Archives for December 16, 2021

6 Tips Untuk Menjadi Tukang Masak Yang Hebat Dalam Masa 1 Bulan

Perkara pertama yang paling penting sekali adalah, jangan samakan diri anda dengan tukang masak profesional – mereka telah melakukan kerja mereka selama bertahun-tahun. Sedangkan anda mungkin sememangnya tidak mempunyai bakat yang mereka ada.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang tukang masak yang baik adalah suatu yang tidak mustahil. Berikut adalah apa yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang tukang masak yang baik:

  1. Belajar untuk menerima kegagalan

Anda perlu terima hakikat bahawa tidak semua perkara akan berjalan dengan sempurna. Bertenang – dan jangan takut. Ramai tukang masak yang terkenal telah membuang, memusnahkan dan menghanguskan kebanyakan makanan mereka, sebelum mereka mempelajari cara memasak yang betul. Ingat, anda boleh belajar daripada kegagalan.

  1. Belajar untuk membahagikan tugas

Memasak memerlukan banyak tenaga dan fokus kerana ia melibatkan pelbagai tugas.

Jika ini pertama kali anda memasak, semua ini akan kelihatan huru-hara, tetapi apabila anda membuat keputusan untuk membuat langkah berani dan berusaha untuk membersihkan dapur dengan cepat semasa memasak, memotong sayur-sayuran, dan menghidangkan makanan, anda akan menyedari bahawa ia tidaklah sesukar yang anda sangkakan.

Contohnya, apabila anda memanggang daging di dalam ketuhar, anda mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja lain sementara menunggu makanan anda masak.

  1. Dapatkan peralatan dapur yang bersesuaian

Anda tidak akan dapat memasak sesuatu hidangan dengan baik sekiranya anda tiada peralatan yang diperlukan untuk memasaknya. Antara peralatan yang anda perlukan adalah pisau, papan memotong, mangkuk-mangkuk, alatan memasak, pengadun elektrik dan blender.

  1. Dapatkan resepi makanan yang baik, sihat dan mudah

Cari resepi yang sederhana dan mudah yang anda boleh buat sebagai masakan permulaan anda.

Resepi itu boleh jadi sesuatu yang anda rasa menarik dan lazat. Sebelum anda mula memasak, baca beberapa buku masakan untuk mempelajari beberapa terma dalam memasak supaya anda tidak terkeliru semasa anda menggoreng sesuatu.

  1. Beli bahan-bahan untuk memasak

Sebaik sahaja anda memilih hidangan apa untuk di masak, pergi ke kedai runcit yang berdekatan dan dapatkan bahan-bahan yang anda perlukan.

Cuba cari bahan-bahan yang segar sahaja dan elakkan daripada membeli barangan sama. Bahan-bahan sangat penting, dan jika anda membeli bahan tidak mengikut resepi atau bahan-bahan itu tidak segar, masakan anda tidak akan menjadi seperti yang anda mahukan.

Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, anda perlu mula dengan makanan yang ringkas yang memerlukan bahan-bahan asas yang anda boleh dapati di mana-mana kedai runcit tempatan.

Selepas anda mula biasa dengan memasak, anda akan tahu bahan apa yang anda boleh ubah, tetapi masih boleh membuat makanan itu lazat.

  1. Menyediakan bahan-bahan terlebih dahulu

Sebelum anda panaskan ketuhar atau dapur anda,  anda perlu sediakan perkara-perkara yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, potong semua bahan-bahan, buang kulit sayur-sayuran, dan ketepikan semua rempah, daging, dan bahan-bahan lain selepas anda menimbang mereka.

Dengan cara ini, anda akan mempunyai masa untuk memeriksa buku masakan dan pastikan bahawa anda mempunyai segala-galanya yang diperlukan.

Ini akan membuatkan anda sukar untuk terlupa sesuatu atau menjadi keliru jika anda mempunyai segala-galanya tersedia terlebih dahulu.

Kredit: Toodia.my

Perbezaan Pakaian Tradisional, Dulu dan Sekarang!

Jika dilihat sekarang di pasaran, terlalu banyak jenis pakaian traditional. Kebanyakan pakaian traditional telah pun diubahsuai supaya sesuai dengan “trend” semasa. Mari lihat 10 transformasi pakaian tradisional wanita, dulu dan sekarang.

1) Baju Kurung

Baju kurung adalah pakaian rasmi masyarakat Melayu di Malaysia. Sehingga kini, di sekolah-sekolah masih mengekalkan baju kurung sebagai pakaian rasmi. Baju kurung melalui proses transformasi dari tahun ke tahun untuk disesuaikan dengan trend semasa.

