Archives for December 16, 2021

INFO LENGKAP WHIPPING CREAM DAN CARA BEZA WHIPPING CREAM NON DAIRY DENGAN DAIRY

Assalamualaikum wbt

Ade tak di kalangan pembaca salwasaleh.com ni yang gemar membaking? Haa, kalau ade tentu seronok nak tahu tentang fungsi whipping cream ni dan cara nk bezakan antara beberapa jenis whipping cream yang ada kat pasaran

Saya sangat la teruja tau bila baca info ni dari FB Page Jom Kongsi Ilmu 2 

Ape tak nya, bagi saya semua info asas ni lengkap dan sangat berguna especially utk beginner macam saya. So, saya kongsikan kat sini beberapa jenis whipping cream dan penggunaan paling sesuai

Oh, kalau nk info menarik boleh la like page FB tu ye.

WHIPPED CREAM (NON-DIARY)

*Dikenali juga sebagai ( Non Dairy Whipping Cream @ fresh cream @ whip topping for cake and pastries @ whipped topping ) 

*Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.

*Ia dirumus drpd minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.

*Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya.

*Ia akan kembang 3-4 x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika diputar.

*Jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda.

*Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak.

*1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.

*Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati.

*Kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer.

*Putar pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.

Nota tambahan:

*Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula,jadi apa yang perlu anda lakukan colek sedikit rasa kemanisannya.

*Jika tak cukup manisnya maka boleh tambah gula halus dan putar.

*Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa diatas kek.

*Cukup memadai jika ia kembang,gebu dan likat.

*Jika terlebih putar,masukkan sedikit krim ( yang masih dalam bentuk cecair ) ke dalam krim yang terlebih putar tadi.

*Putar ia pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus. ( bukan terlalu cair tapi cair sedikit drpd keadaan krim yang terlebih kental tadi )

Mewarna

*Krim jenis ini boleh diwarna sebaik sahaja diputar hingga kembang dan gebu.

*Ambil sedikit pewarna cecair @ serbuk dan kacau dengan perlahan sudu bagi kuantiti yang sedikit.

*simpan dalam peti sejuk sebentaruntuk mematangkan warna .

*Krim yang diwarnakan akan dibiarkan semalaman @ beberapa jam warnanya lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus.

*Ini dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan penambahan cecair dalam krim.

*Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.

Cara Menyimpan

*Krim yang telah diputar sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk.

*Keesokkannya boleh digunakan untuk menghias cupcakes @ kek.

*Supaya anda dapat krim yang mantap @ juga boleh terus digunakan selepas diputar.

*Bergantung pada jenama krim yang digunakan,kebanyakkannya boleh tahan 6 bulan setelah diputar hingga gebu.

*Simpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer.

*Jika simpan dalam bentuk cecair boleh tahan selama 1 bulan selepas di buka.

*Simpan dalam pembeku.

*Tapi seeloknya tanya pada si penjual dikedai bakery supplier untuk keterangan yang lebih tepat.

*Jika tertera perkataan “for topping”,”whip topping” @ “non dairy” ia sesuai digunakan untuk hiasan dan filling.

*Harga di pasaran RM10-RM12 bagi 1liter.

*Ia bergantung pada tempat

WHIPPING CREAM (DAIRY)

*Dikenali juga sebagai Dairy Whipping Cream @ UHT Whipping Cream @ Thick Cream @ Double Cream.

*Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi lemak yang lebih berbanding dengan Non Dairy Whipping Cream ( 35 % lemak susu )

*Ia sesuai digunakan dalam masakkan barat,membuat kek seperti tiramisu ( kerana lebih lemak berkrim dan tidak manis)

*Tidak sesuai untuk hiasan dan salut pada kek kerana mudah cair.

*Ia sesuai untuk hiasan mudah untuk ais krim @ pencuci mulut ala barat.

*Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama dan mudah cair pada suhu bilik.

*Ia hendaklah diputar dengan kelajuan sederhana sehingga ia menjadi kental dan boleh lah di masukkan dalam masakkan ala barat.

*Selain itu whipping cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai Thickening agent (ejen pemekat )

*Sebaiknya sebelum putarkan krim,simpan krim putar di dalam peti sejuk bahagian bawah (bukan pembeku)

*Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk.

