Archives for December 16, 2021

INFO & TIPS : KENALI JENIS – JENIS TEPUNG

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR

 

Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik berserta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayakkan 250gm tepung gandum dengan 1 sudu makan serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR


Tepung Superfine, teksturnya halus seperti self raising flour namun tiada sebarang bahan penaik didalamnya. Tepung ini dikatogerikan sebagai tepung low protien.


TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT

Tepung Rose ada mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut. Biskut yang diperbuat dengan tepung rose akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top atau Tepung cookies. Ianya amat sesuai untuk membuat biskut almond london.



TEPUNG HONG KONG

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). 

TEPUNG PULUT

Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Ianya dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. 


Tepung ini juga mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksudkan dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah tetapi beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Ianya kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna.

TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA



Tepung wholemeal atau tepung atta banyak mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak. Sesuai untuk membuat roti gandum dan capati. Hasil roti atau muffin yang menggunakan tepung ini agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE

epung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). 


Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Pembuatan Kuih Lapis ada menggunakan tepung ini.

TEPUNG KASTAD

Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek menjadi lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. 


TEPUNG UBI

Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG
 

Tepung jagung fungsinya untuk memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi. Ianya berasal daripada biji jagung.


TEPUNG BERAS

Terdiri dari gluten-free, diperbuat daripada beras yang dimesin halus. Banyak digunakan dalam membuat kuih tradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.




TEPUNG SAGU


Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu. Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng ataupun keropok.

TEPUNG KEK

Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yang agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali

TEPUNG OPTIMA
 

Tepung Optima

Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk membuat Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

TEPUNG KACANG HIJAU

Selalu digunakan untuk membuat kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee.

TEPUNG BISKUT MARIE
 

Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yang dikisar halus dan diayakkan. 

Kredit: Totabakedesign

LIMA PERBEZAAN CARA MENDIDIK ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Begitu juga dengan anak lelaki dan perempuan. Pendekatan berlainan juga perlu digunakan untuk mendidik dan menambat hati mereka. Semoga kita dapat lebih mengenali anak kita.

5 PERBEZAAN CARA MENDIDIK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN

1. SEMASA PERINGKAT USIA BAYI

Anak Lelaki: Mudah bertindak balas terhadap rangsangan fizikal dan suka mengajuk gerak-geri tubuh berbanding bunyian atau nyanyian.

Maka, mereka lebih mudah terhibur apabila ibu ayah menari, membuat wajah lucu berbanding berceloteh atau membacakan buku cerita untuk mereka.

Anak Perempuan: Amat gemar terhadap ‘eye contact’, bunyi-bunyian dan amat suka kalau orang berbual dengan mereka. Tidak hairanlah anak perempuan biasanya petah bercakap dan lebih cepat mahir dalam kemahiran ini sejak usia kecil berbanding anak lelaki yang lambat bercakap.

2. SEWAKTU MENASIHATI MEREKA

Anak Lelaki: anak lelaki amat menghormati ‘tindakan’ berbanding ‘kata-kata’. Maka cara terbaik untuk memastikan mereka patuh dengan nasihat adalah dengan menunjukkan contoh atau ‘role model’ yang baik.

Nasihat panjang lebar berkemungkinan besar tidak akan berkesan. Tetapi, sebenarnya anak lelaki adalah lebih sensitif berbanding perempuan dan kalau menangis, mereka lebih sukar ditenangkan.

Anak Perempuan: Anak perempuan pula mementingkan hubungan dan lebih senang mendengar kata-kata daripada mereka yang dekat di hati mereka. Maka, ibu ayah perlu selalu bercerita dengan mereka, bermain dengan mereka, dan selalu ada di samping mereka. Hubungan yang rapat memudahkan mereka menerima nasihat kita.

3. APABILA MEREKA TIDAK BERSETUJU

Anak Lelaki: Akan mendiamkan diri dan sukar memberitahu kekecewaan dalam hati mereka. Oleh kerana tidak begitu mahir dalam mengekspresikannya melalui perkataan, anak lelaki cenderung menunjukkan kekerasan seperti memukul, menendang, atau membaling barang.

Anak lelaki perlu diingatkan bahawa suara mereka sentiasa didengari. Biarkan anak bertenang dan ambil masa untuk mendengarkan apa yang mereka ingin katakan.

Anak Perempuan: Anak perempuan pula lebih cenderung untuk menjerit dan mengatakan perkataan yang mungkin mengejutkan anda seperti “Saya benci Ibu!” atau “Adik jahat!” .

Jangan terkejut kerana mereka lebih cepat menangkap perkataan dan sedang belajar menggunakannya dengan cara yang paling efektif. lebih mementingkan perasaan orang sekeliling dan kadangkala sanggup menanam hasrat sendiri.