2) Kebaya

Seperti baju kurung, kebaya juga merupakan salah satu pakaian tradisi Melayu wanita. Kebaya turut mempunyai pelbagai jenis namun reka bentuknya tidak jauh berbeza. Jika dilihat kebaya pada zaman dahulu dan sekarang, tidak banyak berbeza dari segi reka bentuknya.

3) Baju Melayu

Baju Melayu adalah pakaian tradisional Melayu untuk lelaki dan ia terdapat dalam 2 jenis iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Baju Melayu digunakan sebagai pakaian rasmi dalam upacara seperti majlis keramaian, kenduri kahwin dan lain-lain.

4) Cheongsam

Cheongsam adalah pakaian tradisional Cina dan dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya ia dipakai pada majlis-majlis tertentu sahaja seperti di majlis perkahwinan dan semasa perayaan tahun baru cina.

5) Samfu

Samfu pula adalah pakaian yang di pakai masyarakat Cina lelaki yang membawa maksud “baju dan seluar” dalam dialek kantonis. Jika dilihat, tidak banyak perbezaan antara samfu yang dipakai di zaman dahulu dengan di zaman sekarang.

6) Kurta

Kurta adalah pakaian tradisional kaum lelaki India dan kebiasaannya di pakai bersama seluar longgar atau seluar churidar. Kurta merupakan kemeja panjang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau sutera. Kurta di zaman sekarang tidak melalui perubahan ketara berbanding zaman dahulu sehingga boleh dikatakan ia masih sama.

6) Kurta

Kurta adalah pakaian tradisional kaum lelaki India dan kebiasaannya di pakai bersama seluar longgar atau seluar churidar. Kurta merupakan kemeja panjang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau sutera. Kurta di zaman sekarang tidak melalui perubahan ketara berbanding zaman dahulu sehingga boleh dikatakan ia masih sama.

7) Sari

Sari pula adalah pakaian khusus untuk wanita berketurunan India. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna yang menarik. Zaman sekarang selain dipakai pada musim perayaan, sari masih lagi digunakan sebagai pakaian harian.

kredit: sini.com.my

TAHUKAH ANDA?!! APA ITU PATCHWORK DAN QUILTING?!!

Mungkin ada diantara kita yang masih konfius dengan makna PATCHWORK & QUILTING ini. Malah ada yang anggap kedua-duanya adalah sama sahaja.

*Patchwork adalah seni menyusun dan menggabungkan kain aneka warna dan motif mengikut pola yang tertentu.

*Quilting adalah proses menjahit tindas tiga lapisan fabrik sekaligus, iaitu lapisan atas, lapisan tengah, dan lapisan bawah. Biasanya yang dijadikan lapisan atas itu adalah fabrik patchwork.

Hasilnya akan menjadi ianya lebih rapi dan memiliki ketebalan yang memberikan keselesaan dan keunikan tersendiri……

Jadi PATCHWORK dan QUILTING adalah dua benda yang berbeza tetapi berkaitan….. 

Set CADAR PATCHWORK COTTON ni memang lembut, selesa & berkualiti. Ia bukan seperti cadar biasa yang setiap 4 sisi/penjuru cadar ada getah yg diselitkan di penjuru tilam. CADAR PATCHWORK COTTON ni fabriknya tebal, so just hampar je atas tilam tu, ia akan terletak dgn kemas sebab ia berat. anak melompat atas tilam pun tak terjejas pun. 

satu lg kelebihan CADAR PATCHWORK COTTON ni, ia flexible, ia besar & lebar yang boleh digunakan utk tilam saiz queen dan juga saz king. Ukuran cadarnya ialah 220 cm x 230 cm dan ukuran sarung bantalnya ialah 71cm x 44cm. Tilam dlm kamar tidur saya saiz king, saya beli yang ni je utk alas tilam saya. suka bila nengok ia kemas, tak perlu nak ditegangkan setiap kali kemas katil pagi-pagi tu. 

” Belilah sekali, pasti anda akan akui apa yang saya tulis ni “

Ada juga yang beli CADAR PATCHWORK COTTON ni bersama dengan set cadar fitted saiz queen yg plain color..kalo nak tambah pn boleh…kita ada buat set tambahan utk cadar plain. Mereka jadikan CADAR PATCHWORK COTTON ni sebagai comforter. Memang kreatif. cantik. ye lah, cadar warna plain, then comforter (cadar patchwork cotton) pula bercorak. Sure berseri je kamar tidur.

Kredit: Marshaena Collection

Hindar 5 jenis pemakanan ini untuk elak diabetes

Penyakit diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kadar glukosa yang tinggi dalam saluran darah dan kegagalan fungsi pankreas dalam menghasilkan insulin dengan sempurna. Hakikatnya, kadar gula dalam darah mampu dikawal dengan berkesan dengan memastikan corak pemakanan yang diamalkan harus dipantau dengan baik.