*Kek yang menggunakan whipping cream seperti tiramisu,triffle.

*Kek tersebut di simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan.

Nota tambahan:

*Jangan terlebih putar adunan whipping cream kerana ia akan cair semula.

*Ia boleh menjadi ‘seperate’@ terpisah menghasilakan buttermilk ( ia merupakan gumpalan berwarna kuning pucat )

Cara Menyimpan

*Simpan dalam peti sejuk ( chiller ).

*Tak perlu simpan dalam pembeku.

*Boleh tahan dalam 1 minggu selepas di buka.

*harga di pasaran RM15-RM16 bagi 1liter

*Ia bergantung pada tempat

So, bezanya antara dua ni:

Non Dairy whipping Cream juga di kenali sebagai

@ Fresh Cream

@ Whip Topping For Cake & Pastries

@ Whipped Topping 

@ Whipped Cream 

*Krim khas yang dibuat khas untuk hiasan kek.

*Rasanya manis kerana sudah mempunyai gula

Dairy Whipping Cream juga dikenali sebagai

@ Double Cream 

@ Heavy Cream

@ Thick Cream 

*Biasa digunakan untuk dalam masakkan barat.

*Contoh seperti sup,minuman,dessert,coklat ganache dan kek.

*Tidak sesuai untuk menyalut kek kerana ia mudah cair.

*Ia tidak sesuai untuk pavlova @ sebagai filling durian crepe kerana cepat sangat cair.

*Hati-hati bila memutar jangan terlalu lama ia akan mencair semula tak akan kental.

*Ianya krim yang tawar perlu ditambah gula.

*Cara memutarnya dengan menggunakan peralatan yang telah disejukkan.

*Krim tersebut juga perlu benar-benar sejuk baru diputar dengan kelajuan sederhana dan sekejap.

*Sesuai untuk dessert,masakkan,chocolateganache,puding dan lain-lain.

*Tidak sesuai untuk menyalut kek kerana ia mudah cair.
 

*Ia tidak sesuai untuk pavlova @ sebagai filling durian crepe kerana cepat sangat cair.

*Hati-hati bila memutar jangan terlalu lama ia akan mencair semula tak akan kental.

*Ianya krim yang tawar perlu ditambah gula.

*Cara memutarnya dengan menggunakan peralatan yang telah disejukkan.

*Krim tersebut juga perlu benar-benar sejuk baru diputar dengan kelajuan sederhana dan sekejap.

*Sesuai untuk dessert,masakkan,chocolateganache,puding dan lain-lain.

*Gebu bila diputar.

*Putar lama tak akan cair.

*Tapi kalau terlebih putar kaku dan tak cantik bila disapu pada kek.

*Untuk hiasan kek@topping.

*Mudah untuk piping dan bentukkan atas kek.

*Boleh buat bunga hiasan pada kek.

*Ia tahan lama diluar( suhu bilik ) dan tak bimbang krim mencair.

*Penggunaannya pula 2:1 iaitu 2 bahagian whip topping dan 1 bahagian 1 bahagian cecair.

Contoh:bahagian cecair boleh letak jus@susu.

*2 cwn whip topping+1 cwn whipping cream.

*Terwangi baunya

*Enak disegi rasa.

*Stabil dan mudah kaku bila diputar – senang guna untuk piping.

*Terlebih putar ia terlalu kental – sukar nak lepa

*Termahal antara yang lain.

*Untuk hiasan kek.

*Warna lebih putih.

*Lebih gebu.

*Putar lama tak akan cair.

*Tapi kalau terlebih putar akan kaku dan tak cantik bila disapu pada kek.

KENALI JENIS BUTANG

ekiranya anda pandai bergaya, ia perlu seiring dengan pengetahuan anda mengenai elemen yang ada pada setiap busana yang ingin diterjemahkan. Selain jenis fabrik yang anda perlu tahu, butang adalah item yang sering ada dalam setiap penggayaan anda. Ketahui beberapa jenis butang yang selalu digunakan dalam proses menjahit.