4. JIKA ANAK BEREBUT ATAU MEMBUAT ‘PERANGAI’

Anak Lelaki: Beritahu mereka secara ‘direct’ seperti mengatakan: “Jangan ambil permainan adik. Bagi dia semula sekarang juga!” Cukup.

Mereka akan bertindak dan tidak perlu penerangan yang panjang lebar seperti “Janganlah buat begitu, abang ni tak sayang adik ke? Berapa kali nak cakap? Kan Ibu dah belikan abang yang sama juga semalam.”

Anak Perempuan: Untuk mendidik anak perempuan, mereka perlukan kritikan yang membina dan sedikit pujian seperti “Kakak kan selalunya baik, pandai kongsi mainan. Janganlah rampas mainan kawan tu. Kalau kawan kakak ambil mainan kakak, mesti kakak pun akan sedih kan?”

Kadangkala, cakap begini pun mereka akan menangis.

5. JIKA MEREKA MAHUKAN SESUATU DI KEDAI

Anak Lelaki: Menurut laman web supernanny.co.uk, anak lelaki biasanya mahukan keputusan secepat mungkin dan akan menjadi lebih tidak terkawal jika anda menjawab “Nantilah, kita tengok dulu barang lain.”

Keadaan ini boleh membuat mereka mula buat perangai dan memberontak. Mereka perlu diberitahu bahawa anda dengar kemahuan mereka, Tetapi anda tidak akan membelinya sekarang juga.

Jadi, lebih elok anda beritahu mereka secepatnya, “Maaf sayang, ibu tahu Aiman suka kereta kebal itu. Tapi, kita tak boleh beli mainan hari ini. Ibu cuma bawa duit cukup untuk beli sayur dan ikan saja.”

Anak Perempuan: Anak perempuan mungkin akan merungut apabila anda meminta mereka untuk menunggu. Tapi, kajian menunjukkan anak perempuan lebih mudah menerima penolakan jika anda bijak berdiplomasi dengannya.

Hargai tindakan mereka dan elok juga anda tawarkan sesuatu yang lain, “Baiknya kamu hari ini sebab dengar cakap. Alhamdulillah. Nanti mama masakkan sup ayam kegemaran Alia ya.”

SEIMBANGKAN KEPERLUAN ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Secara ringkasnya, anak lelaki perlu diajar agar lebih bersikap verbal kerana mereka bijak menggunakan fizikal dan berfikiran logik secara semula jadi.

Manakala untuk mendidik anak perempuan pula, ibu bapa tidak sewajarnya melupakan fokus terhadap mental dan emosi mereka supaya lebih yakin diri dan tidak terlalu menurut kemahuan orang lain. Ini kerana, mereka cenderung untuk cuba menggembirakan orang yang mereka sayangi hingga lupa terhadap kemahuan sendiri.

Walaubagaimanapun, mungkin juga anak anda cenderung bersikap dengan sikap yang berlawanan atas faktor lain. Maka, luangkanlah masa untuk mengenali mereka supaya anda dapat mendekati mereka secara lebih berkesan.

Sumber:siraplimau

Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais. Berkesankah?

ParacetamolUbat Demam

TAHUKAH ANDA BAHAYA SEBENARNYA KALAU KITA SIMPAN UBAT DEMAM PARACETAMOL LAMA-LAMA DALAM PETI SEJUK?

Ikuti perkongsian seorang doktor di page FBnya.

Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.

Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan! Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.

Demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu. Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.

Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi pulak letak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu. Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat. Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah. Aduh.

Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat. Tapi… kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang aje walaupun masih ada baki.

Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ya. Tolong sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain juga. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.

Kehamilan Luar Rahim Boleh Mengancam Nyawa Ibu

EctopicEctopic pregnancy

APA ITU KEHAMILAN LUAR RAHIM (EKTOPIK)?

Kehamilan ektopik berasal dari perkataan Greek (ektopas) yang bermaksud ‘di luar tempat’ atau kehamilan di luar rahim.

1 hingga 2 peratus kehamilan adalah kehamilan ektopik. Daripada jumlah ini, 98 peratus merupakan kehamilan ektopik dalam tiub fallopian (rajah 1). Kehamilan ektopik lain termasuklah rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks.

Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Kehamilan ektopik adalah punca utama kematian dalam kalangan wanita yang hamil (bagi 3 bulan yang pertama). Bilangan kehamilan ektopik hari ini semakin meningkat. Oleh itu, perkara ini perlu difahami dengan lebih lanjut.

Mengapakah kehamilan ektopik berlaku?

Telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian. Di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.

Bilakah kehamilan ektopik biasanya berlaku?

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenal pasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

Apakah simptom-simptom kehamilan luar rahim ?

Setiap wanita yang mengalami masalah ini mempunyai gejala yang berbeza-beza.

a. Pendarahan faraj yang tidak normal

– Tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid

b. Sakit di bahagian bawah perut

– Datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

c. Sakit pada bahu ( shoulder tip pain )

– Sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah.

