta yang menarik. Ini adalah 6 fakta menarik yang korang kena tahu.

 

1. KL Ibu Kota Kilat di Dunia

Dianggarkan dalam setahun, sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan

10 hari ribut petir setahun di New York.

2. Jambatan Gantung Tertinggi di Dunia

Malaysia mempunyai jambatan gantung yang tertinggi di dunia? Biar betul! Ramai yang tida tahu mengenai kewujudan jambatan gantung

ataupun dikenali sebagai Via Ferrata tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu.

3. Stesen Keretapi KL Dibina untuk Tahan Salji

Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform

keretapi juga mestri tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap

mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.

 

4. Serangga Terpanjang di Dunia

Ini termasuklah spesis serangga terpanjang di dunia yang telah ditemui di hutan belantara Sabah. Serangga yang dinamakan Chan Megastick

(Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567mm/56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun,

seorang pengkaji alam semulajadi di Malaysia.

5. Roundabout Terbesar di Asia

Siapa yang duduk di Putrajaya mesti korang kenal dengan Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan jalan bulatan

terbesar di Asia dengan 3.4km mengelilinginya.

Ia mempunyai 15 sistem jalan keluar dan masuk, roundabout ni telah dicadangkan oleh Tun Mahathir selepas mendapat ilham daripada

lawatannya di Paris dengan melihta Avenue des Champs Elyees semasa perarakan Hari Bastile.

6. Populasi Lipas Terbanyak di Dunia

Di manakah tempat berkumpulnya lipas paling banyak di dunia? I terletak di Sabah. Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi

serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tak sangka, kan?

10 Ciri-Ciri Bos ‘Awesome’ Yang Buatkan Anda Takkan Berhenti Kerja

Menjadi seorang pengurus atau majikan bukanlah satu perkara mudah sebenarnya. Apabila anda bekerja dalam bahagian pengurusan ia mungkin sukar untuk menilai apa perkara terbaik yang anda perlu buat. Anda mungkin akan mencuba untuk mempertimbangkan antara rasa hendak dihormati oleh pekerja-pekerja ataupun rasa ingin mudah didekati atau orang kata ‘sporting’.

Sesetengah majikan merasakan respons atau tindak balas daripada pekerja-pekerja adalah corak daripada kepimpinan diri seorang ketua. Tetapi, ada juga majikan beranggapan bila hubungan dengan pekerja bertambah rapat dan baik, mereka akan lebih disenangi dan memudahkan urusan dalam pekerjaan.

Tetapi, sejauh manakah sikap anda sebagai bos atau majikan perlu mengambil kisah akan perihal pekerja-pekerjanya? Kajian mendapati satu per tiga daripada para pekerja berhenti bekerja sebab ingin meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan pengurusan syarikat yang buruk atau tidak adil.

Ini 10 ciri-ciri bos yang sangat ‘awesome’ yang patut ada pada diri anda atau bos anda:

1. Tak Memilih-Milih Atau Berat Sebelah

Kadangkala tak dapat dinafikan ada majikan yang bersikap memilih-milih pekerja yang disukai dan menyisihkan segelintir pekerja yang kurang disenangi. Sikap ini sangatlah tak cool dan boleh mengundang rasa kurang hormat pekerja terhadap majikan.

Sikap berat sebelah tidak boleh dipraktikkan di tempat kerja kerana sebagai bos, anda harus bersikap adil dengan memberikan perhatian dan kerjasama kepada semua pekerja yang bertungkus-lumus membantu menaikkan nama syarikat. Anda harus membina hubungan baik dengan SEMUA pekerja dan bukan dengan segelintir sahaja.

2. Melayan Pekerja Seperti Manusia, Bukan Haiwan!

Ada juga sikap majikan yang terlalu kejam membuat pekerja sendiri seperti kuli dengan bebanan kerja di luar kemampuan mereka. Perlu diingat para pekerja juga merupakan manusia biasa yang punya perasaan dan tahu apa itu rasa penat. Anda sebagai bos tiada hak untuk mengambil waktu rehat mereka di hujung minggu kecuali dnegan kerelaan mereka untuk membuat OT.

