Archives for December 16, 2021

Nasi Popular Yang Rakyat Malaysia Pasti Tahu

Nasi adalah satu kewajiban untuk rakyat Malaysia. Tak complete sehari makan kalau tak makan nasi. Dari sarapan pagi, hinggalah makan malam, mesti ada nasi dalam hidangan. So sini dikongsi beberapa jenis hidangan popular yang korang pasti dah makan.

1. Nasi Goreng Kampung

Siapa je tak suka nasi goreng kampung ni? Hidangan paling standard yang kita boleh makan walaupun tak de selera atau tak tahu nak makan apa. Jarang nak muak kalau bab nasi goreng kampung. Ada juga yang tambah rasa dengan letakkan sos tomato atau cili.

2. Nasi Lemak

Kalau Malaysia ada nasi rasmi, status itu mungkin diberi kepada nasi lemak. Hidangan nasi yang cukup ikonik untuk rakyat Malaysia. Mood tak kena kalau tak makan nasi lemak untuk sarapan pagi.

3. Nasi Ayam

Hidangan yang tak perlu hari istimewa untuk dihidang. Hidangan simple nasi, ayam, timun, tomato dan salad yang cukup lazat. Tambahan sos kicap dan sup menambah lagi rasanya.

4. Nasi Tomato

Ia antara nasi favourite Admin juga. Rasa tomato dan herba nasi ini membuatkannya enak dimakan walaupun begitu sahaja tanpa lauk atau kuah. Bayangkan kalau ada lauk. Lagilah sedap!

5. Nasi Minyak

Ini dia, nasi rasmi kenduri. Tak jalan kenduri kalau tak de hidangan ni. Dihidangan dengan macam-macam jenis lauk sewaktu kenduri. Tak de masalah dari segi rasa!

Untungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Banyak pilihan untuk makan terutamanya bila pilih nasi. Takkan bosan selera makan. Hari-hari boleh makan nasi lain jenis!

Kredit: Blog my resipi.com

JANGAN SEMBARANGAN AMBIL GULA-GULA HIMALAYA

Mohd Khairul Azuan, pakar diet

Mesti ramai yang suka makan gula-gula Himalaya ni kan? Kadang-kadang sampai habis stok kat kedai. Rasa masin manis. Namun, dalam keseronokan menghisap gula-gula ini, anda kena tahu fungsi sebenarnya. Perkongsian pakar diet, Mohd Khairul Azuan, gula-gula ini bukan diambil suka-suka untuk menggantikan gula-gula biasa. Gula-gula Himalaya ini hanya diambil oleh orang tertentu.

Seronok je tengok orang ambil gula-gula jenis ni dan nampak viral sehingga habis kat kedai.

Saya mahu beri sedikit info berkenaan ‘sport candy’ ni.

Gula-gula ini bukan diambil suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

Ia bukan pilihan yang lagi baik atau lagi ‘sihat’ hanya kerana ia dari himalayan salt. Kandungan sodium nya adalah lebih kurang sama sahaja!

Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis ini?

?? Mereka yang dalam keadaan aktif berpeluh

?? Mereka yang hiking dalam jangka masa yang panjang

?? Mereka yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah

Menurut beliau lagi, orang yang mempunyai penyakit darah tinggi, masalah jantung dan buah pinggang tidak dibenarkan mengambil gula-gula ini.

Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil.

Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena jaga-jaga. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.

Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg.

Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal:

– Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.

– Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%

– Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%

– Sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%

Cukup dah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari candy ini.

Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Elakkan sodium yang berlebihan lagi. Sudah cukup banyak.

Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos.

Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.

Perkongsian beliau di paparan FB, telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan dikongsi di platform lain. Ada yang sudah tahu dan ada yang baru tahu. Dan jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh terus ke FB Mohd Khairul Azuan.

JANGAN AMBIL SEBARANG RISIKO!

Jadi, kalau anda bukan dalam kategori yang disebut tadi, harap fikir-fikirlah ya. Cegah awal sebelum parah. 

Mohd Khairul Azuan
Dietitian

Jenis-jenis Kebaya di Malaysia

Baju Belah Kebaya Panjang

Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

Kebaya Riau-Pahang

Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki, perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang [2] tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Kebaya Nyonya

Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.[4]

Kebarung

Kebarung adalah merupakan gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana yang berasal dari Negeri Selangor ini amat popular dan diminati pada awal 90-an. Antara artis yang pernah menjadi ikon busana ini ialah Ziana Zain[5] [6] dan Erra Fazira.

Kebaya Chitty

Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri. Sudah tentu, terdapat beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina. Kebaya Chitty agak konservatif amnya memihak kepada bahan legap untuk kebaya mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung – Tidak seperti Nyonya kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya). [7][8]

Kebaya Songket

Kebaya Saloma

Biduanita Puan Sri Saloma boleh dianggap sebagai pencipta atau pencetus trend fesyen dan gaya berpakaian wanita Malaya sejak muncul sebagai penyanyi dan pelakon filem pujaan ramai. Saloma dilihat berani mencuba dan memperkenalkan sesuatu yang baru dalam cara berpakaiannya. Pada zaman 1950-an di mana orang Melayu kuat dicengkam adat dan berpegang teguh kepada tata susula Timur, Saloma muncul dengan gaya berpakaian ‘asing’ bagi masyarakat Melayu ketika itu. Saloma mempopularkan fesyen pakaian ketat, menampakkan bentuk badan, potongan melepasi bahu dan menampakkan dada. Saloma turut memperagakan pelbagai jenis kebaya yang menjadi menjadi ikutan wanita Melayu pada zamannya. Fesyen pakaian dengan potongan kain kipas dan kembang, tangan melepai menjadi kemestian wanita dan artis wanita pada waktu itu. Begitu juga dengan pakaian luar ala kot yang dicetuskannya turut manjadi ikutan ramai.[9]

Kebaya-kebaya lain

Kebaya di Selangor

Selain Kebarung, Selangor juga mempunyai Kebaya tersendiri, identiti kebaya Selangor ialah ia tidak mempunyai kolar, kebaya jenis ini pernah diperagakan oleh Datuk Michelle Yeoh ketika hadir dalam majlis peranugerahan gelaran Datuk pada tahun 2001.

Kebaya di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang pula selain popular dengan kebaya Nyonya, terdapat juga kebaya dari kaum Jawi Peranakan iaitu kaum India Muslim seperti Kaum Mami dan Mamak, terdapat perbezaan kebaya dari kedua-dua kaum ini, kaum Mami lebih gemar mengunakkan kain lace dihiasi sulaman labuci berbeza dengan kaum mamak yang lebih gemar mengunakkan kain Sari untuk dijadikan Kebaya.