Siapa yang berisiko?

a. Mempunyai sejarah mengandung luar rahim

– Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

b. Hamil melalui kaedah IVF.

– Perlumembuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

c. Pernah membuat pembedahan di bahagian perut

* Termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).

d. Pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease – PID)

– Sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio.

e. IUD atau pil perancang

– Mengandung walaupun telah memakai IUD dan memakan pil perancangan keluarga yang mengandungi hormon progesteron sahaja ( mini Pill) f. Merokok

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim?

a. Ujian kehamilan(Pregnancy test)

– Sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.

b. Pemeriksaan ultrasound

– Transvaginal scan lebih tepat berbanding transabdominal scan untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan.

c. Pemeriksan darah (beta-HCG)

– Ujian darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat, berkemungkinan besar kandungan luar rahim.

d. Laparoskopi

– Jika tiub anda telah pecah, perlu terus dibedah.

<b>Rawatan</b>

a. Rawatan konservatif

– Tiada simptom dan tidak pecah serta tiada pendarahan pelvis. Wanita ini perlu diberi kaunseling sewajarnya.

b. Rawatan perubatan (suntikan methotrexate)

– Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.

c. Pembedahan( Laparoskopi)

– Menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka.

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan ektopik lagi?

Untuk kebanyakan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10%.

Masihkah ada peluang mengandung lagi?

Secara umum, 65 hingga 70 peratus wanita dengan sejarah kehamilan ektopik akan hamil lagi dalam tempoh 18 bulan. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua tiub fallopian rosak atau pecah, anda perlu menjalani rawatan kemandulan (IVF) untuk hamil pada masa depan.

Adakah selepas ikat peranakan(BTL) risiko hamil luar rahim lebih tinggi?

Ya. 1000 wanita yang menjalani bilateral tubul ligation(BTL),4 orang akan hamil. Nisbah kegagalan BTL(failure rate) 4 dalam 1000. Jika hamil selepas kaedah ini, sila berjumpa dengan doktor di awal kehamilan kerana risiko yang tinggi hamil luar rahim.

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

SUMBER: FB Dr. Ahmad Samhan

http://www.myhealth.gov.my/kehamilan-ektopik/ https://medium.com/

Memilih Gunting Kain

Bagi anda yang baru berkecimpung dalam dunia jahit menjahit, memilih gunting kain yang bagus sangatlah penting dan ianya merupakan satu kewajiban.Untuk membeli gunting kain, ikutilah beberapa tips berikut ini : 1. Belilah gunting yang bagus (mahal). Gunting yang bagus tahan lebih lama, daripada membeli gunting yang murah tetapi kena ganti selalu. 2. Belilah gunting di kedai benang/alatan menjahit, jangan beli gunting kain di kedai buku atau tempat foto copy. Tanyakan kepada penjual, gunting kain yang bagus dan menjadi pilihan tukang jahit, mereka pasti lebih tahu dan berpengalaman . 3. Minta pendapat dari penjahit lain tentang gunting kain yang bagus dan dimana kita boleh membuat pilihan seterus membelinya. 4. Jangan lupa untuk menguji gunting sebelum dibeli. Cubalah memotong kain yang tipis dan licin, kalau tidak ada kain sutera, anda boleh mencuba pada kain satin. Perhatikan hasil guntingan, apakah kain lari dan apakah gunting tersebut selesa dipegang, tidak licin atau berat bagi tangan anda. 5. Jagalah gunting anda… Jangan pernah sekalipun menggunakan gunting kain untuk menggunting benda-benda lain, walaupun sehelai kertas !! Apalagi untuk menggunting bungkus perencah mee segera! Gunting akan menjadi cepat tumpul. Jauhi gunting dari jangkauan anak-anak anda (ini yang paling penting ). Selamat menggunting kain…

PETUA MENAJAMKAN GUNTING

Gunting yang tajam amat memudahkan kerja-kerja anda, tak kiralah gunting kain, gunting kertas atau gunting dapur. Untuk masaalah gunting tumpul, cuba gunting helaian daun sirih satu persatu. Anda juga boleh mengasah gunting dengan menggunting botol menggunakan gunting tersebut. Lakukan ‘guntingan’ sebanyak yang mungkin. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula. Lagi satu petua nak tajamkan mata gunting adalah dengan mengasah mata gunting anda pada cermin tingkap. Cubalah, tak rugi mencuba petua orang lama….

MENJAGA MESIN JAHIT

Sebagai seorang penjahit atau orang yang minatnya menjahit, menjaga mesin jahit adalah satu kemestian. Mesin jahit juga harus dibaiki, kalau perlu dilakukan cleaning setiap kali selepas menggunakannya. Berikut ini adalah sedikit tips dalam menjaga mesin jahit anda agar tidak cepat rosak:

1. Setelah selesai menjahit, segera bersihkan mesin jahit dari sisa-sisa benang atau potongan kain. Bolehlah menggunakan berus kecil untuk mengeluarkan sisa kain dan habuk kecil.