Bos yang awesome adalah mereka yang bertimbang rasa dengan bebanan kerja diberikan kepada para pekerjanya. Biarpun mungkin banyak kerja yang perlu disiapkan berilah sedikit masa dan ruang untuk mereka melaksanakan tugasan dengan baik.

3. Sanggup Belajar Perkara Baru

Sebagai majikan, anda juga ada kelemahan diri yang takperlulah dimalukan kerana anda juga manusia biasa. Ada perkara-perkara baru di luar kebolehan kita untuk melakukannya dan tak salah jika kita merendahkan ego untuk bertanya dan belajar daripada para pekerja yang lebih mahir.

Merendahkan ego bukanlah menjatuhkan air muka anda sebagai bos, tetapi memberi ruang kepada pekerja untuk mengenal diri anda dengan lebih baik. Di samping anda sendiri akan mampu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik.

4. Menjadi ‘A Part of The Team’

Sesetengah majikan merasakan diri merekalah penyumbang besar kepada kejayaan syarikat tanpa memandang pekerja-pekerja yang lebih banyak bersusah payah membantu syarikat ke tahap yang cukup cemerlang.

Tetapi, sebagai majikan cuba anda bayangkan kejayaan anda tanpa pekerja-pekerja anda? Adakah anda akan mampu Berjaya sehingga ke tahap yang diimpikan? So, anda seharusnya merasakan anda adalah ‘a part of the team’ yang bersusah payah menaikkan nama syarikat.

5. Memberi ‘Support’ Atau Galakan Membina

Anda sebagai bos sepatutnya menjadi ‘role model’ dalam sesebuah syarikat. Anda harus membina kepercayaan kepada para pekerja supaya mereka boleh bekerja dengan penuh yakin dan bersemangat.

Seorang majikan yang ‘extraordinary’ akan sentiasa membuatkan pekerja berasa senang dan gembira ketika bekerja dengan suasana bekerja dan aura yang positif yang ada di tempat kerja. Pekerja sangat dihargai dan tidak hanya dipandang ‘sebelah mata’.

6. Mengurangkan Beban dan Tekanan

Bila masa pekerja berada dalam keadaan yang tertekan atau stress dengan lambakan kerja yang perlu dilaksana, sebagai majikan anda patut tahu cara-cara membuatkan pekerja berasa relaks dan bertenang.

Bos yang sememangnya awesome akan cuba sedaya upaya untuk bertimbang rasa tetapi masih tegas dalam pendirian dan keputusan yang dibuat. Cuma anda sebagai bos boleh fikirkan cara mengurangkan beban yang pekerja terpaksa tanggung.

7. Mampu Mengawal Jangkaan

Tidak semua apa yang anda harapkan daripda pekerja akan 100 peratus Berjaya dengan cemerlang. Akan sentiasa ada lompong-lompong kelemahan yang membuatkan target yang ingin dicapai syarikat tidak kesampaian.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab anda tidak akan mudah menyalahkan pekerja mealah anda akan cuba membuat ‘refleksi’ terhadap diri dahulu. Anda juga akan mampu melihat kelemahan-kelemahan pada diri dan pekerja yang perlu diperbaiki.

8. Memikirkan Penyelesaian, Bukan Hanya Pada Masalah

Sebagai bos yang berkarisma anda patut mengenal pasti apa jalan penyelesaian kepada maslah yang dihadapi oleh syarikat dan bukan hanya menuding jari kepada para pekerja atas masalah yang berlaku.

Majikan yang bijak mampu mengawal situasi dan bukan dikawal oleh emosi.

9. Mempunyai Personaliti Yang Kelakar

Jadi bos yang sangat tegas dan tak pernah bermanis muka bukanlah apa yang para pekerja harapkan. Mereka pun boleh jadi takut-takut dan mula menjauhkan diri daripada majikan seperti ini.

Kalau anda ingin jadi bos yang digemari, cubalah sekali-sekala buat jenaka dengan para pekerja sendiri. Biarpun munginkin akan hambar buat kali pertama, tetapi bila anda selalu mencuba para pekerja akan mula faham yang anda sedang cuba membina hubungan yang rapat dengan pekerjanya sendiri.