Diet yang diterapkan setiap hari bukan sahaja mampu elak diabetes malahan penyakit lain yang berbahaya untuk kita. Ini termasuk menjauhkan diri dan mencegah pengambilan beberapa jenis makanan yang berpotensi besar untuk menaikkan paras gula dalam darah.

Antara makanan yang wajib dicegah untuk elak diabetes ialah mengurangkan pengambilan makanan bergula tinggi, makanan bergoreng, makanan mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan diperkaya dengan kandungan lemak trans dan makanan yang tinggi kadar karbohidrat.

Pengambilan makanan tinggi gula

Makanan yang sememangnya wajib dicegah adalah makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan ia adalah musuh utama bagi pengidap diabetes. Antara makanan yang wujud kandungan gula tinggi merupakan sajian yang disediakan menggunakan pemanis seperti ais krim, kuih donat, aneka pastri, coklat susu, makanan dengan campuran manisan buatan.

Namun, sajian tersebut bukanlah menggunakan gula semata, ia juga menggunakan pemanis makanan yang lain seperti madu, kismis, dan manisan seperti gula-gula, pastri, serta buah-buahan seperti buah pisang, buah kurma dan anggur merah. Semua jenis makanan yang disebut adalah antara makanan yang sangatlah berbahaya kepada pengidap penyakit diabetes.

Ia mampu meningkatkan kadar glukosa dan menjadi punca kepada pemendapan gula yang berlebihan dalam darah. Jika tidak dapat mengelakkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman, anda boleh meminimumkan penggunaan daripada kadar normal. Memang rasanya akan kurang tapi ia baik untuk kesihatan jangka masa lama.

Selain itu, makanan bergula mempunyai kandungan glisemik dalam kadar yang tinggi. Apabila kandungan gula dalam makanan merebak secara pantas ke seluruh saluran darah, ia akan melalui proses “fast-releasing”.

Bagi minuman pula, ia diperkaya dengan kadar glukosa atau sirap jagung yang mengandungi fruktosa tinggi. Dengan itu, anda disarankan untuk memantau dan meminimumkan kadar pengambilan makanan dan minuman bergula dalam menu diet harian anda.

Pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak juga berpotensi kepada kenaikan berat badan secara mendadak dan menyebabkan kadar insulin dalam darah meningkatkan. Makanan yang tidak berkhasiat dan seimbang menjadi penyumbang utama kepada kadar kolesterol tinggi dalam darah sekaligus akan menjadi punca kepada tekanan darah yang tidak stabil.

Justeru itu, pengambilan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi secara kerap setiap hari akan menjurus kepada pemendapan dan pengumpulan glikogen berlebihan darah dan membawa kepada gejala penyakit diabetes yang serius akan wujud.

Adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat dan rujukan mengenai kadar pengambilan makanan dan jadual kalori yang betul. Ia bagi mendapat cadangan dan nasihat dalam mengawal pengambilan makanan yang tinggi gula serta kandungan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan anda.

Pengambilan “refined carbs” dan minuman bersoda dalam kuantiti yang banyak

Bagi elak diabetes juga, anda perlu mencegah diri daripada mengambil makanan mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi. Anda harus ketahui tahap tubuh badan anda mempunyai kemampuan tertentu sahaja, terutama sekali dalam proses pengawalan kadar makanan untuk dicernakan sistem penghadaman dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh badan.

Jika pengambilan karbohidrat melebihi serat yang lain, ia akan mengakibatkan pengumpulan sisa dalam bentuk gula yang dikenali sebagai glikogen dalam darah. Antara makanan yang tinggi dengan karbohidrat ialah roti, pasta, beras berkanji, pastri dan juga bijirin.

Terdapat satu proses akan berlaku yang dikenali sebagai “refined carb”, proses ini akan menyebabkan kandungan mineral kromium akan berkurangan dalam tubuh badan anda. Ia adalah berpunca daripada pengambilan karbohidrat berlebihan.

Minuman soda juga boleh menjadi punca diabetes kerana kandungan yang ada dalam minuman ini akan menyebabkan berat badan meningkat dan menjurus kepada risiko untuk mendapat penyakit diabetes. Ia juga berpunca daripada kandungan pemanis tambahan yang ada dalam minuman bersoda. Pengambilan kalori dalam bentuk cecair akan menyebabkan anda sentiasa berasa lapar sehinggalah anda mengambil dalam kadar yang lebih banyak.

Pengambilan makanan bergoreng

Seterusnya, pengambilan makanan bergoreng khususnya makanan gorengan yang menggunakan minyak terhidrogenasi. Ia akan menyumbang kepada peningkatan kolesterol jahat secara mendadak dalam tubuh anda. Ini kerana, makanan tersebut mengandungi kadar lemak yang tinggi dan berbahaya kepada kesihatan anda. Seeloknya minyak yang digunakan harus digantikan dengan minyak sayuran dan lebih berkhasiat seperti minyak zaitun.