Kredit Blog wikiwand

Dari Dawaai ke Aksesori

Mungkin ramai tidak pernah terfikir, dari seutas dawai lurus boleh terhasil aksesori yang menarik bahkan siapa sangka ia juga mampu menjana pendapatan lumayan selepas diberi sentuhan kreatif.

Seni aksesori dawai atau lebih dikenali sebagai ‘wire jewelry’ sudah lama popular di Eropah dan Amerika. Kini, seni ini mula diminati di negara Asia seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Aksesori yang unik pastinya digemari kaum Hawa, aksesori dawai juga tidak terkecuali. Walaupun bahan utamanya cuma dawai, namun setiap jenis perhiasan ini memiliki harga yang berbeza bergantung pada jenis dawai digunakan, teknik, kehalusan seni hingga tempoh yang diambil untuk menyiapkannya.

Bermula hanya hobi, pereka aksesori dawai, Mastura Mustaffa tidak menyangka dia mampu menempatkan aksesori dawai buatannya dalam kelas yang tersendiri dan menjana pendapatan melaluinya.

Bidang yang diceburinya itu pada awalnya hanya sekadar suka-suka memandangkan dia perlu memberi sepenuh perhatian terhadap anak keduanya yang mengalami masalah autism.

Bagaimanapun selepas anaknya itu memasuki tingkatan satu pada 2009 dan mampu berdikari, Mastura mengambil kesempatan untuk terus serius menghasilkan aksesori yang semakin mendapat tempat di hati pelanggan.

“Aksesori dawai adalah aksesori unik, tersendiri, halus seni buatannya dan nilainya terletak pada bahan yang digunakan serta tahap kesukaran pembuatannya.

“Ketika mula-mula memperkenalkan aksesori ini menerusi dalam talian pada April tahun itu, bukan semudah yang disangka, malah selepas hampir lima bulan hanya satu jualan berjaya dibuat.

“Jualan pertama bernilai RM30, tapi sudah cukup menggembirakan hati saya. Pembelinya pula dari negeri lain, ketika itu saya merasakan satu kejayaan besar memandangkan pada tahun itu pemasaran melalui media sosial masih baru.

“Melalui blog, Whimsical & Quirky yang saya tubuhkan ketika itu, saya mula bina jaringan dengan penulis blog lain. Pada masa itu, modal pun tidak banyak saya gunakan iaitu hanya kira-kira RM60 untuk membuat sebuah laman web.

“Semakin lama, ramai yang menyedari hasil kerja tangan saya termasuk syarikat kosmetik antarabangsa yang menempah cenderahati eksklusif selain membuat aksesori untuk jenama fesyen terkemuka sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2010,” katanya.

Minat sejak sekolah

Berkelulusan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan (Pengangkutan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Mastura berkata, dia meminati kraf dan kerja tangan sejak zaman persekolahan lagi dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan.

Bagaimanapun, minat Mastura tidak dipersetujui bapanya kerana mahu dia memilih bidang yang lebih menjamin masa depan. Sebagai anak, dia akur dengan kehendak bapa dan menjadikan minatnya itu sebagai hobi saja.

Selepas berkahwin, suami, Ridzuan Hashim, menyokong Mastura untuk meneruskan hobinya dan dia kini mampu tersenyum puas melihat hasil kerja tangannya sentiasa dinanti peminat kraf ini.

Reka bentuk yang diketengahkan Mastura beraneka gaya dan memperlihatkan ciri kontemporari. Gabungan manik dan batu permata serta penyatuan warna dalam rekaan tampak harmoni yang menyerlahkan kreativitinya.

Aksesori yang diciptanya iaitu anting-anting, rantai, gelang, cincin, kerongsang, loket dan pin tudung, bermotifkan alam semula jadi seperti bunga dan daun hinggalah vintaj, setiap satunya ada tarikan tersendiri.

Mastura berkata, koleksi rekaan seni aksesori menggunakan dawai dicipta menggunakan gabungan keindahan pelbagai jenis manik dan batu permata itu tampak lebih menyerlah serta memperlihatkan identiti tersendiri di samping memenuhi cita rasa pelanggan yang sukakan keindahan kilauannya.

Antara batu permata yang sering digunakan termasuk akik, lapis lazuli, kristal Swarovski, ros dan quartz manakala aksesori paling diminati gelang Viking knit.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada golongan profesional yang sukakan sesuatu yang berbeza daripada aksesori biasa terdapat di pasaran.

Meskipun hasil kerja tangannya sentiasa menjadi buruan, Mastura tidak lokek berkongsi ilmu menerusi kelas yang dianjurkannya dengan bayaran berpatutan agar lebih ramai pereka seni dawai dapat dihasilkan di negara ini.

“Kepuasan bagi saya apabila daripada ratusan pelajar yang mengikuti kelas, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka menjadi usahawan dalam bidang ini.

“Disebabkan masa yang agak terhad, kini kelas dianjurkan mengikut temu janji,” katanya.

Selain kraf dawai, Mastura kini giat menghasilkan aksesori dan cenderahati peribadi daripada bahan kulit dan kain bagi mempelbagaikan hasil kerja tangannya.

Antara barangan yang boleh ditempah khas seperti gegelung kunci kulit, beg tangan kulit, bekas pensil, dompet syiling dengan nama pembeli atau dijadikan sebagai hadiah.

Berharga daripada RM10 ke atas bagi pin tudung, paling mahal yang pernah dibeli pelanggan ialah rantai daripada dawai perak berharga lebih RM1,000.

Mastura berkata, dia menjual produknya melalui kedai atas taliannya whimsicalnquirky.com atau Instagram dan Facebook whimsicalnquirky.

Menurutnya, dalam menghasilkan rekaan itu, antara cabarannya ialah untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Namun, prinsip dan konsep diamalkan amat mudah iaitu membuat tempahan mengikut personaliti dan tema yang dikehendaki serta bajet pelanggan.

“Saya perlu mengkaji apa yang pelanggan suka dan tidak suka supaya mereka berpuas hati apabila memakainya. Kesukaran sesuatu aksesori itu bukan bergantung kepada kategorinya, tetapi pada kerumitan rekaan dan teknik digunakan.

“Saya puas hati apabila pelanggan memberi maklum balas suka dengan rekaan dan perkhidmatan saya. Saya juga bangga apabila melihat ada pelanggan memakai koleksi rekaan saya,” katanya.

Kredit : Harian Metro

Cara Mudah untuk Mengurangkan Garam dalam Makanan

Lidah kita mudah untuk beradaptasi dengan makanan yang mempunyai rasa masin yang kuat. Lama kelamaan, rasa masin yang biasa akan menjadi tawar dan ini akan menyebabkan kita menambah garam ke dalam makanan kita untuk mendapat rasa masin yang kita kenali. Sekiranya ia sudah dimulakan di peringkat kanak kanak, tabiat ini amatlah susah untuk dibetulkan kerana sudah terjerat dan ketagih dengan rasa masin yang kuat.