10. Seorang Yang Pandai Mendengar

Ini adalah alasan mengapa orang yang introvert mampu menjadi seorang bos yang baik. Mereka adalah orang yang mampu mendengar dengan baik atas apa segala yang diperkatakan oleh orang lain termasuk pekerja di bawahnya. Menjadi seorang yang pandai mendengar bukanlah bermakna menjadi seorang pak sanggup yang hanya menuruti kata-kata orang lain.

Bos atau majikan yang bijak akan mampu menilai kata-kata orang di sekelilingnya dan pandai mengambil apa yang bermanfaat dan meninggalkan apa yang tidak perlu. Bos yang mantap dari segi kepimpinan, bukanlah mereka yang hanya mahu kata-kata mereka didengar dan dituruti tetapi masih dengan rendah diri mendengar pendapat dan kata-kata daripada orang lain.

So ada tak sikap-sikap ini di dalam diri anda atau majikan anda?

Kalau anda ingin lebih kenali karakter seorang bos, nantikan kemunculan novel ISTERI CEO VIRAL karya BATIAH HADI yang bakal terbit nanti!

Sumber artikel: blog.maukerja.my

TIPU DAYA DAJJAL! BERSEDIAKAH KITA?

Pagi ini terbaca catatan Puan Asmah Hashim di dalam FB beliau Asmah Hashim Hashim tentang kemunculan Dajjal. Termenung seketika setelah membacanya. Dajjal datang dengan bergunung-gunung roti? Allahuakbar! 

Sekarang ini kita diuji dengan kekurangan bekalan roti terutama sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Masing-masing meluahkan perasaan tidak puas hati di Facebook kerana sudah seminggu tidak berjumpa dengan roti. Roti begitu cepat habis di kedai. Apakah kita sedang melalui zaman di mana makanan dan minuman tiada? Sedangkan dugaan seperti ini kita sudah goyah. Bagaimana jika kebuluran dan ketika itu dajjal datang menjanjikan kekenyangkan? Ya Allah, kuatkan iman kami dan peliharalah syahadah kami. Janganlah jadikan kami pengikut dajjal yang dilaknat Allah.

Baca catatan Puan Asmah Hashim ni tentang Dajjal.

Hari pertama Dajjal turun, tidak ada makanan dan tidak ada air kerana tujuh bulan hujan tidak turun.

Berlaku perang sesama manusia kerana berebut makanan dan minuman.

1 hari Dajjal berada di bumi bersamaan satu tahun.

Hari kedua bersamaan sebulan.

Hari ketiga bersamaan seminggu.

Hari keempat baharulah kembali pada hari-hari yang biasa.

Ketika Dajjal datang dari satu tempat ke satu tempat, Dajjal akan bawa bersama bergunung-gunung roti, sesiapa yang mahukan makanan, manusia harus mengaku Dajjal sebagai tuhan. Ketika itulah hilang iman dan takwah kepada Allah SWT.

Selama 400 hari Dajjal berada di bumi, orang beriman dan bertakwa tidak akan makan dan minum. Makanan orang beriman hanyalah zikir, tahmid dan takbir. Mereka sanggup berlapar demi pertahankan keimanan dn ketakwaan kepada Allah SWT.

Dajjal itu manusia, punya dua mata, tetapi sebelah matanya buta. Di dahinya akan tertulis ‘Kafir’, tulisan itu tidak boleh dibaca oleh orang yang fasik dan munafik.

Tulisan itu hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang beriman berkat hidayah daripada Allah SWT. Jika terlihat Dajjal larilah daripadanya.

Antara mereka yang mudah terpengaruh adalah wanita. Kerana Dajjal datang bersama kemewahan. Akan ramai orang yang mengikutnya.

Adakah kita sudah bersedia menghadapinya?

Sedangkan ketika disuruh berkurung di rumah pun kita sudah seperti cacing kepanasan!

Berdoalah, semoga kita tidak bertemu dengan zaman ketika Dajjal berkuasa.

Melihat keadaan kita hari ini… Mampukah kita mempertahankan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya?

Masih ada saat getir dan susah yang perlu kita dan anak cucu kita lalui.