2. Mesin jahit terdiri dari bahagian-bahagian yang sering bergerak dan saling bergeser, untuk mencegah haus, belilah minyak khusus untuk mesin jahit. Jangan gunakan sebarang minyak seperti minyak sayur sebab ia boleh menyebabkan karat dan kerosakkan terutama untuk mesin jahit multifungsi.

3. Apabila merasai mesin agak berat, itu maknanya sudah tiba masanya untuk diservis. Pergi ke kedai service mesin jahit – cadangan, SINGER ada menyediakan service mesin jahit.

4. Jangan lupa matikan suis elektrik apabila selesai menggunakan mesin jahit.

5. Anda di galakkan memakai selipar semasa menggunakan mesin jahit elektrik untuk mengelakkan cas-cas elektrik mengalir ke dalam saraf dan seterusnya boleh menyebabkan kaki kita menjadi bengkak.

LANGKAH-LANGKAH SELEPAS MENJAHIT

1. Selain tahu menjahit seeloknya anda tahu serba sedikit tentang mesin jahit secara teknikal untuk memudahkan anda mengendalikan mesin.

2. Bagi anda yang baru belajar menjahit seeloknya belilah mesin yang baru kerana mesin yang baru mempunyai ‘manual book’ di mana anda boleh rujuk jika ada sebarang masalah teknikal.

3. Jangan biar kanak-kanak ‘menyentuh’ mesin anda.

4. Tutup mesin jahit selepas anda menggunakannya supaya tidak berhabuk.

5. Simpan alatan jahitan dengan baik terutama jarum dan gunting. Bagi anda yang mempunyai anak kecil tetapkan bilangan jarum yang anda gunakan dan pastikan bilangannya sama sewaktu memulakan kerja dan selepas kerja jahitan.

6. Apabila anda telah menjahit secara tetap walaupun sekadar pakaian sendiri, belilah peralatan jahitan dalam kuantiti yang agak banyak dari kedai yang menjual harga borong jadi anda akan mendapati bahawa menjahit sendiri pakaian adalah sangat menjimatkan.

DAH TAHU JENIS-JENIS SOS PASTA?

Pasta sudah menjadi makanan yang biasa bagi rakyat Malaysia. Deria lidah kita dah tak lagi asing dengan pasta. Anda tahu kan pasta tak tertakluk pada satu jenis sos saja?
.
Ada beberapa jenis sos yang boleh dimasak dan dimakan dengan pasta. Kami akan kongsikan untuk anda jenis-jenis sos pasta yang boleh sesuai digabung.?
.
#1 CARBONARA ☺️
.
Carbonara ialah antara sos yang paling famous dalam sesuatu hidangan pasta. Sos putih ini sangat digemari ramai sebab rasanya yang berkrim dan sangat tinggi dengan perisa.
.
#2 PESTO ?
.
Sos pesto ialah sos versi sihat yang berwarma hijau disebabkan gabungan bahan-bahan seperti daun basil, bawang putih, kacang pinus dan keju parmesan. Warna hijau pun dah nampak seperti alam semula jadi kan?
.
#3 BOLOGNESE ?
.
Sos berwarna merah ni merupakan salah satu sos yang popular dalam menu pasta. Bolognese berwarna merah disebabkan oleh tomato yang telah dicampur beberapa bahan lain seperti bawang putih dan gabungan daging cincang.
.
#4 AGLIO OLIO ?
.
Aglio olio atau dalam bahasa Italy bermaksud minyak dan bawang putih. Jenis sos ni sangat senang untuk disedia. Anda hanya perlu tumis bawang putih dan minyak zaitun.
.
Kalau ikut tekak orang Malaysia, boleh la tambah sedikit lada hitam atau chili flakes untuk menambah rasa pedas. Tak pedas tak Malaysia lah kan. Hehehe..
.
#5 ALFREDO ?
.
Sos ini sesuai dipadankan dengan pasta fettucini. Pekat dan lembut, asas bagi sos ini hanyalah mentega dan heavy cream.
.
#6 MARINARA ?
.
Marinara merupakan sos tomato khas. Sos ni ada campuran rasa masam dan manis dan sangat sesuai dipadankan dengan pasta jenis ravioli.
.
.
Macam-macam jenis sos yang boleh dipadankan dengan pasta ni kan? Ianya terpulang pada selera dan kegemaran seseorang itu juga untuk masak jenis sos yang dorang inginkan. Yang pasti, ianya takda lah susah nak disediakan.??

Kredit artikel: Facebook The Grato Original

Jenis Dan Etika Suit Yang Perlu Lelaki Tahu

Pastinya setiap lelaki ingin bergaya dengan cara tersendiri namun masih tidak mengetahui tips yang betul ketika memakai sepasang suit untuk sesuatu majlis. Kebiasaannya suit dipakai ketika majlis formal, namun suit juga boleh di pakai mengikut kategori. Kaum lelaki yang memakai suit mampu menonjolkan keterampilan seseorang lelaki ke satu tahap yang lebih tinggi.

