Archives for December 16, 2021

SUHU DEMAM BERAPA DAN BILA PERLU KE KLINIK?

Demam?Suhu demam

Kebelakangan ini, banyak perkongsian dan info yang kita peroleh tentang suhu demam lebih-lebih lagi sejak bermulanya wabak Covid-19. Apabila PKP bermula dan proses pengambilan suhu diwajibkan setiap kali mahu berkunjung ke mana-mana tempat awam, pasti ada perkongsian berkenaan suhu demam yang sebenar. Lebih lucu apabila prosedur ‘menembak’ (ujian saringan pengesanan suhu) dahi pengunjung menghasilkan suhu kurang daripada 36 ºC. Masing-masing mula membuat telahan dan mempertikaikan keberkesanan alat pengimbas suhu yang digunakan.

Bagaimanapun, berapa suhu demam yang sebenarnya? Di sini ada sedikit perkongsian daripada seorang doktor berkenaan DEMAM yang sering kali dipandang ringan oleh kebanyakan orang.

APA ITU DEMAM?

Demam adalah reaksi normal badan terhadap jangkitan dan penyakit lain. Ia bukan penyakit tetapi GEJALA.

Suhu badan normal antara 36.0ºC – 37.4ºC.

Suhu demam adalah 37.5ºC dan ke atas.

Suhu rendah (tidak normal) adalah kurang daripada 35ºC. 

(INI TIDAK NORMAL YA!)

Suhu demam tinggi adalah 38.5ºC – 39.9ºC.

Suhu demam terlalu tinggi melebihi 39.9ºC. Perlu rawatan segera.

* Anak berusia 6 bulan hingga 6 tahun mempunyai risiko untuk mendapat DEMAM KEJANG (FEBRILE FIT) jika dibiarkan suhu demam berterusan meningkat, terutamanya jika melebihi suhu 38.5ºC.)

KENAPA BOLEH DEMAM?

Gejala demam menunjukkan adanya jangkitan kuman, contohnya virus atau bakteria. Ia juga dapat menunjukkan penyakit kronik atau sebarang tindak balas imunologi.

Demam berlaku apabila jangkitan kuman yang masuk ke dalam badan memberikan respons kepada sistem imuniti (pertahanan tubuh) kita untuk bertindak balas dan melawan kuman tersebut.

Mekanisme secara ringkas adalah interaksi antara exogenous pyrogens (kita bahasakan sebagai kuman/micro organism) dengan endogenous pyrogens (EP) (mediator proses imun penting seperti IL-1, IL-6, TNF-a ).

EP ini akan melepaskan asam arakhidonat selanjutnya diubah menjadi prostaglandin E. Prostaglandin ini membuatkan peningkatan hormon serotonin dan norepinefrin di area hipotalamus anterior (depan) justeru menghasilkan bacaan demam atau feeling feverish (elevated thermoregulatory set-point). Kemungkinan beberapa gejala lain akan timbul bersama seperti sakit-sakit otot, lemah badan, rasa sejuk, dll.

Paling kerap kita dapati adalah bacaan nadi atau degupan jantung kita juga menjadi laju apabila suhu badan meningkat. Betul tak?

Bila kita mengalami demam, sebenarnya badan kita terus membuat kompensasi cepat untuk menurunkan suhu dengan cara melebarkan pembuluh darah (blood vessel) bertujuan membenarkan haba or heat loss to environtment. Kelenjar peluh pada kulit kita atau sweat glands secret the fluid. As the fluid evaporates, heat is lost from the body, resulting body temperature will back to normal if possible.

KES 1″Doktor, semalam saya rasa demam, tapi pagi ni dah ok, saya tak makan ubat demam pun.’’

Kes begini, jika hanya sekali saja rasa demam tapi setelah beberapa jam rasa demam dah hilang, (apatah lagi kalau demam itu hilang bukan disebabkan ubat) maka tidak perlulah datang ke klinik atau ke kecemasan hospital. Kemungkinan besar anda memang tidak demam atau boleh jadi sistem imun badan anda sudah membantu untuk menurunkan dan mengawal suhu badan kembali normal tanpa perlu ubat.

KES 2″Doktor, saya rasa demam dah 3 hari, asal malam je rasa sejuk dan demam, kalau siang tak demam.. saya makan ubat waktu malam je.”

Jika demam on-off dan berterusan beberapa hari, YA kes ini perlu berjumpa dengan doktor dan kami akan membuat ujian darah jika perlu. Tetapi jika suhu terlalu tinggi dan badan tidak mampu untuk kompensasi, maka kita perlu bantuan lain, iaitu ubat untuk menurunkan suhu badan. (bekerja untuk menyekat (block) penghasilan prostaglandin dalam mekanisme yang disebut di atas tadi). Maka terhasilnya ubat yang dinamakan Paracetamol (Contoh jenama ubat yang dijual Actimol, Axcel Paracetamol, Avamol, Ifimol, Panadol Actifast, Fepril, dll)

Kita kena ingat, ubat demam yang kita ambil sekarang, iaitu Paracetamol adalah untuk menurunkan suhu demam, tetapi bukan membunuh kuman. Maksudnya, kemungkinan demam akan datang semula selepas beberapa jam makan ubat demam dan jika berterusan, itu menunjukkan kuman masih aktif dalam badan dan perlu rawatan lanjut.

KES 3‘’Doktor, ada ubat demam lain tak selain paracetamol? Saya alergik dengan paracetamol.’’

Yup, ada. Kita ada ubat dari golongan NSAID (non-steroid) contohnya Ibuprofen dan Voren. Kalau di luar negara (e.g Europe) mereka menggunakan NSAID sebagai ubat demam, iaitu aspirin.

Ubat ini berfungsi sama seperti paracetamol, iaitu menghentikan penghasilan prostaglandin E. Ubat dalam golongan NSAID ini ada kelebihan lain di mana ia boleh membantu dalam menurunkan proses peradangan (inflammation) dan kebanyakan kita mengambilnya sebagai ubat tahan sakit (as pain killer).

Semoga bermanfaat.

Kredit: Dr. Arisman, MD

KAPAL MELAYU LEBIH BESAR

ORANG Melayu bukan sahaja menguasai kemahiran berkaitan ilmu pelayaran, malah turut memiliki kepakaran dalam pembuatan jong atau perahu.

Menurut Timbalan Pengarah, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Taman Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, kehebatan orang Melayu terserlah apabila jong atau perahu yang dihasilkan lebih besar, melebihi saiz kapal yang dimiliki di barat. Malah, orang Melayu juga mempunyai teknologi pembuatan dan ciri-ciri yang tersendiri.

“Banyak catatan sejarah yang memberi gambaran bahawa teknologi pembuatan perahu oleh orang Melayu telah mencapai tahap yang tinggi sehingga dikagumi masyarakat luar. Perahu yang dibina orang Melayu dikatakan lebih besar daripada kapal lain dari barat mahupun China.