Mengurangkan kandungan garam dalam makanan merupakan langkah pertama untuk mengelakkan diri daripada menghidap penyakit darah tinggi. Mengurangkan kandungan garam atau sodium, walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang besar yang bermanfaat kepada kesihatan.

Kurangkan makanan segera / makanan kedai

Kebanyakan sumber garam dalam makanan kita datangnya daripada makanan yang diproses dan telah disiapkan seperti biskut crackers, makanan dalam tin, bijirin sarapan dan makanan dari kedai – restoran, kopi tiam, kedai mamak dan sebagainya.

Ramai tidak mengetahui bahawa makanan proses seperti bijirin sarapan, walaupun rasa masinnya tidak nyata, namun masih mengandungi kandungan garam yang tinggi. Walaupun kandungan garam pada label makanan tidak tinggi, namun, sekiranya dimakan beberapa kali sehari, ia akan turut menyebabkan anda memakan garam berlebihan sehari.

Hampir 40% daripada sumber garam dalam makanan kita datangnya daripada sumber-sumber yang berikut:

  1. Roti dan kuih
  2. Daging yang di awet – seperti daging salai, daging cornbeef
  3. Pencicah makanan – kicap, budu, sambal
  4. Ayam ternak, sama ada yang segar atau telah diproses seperti ayam goreng dsb
  5. Sup
  6. Sandwich, termasuk burger keju
  7. Makanan barat seperti pasta dan pizza
  8. Makanan ringan – kerepek, kentang keping, serunding dsb.

Namun demikian, makanan yang kurang bergaram tidak semestinya tidak sedap. Ini kerana lidah manusia tidak dapat mengesan sebarang perubahan pada rasa masin sekiranya kandungan garam dikurangkan sehingga 30%. Ini adalah perkara baik kerana ramai suri rumah dan pengusaha restoran boleh mengurangkan garam dalam masakan mereka tanpa mengorbankan rasa makanan.

Makan makanan masin dalam jumlah yang kecil.

Anda tidak perlu mengelak terus makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Ini kerana banyak makanan di Malaysia seperti kicap, budu, jeruk dan ikan masin mengandungi garam yang tinggi. Cara terbaik adalah dengan membiasakan diri menikmati makanan tersebut dengan amaun yang kecil.

Gunakan rempah ratus dan herba untuk menggantikan garam

Walaupun belum mendapat tempat di negara ini, makanan yang sifar garam, atau garamnya yang telah digantikan mengandungi 100% kalium klorida (potassium chloride). Kalium klorida ini masih memberikan rasa masin kepada makanan, namun, ia meninggalkan rasa pahit sekiranya dimasak. Oleh itu, ia jarang digunakan.

Selain garam, penambah perisa lain seperti rempah ratus atau perisa lain seperti lemon dan limau nipis boleh menambah rasa sesuatu makanan tanpa perlu menambah kandungan garam. Perasa sitrus dari limau dan lemon akan mengaktifkan reseptor rasa yang sama pada lidah bila digunakan bersama-sama.

Negara kita mempunyai cuaca yang sesuai untuk menanam pelbagai jenis pokok herba dan rempah ratus. Herba tradisional seperti serai, bunga kantan dan daun limau nipis mempunyai rasa yang unik. Daun sup dan beberapa daun herba dari negara barat seperti dillrosemary dan sebagainya boleh memberi kepelbagaian rasa kepada makanan anda selain dari garam.

Jadilah kreatif. Bereksperimenlah dengan pelbagai perisa makanan selain garam.

Minyak yang sihat seperti minyak zaitun boleh digunakan untuk menggantikan rasa garam. Ia mengandungi rasa yang tersendiri yang memberikan pengalaman rasa yang berbeza kepada anda. Tidak hairanlah sekiranya orang mediterranean yang sentiasa mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan mereka mengandungi kadar kematian akibat penyakit jantung yang rendah.

Sekiranya anda tidak meminati rasa makanan yang terlampau berminyak, gantian yang mengandungi lemak yang sihat seperti ikan boleh digunakan untuk memberi perisa kepada makanan anda.

Masak makanan sendiri

Selain memakan makanan proses dari restoran atau kedai makan, berikan tumpuan untuk masak menggunakan bahan yang segar. Ini memberikan anda peluang untuk mengawal jumlah garam yang perlu di tambah pada makanan anda dan keluarga anda. Negara kita memang terkenal dengan amalan makan ulam – apa salahnya kalau kita boleh jadikan tabiat memakan ulam ini sebagai identiti kita sebagaimana orang Jepun yang gemar memakan ikan.

Jadikan separuh pinggan anda terdiri daripada sayur dan buah

Dengan menjadikan separuh daripada pinggan hidangan makan tengah hari dan malam anda sebagai amalan, kandungan fiber akan membuatkan anda kenyang lebih awal dengan sihat. Jumlah garam dalam satu pinggan adalah kurang dan kekenyangan tersebut akan mengelakkan anda dari mengambil garam tambahan dari lauk yang terhidang.

Kukus, panggang dan menumis mengangkat rasa makanan tanpa perlukan garam

Kita menggunakan garam untuk menambah rasa. Namun demikian, cara memasak boleh meningkatkan lagi rasa makanan itu sendiri dan menjadikan makanan lebih sedap tanpa menggunakan garam. Garam hanya akan menyembunyikan rasa asli sesuatu makanan. Selain menggoreng dan merebus, gunakan teknik mengukus, memanggang dan menumis untuk mengangkat rasa asli makanan tanpa perlu ditambah garam. Sekiranya menumis, gunakan minyak yang sihat. Elakkan menggunakan minyak yang telah digunakan dari masakan sebelumnya.

Kredit: The malaysia medical gazette

Jangan Dibuang Nasi Mentah, Perbaiki Rasanya Dengan 5 Petua Ini

“Ish dahlah lapar, tengok-tengok nasi yang dimasak mentah pulak. Aku yang salah bajet air atau rice cooker aku ni yang rosak? Nampaknya, makan lauk je lah aku malam ni. Nak telefon Mak lah. Mana tahu dia ada petua nasi mentah. Untung-untung boleh ‘repair’.”

Sayangnya, takkan nak dibuang nasi yang mentah. Orang kata tak baik buang nasi, sama macam kita buang rezeki.

Apa pun, sebenarnya ada 5 petua nasi mentah yang anda boleh lakukanuntuk dapatkan kembali nasi yang gebu jika nasi yang ditanak mentah pada awalnya.