Apakah jenis suit yang sesuai untuk anda? Jom kit baca seterusnya.

JENIS-JENIS SUIT UNTUK LELAKI

Terdapat dua kategori utama jenis suit :

  1. Suit jenis Single Breasted

Iaitu hanya mempunyai satu lajur butang yang terbahagi kepada tiga jenis bilangan butangnya. Suit jenis Single Breasted sesuai untuk tubuh kecil dan sederhana serta ketinggian yang sederhana seperti kebanyakkan orang Asia.

  1. Suit jenis Double Breasted

Iaitu mempunyai dua lajur butang. Mereka yang tinggi lampai dan kurus lebih menyerlah mengenakan suit jenis double breasted kerana akan lebih kelihatan berisi dan tegap. Namun, merek yang mempunyai tubuh badan berisi/berotot sebaiknya mengellakan memaikai suit jenis double breasted kerana kerana bahagian tengah badan anda akan kelihatan padat dan menjadi perhatian.
 


ETIKA PEMAKAIAN SUIT

Tiga, Dua atau Satu?

Suit jenis Single Breasted  terbahagi kepada 3 jenis bilangan butang :

  1. Tiga Butang

Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketianggian sederhana dan tinggi saiz badan sederhana tetapi yang inginkan gaya dan style yang lebih menyerlah.

  1. Dua Butang

Gaya paling klasik dan universal, sesuai pada hampir semua ketinggian dan saiz badan.

  1. Satu Butang

Merupakan gaya kotemporari yang mula popular sejak tahun 2009 dan sesuai untuk mereka yang miliki tubuh badan yang tegap dan kurus serta miliki ketinggian sederhana rendah.

Etika pemakain suit ketika berdiri juga perlu dititikberatkan iaitu perlu memakai suit jenis single breasted  dan bergantung kepada bilangan butang. Jelas sekali, pemakaian suit adalah berdasarkan pemilihan butang yang membawa maksud yang tersendiri.

  1. Tiga Butang

Bagi mereka yang memakai suit yang mempunyai tiga butang, anda boleh kancing sekali sekala (sometimes) butang paling atas. Manakala butang tengah (always) mestilah dikancing dan butang paling bawah adalah tidak perlu dikancing (never)

Cara menginatinya adalah Sometimes, Always, Never

  1. Dua Butang

Always, Never

  1. Satu Butang

Always

Pastinya setiap lelaki ingin bergaya dengan cara tersendiri namun masih tidak mengetahui tips yang betul ketika memakai sepasang suit untuk sesuatu majlis. Kebiasaannya suit dipakai ketika majlis formal, namun suit juga boleh di pakai mengikut kategori. Kaum lelaki yang memakai suit mampu menonjolkan keterampilan seseorang lelaki ke satu tahap yang lebih tinggi.

Apakah jenis suit yang sesuai untuk anda? Jom kit baca seterusnya.

JENIS-JENIS SUIT UNTUK LELAKI

Terdapat dua kategori utama jenis suit :

  1. Suit jenis Single Breasted

Iaitu hanya mempunyai satu lajur butang yang terbahagi kepada tiga jenis bilangan butangnya. Suit jenis Single Breasted sesuai untuk tubuh kecil dan sederhana serta ketinggian yang sederhana seperti kebanyakkan orang Asia.

  1. Suit jenis Double Breasted

Iaitu mempunyai dua lajur butang. Mereka yang tinggi lampai dan kurus lebih menyerlah mengenakan suit jenis double breasted kerana akan lebih kelihatan berisi dan tegap. Namun, merek yang mempunyai tubuh badan berisi/berotot sebaiknya mengellakan memaikai suit jenis double breasted kerana kerana bahagian tengah badan anda akan kelihatan padat dan menjadi perhatian.
 


ETIKA PEMAKAIAN SUIT

Tiga, Dua atau Satu?

Suit jenis Single Breasted  terbahagi kepada 3 jenis bilangan butang :

  1. Tiga Butang

Sesuai untuk mereka yang mempunyai ketianggian sederhana dan tinggi saiz badan sederhana tetapi yang inginkan gaya dan style yang lebih menyerlah.

  1. Dua Butang

Gaya paling klasik dan universal, sesuai pada hampir semua ketinggian dan saiz badan.

  1. Satu Butang

Merupakan gaya kotemporari yang mula popular sejak tahun 2009 dan sesuai untuk mereka yang miliki tubuh badan yang tegap dan kurus serta miliki ketinggian sederhana rendah.