1. Butang berlubang

Terdapat dua jenis butang berlubang iaitu butang dua lubang dan empat lubang. Bentuk dan fungsinya juga seakan sama. Namun jahitan butang empat lubang lebih kukuh. Jahitannya juga boleh dibuat dengan cara melintang atau menegak.

2. Butang katup

Butang katup ini terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet. Kancing jenis ini digunakan pada pakaian yang tiada tarikan dan butang ini kebiasannya digunakan pada baju kebaya dan pakaian rasmi sekolah.

Image result for butang katup

3. Cangkuk dan palang

Cangkuk dan palang selalunya dijahit pada bahagian pinggang seluar, skirt ataupun kain baju kurung. Diperbuat daripada logam dan merupakan kancing yang paling kukuh.

Image result for cangkuk dan palang

4. Butang mandarin

Butang mandarin juga dikenali sebagai butang simpulan cina. Diperbuat daripada kain atau benang khas yang disimpul menjadi pelbagai corak seperti bunga. Ia dijahit pada pakaian yang mempunyai belah dihadapan. Kebiasaanya digunakan dalam pembuatan Cheongsam. 

Image result for butang cheongsam

5. Butang bertangkai

Butang jenis ini sering digunakan pada belah lengan baju dan leher. Lubang jahitannya terletak pada bawah butang dan diperbuat daripada plastik.

Image result for butang bertangkai

Selain butang, zip juga turut digunakan bagi mencantumkan kedua belah pakaian. Jika sebut mengenai pembuatan busana seperti dress atau baju kurung moden, zip sorok merupakan salah satu aksesori yang penting bagi melengkapkan sesebuah helaian. Selain daripada sifatnya yang lebih kemas, zip sorok terletak cantik pada badan membuatkan ia menjadi item kegemaran pereka fesyen.

Image result for zip sorok

Kredit artikel: Blog Her Inspirasi.com

5 CARA BELAJAR MENJAHIT DARI RUMAH

Assalamualaikum dan selamat petang semua !

Harini saya nak berkongsi sikit berkenaan tips-tips jika anda nak belajar menjahit tetapi tanpa perlu keluar rumah untuk pergi ke kelas. Kadang ada sesetengah orang tak boleh tinggalkan rumah dalam keadaan kosong atau tak dapat join kelas menjahit di luar sebab anak-anak tiada yang jaga. Ada juga yang kekangan masa membuatkan mereka terpaksa menahan rasa untuk belajar menjahit.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, saya harap perkongsian kalini sedikit sebanyak memberi manfaat buat beginner-beginner dalam bidang jahitan. Insha Allah! 

5 TIPS BELAJAR MENJAHIT DI RUMAH

  •  BELAJAR JAHIT SIMPLE

Untuk yang baru lagi dalam bidang jahitan ni, digalakkan untuk belajar terlebih dahulu menjahit benda-benda yang simple seperti sapu tangan, alas meja dan sebagainya. Ini bagi membantu melancarkan pergerakan tangan, mengetahui perkara-perkara basic berkenaan jahitan agar tidak kekok.

  • SERTAI KELAS ONLINE

Sekarang, ramai dah tukang-tukang jahit yang sanggup berkongsi ilmu-ilmu jahit secara percuma mahupun berbayar melalui online. Tak perlu susah payah nak kena datang kelas, hadap laptop atau handphone je dah boleh start belajar menjahit dari pengenalan pola hingga siap satu pakaian. Zaman sekarang zaman teknologi, semua dihujung jari. Bergantung pada kita untuk dapatkan sesuatu ilmu baharu itu ataupun hanyar mencari alasan untuk tidak berjaya.

  • SERTAI GROUP-GROUP MENJAHIT DI FACEBOOK

Kalau nak cerita tentang ilmu jahitan ni, macam saya kata tadi memang dah ramai yang sudi berkongsi melalui social media terutama di Facebook. Taip je, nak group menjahit macam mana pasti akan ada. Sebagai contoh, group-group menjahit yang mungkin ada boleh sertai ialah Geng Minat Menjahit , Kongsi Ilmu Jahitan dan macam-macam lagi. Anda boleh sertai group-group seperti ini sebab ramai Tukang Jahit yang dah berpengalaman bertahun yang sering berkongsi hasil-hasil jahitan mereka.