Akan tetapi, kita sebaiknya memilih makanan yang lebih berkhasiat dan baik untuk tubuh badan kita. Anda digalakkan untuk mengambil makanan yang direbus atau dikukus. Sajian ini sesuai juga dijadikan menu diet bagi mereka yang mengidap penyakit diabetes.

Antara makanan yang perlu dicegah pengambilannya ialah makanan yang kaya dengan sodium seperti kicap dan makanan berasaskan tepung seperti roti, pasta dan piza serta lain-lain makanan yang mempunyai kandungan yang sama.

Hakikatnya, semua jenis makanan bergoreng sangat berbahaya terutama kepada pesakit diabetes kerana kandungan lemak tepu yang lebih tinggi. Hal ini kerana, kandungan minyak yang berlebihan akan menyumbang kepada pengumpulan lemak tepu dalam saluran darah kerana tubuh tidak dapat memprosesnya dengan baik sehingga menyebabkan peningkatan pada paras gula, berat badan dan berisiko untuk kolesterol tinggi dalam darah.

Pengambilan makanan bergoreng kelihatan lebih menyelerakan dan lazat untuk semua orang. Namun, ia adalah punca utama kepada pelbagai penyakit kronik dan berbahaya seperti penyakit kardiovaskular iaitu jantung, strok dan paling berisiko untuk mengidap penyakit diabetes.

Makanan berkolesterol tinggi

Apabila wujudnya kolesterol jahat dalam darah, ia akan menyebabkan penyakit diabetes berlaku. Keadaan ini akan merendahkan kadar kolesterol baik dalam badan. Sekaligus ia akan mendedahkan diri pesakit diabetes kepada penyakit yang berpunca daripada lebihan kolesterol dalam badan terutama sekali penyakit jantung.

Hal ini kerana, kandungan kolesterol berlebihan akan mewujudkan satu lapisan tebal pada dinding arteri dalam saluran darah.

Antara makanan yang perlu dicegah untuk elak diabetes dan mempunyai kolesterol yang tinggi adalah kuning telur, produk makanan berasaskan tenusu diperkaya dengan tinggi lemak seperti keju dan mentega, daging ayam, daging merah seperti daging lembu, dan makanan laut seperti udang. Sebaiknya dielakkan pengambilannya dalam menu diet harian anda bagi memastikan kadar kolesterol dalam darah anda kekal stabil dan normal.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, dalam sebiji telur dibuktikan mempunyai 213 miligram kolesterol dan hanya 87 miligram kurang daripada jumlah pengambilan harian disarankan bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang normal.

Selain itu, jika telur diambil bersama makanan lain yang boleh mempengaruhi dan menjejaskan kestabilan kadar kolestrol dalam darah anda. Jadi, anda hanya boleh mengambil putih telur sahaja untuk menggantikan kuning telur yang anda tidak digalakkan untuk mengambil dalam pemakanan harian anda.

Makanan kaya lemak trans

Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya lemak trans mudah didapati dalam bahan makan berasaskan margerin, makanan yang disalai atau dipanggang dan makanan yang diawet.

Walaupun ia tidak meningkatkan kadar glukosa dalam darah secara langsung, lemak trans yang wujud akan mengganggu gugat ketahanan insulin dan masalah metabolisme serta berisiko mengalami kerosakan pada pembulug darah. Ia juga akan menyebabkan pengurangan kadar HDL iaitu kadar kolesterol baik dalam darah.

Makanan yang dibakar seperti pai, kek, biskut dan muffin adalah antara contoh makanan yang mempunyai kadar kolesterol tinggi. Makanan bergoreng juga penyumbang kepada peningkatan paras kolestrol anda. Antara makanan yang anda perlu elakkan ialah kentang goreng, ayam goreng, dan kuih donut.

Selain itu juga, ia mengandungi kadar lemak trans yang tinggi dan tidak diperlukan oleh tubuh badan anda. Salah satu tips dalam pembelian makanan di pasar raya, anda perlu memeriksa terlebih dahulu kandungan dan bahan dalam makanan tersebut pada label yang disediakan untuk memastikan kandungan lemak dan bahan lain adalah rendah.

Anda harus mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai lemak trans dalam usaha untuk mencegah kerosakan pembuluh darah dan sekaligus anda dapat elak diabetes serta beberapa penyakit berisiko yang lain seperti penyakit kardiovaskular. Makanan yang tinggi kandungan lemak berpotensi memiliki paras kalori yang tinggi, bahkan akibat daripada itu kadar kolesterol jahat juga adalah tinggi.

Keadaan ini akan menyebabkan hormon insulin tidak mampu berfungsi dengan baik dan mengubah makanan tersebut tenaga kepada badan kita. Jika anda ingin elak diabetes, anda harus menjauhkan diri daripada pengambilan makanan yang diperkaya dengan kandungan lemak trans yang tinggi.