Bayangkan bagaimana di saat anak cucu kita kelaparan adakah kita mampu bertahan agar tidak tergadai keimanan dan ketakwaan kita kepada Dajjal hanya kerana hendak memenuhi tuntutan isi perut ahli keluarga kita?

Allahuakbar! Sesungguhnya hanya kepada Allah kita bersandar!

Marilah kita muhasabah diri di saat ujian wabak virus ini menyerang dengan menjadi orang yang bersabar. Supaya ketika datangnya Dajjal kita sudah bersedia menghadapinya.

WaAllahu’alam

Kekallah di rumah. Keluar ketika perlu sahaja.

#MaahadazzeinAlmakki
#muhasabahdiri
#berdoalah

p/s: Terima kasih Puan Asmah atas perkongsian artikel yang sangat menarik ini.

‘HATI TISU’, JANGAN BERANI KE 8 TEMPAT MISTERI DI DUNIA INI

Tidak salah untuk kita menambah sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar. Kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan. Tapi, pernahkah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan menyeramkan di dunia? Jika ya, anda memang berhati kental!

Setiap lokasi punyai cerita dan kisah yang tersendiri. Tak salah untuk kita menambah sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar.

Di sini admin senaraikan 8 lokasi paling misteri dan menyeramkan seluruh dunia.

1. Pulau Boneka, Mexico

Kisahnya bermula apabila mayat seorang kanak-kanak perempuan yang lemas ditemui di kawasan tersebut. Rohnya terus menghantui pulau itu dan penduduk Kawasan sekitarnya terpaksa menggantung anak patung bagi menenteramkan roh kanak-kanak itu.

Menurut mereka, kepala anak patung di pulau itu akan berpusing dengan sendirinya dan adakalanya matanya akan terbuka dan tertutup dengan sendiri.

2. Tuol Sleng, Kemboja

Dahulunya tempat ini merupakan kawasan persekolahan yang dijadikan penjara. Lebih kurang 20,000 orang telah diseksa dan dibunuh di tempat itu. Sekarang, lokasi menyeramkan ini dijadikan muzium untuk anda lawati.

3. Pulau Hashima, Jepun

Pulau yang terletak berdekatan dengan Nagasaki ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Skyfall. Ia ditinggalkan sejak Perang Dunia II dan dikatakan roh-roh tentera yang terkorban bergentayangan di kawasan pulau itu.

4. Lawang Sewu, Indonesia

Sering dikatakan menjadi lokasi paling menakutkan di Indonesia, Lawang Sewu terkenal dengan kisah roh tidak tenteram.Antaranya kelibat hantu wanita Belanda, pontianak dan macam-macam lagi pernah dilihat di situ.

5. Taman Disney Terbengkalai, Florida, USA

Tidak dapat dipastikan mengapa dua buah taman Disney di Florida ini ditutup buat selama-lamanya. Malah, ia dibiarkan terbengkalai dan penduduk tempatan memberitahu kawasan terbabit sangat mengerikan.

6. Poveglia, Itali

Pulau yang cantik ini punyai sejarah tersendiri yang menakutkan. Difahamkan pulau ini pernah dijadikan tempat berlabuh kapal-kapal dagang suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, dua buah kapal yang singgah suatu ketika dahulu membawa wabak berbahaya hingga menyebabkan semua penduduk di situ meninggal dunia.

7. Pripyat, Ukrain

Sebuah kota yang terbengkalai. Semua penduduk telah dievakuasi sejak letupan nuklear Chernobyl pada tahun 1986.

8. Bukit Fraser, Malaysia

Tahu atau tidak, sebuah banglo di Bukit Fraser antara lokasi yang menyeramkan?

Sepasang suami isteri yang sedang berdepan pengalaman mencemaskan apabila isterinya hilang ketika malam pertama di sana. Malah, suaminya juga diganggu oleh pelbagai kejadian aneh. Namun, tidak disangka-sangka seorang wanita muncul yang mengaku dirinya isteri kepada lelaki berkenaan. Pelik! Kisah misteri ini boleh disaksikan menerusi filem Misteri Dilaila yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Arifin dan Elizabeth Tan.