5 PETUA NASI MENTAH KEMBALI GEBU

1. GUNA ‘MICROWAVE’

Letakkan nasi dalam bekas khas ‘microwave safe’.

Basahkan sedikit dua helai tisu kertas dan tekapkan atas nasi dan masukkan nasi dalam microwave selama dua minit. Keluarkan nasi dan buang tisu di atasnya.

Nasi yang mentah akan kembali gebu.

2. TAMBAH AIR

Campurkan setengah cawan air pada nasi yang mentah. Letakkan penutup rice cooker dan tekan suis.

Biarkan seketika hingga naik bau nasi.

Stim yang terhasil membantu menjadikan nasi mentah kembali gebu dan boleh dimakan.

3. BUBUH MANGKUK BERISI AIR DI TENGAH NASI

Ambil mangkuk kecil dan isikan air panas. Kemudian buat lubang mengikut saiz mangkuk di tengah nasi dan letakkan mangkuk di dalamnya.

Tutup periuk dan masak semula nasi di atas api yang perlahan sehingga benar-benar masak.

4. TAMBAH AIR GARAM

Masukkan sedikit air yang sudah bercampur garam pada atas nasi.

Panaskan semula periuk selama lima minit atau sehingga wap naik.

Jangan banyak sangat pula, agak-agak supaya ia tidak terlalu masin.

5. GUNA DAUN PISANG

Letak daun pisang atau plastik yang bersih atas nasi yang mentah.

Pastikan ia menutup semua bahagian nasi. Tutup periuk dan masak semula nasi sehingga ia masak.

Aroma daun pisang memang menaikkan lagi selera!

PENTING: JANGAN GAUL NASI YANG MENTAH

Nasi yang mentah jangan digaul kerana biasanya yang mentah hanya melibatkan bahagian atas. Jika digaul, maka seluruh nasi akan terasa mentah.

Ingat ya!

TAK PERLU MEMBAZIR, NIKMATINYA SEPERTI BIASA

Dengan 5 petua nasi mentah ini, anda boleh kembali menikmati nasi yang dimasak tadi tanpa membuang atau membazirkannya.

Boleh ‘adjust’, dan kembalikan rasa nasi yang gebu dan sedap.

Tak ada masalah lagi.

Kredit: Sirap Limau

Jenis Kolar Untuk Lelaki dan Wanita. Apakah Jenis Kolar?

Kolar adalah barang pakaian yang merupakan kain kain. Ia bersempadan dan menghias lehernya. Kolar sentiasa kelihatan dan sangat penting kerana ia memainkan peranan penting dalam mewujudkan imej yang harmoni.

Sejarah kolar di Rusia

Pada masa lalu, aksesori ini adalah sebahagian daripada pakaian apa pun yang amat diperlukan. Di Rusia pada abad XVIII, hampir semua jenis kolar telah dijahit secara berasingan daripada pakaian. Dan pada masa yang tepat mereka dipasangkan. Kolar standard waktu itu dibiarkan keluar dari bawah pakaian pada dua jari, sehingga ia menjulur belakang kepalanya.

Orang yang dijamin boleh membekalkan barang pakaian ini dengan butang emas dan perak, inskripsi, benang emas bersulam, mutiara.

Butang tembaga berfungsi sebagai hiasan untuk kerah orang miskin.

Penampilan di Eropah

Di negara-negara Eropah, pakaian ini muncul selepas Perang Salib.

Model pertama dibuat pada sangkar kawat, sebagai contoh, kolar berdiri teguh. Dia muncul di dunia fesyen pada abad ke-XIV dan menjadi sebahagian daripada pakaian lelaki.

Masa berlalu, semuanya berubah, dan bentuk kolar berubah.

Pada abad XVI, kolar mula menjadi lebih selesa, di samping itu, mereka menjadi sifat tetap pelbagai pakaian wanita.

Jenis utama kolar

Perincian kecil pakaian ini boleh dipanggil dengan selamat sebagai pemberi maklumat fesyen, kerana bentuk dan saiznya bergantung kepada trend terkini.

Walau bagaimanapun, bukan sahaja trend fesyen menentukan peraturan untuk memilih elemen ini. Sangat bergantung pada struktur angka, bujur muka, bahan yang dipilih dan tujuan langsung kerah.

Bergantung kepada trend yang bergaya, kolar boleh terdiri daripada pelbagai jenis: kecil, sempit, bulat, sangat besar, dengan pendirian, rata-rata, kerja terbuka, rajutan dan lain-lain. Tetapi jika dilihat dari sudut pemotongan, mereka dibahagikan kepada vtachnye, satu keping dan boleh ditanggalkan.

Pelbagai kolar

Vtachnye lebih mudah daripada keseluruhan. Yang terakhir ini digunakan apabila kesilapan dalam prestasi bahagian-bahagian tidak penting, dan juga dalam kes-kes di mana pemprosesan yang mudah diperlukan. Kolar satu keping biasanya dibuat pada blus terang, pakaian kasual.

Terdapat beberapa gaya kolar vtac, antara mereka yang paling terkenal jenis: dengan berdiri lurus, berbaring, diikat, rata-rata, kerah sedikit ketinggalan di belakang leher, jenis baju, kolar berdiri.

Semua jenis ini dibahagikan kepada 4 kumpulan utama:

  1. Berdiri
  2. Tetap giliran.
  3. Meletakkan rata.
  4. Jaket

Kolar berdiri

Kolar berdiri memberikan penjimatan dan keringkasan. Selalunya mereka didapati dalam hiasan pakaian luar, yang direka untuk musim sejuk, sebagai contoh, jaket, kot. Anda juga boleh mencari leher selesai dalam pakaian seperti perniagaan, seperti pelbagai jenis baju kaos.

  • Kolar pendirian tinggi – mengikat leher rapat dan berbentuk seperti sangkakala. Gaya ini juga termasuk jenis: kolar kolar, kolar mandarin, kolar corong dan lain-lain.
  • “Mao” – kolar berdiri, yang mempunyai pemotongan vertikal tanpa membulatkan tepi.
  • “Kolar” – kolar lembut, yang terletak dalam bentuk lipatan lembut.
  • “Stuart” – model ini, yang di bahagian atasnya mempunyai hiasan dalam bentuk renda.

Juga gaya popular “Itali”, “jerung”, “batten-down.” Keterangan terakhir tiga disatukan dengan hakikat bahawa mereka memberikan baju lelaki itu rupa yang ketat dan ringkas. Leher, yang dibingkai oleh kerah seperti itu, menangkap mata, menarik perhatian kepada dirinya sendiri dari seluruh pakaian.

Masih berdiri kerah biasanya menghiasi pakaian luar: jaket, windbreakers, mantel. Mereka direka bukan sahaja sebagai gaya, tetapi juga melindungi dengan sempurna dari angin dan sejuk.