Antara makanan yang mempunyai kadar lemak trans tinggi ialah daging merah, organ dalaman haiwan seperti hati, ginjal, dan lain-lain serta makanan lain yang tinggi lemak trans.

Jadi, anda juga amatlah digalakkan untuk mengelakkan diri daripada membeli makanan jenis segera dan sudah diawet. Makanan ini sememangnya mudah didapati dan murah untuk sesetengah pasar raya. Akan tetapi, anda diingatkan makanan-makanan tersebut sangat berbahaya dan berisiko untuk menjerumuskan diri anda menghidapi pelbagai jenis penyakit kronik seperti penyakit diabetes.

Bagi memastikan juga tubuh badan anda sentiasa sihat, anda perlu mengamalkan senaman secara teratur sekurangnya 3 kali seminggu. Ia bertujuan membantu anda membakar kalori dan mengawal paras glukosa dalam darah. Hasilnya anda akan merasai sendiri dengan setiap perubahan pada diri anda jika ia dilakukan secara konsisten dan mengamalkannya secara serius untuk mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh badan anda.

Dengan kesedaran dan disiplin yang konsisten, anda juga boleh nikmati makanan tempatan kita yang serba sedap sambil elak diabetes dan mengamalkan diet yang menyihatkan.

Kredit: FMY news

Ikuti 5 Tips Simple Ini Agar Santan Tak Pecah Minyak Ketika Memasak Gulai Dan Masak Lemak

Memang tidak boleh dinafikan bahawa santan merupakan bahan utama dalam masakan Melayu. Tanpa santan, makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti rendang, gulai dan kari pasti tidak cukup sifat.

Malangnya, bukan senang nak masak menggunakan santan. Disebabkan sifatnya yang penuh lemak, kita kadangkala dicabar dengan masalah santan pecah minyak. Walaupun masih boleh dimakan, ia nampak agak kurang menyenangkan.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan masalah ini ya?

Gunakan 5 tips di bawah untuk mengelakkan santan pecah minyak:

Tips 1: Gunakan api yang sederhana

Pastikan kuah santan anda direneh pada api yang sederhana dan elakkan daripada mendidih. Kuah santan yang dididih pada api yang besar akan menyebabkan santan pecah minyak.

Tips 2: Kacaukan santan dengan kerap

Kacaukan santan dengan perlahan dan konsisten supaya santan dicampur sebati dengan kuah. Elakkan daripada mengacau santan dengan terlalu laju kerana ia akan mengakibatkan kandungan minyak dari santan keluar dengan cepat dan memecahkan teksturnya.  

Tips 3: Masukkan santan cair sebelum santan pekat

Terdapat beberapa jenis santan iaitu santan cair dan santan pekat. Jika resepi anda menggunakan kedua-dua jenis santan, tumiskan santan cair dengan bahan-bahan lain terlebih dahulu. Masukkan santan pekat setelah santan cair sudah mereneh. 

Tips 4: Gunakan santan segera

Santan segar lebih cenderung untuk pecah lemak berbanding santan segera. Ini kerana santan segera mengandungi penstabil dan pengemulsi yang membantu santan untuk mengekalkan teksturnya. 

Tips 5: Campurkan tepung beras

Sebelum menggaulkan santan dengan kuah, campurkan satu sudu besar tepung beras dengan santan dan kacau sehingga larut. Masukkan campuran santan dan tepung beras ke dalam kuah untuk menghasilkan kuah yang lebih sempurna.

Kredit artikel: Blog Says

Petua memasak secara sihat!

OM memasak secara sihat!  Jangan sekali-kali memikirkan hidangan kurang menyelerakan apabila kita memasak secara sihat.  Sebenarnya banyak petua dan panduan boleh kita mengubah cara memasak kepada yang lebih sihat.