“Dalam teks klasik China pada abad ketiga dan kelapan, ada menyebut tentang teknologi dan kehebatan perahu Melayu. Catatan pertama menyatakan orang dari alam Melayu mempunyai perahu besar sehingga boleh memuatkan 6,000 
hingga 7,000 orang 
dan membawa muatan 250 hingga 1,000 tan.

“Malah perahu berkenaan dilengkapi empat buah layar, membolehkannya 
belayar dengan laju.

“Selain itu, catatan Portugis juga menunjukkan mereka turut terpegun melihat perahu di alam Melayu yang sangat besar melebihi perahu 
mereka.

“Bukan itu sahaja, orang Melayu juga menguasai teknik pelayaran dengan belayar ke sesuatu tempat tanpa menggunakan kompas dan peta tetapi berpandukan warna air laut, hidupan dalam laut serta bentuk dan corak ombak di permukaan laut, di samping belayar mengikut angin dan bintang pada waktu malam. Penggunaan layar juga merupakan salah satu teknologi yang dihasilkan Melayu,” katanya.

Sementara itu, menurut penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman, berdasarkan catatan 
teks Ensiklopedia Cina antara abad ke-10 hingga ke-13, terdapat sebuah keluarga Melayu Cham beragama Islam yang pakar dalam ilmu maritim.

“Dikatakan keluarga Pu adalah pembuat kapal terbesar pada abad tersebut. Ketika pencerobohan Dai Vet di Kemboja, keluarga Pu membawa diri dan berpindah di Sanyan di selatan Hainan, Fujian dan Guangdong di China, seterusnya ke Terengganu, Kelantan, Brunei dan kepulauan Melayu menggunakan kapal mereka.

“Kemampuan dan prestasi keluarga Pu membuat kapal besar dibuktikan pada 1281 apabila Raja Mongol menempah sebanyak 
200 buah kapal bersaiz besar,” katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/

Keunggulan dan kehebatan bangsa Melayu dalam pelayaran ada diceritakan di dalam novel FANA di mana bangsa barat terkejut bila melihat Mendam Berahi, Lancang Kuning, geliung Acheh dan jong Jawa yang berkali ganda besar daripada Flor de la Mar dan Anunciada. Bangsa Melayu adalah bangsa yang jauh lebih hebat sebelum tertegaknya Kesultanan Melayu Melaka. Dengan fakta itulah novel FANA dihasilkan untuk menerangkan secara ringkas siapa itu bangsa Melayu yang sebenarnya.

APA NAMA BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA?

FacebookTwitterInstapaperPinterestEmailMore

Berapa ramai yang tahu? Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menanam sifat #sayangimalaysiaku sejak dari kecil lagi. Oleh itu, ibu dan bapa khususnya perlu memainkan peranan memupuk semangat #sayangimalaysiaku kepada anak-anak.

Sekurang-kurangnya mereka tahu info asas mengenai Malaysia. Contohnya bunga kebangsaan adalah bunga raya, ada 14 negeri dalam negara Malaysia ataupun 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan Malaysia.

Jom ikuti 5 tips yang sangat mudah dalam menyemai semangat cintakan negara.

1. Tinggal di mana?

Sekarang kita tinggal di negeri mana? Soalan yang sangat mudah untuk ditujukan kepada anak-anak. Seterusnya, tunjukkan pula peta Malaysia dan minta anak-anak kita mencari negeri yang mereka tinggal. Mudah, kan?

Terdapat banyak poster-poster bersaiz besar yang sesuai untuk dijadikan rujukan selain boleh ditampal di ruang tidur anak-anak.

Poster Belajar Bendera & Jata Didi & Friends salah satu poster yang mempunyai info mengenai bendera, jata dan peta negara Malaysia.

2. Jom melancong!

Anak-anak pasti seronok kalau pergi bercuti. Jadi inilah masanya untuk kita bawa mereka mengunjungi tempat-tempat bersejarah. Rancangkan perjalanan contohnya ke Melaka.

Selain ke Taman Buaya, bawa juga anak-anak ke Kota A Famosa. Kota ini bukan sahaja dapat dibaca melalui buku teks Sejarah di sekolah tapi mereka boleh melihatnya sendiri!

Sambil-sambil itu, ceritakan juga sejarah Kota Melaka kepada anak-anak. Ibu bapa rajin-rajinkan diri buat ulang kaji ya!

3. Menyanyi lagu!

Dedahkan anak-anak dengan lagu Negaraku. Asal namanya lagu dan diulang dengar pasti akan terus melekat di minda anak-anak. Tidaklah nanti mereka tergagap-gagap menyanyikan lagu Negaraku sewaktu perhimpunan sekolah.

Dedahkan juga mengenai 5 Prinsip Rukun Negara. Pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak ingat. Tak mengapa, inilah masanya untuk ulang kaji bersama anak-anak. Tentu lebih seronok!

Poster Sayangi Malaysia Didi & Friends ini sesuai dijadikan rujukan. Kesemua Perdana Menteri Malaysia juga ada disenaraikan.

4. Buat latihan dalam buku aktiviti!

Untuk mengukuhkan lagi semangat cintakan negara, ibu bapa boleh membuat latihan bersama anak-anak di dalam buku aktiviti Chichi & Chacha bertajuk Negaraku.

Aktiviti mewarna boleh dilakukan bersama sambil menjawab pelbagai soalan berkaitan dengan Malaysia.

5. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa kata bawa anak-anak mengikuti acara Perbarisan dan Perarakan pada Hari Kebangsaaan. Di sini semangat patriotrik akan lebih terasa apabila melihat pelbagai badan beruniform berbaris sambil membuat tabik hormat kepada Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia!

Diharap tip yang diberikan dapat dipraktikkan oleh ibu dan bapa dalam melahirkan generasi yang cinta dan sayangkan negara.

Semoga bermanfaat dan Selamat Hari Malaysia 16 September nanti!

KISAH UMMU SIBYAN

Maghrib adalah saat di mana matahari sudah tenggelam, namun masih muncul dengan sinar yang kadang-kadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.

Siapakah Ummu Sibyan? Apakah yang dia lakukan dalam rumah kita? Ketahuilah bahawa Ummu Sibyan bukanlah wanita yang baik. Dia mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.

Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan ataupun tidak sebelum ini. Ummu Sibyan adalah jin daripada kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak-kanak yang berusia kurang dari dua tahun serta wanita hamil. Disebabkan itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak diikuti oleh jin ini.

Apakah kerja Ummu Sibyan?

Kerjanya adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan kanak-kanak (biasanya kurang dari duatahun) serta wanita yang hamil.

Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata satu yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak. Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang diceritakan dalam kisah ‘Jin Ummu Shibyan dengan Nabi Sulaiman’, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar perempuan itu tidak boleh mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut perempuan yang hamil, pada waktu janin dalam kandungannya sedang tumbuh, jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semula.