Berdiri kolar giliran

Kolar berdiri tegak agak serba boleh. Ia digunakan dalam reka bentuk pakaian wanita dan lelaki, dan di tapak semaian. Gunakan reka bentuk ini untuk mencipta model yang elegan dan untuk hiasan setiap hari.

Ia direka daripada dua bahagian – pemergian dan rak. Bahagian yang tersembunyi di dalam dipanggil pendirian, dan bahagian yang berada di luar dipanggil terbang.

Terdapat jenis kolar berdiri berikut:

  • jenis baju. Ia boleh mempunyai pelbagai konfigurasi berlepas dengan kedua-dua tepi tajam dan bulat;
  • Potong Polo adalah kerah kecil dengan dua atau tiga butang.

Salah satu contoh yang paling jelas mengenai kolar berdiri ialah kolar Schalke.

Kolar rata

Mereka juga dipanggil turndown.

Leher reka bentuk ini dirawat dengan menghadap. Biasanya, garis leher dilampirkan pada pakaian supaya kolar berada di antara kelebihannya dan menghadapinya. Jika tidak, kolar dipangkas pada menghadap, dan mahkota itu dilekatkan pada leher.

Gaya biasa kolar giliran:

  • Peter Pan, yang dinamakan sempena pahlawan sastera eponim, adalah kolar bulat kecil.
  • “Berta” – kolar bersaiz besar yang meliputi bahu. Selalunya diperbuat daripada renda.

Jika seorang wanita menganggap pelbagai jenis kolar pada pakaian, maka anda tidak boleh memikirkan kolar dilipat dengan tepi bulat.

Contoh yang menarik dari jenis ini adalah kolar putih yang melengkapi seragam sekolah lama – pakaian coklat gelap pelajar Soviet.

Kolar jaket

Jenis ini biasanya dapat dilihat pada mantel, jaket, jas hujan.

Gaya popular jenis ini:

  • Kerah Inggeris adalah salah satu gaya yang paling popular untuk memotong pakaian luar gaya klasik, seperti jaket atau kot.
  • Apache – dibezakan oleh fakta bahawa ia mempunyai lap lebar dan pada waktunya muncul di dunia fesyen, menandakan simbol kebebasan lelaki. Jika pakaian mempunyai kolar apache, ikatan dalam kes ini dianggap tidak diperlukan.
  • Kolar mewahKumpulan yang berasingan boleh dibezakan dengan kolar fantasi, yang sukar disatukan dengan jenis yang ada. Produk ini mempunyai kemasan berjenama leher dan mungkin terdiri daripada butiran yang paling tidak dijangka.Ini adalah jenis-jenis kolar yang ideal untuk pakaian, blaus dan blaus.

Salah satu contoh yang paling menonjol adalah busur yang terkenal Coco Chanel. Sekeping pakaian yang indah ini terdiri daripada selendang dua yang terikat pada leher. Aksesori ini akan memberikan keaslian dan romantik imej wanita.

Juga antara gaya popular kumpulan menarik ini termasuk jenis kerah berikut:

  • Kokilie – memakai baju leher dan blus, dibuat dalam bentuk sebuah shuttlecock. Kerah sedemikian dipotong di sepanjang sabit atau dalam bulatan dan dijahit ke leher;
  • Jabot adalah kolar renda kain ringan, dijahit ke leher.

Buat tangan sendiri

Setiap barang buatan tangan mempunyai nilai istimewa. Selalut wanita sering tidak suka membeli produk siap, tetapi untuk membuat kolar asal yang tidak ada orang lain.

Image

Secara semulajadi, semua jenis kolar di atas boleh dirajut atau dirajut. Jangan lupa bahawa ini agak sukar dilakukan. Sebelum memulakan kerja, adalah lebih baik untuk mempelajari pengalaman orang-orang yang telah mengurus pakaian ini. Untuk menentukan model.

Hari ini anda boleh menemui pelbagai kelas tuan pada bagaimana merajut kerah. Gambar-gambar dengan langkah demi langkah dan penjelasan terperinci akan memberikan gambaran lengkap tentang bahagian mana untuk menghampiri kerja. Ini adalah pengalaman yang sangat berguna yang tidak boleh diabaikan. Terdapat juga forum-forum tematik di mana para pereka kulit berkongsi pengalaman mereka. Di sini anda boleh bertanya soalan yang timbul semasa merajut. Sebagai peraturan, kolar dirajut secara berasingan, dan kemudian dijahit ke kolar produk. Jenis kerah yang paling biasa adalah kerah berdiri, kerah belokan dengan tepi bulat atau tajam, kuk, kolar renda, kolar kalung.

Memilih kolar wanita dalam bentuk muka

Bentuk produk tidak hanya mempengaruhi rupa pakaian, tetapi juga rupa pemiliknya. Kerana kolar itu adalah lanjutan muka visual, terperinci ini sama ada akan membantu secara visual melicinkan kelemahan kontur muka, atau, sebaliknya, menekankannya. Oleh itu, memilih aksesori ini, perlu mengambil kira nuansa luar, supaya ia benar-benar menjadi perhiasan.

Terdapat beberapa cadangan yang akan membantu anda memilih kolar.

  1. Bagi wanita yang mempunyai muka panjang, sesuai gaya klasik dan kerawang yang mempunyai tepi bulat.
  2. Pemegang bujur muka bulat adalah lebih baik untuk membuat pilihan memihak kepada kolar dengan hujung yang tajam. Garis lembut dan licin akan menekankan bentuk muka.
  3. Mereka yang mempunyai leher panjang, harus diutamakan untuk berdiri kolar atau kolar berdiri, sebagai contoh, pilih gaya Apache.
  4. Mereka yang mempunyai leher pendek adalah lebih baik untuk mengelakkan jenis kolar dan jenis kolar mewah. Gaya sedemikian adalah lebih baik untuk memilih pemilik badan berbentuk pir.
  5. Kolar lebar, lap mewah, yang berkembang ke bahagian atas, menghiasi pakaian wanita yang mempunyai bentuk A, berdiri dengan bahu yang sempit dan pinggul lebar.

Kami menekankan maruah lelaki

Lelaki, serta wanita, kadang-kadang teliti tentang penampilan mereka. Terutama akut ialah persoalan orang yang bekerja dalam bidang perniagaan dan mesti mematuhi kod berpakaian ketat. Adalah wajar bagi lelaki sedemikian dapat membezakan kolar Bahasa Inggeris klasik dari kolar berdiri.

Image

Jika anda tahu peraturan mudah, bimbang tentang kolar yang salah tidak perlu.