  • BELI NOTA RUJUKAN MENJAHIT

Bila bercerita tentang buku rujukan ni, dah ramai tukang jahit terutamanya Pereka Fesyen di Malaysia yang dah cipta buku rujukan menjahit mereka sendiri seperti Buku Rujukan Pola Jahitan dan sebagainya. KaylaRafy Creation sendiri ada membuat buku rujukan pola seperti pakaian Blaus, Kurung Tradisional, Baju Melayu dan sebagainya secara E-BOOK (buku rujukan elektronik). Buku-buku rujukan menjahit ini anda boleh dapatkan secara online atau offline iaitu di kedai-kedai buku terkemuka seperti MPH / Popular.

  • CARI TENAGA PENGAJAR @ GURU MENGAJAR

Untuk dapatkan khidmat mengajar jahit ni, kebanyakkan tukang jahit atau tenaga pengajar mostly akan membuka kelas menjahit di kawasan mereka seperti di butik atau kedai menjahit mereka sendiri. Namun begitu, ada juga tenaga pengajar yang memberikan perkhidmatan mengajar dengan datang ke rumah pelajar yang ingin belajar cuma ia limited. KaylaRafy Creation sendiri ada membuka kelas belajar menjahit terutama untuk beginner sebab kita memang mengajar dari zero cuma perkhidmatan datang ke rumah tidak di buat. Kelas belajar menjahit kami terletak di Batu Pahat, Johor.

Kredit: Kaylarafy

8 Teknologi yang Inovatif pada Zaman 90-an

Daripada permainan ke alat komunikasi, semuanya mampu membangkit nostalgia.

Apabila bercakap tentang perkembangan teknologi, kini hampir semua orang memiliki telefon pintar untuk kegunaan harian. Kita sudah biasa dengan peranti dan aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi seperti mengambil gambar, menyimpan nota, menonton video, mendengar lagu dan lain-lain lagi.

Jika diimbas kembali, terdapat teknologi tahun 90-an yang kita rasakan sangat “canggih” dan on-trend pada ketika itu. Jom kita lihat teknologi zaman 90-an yang pasti membuatkan anda terkenang memori silam!

1. Tamagotchi

jiran nostalgia tamagotchi

Sebut sahaja Tamagotchi, tentu anda terbayang permainan digital berbentuk bujur seperti telur, kan? Ia juga merupakan permainan mudah alih yang popular sekitar lewat 90-an dan awal 2000-an. Konsepnya seumpama membela haiwan secara digital. Rangkanya pula datang dalam pelbagai warna menarik dan sangat comel. Permainan Tamagotchi ini berasal dari Jepun dan kemudiannya menjadi fenomena di seluruh dunia kerana ia bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa!

2. Walkman

jiran nostalgia walkman

Bagi peminat muzik di era 90-an, Walkman merupakan salah satu alat yang wajib dimiliki apabila ingin ke mana-mana. Jika sekarang ramai orang melanggan perkhidmatan muzik di telefon pintar, pada zaman 90-an sumber hiburan selain daripada mendengar radio adalah menikmati koleksi lagu artis kegemaran di Walkman. 

3. Discman

jiran nostalgia discman

Walaupun Discman merupakan peranti yang lebih moden berbanding Walkman, fungsinya tetap sama iaitu mendengar lagu. Peranti ini dilengkapi dengan earphone. Selain mendengar lagu artis kegemaran, ada juga yang rajin membuat mixtape sendiri dan memainkannya di Discman.

4. Perakam kaset video (VCR)

jiran nostalgia vhs

Apabila menyebut tentang VCR atau video cassette recorder, anda tentu teringat kenangan menonton filem menggunakan pita VHS. Apa yang menarik tentang alat ini ialah jika anda merasakan harga kaset video adalah mahal, anda mempunyai pilihan untuk menyewa filem kegemaran! Ya, suatu masa dahulu terdapat kedai yang menawarkan filem pelbagai genre dalam bentuk pita video. Kadar sewaannya sungguh berpatutan dan tidak hairanlah ketika itu ramai yang gemar menyewa pita VHS untuk menonton filem tempatan dan luar negara.