Tanda-tanda jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan: 

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas atau ke arah sudut tertentu)
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas selepas sar sehingga sebelum Subuh

Akibat terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:

1. Sawan tangis
2. Autisme (over hiperaktif)
3. Nakal dan keras kepala
4. Malas

Tanda-tanda wanita hamil terkena gangguan Jin Ummu Sibyan:

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit pada bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

Cara mengelak daripada gangguan Jin Ummu Sibyan

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu maghrib
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur di luar rumah pada waktu maghrib (jemuran tak kering)

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak

  1. Meniarapkan bayi supaya bayi tidak melihat ke arah itu. Baca ayat Qursi dan Surah Tiga Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai bayi berhenti menangis.
  2. Halau dengan bahasa sendiri seperti “Wahai Ummu Sibyan, keluarlah dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku.”

Insya-ALLAH… Ummu Sibyan akan pergi.

Namun, DR ROZAIMI RAMLE mengatakan bahawa Hadis tentang Ummu Sibyan ini DAIF, namun hadis larangan kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja sahih kerana pada waktu itu syaitan sedang berkeliaran.

Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:

( إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ ، وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا ، وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ ، وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ ) رواه البخاري (3280)

“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).

Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah pada malam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga daripada kejadian yang tidak baik berlaku.

Jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama ALLAH ketika menutup bekas-bekas itu..

Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Wallahua’lam.

Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

Mahu lebih menyelami kisah Jin Betina Ummu Sibyan ini? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel UMMU SIBYAN yang sudah ada di pasaran. Pastinya,setiap maghrib berkurung di dalam rumah!

Jangan biarkan senja anda diselubungi misteri…

MASA ITU EMAS?

MASA ITU EMAS?

Cuba kita renungkan dan fikir, dalam 24 jam sehari berapa lama masa kita luangkan untuk anak-anak? Dalam seminggu berapa lama? Jika sudah berada di pejabat dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang, malam pukul 10.00 malam sudah tidur. Esok gerak anak-anak, terus ke pejabat, anak-anak di sekolah dan di rumah pengasuh. Kira-kira hanya 4 jam sahaja masa kita bersama mereka. Apa kita buat selama 4 jam itu? Banyak cara untuk dapat kita gunakan untuk masa berkualiti bersama-sama anak-anak.

Sesi Bercerita

Ceritalah apa-apapun, cerita rekaan sendiri, cerita daripada buku-buku seperti cerita tentang kisah haiwan, pedoman hidup, komik, bahkan cerita Didi & Friends pun bagus. Dengan meluangkan masa bercerita kepada mereka akan membuatkan secara tidak langsung anak-anak dekat dengan kita, kasih sayang dapat ditunjukkan kepada mereka. Aktiviti bercerita juga mampu menajamkan pemahaman anak-anak, menajamkan kemahiran-kemahiran dan bakat yang ada pada anak-anak. Anak-anak akan rasa dihargai. Dalam 4 jam, 10 minit sesi bercerita akan mampu anak rasa dihargai dan tentunya akan mengingati detik-detik ini sehingga dewasa berbanding 1 jam masa kita berikan kepada mereka untuk menonton cerita di televisyen atau telefon sendiri.

Buku terlaris terbitan Kids Prima

Aktiviti bersama.

Pelbagai aktiviti bersama mampu dilakukan bersama anak-anak seperti mengemas rumah bersama-sama, bersukan, berjalan-jalan dan sebagainya. Tetapi semua aktiviti ini mungkin memerlukan masa yang lama dan panjang. Tetapi tahukah kita, aktiviti membuat latihan bersama-sama yang tidak memerlukan kita keluar rumah, hanya mengambil masa mungkin 15 hingga 30 minit sahaja merupakan aktiviti bersama anak-anak yang terbaik. Pilih buku latihan mana-mana yang sesuai mengikut umur dan minat anak-anak untuk kita lakukan bersama-sama.

Contohnya, jika anak-anak minat dinasour, cari buku berkenaan itu, kita warna bersama-sama mereka sambil ajar mereka tentang nama-nama dinasour itu.

Buku Mewarna & Aktiviti Dinosaur Chichi & Chacha terbitan Kids Prima

Jika anak-anak meminati kartun Omar & Hana, kita cari buku berkenaan buku Omar & Hana. Baca, buat latihan bersama-sama. Contohnya di dalam buku Omar & Hana, anak-anak bukan sahaja boleh buat aktiviti tetapi turut diajarkan nilai-nilai moral, adab dan juga pengertian hadis. Anak-anak akan gembira dan dalam masa yang sama mampu belajar pelbagai perkara.

Buku aktiviti Sayang Mama Papa Omar & Hana terbitan Kids Prima

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dakam kerugian. Jadi janganlah kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak menghargai masa. Masa itu emas, masa tidak akan kurang walau sesaat pun. Gunakanlah masa yang ada untuk bersama anak-anak dengan begitu baik dan aktiviti yang berfaedah. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang menghargai masa.

Amalan Sihir Penunduk Atau Pengasih Dalam Masyarakat Melayu

Sihir Penunduk atau Pengasih dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat Melayu, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih, yang juga dikenali sebagai ilmu guna-guna sering dikaitkan dengan amalan sihir. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk tujuan ini, di antaranya dengan menggunakan minyak, yang dikenali sebagai minyak guna-guna, ataupun dengan pemujaan berserta bahan-bahan tertentu yang melibatkan jin-jin.

Antara tujuan ilmu ini diamalkan ialah untuk membangkitkan keinginan seseorang terhadap pengamal, sama ada untuk tujuan baik, seperti untuk mendapatkan jodoh, ataupun untuk tujuan jahat, seperti untuk membalas dendam, untuk memuaskan nafsu ataupun hanya untuk berseronok-seronok di samping mengikis harta kepunyaan mangsa. 

Ilmu ini juga diamalkan supaya wajah kelihatan berseri, seperti yang dilakukan oleh mak andam terhadap pengantin perempuan yang diandam, untuk satu tarikh tertentu sahaja iaitu ketika bersanding, ataupun untuk jangka masa yang lebih panjang, biarpun usia telah meningkat. Ilmu pengasih juga diamalkan untuk menundukkan orang lain menyebabkan orang yang bertemu dengan pengamal dengan tidak semena-mena jatuh kasih atau lemah hati.

Ilmu pengasih jenis ini diamalkan mungkin untuk menguasai seseorang, untuk memenangi undi dan sebagainya. Pada kebiasaannya setiap perkataan yang lahir daripada mulut pengamal akan menimbulkan rasa kasihan, kagum dan hormat di kalangan pendengarnya. Termasuk dalam kategori ilmu pengasih ialah amalan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami, agar tunduk kasih kepadanya.

 Amalan ini selalunya dilakukan oleh isteri ke atas suami yang dianggap tidak adil, kasar dan sering melakukan kezaliman. Akibatnya suami mungkin menjadi takut, tidak berani berhadapan dengan isterinya, menjadi kaku dan terpukau menurut segala apa yang disuruh. Ia juga ada kalanya dilakukan oleh isteri yang jahat yang hendak menundukkan suaminya, menguasai harta dan semua kepunyaan suami.