  1. Bulat dan wajah yang luas dapat dilihat dengan sempit kerah belokan dengan sudut panjang. Dalam kes ini, anda harus mengelakkan gaya yang mempunyai hujung bulat dengan penjuru jarak jauh.
  2. Bagi pemilik wajah yang memanjang, model yang diletakkan dengan baik dengan simpulan tali leher yang besar akan berfungsi dengan baik.
  3. Leher panjang akan sangat bertopeng dengan kolar berdiri atau kolar belok yang tinggi dengan butang.

Kredit:Herewomentell.com

Apa itu protein?

Protein merupakan senyawa organik komplek berbobot molekul besar yang terdiri dari asam amino yang digabungkan satu sama lain dengan ikatan peptida. Molekul protein mengandung karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur serta fosfor. Protein berperan penting dalam pembentukan struktur, fungsi, regulasi sel-sel makhluk hidup dan juga virus. Protein juga bekerja sebagai neurotransmiter serta pembawa oksigen dalam darah (hemoglobin). Protein pun berguna sebagai sumber energi tubuh.

Protein terbentuk dari polimerisasi peptida-peptida ,Peptida adalah polimerisasi dari asam amino-asam amino yang berbeda. Jadi, protein bisa dikatakan sebagai sebuah kopolimer.

Ikatan yang terjadi antar protein selain ikatan peptida antara asam amino dan penyusunnya, pun terjadi ikatan-ikatan yang lain. Contohnya, ikatan hidrogen yang terjadi pada gugus –NH dan gugus –OH, dan ikatan disulfida -S-S- yang menyokong terjadinya ikatan yang kompleks pada protein. Ikatan ion pada protein juga terjadi kalau di dalamnya ada gugus ion logam dan ikatan koordinasi, contohnya ikatan koordinasi antara ion Fe3+ dengan hemoglobin pada darah.


Struktur Protein


  • Struktur primer

Struktur Primer adalah ikatan-ikatan peptida dari asam amino-asam amino pembentuk protein itu.


  • Struktur sekunder

Struktur Sekunder adalah i ikatan hidrogen yang terjadi antara gugus-gugus amina dengan atom hidrogen pada rantai samping asam amino, sampai membentuk lipatan-lipatan, contohnya membentuk α-heliks.


  • Struktur Tersier

Strujtur Tersier adalah Interaksi struktur sekunder yang satu dengan struktur sekunder yang lain lewat ikatan hidrogen, ikatan ion, atau ikatan disulfida (-S-S-),contohnya terbentuk rantai dobell-heliks.


  • Struktur Kuartener

Struktur Kuartener adalah Struktur yang melibatkan beberapa peptida sampai membentuk sebuah protein.Pada peristiwa ini, kadang-kadang terselip molekul atau ion lain yang bukan merupakan asam amino, contohnya pada hemoglobin, yang pada proteinnya terselip ion Fe3+.


Ciri-ciri Molekul Protein :

  1. Berat molekulnya besar, hingga mencapai ribuan bahkan jutaan sehingga merupakan suatu makromolekul.
  2. Umumnya terdiri dari 20 macam asam amino, asam amino tersebut berikatan secara kovalen satu dengan yang lainnya dalam variasi urutan yang bermacam-macam membentuk suatu rantai polipeptida.
  3. Ada ikatan kimia lainnya Ikatan kimia lainnya mengakibatkan terbentuknya lengkungan-lengkungan rantai polipeptida menjadi struktur tiga dimensi protein, sebagai contohnya yaitu ikatan hidrogen dan ikatan ion.
  4. Struktur tidak stabil terhadap beberapa faktor, antara lain, pH, radiasi, temperatur, dan pelarut organik.

Sifat Fisiko Kimia Protein

Protein merupakan molekul yang sangat besar, sehingga mudah sekali mengalami perubahan bentuk fisik maupun aktivitas biologis. Banyak faktor yang menyebabkan perubahan sifat alamiah protein misalnya : panas, asam, basa, pelarut organik, pH, garam, logam berat, maupun sinar radiasi radioaktif. Perubahan sifat fisik yang mudah Universitas Sumatera Utara diamati adalah terjadinya penjendalan (menjadi tidak larut) atau pemadatan (Sudarmadji. S, 1989).

Ada protein yang larut dalam air, ada pula yang tidak larut dalam air, tetapi semua protein tidak larut dalam pelarut lemak seperti misalnya etil eter. Daya larut protein akan berkurang jika ditambahkan garam, akibatnya protein akan terpisah sebagai endapan. Apabila protein dipanaskan atau ditambahkan alkohol, maka protein akan menggumpal. Hal ini disebabkan alkohol menarik mantel air yang melingkupi molekul-molekul protein.

Adanya gugus amino dan karboksil bebas pada ujung-ujung rantai molekul protein, menyebabkan protein mempunyai banyak muatan dan bersifat amfoter (dapat bereaksi dengan asam maupun basa). Dalam larutan asam (pH rendah), gugus amino bereaksi dengan H+ , sehingga protein bermuatan positif. Bila pada kondisi ini dilakukan elektrolisis, molekul protein akan bergerak kearah katoda. Dan sebaliknya, dalam larutan basa (pH tinggi) molekul protein akan bereaksi sebagai asam atau bermuatan negatif, sehingga molekul protein akan bergerak menuju anoda (Winarno. F.G, 1992)

Baca Juga :  Etika dan Etiket


Klasifikasi Protein


  • Berdasarkan Fungsi Biologisnya
  1. Protein Enzim Golongan protein ini berperan pada biokatalisator dan pada umumnya mempunyai bentuk globular. Protein enzim ini mempunyai sifat yang khas, karena hanya bekerja pada substrat tertentu. Yang termasuk golongan ini antara lain: (1) Peroksidase yang mengkatalase peruraian hidrogen peroksida. (2) Pepsin yang mengkatalisa pemutusan ikatan peptida. (3) Polinukleotidase yang mengkatalisa hidrolisa polinukleotida.
  2. Protein Pengangkut Protein pengangkut mempunyai kemampuan membawa ion atau molekul tertentu dari satu organ ke organ lain melalui aliran darah. Yang termasuk golongan ini antara lain: (1) Hemoglobin pengangkut oksigen. (2) Lipoprotein pengangkut lipid.
  3. Protein Struktural Peranan protein struktural adalah sebagai pembentuk struktural sel jaringan dan memberi kekuatan pada jaringan. Yang termasuk golongan ini adalah elastin, fibrin, dan keratin.
  4. Protein Hormon Adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin membantu mengatur aktifitas metabolisme didalam tubuh.
  5. Protein Pelindung Protein pada umumnya terdapat pada darah, melindungi organisme dengan cara melawan serangan zat asing yang masuk dalam tubuh.
  6. Protein Kontraktil Golongan ini berperan dalam proses gerak, memberi kemampuan pada sel untuk berkontraksi atau mengubah bentuk. Yang termasuk golongan ini adalah miosin dan aktin.