  • Jikalau anda membeli barangan berkaleng atau di dalam botol seperti kicap, sos tomato, susu, minyak masak, cuba perhatikan barangan berkenaan mempunyai logo Healthier Choice daripada Lembaga Penggalak Kesihatan.  Ini menjamin pembelian anda pilihan yang terbaik.
  • Jangan sesekali lupa sayuran atau buah-buahan segar dalam hidangan.  Ajar anak menikmati sayur-sayuran sejak kecil.  Gunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang beraneka warna sebagai tarikan untuk mereka menikmati hidangan.
  • Peringkat awal mengajar anak menikmati sayur-sayuran, bolehlah dipotong kecil-kecil atau didadu.
  • Gunakan herba atau rempah ratus untuk membangkitkan aroma dan perasa hidangan anda.  Jauhi bahan perasa atau garam yang keterlaluan untuk mengelakkan ini menjadi kebiasaan apabila memasak.
  • Tambah bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas, daun limau bagi menambah enak masakan anda.
  • Tulang ayam, tulang lembu, tangkai cendawan, kacang soya, kacang tanah boleh direneh dijadikan pati penambah rasa dalam masakan.
  • Gunakan kuali atau periuk tidak lekat bagi mengurang penggunaan minyak apabila memasak.
  • Jangan memasak terlalu lama. Sebaiknya celur sayur-sayuran di dalam air panas dua minit.  Selepas itu jangan lupa masukkan sayuran tersebut di dalam air sejuk sebelum menumis.  Tujuannya untuk mengelakkan sayur-sayuran yang dimasak kehilangan khasiat terlalu banyak dan mengekalkan warna segar.
  • Ubah cara memasak.  Gantikan santan dengan susu rendah lemak.  Kalau sering menggunakan bahan perisa, cuba bubuh sedikit gula bersama secubit garam.
  • Elakkan memasak hidangan yang menggunakan santan atau minyak.  Apakata masak secara merebus, memanggang, membakar atau mengukus.  Hidangan akan menjadi lebih enak apabila dimakan secara beramai-ramai.  Jadikan aktiviti memanggang atau membakar ayam, ikan atau daging sebagai kaedah bermesra bersama keluarga pada hujung minggu.
  • Cuba kurangkan memasak secara goreng terendam, misalnya hanya sekali seminggu.
  • Kalau mahu menumis sayur, elak menggunakan minyak.  Gantikan minyak menumis sayur dengan pati ayam yang direbus.
  • Tulang ayam, tulang lembu, tangkai cendawan, kacang soya, kacang tanah boleh direneh dijadikan pati penambah rasa dalam masakan.
  • Gunakan kuali atau periuk tidak lekat bagi mengurang penggunaan minyak apabila memasak.
  • Jangan memasak terlalu lama. Sebaiknya celur sayur-sayuran di dalam air panas dua minit.  Selepas itu jangan lupa masukkan sayuran tersebut di dalam air sejuk sebelum menumis.  Tujuannya untuk mengelakkan sayur-sayuran yang dimasak kehilangan khasiat terlalu banyak dan mengekalkan warna segar.
  • Ubah cara memasak.  Gantikan santan dengan susu rendah lemak.  Kalau sering menggunakan bahan perisa, cuba bubuh sedikit gula bersama secubit garam.
  • Elakkan memasak hidangan yang menggunakan santan atau minyak.  Apakata masak secara merebus, memanggang, membakar atau mengukus.  Hidangan akan menjadi lebih enak apabila dimakan secara beramai-ramai.  Jadikan aktiviti memanggang atau membakar ayam, ikan atau daging sebagai kaedah bermesra bersama keluarga pada hujung minggu.
  • Cuba kurangkan memasak secara goreng terendam, misalnya hanya sekali seminggu.
  • Kalau mahu menumis sayur, elak menggunakan minyak.  Gantikan minyak menumis sayur dengan pati ayam yang direbus.

Cara Nyahbeku dan Sejukbeku Bahan Mentah Yang Betul Agar Tidak Keracunan

Pasti ramai yang suka simpan bahan mentah dalam freezer untuk jangka masa yang lama tapi langsung tak tahu bahawa sesetengah daripada bahan mentah tersebut turut mempunyai tempoh yang tersendiri untuk disimpan sama ada nyahbeku dan sejukbeku.

Ada juga cara simpan bahan mentah juga salah dan tidak dilakukan dengan betul yang menjadikan bahan tersebut tidak lagi boleh dimakan yang akan menyebabkan anda mengalami keracunan makanan jika terus memakannya sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek, yang pasti ianya memberikan kesan yang tidak baik.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pendapatnya dan turut menyatakan bahawa setiap pengguna wajib tahu cara-cara menyejukbeku dan menyahbeku bahan mentah yang betul dan yang teramat penting adalah mengutamakan kebersihan dengan mencuci bahan mentah serta ia perlu disimpan dalam bekas yang bersih untuk mengelakkan sebarang kontaminasi.

Cara Nyahbeku dan Sejukbeku Dengan Betul

“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”

Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih, lepas tu potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi kalau gitu. Hehe.

Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana?

Camni:

  • Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir.
  • Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
  • Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!

Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

OKlah. Tu je!

Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy

Semoga perkongsian cara nyahbeku dan sejukbeku yang dikongsikan oleh doktor ini akan membantu anda semua terutamanya suri rumah yang sentiasa menyimpan makanan ke dalam peti sejuk.