Sihir yang dikenakan dengan tujuan supaya isteri bertambah kasih kepada suami atau sebaliknya dinamakan at-tiwalah. Menurut Wahid Abdul Salam Bali (1412H),amalan ini dilakukan oleh isteri yang cetek pengetahuan agamanya, dan jahil tentang haramnya perbuatan yang dilakukan. Tukang-tukang sihir menyuruh si isteri mengambil apa-apa bahan yang pernah digunakan oleh suami seperti baju, sapu tangan dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi mengandungi bau badan ataupun peluh pemakai.  

Tukang sihir akan mengambil beberapa batang jarum lalu menjampinya. Bahan yang telah dijampi itu ditanam pada satu tempat tertentu. Selain itu tukang-tukang sihir adakalanya menjampi makanan yang dicampur dengan benda-benda kotor yang terdiri daripada najis, kencing ataupun darah haid dan diberi makan pada mangsanya.  

Menurut Mohd. Abd. Wahab, tiwalah ialah sesuatu amalan yang dilakukan yang dipercayai boleh menyebabkan isteri mengasihi suami atau sebaliknya. Dalam masyarakat Malaysia, amalan seperti ini lebih dikenali sebagai ‘nasi tangas’ ataupun `’nasi kangkang’, di mana nasi ataupun makanan yang masih panas itu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. Lebih berkesan lagi sekiranya orang yang melakukannya itu berada dalam keadaan kotor (haid).

Amalan yang dibantu oleh sihir ini menjadikan suami seumpama bodoh, menurut telunjuk kemahuan isteri. Amalan ini adalah terlarang dan pelakunya termasuk dalam golongan mereka yang melakukan amalan syirik. Pada hakikatnya, amalan seperti ini bukan menyebabkan suami bertambah kasih kepada isteri tetapi boleh menyebabkan si suami menjadi bodoh seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya takut dan tunduk kepada isteri.

Menurut Wahid Abdul Salah Bali, perbuatan seperti ini adakalanya menjadikan perkara sebaliknya berlaku, di mana suami membenci isterinya ataupun membenci semua perempuan termasuk isterinya, yang mana akhirnya pasangan ini berpisah juga. Menurut Abu Ubaidah Mahir (1995:70) sihir jenis ini dikenali sebagai sihru’-mahabbah (sihir kasih). 
 

Pengamal sihir ini adalah syirik hukumnya. Ia dilakukan mungkin kerana si isteri tamakkan harta, terutamanya kalau suami kaya. Kerana cemburu terhadap suami yang bersangatan dan isteri takutkan suami berkahwin lagi. Menurut Abu Ubaidah lagi, isteri yang hendak melakukan sihir akan menemui tukang sihir yang meminta barang-barang tertentu seperti baju, sapu tangan, songkok dan sebagainya dengan syarat barang-barang tadi telah dipakai, kerana ia mengandungi peluh. 

Beberapa helai benang diambil daripada bahan tadi dijampi kemudian ditiup padanya, disimpulkan dan ditanam di tempat-tempat tertentu, atau dimasukkan dalam makanan atau minuman. Sihir yang paling dahsyat daripada jenis ini dan sangat berbahaya dinamakan as-sihru’i-aswad (sihir hitam) yang diperbuat menggunakan bahan najis, darah haid ataupun nifas.

Kesan sihir jenis ini boleh terjadi sebaliknya menyebabkan suami membenci semua perempuan termasuk isteri, ibu, adik-beradik, bapa saudara dan semua mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Suami kadang-kadang sakit kerana bahan yang dimakan mengandungi bahan-bahan kotor dan najis.

Sahibul Fadilah Asy-Syeikh Asy-Sya’rawi ketika ditanya tentang penglibatan jin-jin untuk memisahkan pasangan suami isteri menyatakan bahawa ia bukan merupakan sesuatu yang mustahil ALLAH menganugerahkan keistimewaan-keistimewaan tertentu terhadap sesetengah daripada makhluknya. Dan di antara keistimewaan jin-jin ialah keupayaan melakukan sihir. Dengan itu jin-jin berkeupayaan mengubah pandangan seseorang yang melihat perempuan cantik itu menjadi hodoh, menyebabkan timbul rasa benci melihatnya seperti melihat kera di hadapannya. Begitulah sebaliknya menyebabkan perempuan yang tidak cantik atau mempunyai wajah biasa dilihat seumpama permaisuri yang jelita.

Menurut seorang bomoh yang tinggal di Batu Pahat, nasi tangas disediakan oleh isteri yang ingin menundukkan suaminya, dengan mengangkangkan nasi yang sedang panas berwap dalam keadaan duduk mencangkung, merapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit. Kain yang dipakai menyelubungi bahan tadi dibuka buat seketika sekiranya dirasa terlalu panas berbahang, kemudian ditutup rapat semula.  

Selain daripada nasi, ia juga boleh dibuat pada air, yang dicampur dalam makanan atau terus dibuat minum. Untuk merawat pesakit yang terkena nasi kangkang atau nasi tangas, air longkang ditapis, dibiarkan mendap hingga jernih dan diberi minum. Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih atau ilmu guna-guna diamalkan semata-mata untuk menundukkan seseorang terutamanya kaum wanita untuk tujuan seks, merampas isteri orang untuk membalas dendam, yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir.

Mangsa ilmu guna-guna akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, sentiasa terbayang wajah orang yang menyihirnya.

Sekiranya individu yang terlibat telah berumah tangga, suami akan lupakan isteri dan anak-anak, lupa tanggungjawab yang perlu dilakukan, juga tidak mendengar nasihat sesiapa pun termasuk ibu dan bapa. Dalam keadaan tertentu ia akan kembali normal menyedari siapakah dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi ia merasai seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau. Seorang responden berumur lebih kurang 65 tahun yang tinggal di Perlis, menjelaskan bahawa ubat guna-guna atau ilmu pengasih adalah salah satu daripada amalan ilmu sihir yang menggunakan khidmat jin-jin.

Pengamal ilmu sihir guna-guna akan membaca jampi manteranya untuk memanggil jin yang mendampinginya dan mengarahkannya datang dalam mimpi mangsa menjelma menyerupai lelaki yang memujanya dengan rupa yang begitu menarik, menyebabkan seluruh perasaan tertumpu kepada lelaki berkenaan.  Apabila tersedar daripada tidur, ia akan terlihat bayangan jin yang menyerupai lelaki berkenaan menyebabkannya terus-menerus teringatkan lelaki tadi. Si mangsa akan berasa tidak sempurna, resah gelisah dan terus-menerus teringatkan lelaki tadi, tidak kira di mana ia berada, sama ada ketika makan minum, ketika bekerja dan sebagainya. 

Selain daripada itu, jin tadi akan merasuk otak mangsa menyebabkan dia tidak berupaya berfikir waras, berubah sikap terhadap anak dan suami andainya si mangsa seorang perempuan yang telah berumah tangga, tidak pedulikan nasihat orang lain andainya dia seorang dara. Setelah dikuasai fikiran dan ingatan si mangsa, jin akan datang menarik jasad orang yang berkenaan membawa pergi menemui orang yang memujanya tadi, seolah-olah ada magnet menariknya untuk berbuat demikian.