Protein Cadangan Protein cadangan atau protein simpanan adalah protein yang disimpan dan dicadangan untuk beberapa proses metabolisme


  • Berdasarkan Struktur Susunan Molekul
  • Protein Fibriler/Skleroprotein Protein ini berbentuk serabut, tidak larut dalam pelarut-pelarut encer, baik larutan garam, asam, basa, ataupun alkohol. Berat molekulnya yang besar belum dapat ditentukan dengan pasti dan sukar dimurnikan. Susunan molekulnya terdiri dari rantai molekul yang panjang sejajar dengan rantai utama, tidak membentuk kristal dan bila rantai ditarik memanjang, dapat kembali pada keadaan semula.
  • Protein Globuler/Sferoprotein Protein ini berbentuk bola, banyak terdapat pada bahan pangan seperti susu, telur, dan daging. Protein ini larut dalam larutan garam dan asam encer, juga lebih mudah berubah dibawah pengaruh suhu, konsentrasi garam, pelarut asam, dan basa jika dibandingkan dengan protein fibriler. Protein ini mudah terdenaurasi, yaitu susunan molekulnya berubah yang diikuti dengan perubahan sifat fisik dan fisiologiknya seperti yang dialami oleh enzim dan hormon (Winarno, 2004).

Sifat-sifat Protein

  1. Sering larut dalam air karena ukuran molekulnya yang sangat besar.
  2. BIisa mengalami koagulasi oleh pemanasan dan penambahan asam atau basa.
  3. Bersifat amfoter karena membentuk ion zwitter Pada titik isoelektriknya, protein mengalami koagulasi sehingga bisa dipisahkan dari pelarutnya.
  4. BIsa mengalami kerusakan (terdenaturasi) akibat pemanasan. Pada denaturasi, protein mengalami kerusakan mulai dari struktur tersier hingga struktur primernya.

  • Berdasarkan Komponen Penyusunan
  1. Protein Sederhana Protein sederhana tersusun oleh asam amino saja, oleh karena itu pada hidrolisisnya hanya diperoleh asam-asam amino penyusunnya saja. Contoh protein ini antara lain, albumin, globulin, histon, dan prolamin.
  2. Protein Majemuk Protein ini tersusun oleh protein sederhana dan zat lain yang bukan protein. Zat lain yang bukan protein disebut radikal protestik. Yang termasuk dalam protein ini adalah: (1) Phosprotein dengan radikal prostetik asam phostat. (2) Nukleoprotein dengan radikal prostetik asam nukleat. (3) Mukoprotein dengan radikal prostetik karbohidrat.
  3. Berdasarkan Asam Amino Penyusunnya
  4. Protein yang tersusun oleh asam amino esensial Asam amino esensial adalah asam amino yang dibutuhkan oleh tubuh, tetapi tubuh tidak dapat mensintesanya sendiri sehingga harus didapat atau diperoleh dari protein makanan. Ada 10 jenis asam esensial yaitu isoleusin (ile), leusin (leu), lisin (lys), metionin (met), sistein (cys), valin (val), triptifan (tryp), tirosina (tyr), fenilalanina (phe), dan treonina (tre).
  5. Protein yang tersusun oleh asam amino non esensial Asam amino non esensial adalah asam amino yang bibutuhkan oleh tubuh dan tubuh dapat mensintesa sendiri melalui reaksi aminasi reduktif asam keton atau melaui transaminasi. Yang termasuk dalam protein ini adalah alanin, aspartat, glutamat, glutamine (Tejasari, 2005).
  • Berdasarkan Sumbernya
  1. Protein Hewani Yaitu protein dalam bahan makanan yang berasal dari hewan, seperti protein daging, ikan, ayam, telur, dan susu.
  2. Protein Nabati Yaitu protein yang berasal dari bahan makanan tumbuhan, seperti protein jagung, kacang panjang, gandum, kedelai, dan sayuran (Safro, 1990).
  3. Berdasarkan Tingkat Degradasi
  4. Protein alami adalah protein dalam keadaan seperti protein dalam sel.
  5. Turunan protein yang merupakan hasil degradasi protein pada tingkat permulaan denaturasi. Dapat dibedakan sebagai protein turunan primer (protean, metaprotein) dan protein turunan sekunder (proteosa, pepton, dan peptida) (Winarno, 2004)

Makanan Yang Mengandung Banyak Protein


  • Telur

Telur merupakan salah satu makanan sehat dan paling bergizi karena mengandung vitamin, mineral, lemak sehat, antioksidan yang berguna untuk melindungi mata dan nutrisi otak. Mengonsumsi putih telur lebih baik sebab mengandung protein murni tanpa lemak. 1 butir telur mengandung 6 gram protein dan 78 kalori.


  • Kacang almond

Almond adalah salah satu jenis kacang yang paling populer karena mengandung nutrisi penting termasuk serat, vitamin E, mangan dan magnesium. Kadar protein yang terdapat pada kacang almond sebanyak 6 gram per 1 ons.


  • Dada ayam

Dada ayam sangat mudah untuk dimasak, dengan catatan Anda bisa memasaknya dengan benar. Kadar protein yang terkandung yang ada di dalam 1 dada ayam tanpa kulit sebanyak 53 gram dan 284 kalori.


  • Gandum

Gandum adalah makanan paling sehat karena banyak mengandung serat sehat, magnesium, mangan, vitamin B1 dan beberapa nutrisi lainnya. Kadar protein yang ada di dalam gandum mentah adalah 13 gram dan 303 kalori.


  • Keju cottage

Keju cottage adalah jenis keju yang cenderung sangat rendah lemak dan kalori. Keju ini mengandung kalsium, fosfor, selenium, vitamin B12, vitamin B2 dan macam nutrisi lainnya. Secangkir keju cottage dengan 2% lemak menganduk 27 gram protein serta 194 kalori.


  • Yogurt

Yogurt adalah makanan yang rasanya lezat, mempunyai tekstur lembut, dan tinggi nutrisi. Yogurt seberat 170 gram mengandung 17 gram protein serta 100 kalori.


  • Susu

Susu merupakan minuman yang sangat bergizi, tapi masalahnya sebagain orang dewasa kurang suka dengan minuman ini. Susu mengandung banyak nutrisi tunggal yang dibutuhkan oleh manusia sebab sarat kalsium, fosfor dan vitamin B2. Secangkir susu dengan lemak 1% mengandung 8 gram protein serta 103 kalori.