5. Floppy disk/Disket

jiran nostalgia disket

Sebut sahaja floppy disk atau disket, mesti anda terkenangkan objek berbentuk segi empat yang memiliki kapasiti sebesar 1.44MB sahaja. Disket amat popular pada tahun 90-an dan turut hadir dalam pelbagai warna. Apabila dibandingkan dengan zaman sekarang, kapasiti tersebut sebenarnya sangat kecil berbanding pen drive atau hard disk yang kita gunakan sekarang. Namun, pada masa itu disket sangat berguna untuk menyimpan dokumen Word, Excel dan beberapa fail lain yang bersaiz kecil.

6. Internet dial-up

jiran nostalgia dialup

Pada dekad 90-an, penggunaan Internet agak terhad disebabkan pelbagai faktor. Untuk menggunakan Internet, ada beberapa benda yang perlu ada di rumah seperti komputer, telefon dan juga modem. Tanpa telefon, anda tidak boleh membuat sambungan ke talian Internet. Sebelum menyambung ke talian Internet, komputer perlu membuat panggilan kepada server. Proses mendail ini mempunyai bunyi yang sangat unik dan kuat. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bunyi tona dial-up ini telah menjadi ikonik. 

Sebaik sahaja akses Internet diaktifkan, panggilan masuk atau keluar tidak boleh dilakukan. Sebab itu jugalah ada dalam kalangan kita waktu itu sanggup menunggu hingga tengah malam supaya tiada yang mengganggu sambungan Internet. 

7. Pager

jiran nostalgia pager

Pager adalah alat komunikasi yang popular pada tahun 90-an sebelum wujudnya SMS. Ia digunakan untuk mengirim dan menerima pesanan ringkas. Ada juga yang memanggilnya sebagai beeper disebabkan bunyi “beep” yang dihasilkan oleh alat ini. Saiznya yang kecil membuatkan ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja. 

8. Telefon bimbit

jiran nostalgia telefonbimbit

Telefon bimbit telah pun wujud pada awal 90-an. Namun begitu, penggunaannya tidak meluas (disebabkan oleh faktor harga) dan kegunaannya juga sangat terhad. Kebanyakan model telefon bimbit hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan dan menerima SMS daripada pembekal perkhidmatan.

Sekitar lewat 90-an, SMS mula digunakan secara meluas. Selain menerima SMS daripada penyedia perkhidmatan, telefon bimbit juga sudah boleh digunakan untuk membalas SMS dan menghantar pesanan kepada nombor telefon lain. 

9 Cara Hentikan Tabiat Suka ‘Mengunyah’, Bahaya Kalau Dilayan

“Ish asalkan duduk di meja pejabat ni, rasa nak mengunyah je. Padahal baru je balik ‘lunch’ ni. Tapi tips diet yang berkesan kata tak boleh makan snek selalu. Nak makan ke tak ni? Aduhai, rasa mengantuknya nak buat kerja kalau tak mengunyah. ”

Kalau layan nafsu makan, memang semua makanan hendak rasa tidak kira waktu. Apatah lagi dengan lambakan kafe dan restoran yang dibuka 24 jam, memang tiada masalah hendak dapatkan makanan. Snek pula dah macam-macam jenis yang dijual.

Namun, tidak boleh diikutkan sangat nafsu makan kerana ia boleh menaikkan berat badan, cepat gemuk malah mengundang penyakit kronik yang disebabkan oleh masalah obesiti.

Tapi, bukan mudah hendak kawal nafsu makan, betul tak? Seolah-olah ia sudah menjadi tabiat yang sebati dengan diri.

9 CARA HENTIKAN TABIAT SUKA ‘MENGUNYAH’, BARU SENANG NAK DIET!

Kalau nak berhenti ‘mengunyah’, cuba ikut tips diet yang berkesan ini. Secara tidak langsung, ia membantu anda mengawal nafsu makan.

1. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL

Sebaiknya, latih diri guna pinggan yang kecil. Dengan ini anda melatih diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit.

Tapi, kurangkan sedikit demi sedikit, kerana kalau terlalu mendadak nanti anda akan cepat berputus asa.