Sumber : Astro Awani

5 Langkah Yang Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kegawatan Ekonomi

Berikutan isu Covid-19, ia telah memberi kesan kepada ekonomi negara Malah, ramai yang semakin bimbang bahawa kegawatan ekonomi mungkin akan memberi kesan ke seluruh dunia. Hanya masa yang akan menentukan. Sekiranya seluruh dunia mengalami kegawatan ekonomi, sebagai rakyat kita perlu bersedia. Berikut adalah lima langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kemelesetan pada kewangan peribadi anda.

1. Pastikan anda mempunyai simpanan.

Untuk membuat simpanan agak sukar jika pendapatan isi rumah tidak berubah dan mengalami kekurangan. Walau bagaimanapun, wang simpanan amat penting di waktu terdesak atau kegawatan. Oleh itu, lakukan simpanan walaupun sedikit demi sedikit yang mana pasti akan menyelamatkan anda atau menyenangkan anda di kala kemelesetan ekonomi berlaku. Berjimat cermatlah bermula dari sekarang. Wang simpanan itu boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan anda di waktu kegawantan.

2. Pastikan insurans anda dibayar.

Ini merangkumi insurans rumah, kenderaan, nyawa, kecacatan dan insurans perubatan anda. Insurans perubatan amat penting sekiranya anda berhadapan dengan penyakit berbahaya di waktu Covid sedang melanda kini. Insurans dapat melindungi anda sekiranya berlaku perkara sedemikian kerana ia dapat menampung pembiayaan rawatan penyakit yang anda alami.

3. Buat anggaran perbelanjaan.

Anggaran perbelanjaan ini adalah cara yang terbaik untuk membantu anda mengklasifikasikan kehendak dan keperluan. Ketepikan jumlah wang tertentu setiap bulan untuk tujuan kecemasan. Ia bukan sahaja boleh menambahkan kewangan anda, tetapi juga dapat membantu anda berbelanja dengan bijak sama ada keinginan atau keperluan yang perlu diutamakan.

4. Berhati-hati dengan perbelanjaan makanan seharian.

Antara perkara gembira yang anda boleh lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya bagi kaum wanita tentulah memasak. Tetapi, haruslah diingat, perbelanjaan untuk makanan mestilah dikawal sebaik mungkin. Dinasihatkan supaya anda tidak membazir dalam pembelian makanan dan bahan-bahan masakan. Perlu berjimat cermat. Masak dalam kuantiti yang bersesuaian dengan isi rumah. Tidak perlu membazir bagi mengelakkan berlakunya lebihan makanan. Anda juga dinasihatkan tidak perlu membuat pesanan makanan melalui Grab Food atau Food Panda secara berlebihan.


5. Dapatkan nasihat daripada perunding kewangan.

Berjumpa dengan perunding kewangan anda sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Anda perlu rujuk kepada pakar kewangan kerana mereka dapat membantu anda dalam menguruskan kewangan anda. Pengurusan kewangan anda perlulah lebih terancang supaya tidak berlaku pembaziran dan sebagainya. Dengan bantuan perunding kewangan, anda dapat menguruskan simpanan anda dengan lebih bijak, sama ada dari segi pembayaran hutang, perbelanjaan keperluan dan lain-lain.

Sumber artikel: plannersearch.org

Cara Menghadapi Musibah dan Doa Ditimpa Musibah

Apa itu musibah? Musibah adalah sesuatu perkara yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan. Sesuatu yang biasanya tidak disukai. Sebagai contoh, jika kita bekerja di pejabat, kita dimarahi oleh pegawai atasan, itu adalah salah satu bentuk musibah. Jatuh motor? Juga salah satu jenis musibah. Musibah tidak semestinya berlaku kepada diri kita sahaja, tetapi musibah juga berlaku kepada orang yang kita sayangi dan orang di sekililing kita. Contohnya seperti penyakit Coronavirus yang kini sedang melanda dunia.

Tapi apa yang pasti, semua orang akan mengalami musibah, tetapi dalam bentuk yang berbeza dan sesuai dengan kekuatan diri masing-masing. ALLAH menyebut di dalam surah Al Baqarah: ayat 286 yang antaranya bermaksud ” ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”

Jadi, perkara pertama yang perlu kita letakkan dalam kotak minda kita apabila ditimpa musibah adalah ianya datang daripada ALLAH dan pasti kita akan dapat menghadapinya.