Kredit artikel: Blog Media Maklumat

PERKARA PENTING DALAM REKAAN SULAMAN MANIK DAN LABUCI TERKINI

PERKARA PENTING DALAM REKAAN SULAMAN MANIK DAN LABUCI TERKINI

Tibanya tahun 2015, maka trend jahit manik labuci sama berubah. Cara jahit manik dan labuci terkini amat tertumpu kepada kaedah manik labuci 3D, di mana ia nampak natural atau hidup. Ini menunjukkan, ia tak sekadar melekat pada kain fabrik tetapi juga mampu tergantung di atas fabrik. Dan itulah seninya sulaman manik dan labuci terkini di mana bungaan atau motif-motif lain boleh bergerak-gerak di atas kain fabrik umpama bunga-bungaan semula jadi.

TALI TANGSI MATERIAL PENTING KETIKA MENYULAM JAHIT MANIK LABUCI TERKINI.

Apa yang sungguh penting adalah penggunaan tali tangsi atau seangkatan dengannya yang menjadi unsur dalam satu-satu sulaman manik dan labuci terkini 3D ini. Ini kerana, sifat tali tangsi yang keras pasti membuahkan material hasil rekaan manik dan labuci yang terletak serta teguh tidak sama dengan penggunaan benang yang lembut dan bergerak-gerak.

GABUNGAN MATERIAL LAIN DALAM JAHIT MANIK DAN LABUCI TERKINI.

Imej Rekaan Sulaman Manik dan Labuci TerkiniSelain itu, anda juga dapat menggabungkan penggunaan benang dan tangsi ketika menyulam manik labuci tersebut. Malahan, cara jahit manik terkini ini mampu juga mengguna pakai berbagai-bagai jenis alatan juga material lain yang tidak sekadar tertumpu untuk manik labuci, kristal, labuci, mutiara serta batuan-batuan sahaja.

Ia juga boleh mengguna pakai material-material seperti benang, bulu kambing dan juga stoking apabila memulakan corak rekaan yang mengguna pakai teknik jahit manik labuci terkini 3D ini.

BIDANG SULAM MANIK DAN LABUCI TERKINI 3D ADALAH LUAS.

Jadi, sulaman manik dan labuci terkini adalah satu bidang yang luas bagi dikembangkan lagi sewaktu memulakan karya kreatif dalam menjahit manik. Malah, jahit manik terkini ini juga bakal memberikan kepuasan serta kredibiliti kepada penyulam-penyulam bagi mengembangkan bakat-bakat mereka supaya nanti menjadi seorang penyulam yang lebih profesional dalam menghasilkan corak rekaan yang menggunakan cara jahitan manik terkini 3D.

Kredit artikel: Blog butik dan akademik sri klasik

TIPS MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN SUPAYA SENTIASA BARU

Penampilan adalah penting terutamanya ia melambangkan keperibadikan seseorang.

Oleh itu, warna pakaian haruslah dijaga dengan baik supaya tidak mudah kusam dan luntur. 

Terutama sekali baju kegemaran anda yang anda beli dengan menggunakan duit gaji anda. Tentu sayang pika dibiarkan luntur dan rosak kan?

Oleh itu, BP ingin kongsikan beberapa tips menarik yang boleh anda amalkan bagi mengekalkan warna pakaian anda dan sentiasa kelihatan baru!

1.Suhu Air

Basuh pakaian anda dengan air sejuk kerana ia dapat menghalang daripada merosakkan material kain. Air panas lazimnya digunakan untuk pakaian yang sangat kotor dan jika terdapat kesan degil. Jika baju anda hanya berbau, gunakan sahaja sabun dan air bersuhu sejuk untuk membersihkannya.                         

2.Asingkan Pakaian Mengikut Warna

Asingkan pakaian sewaktu mencuci kerana mungkin ada pakaian cepat luntur warnanya. Cara terbaik untuk mencuci pakaian adalah mencuci terlebih dahulu pakaian yang berwarna putih atau terang dan kemudian cucilah pakaian yang berwarna gelap pula secara berperingkat. Jangan campurkan pakaian yang berwarna putih dengan pakaian berwarna supaya pakaian berwarna putih tidak mudah kusam.

3.Elak Guna Mesin Pengering

Elakkan mengeringkan pakaian yang berwarna gelap atau hitam di dalam mesin pengering kerana ini akan mempercepatkan warna pakaian luntur. Sebaik-baiknya, sidailah pakaian tersebut di bawah tempat teduh di kawasan berangin.

4.Garam Bantu Mengekalkan Warna Pakaian

Garam merupakan bahan pengawet yang baik di dalam makanan. Jadi, jika digunakan dengan betul, garam juga dapat membantu mengekalkan warna pakaian kita. Caranya mudah iaitu tambahkan suku cawan garam beraiodin ke dalam mesin basuh.