Kesan amalan sihir adalah berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan. Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Ada mangsa yang tidak hilang ingatan, tetapi tahap kesedarannya terlalu sedikit, berbanding tahap kesedaran yang telah dikuasai oleh sihir yang dikenakan kepadanya.

Kerana itu terdapat mangsa sihir yang menyedari apa yang sedang berlaku ke atasnya terasa seolah-olah dipukau, ditarik-tarik untuk menemui seseorang dan berusaha untuk melawan, tetapi tidak berkeupayaan kerana kekuatannya yang sebenar terlalu lemah. Berdasarkan keterangan di atas, amalan menundukkan seseorang termasuk menundukkan suami melalui kaedah yang dikenali sebagai “nasi kangkang” atau “nasi tangas” bukan sesuatu yang mustahil berlaku.

Kredit sumber: Blog Ajit Kembara Sufi

Di dalam novel JAMPI karya Murni Aqila, amalan sihir digunakan Dahlia untuk menundukkan suaminya Zairi. Apa yang menyebabkan Dahlia bertindak menyihir suaminya sendiri? Novel JAMPI ada jawapannya.

Dapatkan novel JAMPI secara online di sini : www.karangkrafmall.com

AMALAN SYIRIK, KHURAFAT, TAHYUL DALAM PERUBATAN

Februari 13, 2013

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Soalan:

Saya ingin mengutarakan satu soalan di mana soalan ini adalah berkaitan budaya biasa masyarakat setempat. Saya rujuk kepada kaedah perubatan di mana insan itu apabila diduga oleh Allah SWT dengan kesakitan, amalan masyarakat setempat adalah di antara hukum syirik, khurafat, tahayul dan bid’ah. Di antara empat perkara ini, ada atau tidak ruang yang boleh membawa kepada niat doa dan usaha serta ikhtiar manusia. Mohon penjelasan ustaz.

https://5acf725257244e85b8f2a2d10db362ca.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

 

JAWAPAN:

Berkenaan dengan sikap masyarakat setempat yang seringkali mengamalkan kaedah rawatan yang dirujuk sebagai rawatan alternatif; seperti bertemu dengan bomoh, dukun, dan terlibat dengan perkara-perkara syirik, khurafat, tahyul, sihir, dan hal-hal yang seumpama dengannya.

Kita kena tahu bahawasanya rawatan di dalam Islam terbahagi kepada dua jenis. Pertama, rawatan hasil daripada kajian saintifik seperti yang diamalkan doktor-doktor pakar dan sebagainya. Itu rawatan yang diiktiraf oleh Islam. Kita jangan kata itu bukan rawatan Islam atau itu rawatan kafir. Sabda Nabi SAW di dalam hadis,

“Barangsiapa yang mengubati orang (menjadi doktor) dan dia tidak mengetahui ilmu kedoktoran, maka dia bertanggungjawab (atas akibat yang berlaku kepada pesakit).” (riwayat Abu Dawud, an-Nasa-i dan Ibnu Majah. Hadits hasan. Lihat Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah)

Ini bermakna Islam mengiktiraf ilmu perubatan, dan ilmu perubatan yang terhasil daripada kajian adalah diiktiraf di dalam Islam. Bukan mengubati secara semberono atau rasa-rasa. Sabda Nabi di dalam hadis,

“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubat, maka berubatlah dan jangan kamu berubat dengan yang haram.”  (riwayat Ad-Daulabi dalam Al-Kuna, dari sahabat Abu Dardaa. Sanadnya hasan, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah)

Itu rawatan Islam yang pertama, yang berasaskan kajian saintifik.

Kedua, rawatan yang disebut sebagai ruqyah (jampi). Ya, Islam ada mengajar jampi. Jampi yang dimaksudkan adalah bacaan-bacaan yang diajar oleh Nabi SAW dan para sahabat. Antara yang masyhur adalah hadis dari Abu Said Al-Khudri RA dalam Sahih Imam Al-Bukhari apabila beliau menjampi seorang ketua kampung yang dipatuk oleh haiwan berbisa; ada yang mengatakan dipatuk oleh ular, ada yang mengatakan disengat oleh kala jengking.

Maka beliau membaca surah Al-Fatihah dan kemudian seolah-olah meludah kepada air. Air tersebut diberikan kepada ketua kampung tadi dan dengan izin Allah SWT, sembuh sakitnya. Itu yang dipanggil ruqyah. Nabi SAW mengiktiraf hal ini dan baginda turut mengajar kita meruqyah orang.

 

PRINSIP RUQYAH

Cumanya, ruqyah ini ada prinsip-prinsipnya. Pertama, kita perlu lihat kepada orang yang sakit. Katakanlah si fulan sedang sakit. Yang terbaik baginya adalah dia meruqyah dirinya sendiri, iaitu membaca ayat-ayat ruqyah yang diajar di dalam hadis untuk mengubati dirinya sendiri.

Tentang apa bacaan-bacaanya, harus baginya belajar dan bertanya. Sabda Nabi di dalam hadis, antara ciri-ciri orang yang masuk syurga tanpa hisab adalah orang yang tidak meminta dirinya dijampi. Bukan bererti orang yang meminta orang lain menjampinya tidak boleh masuk syurga, boleh masuk tetapi dia akan dihisab. Hisab maksudnya dihitung amalan baik dan buruknya. Tetapi jika dia tidak minta dirinya dijampi, kata Nabi di dalam hadis bahawa ini merupakan ciri-ciri orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Kedua, jika dia tidak tahu cara menjampi (ruqyah), dia boleh merujuk orang yang pandai meruqyah. Dia perlu lihat siapa orang yang dia pilih. Kalau dia pergi kepada orang yang pakaiannya pun tidak sempurna, memakai benda-benda yang diharamkan seperti rantai, memakai banyak cincin (bagi lelaki), tidak memakai baju, bagaimana kita hendak jadikan dia orang kepercayaan kita untuk meruqyah kita. Nabi SAW cuma memakai satu cincin, baginda tidak pernah berada dalam keadaan terbuka pakaiannya, Nabi menutup aurat dan baginda sentiasa memakai dua kain; rida’ dan izar yakni kain yang menutup bahagian bahu (badan) dan kain yang menutup bahagian bawah.

Satu masalah dalam minda kita, kita menganggap setelah dijampi mestilah sembuh. Sembuh bukan syarat jampinya itu benar. Sembuh itu datang dari ketentuan Allah SWT, bukan daripada orang yang menjampi. Allah menguji manusia dengan kesembuhan, adakah kita bersyukur kepada Allah ataupun kita berterima kasih kepada orang yang menjampi.

Kalau kita baca betul-betul ayat Al-Quran untuk menjampi tetapi tidak sembuh sakitnya, bukan bererti ayat-ayat tersebut tidak mujarab dan tidak mustajab. Mungkin Allah SWT hendak menguji kita, sejauh mana keyakinan kita dengan ajaran Allah dan Rasul. Itu ujian bagi kita.