Etika pemakain suit ketika berdiri juga perlu dititikberatkan iaitu perlu memakai suit jenis single breasted  dan bergantung kepada bilangan butang. Jelas sekali, pemakaian suit adalah berdasarkan pemilihan butang yang membawa maksud yang tersendiri.

  1. Tiga Butang

Bagi mereka yang memakai suit yang mempunyai tiga butang, anda boleh kancing sekali sekala (sometimes) butang paling atas. Manakala butang tengah (always) mestilah dikancing dan butang paling bawah adalah tidak perlu dikancing (never)

Cara menginatinya adalah Sometimes, Always, Never

  1. Dua Butang

Always, Never

  1. Satu Butang

Always

Kredit artikel: Blog Monolog Tanpa Suara

7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan Ketika Berpantang

Senarai makanan dalam pantang ini ada banyak. Kalau nak disenaraikan satu-per-satu memang panjang.

Tapi, ibu baru lepas bersalin perlu tahu peraturan makanan ketika berpantang ini supaya tak meroyansakit-sakit badan, tubuh menjadi lesu dan lain-lain. 

Kalau anda berpantang dengan mak atau mak mertua di kampung, pasti senarai makanan dalam pantang ini akan jadi dua kali ganda banyak.

Sebab mak-mak kita dahulu memang cukup teliti kalau masuk bab pantang selepas hamil ini. 

Kalau anak menantu silap makan apa-apa, anda terpaksa berhadapan bebelan yang berpanjangan hingga ke anak cucu. 

Apapun, niat mak-mak kita itu bagus, sebabnya dia sayangkan anaknya supaya tubuh kembali segar selepas bersalin dan luka jahitan sembuh cepat. 

Sebabnya, tubuh kita ini bukan nak pakai sehari dua. Tapi seumur hidup. Jadi perlulah dijaga dengan baik. Ia boleh dilakukan dengan cara mengamalkan makanan sihat semasa berpantang.

Jom kita lihat dan teliti senarai makanan dalam pantang yang boleh dan tak boleh diamalkan ketika berpantang. Ibu-ibu, take note ya! 

Senarai makanan dalam pantang yang anda wajib tahu

Senarai makanan dalam pantang yang boleh dimakanSenarai makanan dalam pantang yang tak boleh dimakan
1. Ayam dan daging Ayam biasa, burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam selasih, ayam kampung.Daging batang pinang, daging kurang lemak dan daging kambing. Kurangkan ayam dan daging yang di bahagian berlemak.
2. Ikan Haruan, yu, selar, gelama, jenahak, merah, tenggiri, kurau, bawal putih, senangin, bilis dan salmon. Ikan kering, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, parang, kembung, tamban, cencaru, tongkol, makanan laut seperti udang, ketam dan kerang PALING TAK BOLEH MAKAN. 
3. Ulam-ulaman Halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, daun, ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kaduk, daun keseum, pudina, kari.  
4. Sayur-sayuran Ubi Kentang, peria, sawi, lobak merah, lobak putih, brokoli, bayam.  Ubi kayu, kangkung, petola, terung, timun, tomato, kubis, seledri, terung, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, petola, terung, tomato, kubis, seledri, sayur keladi, pucuk ubi, kacang panjang, labu, kacang botol, petai, jering, cili padi, asam keping
5. Buah-buahan Buah Anggur, kurma, oren, epal merah, strawberi, peach, prune, kismis, longan cina, blueberry, walnut. Nenas, limau, buai lai, tembikai, kiwi, epal hijau, pear, pisang, jambu, belimbing, durian, mangga, betik,ciku, langsat, nangka, cempedak, ubi kayu, sengkuang,manggis dan kuinin.
6. Makanan lainBiskut, roti, nestum, oat, cornflakes, masakan panggang, rebus, kukus, bakar. Tempe, makanan daging yang diperoses, bihun, mee, kuey teow, laksa, masakan berminyak.
7. Air Air suam, pati kunyit, jus pegaga, air halia, kopi, manjakani, halia kurma, madu, air coklat, horlicks. Air berais, air sejuk, bergas, tebu, cincau, kelapa muda, jus buah, cuka buah
senarai makanan dalam pantang, makanan berpantang, berpantang, senarai menu berpantang, menu berpantang, senarai menu berpantang, senarai makanan dan minuman berpantang, menu pantang, makanan orang berpantang, makanan ibu berpantang, makanan selepas bersalin, makanan orang bersalin, makanan ibu selepas bersalin

Kredit: Annur Syuhadah

Selain dari itu, senarai makanan dalam pantang yang anda boleh beli sebulan terus seperti lada hitam, lada putih, biji halba, kayu manis, cengkih, biji ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis. 

 Manakala untuk bahan basah seperti ayam, daging dan ikan boleh dibeli dua minggu sekali.

Senarai makanan dalam pantang untuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman boleh dibeli seminggu sekali. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang tengah dalam fasa berpantang.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dan artikel lain di laman theAsianparent kerana banyak info menarik yang kami ingin kongsikan dengan anda, pembaca setia kami. 