  • Daging sapi

Daging sapi tanpa lemak mempunyai protein yang tinggi, terlebih rasanya pun juga lezat. Daging sapi seberat 85 ons yang di masak dengan lemak 10%  mengandung 22 gram protein serta 184 kalori,


  • Ikan tuna

Ikan tuna mempunyai lemak dan kalori yang rendah sampai sebagian besar yang terkandung dalamnya adalah protein. Seperti ikan lainnya, tuna banyak mengandung nutrisi akan lemak omega 3. Dalam 1 ons una mengandung 30 gram protein serta 157 kalori.


  • Udang

Hampir semua makan laut adlah sumber protein yang sangat baik karena biasanya rendah lemak. Walaupun udang rendah kalori tetapi sarat dengan berbagai nutrisi contohnya selenium, vitamin B12 dan lemak omega-3. Dalam 1 ons udang mentah mengandung 24 gram protein serta 99 kalori.

demikianlah artikel dai duniapendidikan.co.id mengenai Apa Itu Protein : Pengertian, Struktur, Ciri, Sifat Fisiko, Klasifikasi, Sifat, Analisis, Fungsi, Akibat, Manfaat, semoga artikel ini bermanfaat bagi anda semuanya.

Kredit: Dunia pendidikan

7 JENIS KAIN COTTON YANG BEST. NO. 6 PILIHAN YANG PALING BIJAK

Majoriti masyarakat Malaysia gemar fabrik kapas. Sifatnya yang serap peluh dan selesa sesuai dengan cuaca di Asia adalah sebab utama kenapa fabrik ini laku. Kain ini asalnya daripada serat kapas. Kebanyakannya, ia dijadikan bahan untuk membuat kemeja, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Ciri – ciri kain kapas:

⦁   Nyaman dan ringan

⦁   Kain terasa sejuk dan sifatnya juga berbentuk

⦁   Kotoran dari makanan dan minyak mudah hilang jika guna sabun pencuci.

⦁   Boleh dicuci dengan tangan mahupun dry clean

Buat anda yang suka kain jenis ini pasti mempunyai jenis kain kapas tertentu yang anda gemari. Bukan satu jenis sahaja, malah ada beberapa jenis lagi fabrik yang anda perlu tahu. Ini antara 7 jenis kain cotton terbaik yang anda perlu tahu.

1. English Cotton

• Tidak berbulu selepas dibasuh berkali-kali

• Lembut

• Mempunyai ketebalan kain yang sederhana

2. Satin Cotton

• Bilangan benang yang padat

• Sedikit berkilat di bahagian luar

• Senang untuk gosok

3. Chiffon Cotton

• Kain lembut

• Beralun

• Ringan

4. Swiss Cotton

• Kain lembut tapi tebal

• Senang digosok

• Tidak mengecut selepas dibasuh

• Stretchable

5. Georgetta Cotton

• Tebal & tidak panas

• Tidak mudah berkedut

• Strechable

• Lebih mudah dari segi penjagaan

6. Korean Cotton Gred 4S

• Bilangan benang yang cukup padat

• Tidak berbulu & mengecut setelah dibasuh berkali-kali.

• Tidak berasa panas & serap peluh

• Tidak jarang, jadi anda tidak perlu meletakkan lining

• Lembut pada kulit

• Senang untuk gosok

7. Crepe Cotton

• Kain sederhana tebal

• Lembut dengan permukaan yang bergerutu

• Mudah dijaga dan tidak berkedut

• Selesa dan tidak panas

Kredit: Calice

Putih Telur dan Kuning Telur : Mana Yang Lebih Sihat?

Saya rasa memang dah lama kita semua memikirkan mana satu yang lebih sihat, putih telur atau pun kuning telur? Kadang-kadang ada artikel yang memberitahu putih telur lebih baik, kerana kurang kolesterol berbanding kuning telur. Tapi ada juga artikel yang memberitahu kuning telur pula lebih sihat, kerana mengandungi bahan yang tidak ada pada putih telur. Hmm.. Jom kita tengok semua kandungan dan khasiat yang ada pada putih telur dan kuning telur.
 

Putih Telur dan Kuning Telur : Mana Yang Lebih Sihat?



Kolesterol
Kuning telur rata-ratanya mengandungi 210 mg kolesterol, manakala putih telur pula tidak mengandungi kolesterol langsung. Namun pengambilan 210mg kolesterol untuk sehari masih dikira ok berbanding pengambilan sepatutnya, iaitu 300mg sehari.

Lemak
Telur kuning mengandungi 1.6g lemak tepu dan 2.7g lemak tidak tepu. Putih telur tidak mengandungi lemak. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan perlu dikawal bagi mengurangkan risiko sakit jantung, namun pengambilan lemak tak tepu adalah penting. Ini kerana ianya memainkan peranan penting dalam sesebuah diet yang sihat.

Protein
Kedua-dua bahagian telur iaitu putih telur dan kuning telur mengandungi protein, dengan 4g di dalam putih telur dan 2.7g di dalam kuning telur. Kandungan protein di dalam sebiji telur adalah dianggap lengkap dan menyediakan sepenuhnya keperluan asid amino untuk badan. Protein juga membantu mengurangkan rasa lapar, sekaligus menghalang daripada tabiat terlebih makan.

Vitamin dan Garam Mineral
Sesetengah vitamin dan garam mineral yang baik terkandung dalam kedua-dua bahagian telur. Putih telur mengandungi 8% riboflavin yang diperlukan badan. Kuning telur pula mengandungi 5% keperluan badan untuk Vitamin A, 14% Vitamin B-12 yang diperlukan dalam keperluan seharian.  


Sekali dilihat kuning telur seperti mempunyai kandungan bahan yang lebih tidak menyihatkan, sebenarnya kuning telur juga mempunyai bahan tambahan lain yang lebih baik untuk kesihatan. Contohnya kuning telur juga mengandungi lecithin dan lemak omega-3 yang sihat.

Lecithin selalunya disyorkan untuk orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, manakala lemak omega-3 pula disyorkan bagi merawat masalah yang berkaitan dengan kardiovaskular.

Selain itu, kuning telur juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral penting yang tiada dalam putih telur, termasuk vitamin larut lemak: E, D dan K. Kuning telur juga merupakan salah satu sumber semulajadi utama bagi mendapatkan Vitamin D.

Kesimpulannya, memilih bahagian telur yang disingkirkan hanya akan memberikan kesan negatif untuk kesihatan. Apatah lagi setiap bahagian telur, sama ada putih telur atau kuning telur masing-masing mempunyai kandungan nutrisi yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sekalipun kuning telur mengandungi kalori, lemak dan kolesterol, tetapi juga ia merupakan sumber utama bagi vitamin dan mineral penting yang lain. 

Bahagian yang paling sihat untuk sebiji telur? Semuanya!

kredit: Cikgu hailmi.com