Sebelum Musibah

Musibah sememangnya tidak dapat diduga oleh manusia. Ianya boleh datang pada bila-bila masa. Oleh itu, kita perlu sentiasa mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan sekiranya musibah datang melanda diri kita. Antara perkara yang perlu sentiasa kila lakukan untuk memberikan kita kekuatan sebelum menerima musibah adalah:

Memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian. Berdoa juga agar sekiranya berlaku musibah, musibah yang datang adalah sesuatu yang boleh kita hadapi.

Memperbanyakkan doa agar diri sentiasa teguh walaupun diuji dengan musibah. Bina keyakinan dan redha dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan.

Selepas Musibah

Apabila musibah melanda, itu adalah menjadi tanda kepada 2 perkara. Sama ada musibah yang melanda adalah merupakan satu ujian atau merupakan satu penghapusan dosa. Oleh itu apabila berlaku musibah, ini adalah perkara yang boleh kita lakukan.

  • Berdoa dengan doa terkena musibah iaitu “Innalillahiwainnailaihirojiun”. Doa ini bukan hanya dibaca apabila berlaku kematian, tetapi turut dituntut dibaca apabila berlaku sebarang jenis musibah.
  • Muhasabah diri dan fikir dari sudut yang positif kenapa musibah tersebut melanda. Mungkin ianya sebagai ujian untuk meningkatkan darjat atau sebagai penghapus dosa?
  • Perbanyakkan Istigfar dan renungi dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
  • Sentiasa bersabar dan redha dengan ketetapan ALLAH.
  • Cari sahabat yang dipercayai dan minta nasihat.
  • Minta maaf dengan kawan dan sahabat sekiranya kita ada menyakitkan hati mereka.
  • Berusaha menghadapi musibah dan sentiada bertawakal kepada ALLAH.

Didoakan semua rakan-rakan diluar sana akan terus bersabar dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah yang melanda. Semoga anda terus diberikan kekuatan dan keteguhan iman yang bertambah.

Ingatlah, apa pun yang berlaku, semuanya telah lama berada dalam perancangan ALLAH. ALLAH adalah sebaik-baik perancang.

Sumber artikel: semuanyajdt.com

10 Fakta Pelik Dan Menarik Mengenai Coklat

10 Fakta Pelik Dan Menarik Mengenai Coklat


Semua orang dalam dunia ini sukakan coklat, tidak kira tua ataupun muda. Coklat diperbuat daripada biji yang diperolehi daripada pokok koko. Biji ini amat pahit, jadi pepejal koko dan lemak koko itu bagaikan kandungan gula yang ditambah ke dalamnya, bersama-sama dengan beberapa bahan-bahan lain untuk membuat coklat yang boleh didapati untuk orang awam.

Terdapat tiga jenis coklat asas yang perlu korang tahu, iaitu Coklat Putih, Coklat Pahit dan Coklat Susu. Antara pilihan jenama yang digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti Cadbury, Toblerones, Ferrero Rocher dan pelbagai lagi.

Tetapi korang tahu tak ada cerita menarik mengenai coklat yang korang tak tahu? Jom admin kongsi sepuluh fakta pelik dan menarik mengenai produk biji koko ini.

1. Sungai coklat sebenarnya wujud

Ya betul, kita kembali ke tahun 1971, sungai coklat terkenal di dalam filem asal Willy Wonka & the Chocolate Factory yang membuatkan Augustus Gloop hampir lemas itu diperbuat daripada 15000 gelen air dicampur dengan coklat dan krim. Dengan kesemuanya adalah krim, sungai tersebut rosak dengan cepat dan pelakon mendedahkan ia meninggalkan bau yang amat dahsyat.

2. Coklat digunakan sebagai mata wang


Pada zaman Mayan biji koko digunakan sebagai mata wang kerana ia telah dianggap sebagai bernilai lebih daripada debu emas. Penanaman biji koko adalah terhad supaya nilai biji koko sebagai wang tidak akan turun.