2. JANGAN SKIP WAKTU MAKAN

Risiko apabila anda skip waktu makan yang sepatutnya adalah potensi untuk makan banyak disebabkan terlalu lapar.

Sebab itu, jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Apabila anda makan mengikut jadual, maka anda dapat elak dari makan berlebihan.

3. BERHENTI BILA KENYANG

Hanya makan disebabkan rasa lapar dan bukannya stresatau rasa boring dan ingin kunyah sesuatu kerana ia boleh menyebabkan anda terlebih makan.

Jika diamalkan selalu, ia boleh menjadi tabiat buruk dan tidak elok untuk badan.

Kawal diri untuk berhenti makan apabila terasa perut sudah diisi.

4. MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Antara tips diet yang berkesan adalah dengan meluangkan antara 20 hingga 30 minit untuk menikmati makanan.

Set masa dan makan perlahan-lahan. Makan dengan laju boleh menyebabkan anda makan berlebihan.

5. KURANGKAN GANGGUAN SEKELILING

Jangan main telefon, jangan asyik tengok TV sampai tak fokus pada makanan.

Sebaliknya, fokus pada apa yang anda makan.

Jika terlalu banyak gangguan, anda hilang fokus pada makanan dan berpotensi untuk makan berlebihan.

6. TUKAR SNEK DENGAN BUAH

Pastikan setiap hidangan mengandungi lebih daripada 50 peratus sayur-sayuran atau buah-buahan kerana ia rendah kalori.

Jadi tiada masalah jika anda makan lebih banyak sayur atau buah, malah ia cepat mengenyangkan dan dapat mengawal nafsu untuk makan makanan lain.

Kalau ke pejabat, pastikan bawa 2-3 biji epal, oren atau semangkuk anggur supaya anda boleh ‘mengunyah’ dengan sihat.

7. BANGUN DARI TEMPAT DUDUK

Jika terasa lapar, cuba bangun dari tempat duduk dan lakukan perkara yang boleh menghalang anda daripada makan.

Contohnya, melakukan kerja rumah yang lain seperti membasuh baju, mengemas, atau mandi.

Kalau di pejabat, mungkin anda boleh bangun untuk ke tandas atau berbual dengan rakan sekerja anda buat seketika.

Tips diet yang berkesan ini dapat membantu menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan.

8. MINUM BANYAK AIR

Apabila terasa ingin makan, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Kemudian, capai segelas air kosong dan minum dengan perlahan.

Sebagai variasi, anda boleh juga menikmati air lemon, limau nipis, teh halia, teh pudina, atau teh hijau – tapi yang tanpa gula ya. Boleh detoks sekali!

9. TIDUR SEBENTAR

Salah satu sebab yang buat kita rasa nak mengunyah adalah kerana keletihan atau kurang tidur.

Oleh itu, cuba dapatkan masa tidur berkualiti walaupun 10 minit. Anda akan berasa lebih segar setelah bangun dari tidur dan mencuci muka.

AMALKAN TIPS DIET YANG BERKESAN INI

Mengawal nafsu makan adalah prinsip nombor 1 dalam mengekalkan berat badan unggul.

Jika diikutkan nafsu makan memang boleh membinasakan diri. Memang susah tapi tak bermakna ia tidak boleh dilakukan.

Jadikan ia satu cabaran untuk diri sendiri dalam mengawal nafsu makan demi kesihatan diri untuk jangka masa yang panjang.

Makanan Sejuk Beku Juga Berkhasiat! Ini Alasannya…

Makanan sejuk beku adalah cara paling senang untuk orang bujang memasak. Ianya senang didapatkan, ringkas dan cepat! Penggunaan sejuk beku bukan sahaja pada makanan yang telah diproses begitu juga kepada makanan segar untuk diguna lebih lama.

Biasanya ia terkenal dengan sifat kurang bernutrisi dan tidak segar. Namun tidak semuanya begitu, masih ada alasan lagi untuk kita semua menikmati makanan sejuk beku.

