Archives for December 16, 2021

15 TEKNIK HEBAT MENDIDIK ANAK-ANAK DARIPADA DATUK DR SHEIKH MUZAPHAR

Datuk Dr Sheikh Muszaphar seringkali berkongsi pelbagai tip mengenai keibubapaan di dalam Instagram beliau. Beliau sangat rapat bersama anak-anak dan sering meluangkan masa bersama mereka walaupun kita tahu beliau seorang yang sibuk.Memiliki empat orang anak hasil perkahwinan bersama Datin Dr. Halina Mohd Yunos. Dua daripada anak beliau adalah kembar.

Suka Kak Min nak kongsikan tip di bawah sebagai panduan kepada ibu bapa lain.

_______________________________________________________

Ikuti 15 tips daripada Dr Sheikh Muszaphar ini dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi insan berjaya.

1. Say ‘I love you’ pada setiap anak at least 10 times a day.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.

3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Strict with your rules at the same time full of love.

6. Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.

7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine.

8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10. Never say ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’.

11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Identify signs of stress & reschedule.

15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.

Kredit Instagramdrsheikhmuszaphar

TISU BASAH SEBAGAI ALAT ISTINJAK?

Istinjak dengan menggunakan tisu basah menurut kaedah istinjak selain air mutlak berdasarkan Mazhab Syafi’e tidak menepati syarat yang sempurna. Jika sesuatu proses menghilangkan najis tidak menepati syarat-syaratnya, maka proses itu tidak sah. Maksudnya seseorang itu masih lagi dikira sebagai menanggung najis.

Ini kerana tisu itu bersifat basah sedangkan antara syarat sah menggunakan bahan selain air untuk istinjak seperti bahan-bahan kesat (batu), ia mestilah kering sebagaimana yang disebut dalam kitab Nihayatul az-Zein fi Irsyad al-Mubtadi’in:

“Manakala syarat-syaratnya (istinjak dengan batu atau seumpamanya) menurut keadaan zatnya mestilah ia (batu atau bahan kesat) dalam bentuk pepejal (jamid), suci, mampu menanggalkan (objek najis), tidak dihormati dan tidak basah. Manakala bahan yang dihormati ialah makanan manusia atau jin.”

Imam Nawawi dalam kitab Raudah at-Tolibin menjelaskan bahawa beristinjak dengan bahan yang lembap atau basah tidak sah hukum penyucian itu:

“Jika seseorang itu beristinjak dengan batu yang lembap atau selainnya, maka ia tidak sah menurut pendapat yang sahih.”

Meskipun pada zahirnya nampak najis itu hilang, namun hakikatnya ia masih lagi kekal dan bercampur dengan bahan yang basah itu sedangkan bahan yang bercampur dengan najis tidak boleh menyucikan najis. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj:

“Jika seseorang beristinjak dengan batu yang basah, maka tidak sah istinjak itu kerana basahan itu menjadi najis dengan najis yang pada tempat (keluar najis), kemudian batu menajiskan tempat itu, maka hendaklah menggunakan air.”

Hukum fiqh dikeluarkan oleh para ulama melalui nas-nas syarak sama ada daripada al-Quran mahupun Sunnah, bukan melalui logik akal semata-mata. Jika merujuk kepada amalan-amalan Rasulullah SAW dalam beristinjak dengan batu, tiada riwayat yang menunjukkan baginda beristinjak dengan bahan pepejal yang basah. Jika ia akan menghilangkan ain (objek) najis, sudah tentu baginda akan mempraktikkan cara itu seperti membasahkan batu atau kain.

Sumber buku: 99 Soal Jawab Viral Netizen

Wanita Berhadas Besar Diharuskan Baca al-Quran Berbentuk Zikir & Doa

Setiap bulan, ada beberapa hari tertentu kaum Hawa tidak dapat menunaikan solat disebabkan uzur.

Begitu juga dengan al-Quran yang ditinggalkan sementara sehingga mereka benar-benar suci daripada hadas besar.

Persoalannya, bolehkah golongan wanita berhadas besar itu membaca ayat-ayat al-Quran yang menjadi kelazimannya saban hari seperti bacaan tiqa qul sebelum tidur?

Menjawab soalan itu, majoriti ulama melarang wanita membaca al-Quran dalam keadaan haid.

Itu merupakan pandangan ulama Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali.

Adapun, sebahagian ulama Mazhab Maliki membenarkannya di samping belajar dan mengajarkan al-Quran.

Sementara Imam Ibnu Munzir, al-Syaukani dan al-San’ani berpandangan, jika wanita yang menghafaz al-Quran dan ingin mengulangi hafalan, maka dia diharuskan membaca al-Quran untuk mengulangi hafalan.