5.Cuci Tangan 

Pakaian yang diperbuat daripada bahan sutera atau kapas atau bahan lembut digalakkan dicuci dengan menggunakan tangan untuk mengelakkan pakaian cepat rosak dan warnanya luntur. Anda juga boleh tambahkan cecair pencuci Dynamo yang boleh membantu mengekalkan warna pakaian supaya tidak mudah luntur dan juga berbau harum sentiasa.                           

6.Simpan Pakaian Dengan Betul

Pastikan pakaian yang dijemur betul-betul kering sebelum diangkat dan dilipat. Simpan pakaian di tempat yang kering dan sejuk untuk mengelakkan pakaian mudah berbau dan juga berkulat terutamanya apabila pakaian tersebut disimpan dalam almari yang gelap. 

Selamat Mencuba!

Kredit artkel: Blog Bawang Putih

Coco powder versus coklat powder

Hai uolls..

Kak Riez rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Tup tup dah masuk Oktober.

Macam biasa la rutin Kak Riez setiap hari adalah bake brownies. Tetiba terlintas di fikiran Kak Riez rasa macam nak share satu topik hangat dan kontroversi di kalangan student Kak Riez.

Terus Kak Riez capai laptop dan terus menulis ni. hehehe

Okay berbalik semula pada topik kontroversi kita tadi, ramai antara kita yang confuse di antara Cocoa Powder dan juga Chocolate Powder. Ada seorang student tu pernah tanya Kak Riez macamni.

“Kak Riez dalam resepi ni kata guna 50 gram chocolate powder, puas saya cari di kedai bakery. Tak jumpa lah. Cocoa powder ada lah.”

Ada sorang tu sampai pening kepala dan confuse nak pilih jenis tepung coklat mana yang sesuai untuk resepi yang diberikan.

Wahai sayang sayang ku sekalian, haa meh Kak Riez terangkan dengan lebih jelas ye.

Sebenarnya, serbuk koko ataupun Cocoa Powder adalah bahan yang selalu Kak Riez gunakan untuk membuat pelbagai dessert. Hal ini kerana serbuk coklat ataupun Chocolate Powder sangat jarang berada di kedai bakery dan tak semua kedai ada.

Kebanyakan Chocolate Powder ni mahal sikit harganya berbanding Cocoa Powder. Perbezaan rasa chocolate powder lebih lighter, tidak sekuat coco powder. Namun kedua-duanya tetap mempunyai rasa yang sedap!

Cocoa powder atau serbuk koko dihasilkan apabila cacao liqour ditekan untuk mengasingkan mentega koko. Ia menghasilkan serbuk yang tidak manis dan sangat halus.

Serbuk koko boleh terdapat dalam dua jenis yang berbeza tau. Semulajadi dan Dutched. Serbuk koko semulajadi mengekalkan tahap asid cacao manakala Dutched pula dineutralkan dengan campuran kimia alkali.

Hasilnya, koko Dutched kurang berasid dan mempunyai warna yang lebih gelap serta rasa yang ‘mellow’.

Kebaikan Cocoa Powder kepada diri kita:

1) Bukan Penyebab Kegemukan

Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.

2) Mengawal Kencing Manis

Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko.

3) Baik Untuk Jantung

Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.

4) Benteng Kerosakan Gigi

Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.

5) Baik Untuk Kulit

Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

Contoh brand Cocoa Powder yang berada di pasaran dan juga kedai bakery di Malaysia:

  • Van Houten
  • Beryls
  • Cocoa Barry
  • Hershey
  • Delfi
  • Dr. Oetker

Apa yang timbul di benak fikiran Kak Riez bila sebut tentang Chocolate Powder?

Pelbagai rasa coklat semestinya menarik minat semua yang sukakan kemanisan nya. Eh jangan tak tahu pula, Kak Riez selalu dengar coklat juga disebut-sebut mempunyai kebaikan untuk kesihatan.

Pada sebuah kajian, dinyatakan bahawa coklat dapat mengelakkan seseorang terkena penyakit kardiovaskular.

1) Mengelakkan diabetes dengan memperbaiki rintangan insulin.

2) Melancarkan aliran darah.

3) Menurunkan tekanan darah.

4) Meningkatkan HDL (high-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol baik.

Contoh brand Chocolate Powder yang berada di pasaran dan juga kedai bakery di Malaysia:

  • Callebout
  • Barry
  • Beryls

Okay, sekarang awak dah lebih jelas kan? Lepas ni toksah nak pening pening lagi tau. Pilihan di tangan awak.

Kak Riez selalu nasihat student Kak Riez jika nak memilih kualiti coklat untuk brownies, boleh guna apa-apa bahan yang bersesuaian dan mengikut budget masing masing.

Be creative tau! Janji hasilnya wooww gitu dan yang penting sedap masuk tekak kan? Hehe

Harapnya penulisan ni dapat menjawab kontroversi yang melanda awak semua ya! Sehingga berjumpa lagi di tips akan datang.

Kredit artikel: Blog Riezllicious