Bijak memilih

Anda harus tahu bahan kandungan yang digunakan dalam makanan sejuk beku. Elakkan memilih yang mengandungi tinggi bahan pewarna, perasa tambahan dan bahan pengawet. Bagi menjaga kebaikan dalam pemakanan, anda harus elak dari membeli makanan sejuk beku mengandungi sodium, lemak trans dan gula (jika tiada pilihan ambil yang paling renda). Bagi sayuran dan buahan, periksa ia tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Ingat! Kita sentiasa punya pilihan.

Segar campur sejuk beku

Mereka yang membeli makanan sejuk beku biasanya untuk menjaga bajet isi rumah. Jangan risau, jika anda rasa gusar dengan kesihatan melalui pemakanan. Anda sentiasa boleh campurkan bahan-bahan segar kedalam makanan sejuk beku, Sebagai contohnya, spagheti yang dimasak melalui microwave dihiaskan dengan salad tambahan. Selain itu, banyakkan memilih pek-pek makanan dari protein dan bijiran penuh.

Daging, buah dan sayuran

Buah-buahan dan sayuran yang disejuk beku lebih terjamin kesegarannya berbanding dengan yang diletakkan kaunter jualan. Alasannya buahan dan sayuran di kaunter terpaksa disembur dengan bahan-bahan kimia tertentu untuk terlihat segar dan lebih tahan lama. Berbeza yang disejuk beku hanya disimpan didalam keadaan sejuk. Begitu juga dengan daging sejuk beku, ia tidak terdedah dengan sebarang bahan pengawet dan harganya jauh lebih rendah. 

Biar jadi legasi, Permaisuri Agong seru pertahan seni jahitan tradisional

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggesa seni jahitan tradisional kembali diperhebat.

Raja Permaisuri Agong berkata seni berkenaan wajar diwarisi generasi muda agar terus menjadi kebanggaan negara.

“Kita juga kena ajar anak-anak kita mengait, menganyam dan menyulam. Hidupkan kembali seni jahitan tradisional.

“Banyak lagi kraf sebagai warisan kita. Inilah sebabnya saya menjuarai dan mahu meninggalkannya sebagai legasi.

“Mari lakukannya demi Malaysia. Tunjukkan kepada jiran kita dan berbangga dengan seni kita,” tulis baginda di Twitter semalam.

Pandangan baginda mendapat sokongan penuh warga maya yang mahu swni jahitan tradisional terus dipelihara.

Walau ramai mengakui tidak berpeluang mendalami seni berkenaan, tidak kurang berkongsi gambar kehebatan mereka menyulam dan mengait.

Kebanyakan warga maya menyokong hasrat baginda, malah sekurang-kurangnya berbelas-belas dari kalangan mereka termasuk lelaki memuat naik foto hasil sulaman tangan mereka mahupun ahli keluarga ibu mereka.

“Alhamdulillah, arwah nenek ajar patik mengait masa umur sembilan tahun. Boleh jugak buat jualan kecil-kecilan,” kata Dayang Noor.

Kredit:Msn News

Kenali Bentuk Muka Yang Sesuai Untuk Hijabista

Untuk anda si penggemar hijabista, apa kata kenali bentuk muka yang mana sesuai dengan wajah anda apabila mengenakan hijab dibawah ini.

1. Bentuk muka bujur

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

2. Bentuk muka panjang (Long)

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

3. Bentuk muka bulat (Round)

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

4. Bentuk muka berpetak (Square)

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

5. Bentuk segi tiga (Heart)

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Kredit: zayan

Teknik Susun Atur Barang Basah Dalam Peti Sejuk, Barang Tahan Lama & Senang Nak Cari!

“Penuhnya fridge! Nak ambil barang masak pun susah…”

Setiap kali selepas beli barang basah seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran apa yang anda perlu buat adalah simpankan barang-barang ini di dalam peti sejuk. Tetapi, setiap kali nak simpan pasti ada sahaja masalah seperti ruang yang tidak mencukupi dan masalah untuk mengambil barang tersebut ketika mahu memasak.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menyusun semua barangan yang dibeli menggunakan kaedah penyimpanan zip lock dan label seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini. Memang pasa awalnya anda akan rasa malas untuk menyusun atur barangan tersebut, tetapi apa yang memuaskan adalah peti sejuk akan kelihatan tersusun dan setiap kali nak masak pun mudah!