PETUA NAK CANTIK

CantikPetua Cantik

PETUA TRADISIONAL NAK CANTIK

Semua wanita keinginannya hampir sama. Mahu sentiasa kelihatan cantik. Kerana itulah, boleh dikatakan ramai wanita yang sanggup berhabis wang ringgit atau melaburkan sejumlah wang untuk tampil cantik.

Bagaimanapun, tidak salah rasanya kalau kita mencuba beberapa petua nenek moyang kita dahulu kan? Selain menjimatkan, banyak juga tips/petua yang boleh diaplikasikan dan hasilnya juga menakjubkan. Yalah, orang dulu-dulu mana ada alat-alat atau barang-barang mekap sangat kan?

Lagipun, petua nenek moyang kita tidak menggunakan bahan-bahan kimia merbahaya yang kita tak ketahui kesan jangka panjangnya bagaimana yang mungkin boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan lain. Silap-silap nak cantik punya pasal, sakit pula yang dapat!

Di sini kami ingin kongsikan beberapa petua yang pernah diamalkan oleh tok nenek kita dahulu. Bahan-bahannya pun mudah didapati, malah ada yang sudah sedia ada di dapur pun!

SELAMAT MENCUBA!!!

WAJIB TAHU PINTASAN PADA PAPAN KEKUNCI

Wajib tahu Shortcut Keys System!!