Sabda Nabi SAW di dalam hadis,

“Barangsiapa mendatangi dukun atau tukang sihir lalu mempercayai apa yang dikatakannya; maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.” (riwayat Al-Bazzar)

Ini hukuman yang berat, bukan hukuman yang ringan. Jadi kita perlu pilih orang yang hendak meruqyah kita. Orang itu mestilah orang yang saleh, shalat berjamaah, orang itu kaki masjid, ahli ibadah.

Ketiga, pastikan bacaan yang dibaca itu merupakan bacaan dari Al-Quran ataupun As-Sunnah serta dibaca di dalam bahasa Arab. Kita tidak boleh membaca terjemahan Al-Quran ataupun hadis. Ia mesti dibaca di dalam bahasa arab. Adapun doa kita sendiri untuk meminta secara khusus, tidak ada masalah di dalam bahasa selain Arab.

Imam Ibnu Hajar telah menyenaraikan syarat-syaratnya; doa mesti daripada Al-Quran dan As-Sunnah, dan ia tidak boleh berbentuk serapah. Tidak boleh serapah maksudnya mulutnya tidak boleh berkumat-kamit, sebaliknya bacaan setiap perkataan mestilah jelas.

Itu barulah ruqyah yang diterima di dalam Islam. Dan tidak perlu meletakkan limau, kemenyan, atau sebagainya. Semua ini tidak perlu. Islam mengajar ruqyah hanya dengan air sahaja.

Islam mengajar semua ini kerana bimbang kepada syirik yang akan membatalkan semua amalan. Rugi shalat, puasa, zikir, sadakah, semuanya habis apabila seseorang mensyirikkan Allah, kerana dia meletakkan kepercayaan kepada bomoh itu lebih tinggi atau setara dengan kepercayaannya kepada Allah. Kemudian dia pandai menjawab, mengatakan itu ikhtiar, kita sekadar mencuba.

Ini bukan soal mencuba, ini soal cara yang kita lakukan itu bertepatan atau tidak dengan prinsip-prinsip akidah Islam. Ini kerana Islam adalah agama amalan, bukan agama simbolik.

Saya ingin membawa contoh mudah. Syaitan bukan takut dengan mushaf atau lembaran Al-Quran, sebaliknya syaitan takut dengan pengamal dan pembaca Al-Quran. Sebab itu di dalam masjid pun orang boleh mencuri tabung masjid. Di dalam masjid pun orang boleh berzina sedangkan beratus-ratus Al-Quran ada di dalam masjid. Kalau syaitan tidak masuk masjid sebab takut Al-Quran, tidak akan ada kecurian di dalam masjid. Masjid tidak perlu dikunci pintu.

Jika di dalam agama kristian mereka meletakkan tanda salib, ada sesetengah orang di dalam Islam yang meletakkan Al-Quran untuk menghalau syaitan, sedangkan syaitan bukan takut dengan Al-Quran. Bahkan syaitan sendiri pernah mengajarkan Abu Hurairah RA ayatul Kursiy. Dia mengajar Abu Hurairah agar membaca ayat ini supaya syaitan tidak mengganggunya daripada malam sampai bangun tidur. Syaitan membacanya dari mula sehingga akhir. Sehinggakan Nabi SAW berkata kepada Abu Hurairah,

 

“Sesungguhnya dia telah jujur kepadamu, padahal dia adalah pendusta.” (riwayat Al-Bukhari)

Jadi Islam mengajar perbezaan daripada agama-agama lain. Islam bukan agama simbolik yang bergantung kepada kepercayaan-kepercayaan seperti menggantung ayat kursiy untuk takutkan hantu, letak Quran bawah bantal, letak itu, tampal ini. Tidak, ia bergantung kepada orang tersebut apakah dia beramal atau tidak dengan ayat-ayat Al-Quran. Begitulah ajaran Islam.

Wallaahua’lam.

JUJUR ATAU BOHONG?

PENTINGKAH KEJUJURAN DIAJAR BERMULA DARI KECIL?

Kejujuran itu seperti udara yang kita perlukan dalam setiap helaan nafas.

Kejujuran itu seperti wang yang diperlukan di seluruh negara di dunia.

Kejujuran itu faktor utama masa hadapan.

Kejujuran itu sahabat kehidupan.

Kejujuran itu harga diri kita sebagai manusia.

Kejujuran itu sangat penting sehinggakan Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada orang yang baru masuk Islam supaya, jujur dan tidak berbohong.

Jika begitu, bukankah kita yang sepatutnya mengajar erti kejujuran kepada anak-anak kita? Menunjukkan sifat jujur adalah syarat utama kepada ibu dan bapa supaya anak-anak membesar dan menjadi orang yang jujur. Kitalah menjadi ikutan anak-anak dalam situasi ini.

1. Didik anak-anak untuk berlaku jujur sejak anak-anak masih kecil lagi. Biar apapun terjadi, jangan mungkir janji dengan anak-anak.

2. Tidak perlu bereaksi berlebihan ketika anak-anak bercerita tetapi cerita yang tidak betul seperti, “Ibu, tadi saya tengok gajah besar! Warna ungu. Gajah itu boleh bercakap.” Kita perlu memberitahu perkara yang betul kepada anak-anak.

3. Jangan mengungkit kesalahan atau kebohongan yang dilakukan anak-anak.

4. Tidak perlu bercerita mengenai kekecewaan kita terhadap anak-anak di hadapan mereka.

5. Nasihatilah anak-anak di tempat yang bersesuaian.

6. Amalkan sikap meminta maaf jika melakukan kesalahan, terutamanya jika kita bersalah terhadap anak-anak kita.

Semoga kejujuran menjadi sahabat setia dan sifat utama anak-anak kita. Amin…

Kredit daripada salah satu buku Little Adib, Jujur itu Hebat!

Kita juga boleh menerapkan nilai murni kepada anak-anak hasil daripada bacaan buku kanak-kanak.
Di antara buku yang mampu menerapkan sifat jujur dalam penceritaan adalah buku 10 Nilai Murni bersama Aliyah yang mengandungi nilai-nilai berikut:

  1. Amanah
  2. Bersyukur
  3. Rajin
  4. Berbudi Bahasa
  5. Bertimbang Rasa
  6. Bertolak Ansur
  7. Bercakap Benar
  8. Ikhlas
  9. Penyayang
  10. Murah Hati

Buku cerita bergambar Didi & Friends ini juga menerapkan nilai-nilai moral seperti bantu-membantu dan bekerjasama di antara satu sama lain.







Nila-nilai moral yang ada di dalam setiap penceritaan ini dapat membantu sedikit sebanyak menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak kita. Insya-Allah.

Keris jiwa Melayu dan Nusantara

MATI dihunus keris adalah mati yang menyeksakan.

Hang Jebat mati setelah beberapa hari menahan sakit kerana tusukan keris milik Hang Tuah. Tubuh badannya menjadi semakin lemah dan tidak bermaya, sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir kerana luka tersebut.

Ini kerana tikaman daripada sebilah keris tidak akan membunuh secara terus, sebaliknya akan mengambil masa berjam-jam, hari malah sehingga berbulan lamanya sebelum mangsa mengakhiri nyawanya.