Imam al-Nawawi pula menyatakan, ia hanya boleh dibaca dalam hati sahaja tanpa menggerakkan lidah.

Jika ayat al-Quran yang berbentuk zikir harian sebagai bacaan doa, maka ia diharuskan.

Ia seperti bacaan Innalillahi wainna ilaihi rajiun pada Surah al-Baqarah, ayat 156, membaca tiga qul sebelum tidur dan selainnya selagi mana ia merupakan zikir ataupun doa, maka ia diharuskan.

Pandangan yang mengharuskan itu merupakan pendapat Imam al-Baghawi dan al-Rafie seperti dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk.

Maka, diharuskan membaca al-Quran yang berbentuk zikir dan doa dalam keadaan haid.

– Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis

4 JENIS ADIK-BERADIK YANG PERLU KITA TAHU

Ada 4 jenis adik-beradik yang kita kena tahu iaitu :

1. Sama Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Ini  semua orang tahu. Kalau seIbu dan seBapa memang adik beradik kandung.

2. Lain Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik Beradik Sebapa

Contohnya Abah kahwin buat kali ke-2, anak-anak dari emak pertama hasil perkahwinan abah yang sama dengan anak-anak emak kedua yang juga hasil perkahwinan abah yang sama adalah adik beradik kandung. 

Muhrim dan tidak wajib tutup aurat.

3. Sama Ibu dan Lain Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik beradik seibu

Ini paling ramai orang keliru. 

So, lepas ni jangan keliru pula ye. Masih dianggap adik-beradik kandung yang mahram.

4. Lain Ibu dan Lain Abah → Adik beradik tiri

Contohnya, Ibu A kahwin dengan Bapa A dan masing-masing ada anak hasil perkahwinan sebelum ni. Anak-anak Ibu A dan Anak-anak Bapa A adalah adik beradik tiri. 

Kredit : https://www.sayaiday.com

TIPS MEMILIH BUKU CERITA BERGAMBAR BUAT ANAK-ANAK

Buku cerita bergambar adalah buku yang berisi cerita yang dilengkapi gambar illustrasi cerita tersebut. Biasanya, cerita yang terkandung dalam buku cerita bergambar adalah cerita yang mengajarkan anak akan suatu hal. Misalnya, harus patuh kepada orang tua, gosok gigi sebelu m tidur, dan sebagainya. Buku cerita bergambar juga menjadi pembelajaran yang efektif kepada anak.

1. Tajuk buku.

Tepatkah dengan karakter anak kita? Pilih buku yang sesuai dengan anak dan minatnya. Ini mampu membantu anak-anak lebih mengemari buku tersebut.

Buku-buku yang mempunyai karakter animasi.

2. Cover buku.

 Menarik atau tidak. Pilih cover yang menarik perhatian anak-anak. Cover yang berwarna-warni, warna terang dan sebagainya.

Cover yang ceria dan warna-warni.

3. Isi kandungan buku.

Lihat isinya sekilas, adakah mampu memberi pengaruh positif bagi si anak. Pilih Isi kandungan atau cerita yang baik dan memberika pengajaran buat anak-anak.

4. Gambar atau illustrasi.

Gambar atau ilustrasi dengan warna-warna gambar yang menarik. Banyak buku yang isinya bagus tapi gambarnya kurang bagus, malah memberikan kesan mengerikan. Gambar pada buku cerita bergambar ini bertujuan untuk memberikan imaginasi atau gambaran visual kepada anak. Anak akan lebih cepat menyerap dan memahami cerita yang terkandung dalam buku. Ini kerana usia anak yang masih kecil masih dalam tahap berimaginasi, berfantasi, dan bermain. Ilustrasi gambar yang terdapat pada buku cerita bergambar sangat mudah diingat dan difahami si anak. Bahkan kadang-kadang tanpa dapat membaca, anak dapat “membaca” bukunya dengan caranya sendiri, iaitu “membaca gambar”. Anak dapat membina cerita sendiri walaupun masih belum petah bercakap.

5. Perkataan atau susunan ayat.

Buku yang bagus, susunan kata-katanya sangat sederhana dan mudah difahami. Tidak berbelit-belit dan tidak terlalu panjang ceritanya. Ini supaya informasi mudah difahami, anak boleh mengingat semula informasi yang pernah diterimanya. Mungkin anak akan terbayang-bayang gambar di dalam buku bila melihat sesuatu yang sama dengan gambar tersebut. 

6. Ketebalan buku.

Haruslah kita perhatikan juga ketebalan dari buku bergambar tersebut, jangan berikan anak – anak buku yang tebal. Sudahnya anak akan berasa bosan.