3. Coklat putih bukan coklat yang sebenar

Ya, kita semua telah ditipu. Dalam usaha untuk diklasifikasikan sebagai coklat sebenar, produk yang mempunyai mengandungi pepejal koko atau koko likor. ‘coklat’ putih mengandungi mentega koko sebaliknya.

Ia dibenarkan untuk dipanggil sebagai coklat kerana peratus mentega koko EU 20, 14 peratus jumlah pepejal susu, 3.5 peratus lemak susu dan mempunyai tidak lebih daripada 55 peratus kandungan gula, dan korang boleh melabelkannya sebagai coklat putih.

4. Orang eropah gemarkan coklat

Gambar di atas menunjukan White’s Chocolate House, London, c.1708. Menurut Pertubuhan Koko Antarabangsa, negara Eropah menyumbang kepada hampir separuh pengambilan coklat di dunia. Mereka menganggarkan Brit purata, Swiss, atau Jerman makan dalam lingkungan 11kg coklat setahun.

5. Thorntons membuat bar coklat terbesar di dunia

Untuk meraikan ulang tahun ke-100, sebuah syarikat membuat coklat antarabangsa, Thorntons telah membuat bar coklat terbesar di dunia dengan berat memecah rekod iaitu 5,792.50kg.

Ahli kakitangan Thorntons, Paul Bell berkata, “Semua kakitangan diminta untuk datang dengan idea-idea bagaimana kita perlu meraikan hari jadi ke-100 kami dan kerana Harlie and the Chocolate Factory adalah filem kegemaran saya sebagai kanak-kanak, saya segera terfikir untuk satu babak dalam filem di mana bar coklat telah jatuh dan saya fikir -. “Ia akan menjadi hebat untuk melakukan sebaliknya dan membuat bar coklat terbesar di dunia.”

6. Biskut cip coklat adalah satu kemalangan.

Pada tahun 1930, Ruth Wakefield sedar bahwa dia telah kekurangan bekalan coklat dan daripada kepingan coklat Nestle ia mencampurkannya ke dalam adunan biskut beliau, dia mengharapkan coklat untuk diserap dan menjadikan ia biskut coklat. Sebaliknya, dia secara tidak sengaja membuat biskut cip coklat, dan kemudian menjual idea tersebut kepada Nestle sebagai balasan untuk bekalan hayat coklat.

7. Kerepek yang dicelup dalam coklat adalah wujud

Untuk masa yang terhad sahaja, Lay telah mengeluarkan satu produk kerepek yang dicelup dalam lapisan coklat susu dan dijual Amerika. The Calgary Herald berkata kerepek mempunyai “gabungan masin-manis, bersama-sama dengan tekstur daripada coklat cair panas dan cip rangup.”

8. Korang boleh mati jika makan terlalu banyak coklat

Coklat mengandungi tahap perangsang yang kuat yang dikenali sebagai ‘theobromine.’Keracunan teobromina boleh menyebabkan kegagalan jantung, sawan, kerosakan buah pinggang teruk dan dehidrasi.

Menelan theobromine yang banyak boleh membawa maut, korang hanya perlu makan kira-kira 22lb coklat atau 40 bar Milk Dairy.

9. Coklat korang mungkin mengandungi pepijat

Kebanyakan bar coklat mengandungi sekitar lapan bahagian serangga, tetapi ia masih disifatkan sebagai selamat untuk digunakan. Menurut U.S Food and Drug Administration, “kebanyakan makanan mempunyai pencemar semula jadi dalam mereka”, tetapi terdapat tahap yang disifatkan oleh FDA adalah selamat. Apa jua yang melebihi daripada 60 bahagian serangga per 100 gram coklat akan ditolak oleh FDA.”

10. Coklat yang paling Digemari

Begitu banyak Toblerone bar yang telah dijual setiap tahun. Jika mereka dapat menyusun dari jarak kilometer ke kilometer yang lain, mereka boleh menyusun untuk 62,000km yang mana ia lebih panjang daripada ukuran lilitan Bumi.


Sumber : https://www.ohmedia.my/2017/01/10-fakta-pelik-dan-menarik-mengenai.html