Apa yang menjadikan senjata yang lahir dari alam Melayu Nusantara, keris sebagai sebilah besi yang cukup hebat?

Jawapannya, keris bukan sekadar besi. Ia memiliki jiwa dan karakter serta falsafah tersendiri. Daripada proses pembuatannya, sehinggalah kepada pemilikannya, keris lahir dari alam Melayu Nusantara yang memiliki keunikan dan misteri.

Pada mata masyarakat barat, senjata seperti keris memiliki nilai hanya apabila memiliki rupa bentuk dan fizikal yang cantik sahaja.

Namun, bagi dunia Melayu dan Nusantara, keris memiliki harga yang lebih tinggi. Makna sebilah keris bagi dunia Melayu terletak pada pemikiran, falsafah dan nilai kepercayaan yang ada pada ‘karya’ itu.

Justeru, memiliki keris bagi masyarakat di Nusantara bukan hanya memiliki sesuatu yang berfizikal cantik semata-mata. Ia adalah lambang dan simbol ketinggian masyarakat Melayu.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Drs. Izani Mat Il, pembuatan keris di Nusantara sering dikaitkan dengan kepercayaan, perasaan dan pancaindera masyarakat penggunanya.

“Masyarakat Nusantara zaman dahulu menggunakan perasaan dalam menilai keris. Mereka membezakan berbagai-bagai jenis besi dengan cara mengamati, mendengar bunyinya bila dijentik, dengan merabanya dan menggunakan perasaan hati. Oleh kerana itulah, ilmu besi tradisional ini sukar dipelajari dan sukar juga dibuat catatannya,” katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Izani berkata, jika dikaji pembuatan keris di Jawa, terdapat 17 bahan logam yang mempunyai ‘khasiat’ tersendiri terhadap pemakainya digunakan dalam proses pembuatan sebilah keris.

Sebagai contoh, Pulasani adalah besi yang mempunyai urat-urat seperti batu, berwarna hijau pekat dan mempunyai bunyi bergema apabila dijentik. Pemakai besi jenis ini dikatakan membawa rezeki dan darjat serta amat baik untuk dijadikan bahan pusaka.

Namun, perkara yang paling penting perlu ada pada sebilah keris adalah sejenis campuran besi yang dipanggil ‘pamor’. Pamor pada keris terhasil semasa proses pembuatan senjata itu. Ia terbentuk daripada perbezaan jenis besi yang digunakan dalam teknik pembuatan mata keris.

Beliau berkata, keris pada zaman dahulu kebiasaannya akan disalut dengan bahan arsenik atau digelar ‘warangan’ dalam bahasa Jawa. Bahan itulah yang akan menyebabkan lawan menderita bagi tempoh lama setelah terkena tusukan atau tikaman keris. Mengikut logik, itu apa yang berlaku pada Hang Jebat.

Kredit : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/keris-jiwa-melayu-dan-nusantara-1.377802

Di dalam novel SETERU, ada ditonjolkan beberapa bilah keris seperti Keris Generasi dan Keris Puncak Berapi. Novel ini merupakan sebuah karya bergenre thriller fantasi. Elemen dendam dan permusuhan menjadi resepi dalam adunan karya ini. Membuatkan pembaca berasa teruja dan memberikan persoalan-persoalan yang memaksa pembaca untuk menyelak halaman seterusnya bagi mendapatkan jawapan, tetapi pada masa yang sama. Turut menyuntik nilai positif ke dalam perkara negatif. Ibarat tersesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan.

10 Muzium Paling Ngeri dan Menggerunkan di Dunia

Muzium biasanya adalah tempat yang seronok untuk dikunjungi tetapi terdapat juga sesetengah muzium yang pada asalnya diciptakan untuk tujuan kajian dan penyelidikan tetapi kemudiannya bertukar menjadi tempat yang sangat menakutkan.

Ada muzium yang memelihara mayat dengan baik semata-mata untuk dipamerkan kepada orang ramai. Bahkan, juga ada yang menyimpan pelbagai artifak purba yang mengandungi sejarah seram lagi menakutkan. Berikut adalah senarai 10 muzium yang paling menakutkan di dunia dan berbaloi untuk dilawati walaupun hanya sekali seumur hidup.

10. Muzium Parasitologi Meguro

muzium parasitologi meguro

Adakah anda seorang yang takutkan parasit? Jika ya, maka muzium ini bukanlah untuk anda. Muzium Parasitologi Meguro yang terletak di tengah bandar raya Tokyo ini kelihatan agak pelik kerana dipenuhi dengan pelbagai spesimen parasit. Ia ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Dr. Satoru Kamegai dan menyimpan lebih 300 spesimen parasit untuk paparan pengunjung.

Bagi sesetengah orang, barang pameran itu mungkin kelihatan biasa sahaja namun bagi mereka yang gemarkan keunikan, ia mungkin salah satu perkara yang menarik. Di Jepun, muzium ini merupakan salah satu muzium tarikan pelancong dan menerima kunjungan lebih daripada 50,000 orang pelawat setiap tahun.

9. Muzium penyeksaan zaman pertengahan

muzium penyeksaan zaman pertengahan 292

Muzium penyeksaan zaman pertengahan ini adalah seakan-akan sama seperti London Dungeon Museum. Ia memaparkan situasi sadis yang dihadapi oleh masyarakat zaman pertengahan atau Medieval di Eropah. Terdapat banyak muzium seperti ini di serata Eropah. Salah satu muzium seperti ini di Itali mempunyai koleksi yang mungkin boleh membuatkan anda berasa sedih dan menangis.

Anda akan terfikir betapa buruknya layanan tidak berperikemanusiaan yang berlaku ketika itu. Antara alatan yang digunakan untuk menyeksa adalah “Labah-labah Sepanyol” yang digunakan untuk memotong payudara wanita, “Sangkar Keranda” untuk membunuh banduan secara perlahan-lahan dan “Serampang Bidaah” yang digunakan agar mangsa tidak tertidur.

Ia sememangnya amat mengerikan untuk membayangkan apa yang berlaku terhadap orang yang hidup di zaman itu. Kesedihan yang menyelubungi muzium ini akan memberikan anda sedikit keinsafan dan peluang untuk anda menghargai betapa beruntungnya anda hidup pada zaman kini yang lebih maju dan aman walaupun adakalanya dilanda nasib yang malang.

8. London Dungeon

london dungeon

Jika anda merancang untuk pergi ke muzium ini, ingatlah apa yang anda akan lalui di sana akan mengingatkan anda bagaimana keadaan dan perasaan yang dialami oleh banduan semasa zaman pertengahan. London Dungeon adalah salah satu muzium yang akan membuatkan anda berasa demikian.

Muzium ini mempunyai pelbagai peralatan yang digunakan untuk menyeksa banduan dengan kejam dan bagaimana hukuman dilaksanakan pada suatu masa dahulu namun kini ia menjadi daya tarikan ramai pelancong untuk datang melawat. Kebanyakan pengunjung yang hadir pasti akan berasa sedih setelah menghabiskan lawatan di muzium ini.