TEKNIK SUSUN ATUR BARANG BASAH, KEMAS DAN MUDAH NAK MASAK!

Balik beli groceries, rehat kejap, pastu bukak lagu duduk dapur sorang-sorang cuci ayam, cuci ikan, packing sayur sayur. My kind of me time. 2-3 jam penat berbaloi sebab urusan masak jadi mudah, duit pun jimat sebab cara simpan betul tak cepat rosak.

1. Ayam ana pack 2-3 ketul satu pack untuk sekali masak. Sebelum ni buat 4 ketul tapi kalini size ayam besar. Makan jimat jimat sikit pasni. So kecikkan size. Ana dengan suami je makan laukz Anak2 biasa makan isi2 ayam buat sup,pasta or telur. Sekali beli 3 ekor dapat 13 packs

2. Sayur berdaun tak basuh terus potong. Lapik tisu dapur dalam ziplock bag, masuk sayur.

• Cili2 basuh, buang tangkai, lapik tisu dapur, letak cili & bawang putih.

• Halia Lengkuas Cekur Carrot simpan dalam bekas/balang isi air.

• daun2 herbs: D.limau, d.kari, d.sup, d.ketumbar, d.kunyit semua dlm ziplock/bekas simpan dlm freezer

• Labu tu ana simpan terus dalam ziplock dah seminggu masih tak berubah rupa.

• Sayur-sayur belakang labu tu semua dah seminggu tapi masih elok cantik.

3. Kobis potong size kecik sikit untuk sekali masak pastu wrap pakai plastik wrap. Ana tak buat sbb plastik wrap habis pulekkk.

• Tomato simpan tempat terbuka lapik tisu dapur.

• Timun jepun ana try simpan dlm ziplock sekali sayur2 tu minggu lepas. Masih cantik sampai now.

4. Bawang-bawang kentang dalam bakul ajaaa. Biar suhu bilik and kering.

Barulah kemas dan setiap kali nak masak, menjadi mudah!

Sumber: @Anasulianna

Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Payah Proses Lama-Lama!

Bila bercakap soal masakan, cili kisar adalah antara bahan masakan yang sering digunakan oleh semua tukang masak. Cili kisar juga ada yang sudah dijual didalam paket dan ada juga yang dibuat sendiri. Cili kisar buatan sendiri ini sering dibuat oleh suri rumah.

Tetapi apabila membuat cili kisar sendiri, apa yang paling rumit ialah hendak membuang biji cili kering. Ini kerana bukan mudah untuk membuang bijinya, ia memakan masa dan leceh untuk dibuat. Jika tidak dibuang bijinya, ianya tidak bagus untuk kesihatan. Namun ada cara cara yang senang boleh digunakan untuk membuang biji cili ini. Perkongsian di facebook Mama G Food Industries ini memberi cara mudah untuk anda membuang biji cili.

CARA MUDAH BUANG BIJI CILI

Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.

Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.

Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?

Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

Bila bercakap soal masakan, cili kisar adalah antara bahan masakan yang sering digunakan oleh semua tukang masak. Cili kisar juga ada yang sudah dijual didalam paket dan ada juga yang dibuat sendiri. Cili kisar buatan sendiri ini sering dibuat oleh suri rumah.

Tetapi apabila membuat cili kisar sendiri, apa yang paling rumit ialah hendak membuang biji cili kering. Ini kerana bukan mudah untuk membuang bijinya, ia memakan masa dan leceh untuk dibuat. Jika tidak dibuang bijinya, ianya tidak bagus untuk kesihatan. Namun ada cara cara yang senang boleh digunakan untuk membuang biji cili ini. Perkongsian di facebook Mama G Food Industries ini memberi cara mudah untuk anda membuang biji cili.

CARA MUDAH BUANG BIJI CILI

Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.

Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.

Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?

Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.

Didalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan & atas bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sehingga selesai.

Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.

Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili sikit sikit lagi, memang kena ada kalau tidak sambal anda tidak pedas langsung nanti. Teknik yang dikongsikan ini dibuat untuk 2 kilogram cili kering. Selamat mencuba!

Kredit : Sirap Limau