CTRL+A. . . . . . . . . . . . . . . . . Select All
CTRL+C. . . . . . . . . . . . . . . . . Copy
CTRL+X. . . . . . . . . . . . . . . . . Cut
CTRL+V. . . . . . . . . . . . . . . . . Paste
CTRL+Z. . . . . . . . . . . . . . . . . Undo
CTRL+B. . . . . . . . . . . . . . . . . Bold
CTRL+U. . . . . . . . . . . . . . . . . Underline
CTRL+I . . . . . . . . . . . . . . . . . Italic
F1 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Help
F2 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Rename selected object
F3 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Find all files
F4 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Opens file list drop-down in dialogs
F5 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Refresh current window
F6 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Shifts focus in Windows Explorer
F10 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Activates menu bar options
ALT+TAB . . . . . . . . . . . . . . . . Cycles between open applications
ALT+F4 . . . . . . . . . . . . . . . . . Quit program, close current window
ALT+F6 . . . . . . . . . . . . . . . . . Switch between current program windows
ALT+ENTER. . . . . . . . . . . . . . Opens properties dialog
ALT+SPACE . . . . . . . . . . . . . . System menu for current window
ALT+¢ . . . . . . . . . . . . . . . . . . opens drop-down lists in dialog boxes
BACKSPACE . . . . . . . . . . . . . Switch to parent folder
CTRL+ESC . . . . . . . . . . . . . . Opens Start menu
CTRL+ALT+DEL . . . . . . . . . . Opens task manager, reboots the computer
CTRL+TAB . . . . . . . . . . . . . . Move through property tabs
CTRL+SHIFT+DRAG . . . . . . . Create shortcut (also right-click, drag)
CTRL+DRAG . . . . . . . . . . . . . Copy File
ESC . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Cancel last function
SHIFT . . . . . . . . . . . . . . . . . . Press/hold SHIFT, insert CD-ROM to bypass auto-play
SHIFT+DRAG . . . . . . . . . . . . Move file
SHIFT+F10. . . . . . . . . . . . . . . Opens context menu (same as right-click)
SHIFT+DELETE . . . . . . . . . . . Full wipe delete (bypasses Recycle Bin)
ALT+underlined letter . . . . Opens the corresponding menu
PC Keyboard Shortcuts
Document Cursor Controls
HOME . . . . . . . . . . . . . . to beginning of line or far left of field or screen
END . . . . . . . . . . . . . . . . to end of line, or far right of field or screen
CTRL+HOME . . . . . . . . to the top
CTRL+END . . . . . . . . . . to the bottom
PAGE UP . . . . . . . . . . . . moves document or dialog box up one page
PAGE DOWN . . . . . . . . moves document or dialog down one page
ARROW KEYS . . . . . . . move focus in documents, dialogs, etc.
CTRL+ > . . . . . . . . . . . . next word
CTRL+SHIFT+ > . . . . . . selects word
Windows Explorer Tree Control
Numeric Keypad * . . . Expand all under current selection
Numeric Keypad + . . . Expands current selection
Numeric Keypad – . . . Collapses current selection
¦ . . . . . . . . . . . . . . . . . . Expand current selection or go to first child
‰ . . . . . . . . . . . . . . . . . . Collapse current selection or go to parent
Special Characters
‘ Opening single quote . . . alt 0145
’ Closing single quote . . . . alt 0146
“ Opening double quote . . . alt 0147
“ Closing double quote. . . . alt 0148
– En dash. . . . . . . . . . . . . . . alt 0150
— Em dash . . . . . . . . . . . . . . alt 0151
… Ellipsis. . . . . . . . . . . . . . . . alt 0133
• Bullet . . . . . . . . . . . . . . . . alt 0149
® Registration Mark . . . . . . . alt 0174
© Copyright . . . . . . . . . . . . . alt 0169
™ Trademark . . . . . . . . . . . . alt 0153
° Degree symbol. . . . . . . . . alt 0176
¢ Cent sign . . . . . . . . . . . . . alt 0162
1⁄4 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . alt 0188
1⁄2 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . alt 0189
3⁄4 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . alt 0190
PC Keyboard Shortcuts
Creating unique images in a uniform world! Creating unique images in a uniform world!
é . . . . . . . . . . . . . . . alt 0233
É . . . . . . . . . . . . . . . alt 0201
ñ . . . . . . . . . . . . . . . alt 0241
÷ . . . . . . . . . . . . . . . alt 0247
File menu options in current program
Alt + E Edit options in current program
F1 Universal help (for all programs)
Ctrl + A Select all text
Ctrl + X Cut selected item
Shift + Del Cut selected item
Ctrl + C Copy selected item
Ctrl + Ins Copy selected item
Ctrl + V Paste
Shift + Ins Paste
Home Go to beginning of current line
Ctrl + Home Go to beginning of document
End Go to end of current line
Ctrl + End Go to end of document
Shift + Home Highlight from current position to beginning of line
Shift + End Highlight from current position to end of line
Ctrl + f Move one word to the left at a time
Ctrl + g Move one word to the right at a time
MICROSOFT® WINDOWS® SHORTCUT KEYS
Alt + Tab Switch between open applications
Alt +
Shift + Tab
Switch backwards between open
applications
Alt + Print
Screen
Create screen shot for current program
Ctrl + Alt + Del Reboot/Windows® task manager
Ctrl + Esc Bring up start menu
Alt + Esc Switch between applications on taskbar
F2 Rename selected icon
F3 Start find from desktop
F4 Open the drive selection when browsing
F5 Refresh contents
Alt + F4 Close current open program
Ctrl + F4 Close window in program
Ctrl + Plus
Key
Automatically adjust widths of all columns
in Windows Explorer
Alt + Enter Open properties window of selected icon
or program
Shift + F10 Simulate right-click on selected item
Shift + Del Delete programs/files permanently
Holding Shift
During Bootup
Boot safe mode or bypass system files
Holding Shift
During Bootup
When putting in an audio CD, will prevent
CD Player from playing
WINKEY SHORTCUTS
WINKEY + D Bring desktop to the top of other windows
WINKEY + M Minimize all windows
WINKEY +
SHIFT + M
Undo the minimize done by WINKEY + M
and WINKEY + D
WINKEY + E Open Microsoft Explorer
WINKEY + Tab Cycle through open programs on taskbar
WINKEY + F Display the Windows® Search/Find feature
WINKEY +
CTRL + F
Display the search for computers window
WINKEY + F1 Display the Microsoft® Windows® help
WINKEY + R Open the run window
WINKEY +
Pause /Break
Open the system properties window
WINKEY + U Open utility manager
WINKEY + L Lock the computer (Windows XP® & later)
OUTLOOK® SHORTCUT KEYS
Alt + S Send the email
Ctrl + C Copy selected text
Ctrl + X Cut selected text
Ctrl + P Open print dialog box
Ctrl + K Complete name/email typed in address bar
Ctrl + B Bold highlighted selection
Ctrl + I Italicize highlighted selection
Ctrl + U Underline highlighted selection
Ctrl + R Reply to an email
Ctrl + F Forward an email
Ctrl + N Create a new email
Ctrl + Shift + A Create a new appointment to your calendar
Ctrl + Shift + O Open the outbox
Ctrl + Shift + I Open the inbox
Ctrl + Shift + K Add a new task
Ctrl + Shift + C Create a new contact
Ctrl + Shift+ J Create a new journal entry
WORD® SHORTCUT KEYS
Ctrl + A Select all contents of the page
Ctrl + B Bold highlighted selection
Ctrl + C Copy selected text
Ctrl + X Cut selected text
Ctrl + N Open new/blank document
Ctrl + O Open options
Ctrl + P Open the print window
Ctrl + F Open find box
Ctrl + I Italicize highlighted selection
Ctrl + K Insert link
Ctrl + U Underline highlighted selection
Ctrl + V Paste
Ctrl + Y Redo the last action performed
Ctrl + Z Undo last action
Ctrl + G Find and replace options
Ctrl + H Find and replace options
Ctrl + J Justify paragraph alignment
Ctrl + L Align selected text or line to the left
Ctrl + Q Align selected paragraph to the left
Ctrl + E Align selected

Mesti tahu Sistem Kekunci Pintasan!!