7. Muzium Musee Dupuytren 

muzium musee dupuytren

Muzium Musee Duputren ini adalah muzium mengerikan yang menampilkan pelbagai jenis spesimen anatomi yang mempunyai kecacatan akibat penyakit. Muzium yang terletak di Paris, Perancis ini mempunyai lebih daripada 6,000 buah spesimen.

Muzium ini diasaskan oleh seorang ahli kimia Perancis iaitu Mathieu Orfila pada tahun 1835 dengan usaha yang gigih namun kerana kurangnya penjagaan, terdapat banyak kes kerosakan dan kehilangan spesimen.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1967, muzium itu telah diubahsuai dan ditambah baik untuk mengekalkan daya penariknya. Sejujurnya, muzium ini akan menarik minat bagi sesiapa yang sukakan bidang sains dan perubatan tetapi spesimen yang dipamerkan itu juga dapat menimbulkan ketakutan bagi sebahagian pengunjung yang lain.

6. Muzium Antropologi Jenayah Lombroso

muzium antropologi jenayah lombroso

Muzium Antropologi Jenayah Lombroso ialah sebuah muzium yang terletak di Itali yang diasaskan oleh seorang penjenayah bernama “Cesare Lombroso”. Apa yang paling mengejutkan di muzium ini adalah koleksi tengkorak dan juga kepala manusia yang dijadikan bahan pameran.

Terdapat lebih 400 tengkorak manusia yang dikumpul oleh Lombroso termasuklah tengkorak orang awam, tentera dan juga penjenayah lain. Mungkin tempat ini tidak sesuai kepada mereka yang bencikan perbuatan Lombroso yang kejam. Namun begitu, benda yang paling pelik terdapat di muzium ini adalah kepala Lombroso sendiri yang tersimpan rapi dalam sebuah balang.

5. Muzium Mutter

muzium mutter pennsylvania

Muzium Mutter yang terletak di Pennsylvania ini merupakan salah satu muzium yang paling menakutkan untuk dikunjungi. Muzium ini mempunyai koleksi model yang diperbuat daripada lilin, spesimen anatomi dan juga koleksi keadaan penyakit yang jarang ditemui.

Idea asal penubuhan muzium ini pada tahun 1858 adalah untuk tujuan penyelidikan biomedikal bagi kajian dan pendidikan perubatan. Di sini terdapat lebih 20,000 spesimen yang dipaparkan dan antaranya adalah alat-alat menakutkan yang digunakan untuk pembelajaran perubatan.

Selain itu, terdapat pelbagai sista dan ketumbuhan daripada badan pesakit disimpan dalam balang khas untuk pameran yang dikumpulkan sejak kurun ke-19 hingga kurun ke-21. Bagi mereka yang lemah semangat, pemandangan spesimen di sini mungkin akan kekal dalam minda separa sedar mereka.

4. Muzium Vent Haven

muzium vent haven

Muzium Vent Haven yang terletak di Cincinnati, Amerika Syarikat ini menjadi tempat simpanan dan pameran pelbagai jenis boneka ventrilokis. Boneka ini secara umumnya memang sudah kelihatan agak menakutkan, tambahan pula ia mempunyai wajah seakan-akan manusia sebenar.

Akan tetapi, adalah lebih menakutkan lagi sekiranya anda melawat ke lokasi yang mempunyai koleksi lebih 900 buah boneka ventrilokis ini. Salah sebuah boneka tanpa mata di muzium ini kelihatan seakan-akan menyerupai patung yang digunakan dalam filem seram “Dead Silence” menambahkan lagi perasaan takut pengunjung.

Muzium ini merupakan satu-satunya tempat yang menyimpan begitu banyak patung ventrilokis di dunia. Sekilas pandang menoleh pada patung yang banyak itu, anda akan merasakan seolah ada mata-mata jahat yang sedang memerhati anda.

3. Muzium Psikiatrik Glore

muzium psikiatrik glore

Perasaan gerun pasti akan timbul setiap kali membicarakan bagaimana keadaan sebenar di rumah sakit jiwa. Salah sebuah tempat yang mempamerkan koleksi keadaan rumah sakit jiwa adalah muzium psikiatrik Glore yang terletak di Missouri, Amerika Syarikat.

Muzium ini menyimpan pelbagai artifak, gambar dan juga peralatan yang digunakan sebagai rawatan untuk pesakit mental. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggap sebagai salah satu muzium yang luar biasa di Amerika Syarikat.

Di sini, anda boleh mengetahui bagaimana pesakit mental dirawat dan ada rawatan menggunakan kaedah yang sangat dahsyat. Antara barangan yang tersimpan di muzium ini adalah “Kotak Gila” di mana ia digunakan untuk mengurung pesakit yang tidak terkawal di dalamnya sehingga pesakit itu menjadi tenang.

2. Muzium kematian Palermo

muzium kematian palermo

Muzium Kematian yang juga dikenali dengan nama “Catacombs of Palermo” ini boleh dipertimbangkan sebagai salah satu tempat dalam senarai untuk dikunjungi jika anda berkunjung ke selatan Itali. Sebelum tempat ini dijadikan muzium, ia merupakan tapak perkuburan besar pada kurun ke-16.

Sebahagian mayat di muzium ini terjaga rapi melalui proses mumifikasi dan juga persekitaran kubur ini yang sangat terpelihara. Sebahagian mumia di sini disusun seolah-olah mereka sedang tidur seperti manusia yang masih hidup.

Pemuliharaan mayat dan penyelenggaraan kubur ini dibiayai oleh si mati ketika hidup dan juga ahli keluarga mereka yang lain. Bagi mayat yang tidak dibiayai mereka akan diasingkan dari ruangan utama sehingga dana yang cukup diperolehi.

1. Muzium Purgatory

muzium purgatory

Muzium Purgatory setakat ini merupakan muzium paling menakutkan di dunia dengan banyak cerita mistik yang menyelubunginya. Purgatory atau neraka sementara ini bermaksud lokasi penyucian jiwa atau roh setelah kematian fizikal seseorang itu sehingga ia masuk ke dalam syurga.

Dipercayai bahawa terdapat roh yang diciptakan telah memiliki beberapa dosa yang perlu disucikan sebelum bertemu tuhan di syurga. Walaupun proses penyucian ini kedengaran biasa, namun ianya tidaklah seperti apa yang anda sangkakan apabila memasuki Muzium Purgatory ini.

Beberapa barangan yang dipamerkan di muzium ini terdiri daripada tanda dan bekas pada buku, baju dan kertas. Pada pandangan pertama, barangan ini kelihatan seperti biasa tetapi apabila anda membaca sejarah yang tertulis bagi setiap barangan, pasti anda akan berasa seram.

Salah satu barang yang paling mengejutkan ialah sebuah buku dengan tapak tangan manusia ketika rohnya dibakar. Penganut Kristian percaya hal ini berlaku apabila seseorang itu ingin membuang dosanya dan ini adalah salah satu hukuman yang perlu dilalui individu itu sebagai proses penyucian diri.

Sumber : https://iluminasi.com/