Sebenarnya banyak sekali kegunaan buku cerita bergambar untuk perkembangan anak. Selain untuk mengasah pemikiran anak, buku cerita bergambar ini juga bermanfaat dalam membentuk keperibadian anak dalam cerita yang diberikan. Contohnya teladan yang diberikan daripada cerita tersebut. 

Di sunting daripada : anaksayabijak.blogspot.com

KHASIAT ASAM KEPING @ ASAM GELUGUR

Nama botani bagi asam gelugur ialah Garcinia Cambogia. Ia juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis. Tumbuhan liar ini banyak terdapat di negara Asia terutamanya Malaysia. Ia dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun-temurun.

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu selalu digunakan dalam masakan. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil daripada air buahnya. Ia tidak bertoksik, tanpa perasa dan tidak berbau. Kandungan asam gelugur terdiri daripada 50% unsur aktif dan 70% HCA.

JOM KETAHUI KHASIAT ASAM GELUGUR.

1. Mengawal kolesterol

Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil daripada air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolesterol (lipogenesis) dalam badan.

2. Mengurangkan berat badan

Asam gelugur membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, mengehadkan penyerapan dan pembentukan lemak, kolesterol dan pengumpulan lemak (triglycerides).

Penemuan terbaharu mendapati HCA juga dikatakan mampu menyekat selera makan seperti fungsi serotonin. HCA juga bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk penyimpanan sel sel.

Resepi air asam gelugur untuk menurunkan berat badan.

Bahan-bahannya:

  1. 3 keping asam gelugur
  2. 1 batang serai
  3. 3 biji bunga lawang
  4. 3 biji bunga cengkih
  5. 1 batang kulit kayu manis
  6. Satu helai daun pandan
  7. 1 inci halia yang diketuk
  8. 3 sudu madu
  9. 1 sudu halba
  10. 1 biji lemon yang dihiris nipis.

Caranya, rebus kesemua bahan dalam periuk sehingga menggelegak. Tapiskan badan-bahannya, ambil air. Minum satu cawan pagi & satu cawan malam setiap hari. Air lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk & panaskan sebelum diminum.

3. Masalah penghadaman

Digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum air rendaman asam keping apabila anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.

4. Merawat masalah kecacingan

Amalan meminum air rendaman asam keping membantu untuk merawat masalah kecacingan. Ia membunuh cacing dewasa dan telur cacing serta semua parasit yang ada dalam badan.

5. Tumor

Dalam amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping juga digunakan untuk merawat tumor. Pesakit yang mempunyai tumor diberikan minum air rendaman asam gelugur setiap hari.

6. Mengecutkan rahim

Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Cara pengambilannya:

* Cara pertama:

Ambil satu atau dua keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam. Minum setiap pagi dan malam. Jika diamalkan selalu insya-ALLAH perut buncit akan mengempis.

* Cara kedua:

Bilas tiga keping asam gelugur atau asam keping dengan air bersih. Masukkan dalam bekas minuman bersaiz 500 ml – 1 liter. Masukkan air panas. Jangan masukkan gula. Setelah suam, minum seperti minuman biasa sepanjang hari. Sekiranya air habis, tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya, tukarkan dengan asam keping baru.

7. Merawat masalah pencernaan & sakit perut

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah perut seperti masalah sistem pencernaan, sakit perut, kembung, sebu dan sebagainya.

8. Mengurangkan gejala reumatisme

Reumatisme adalah penyakit radang sendi yang selalu dikaitkan dengan gout dan artritis. Apabila diserang reumatisme, sendi-sendi pesakit akan terasa ngilu dan mencucuk-cucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain. Amalan meminum air rebusan asam keping membantu mengurangkan gejala reumatisme.

9. Mengurangkan tekanan darah tekanan darah tinggi

Selain itu buah asam keping dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Sebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam gelugur setiap pagi.

10. Merawat sakit telinga

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

11. Meredakan sakit gigi

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan sakit gigi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

12. Merawat kencing kotor

Asam gelugur membantu merawat masalah kencing kotor dengan cara membersihkan pundi kencing daripada bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.

13. Menurunkan suhu badan semasa demam

Jika anda demam, boleh minum air rebusan asam jawa untuk menurunkan suhu badan yang sedang panas. Tambah sedikit madu atau gula batu kalau tak berselera nak minum air asam jawa yang masam.

14. Membantu mencantikkan kulit

Khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Asam keping adalah bahan awet muda yang membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu ia juga membantu menghaluskan kulit & mencerahkannya.

15. Mengurangkan stres

HCA yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres.

16. Melancarkan menstruasi

Air asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika haid.

17. Mengimbang kadar metabolisme

Metabolisme dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang. Kandungan HCA dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut dan membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme dalam badan.

18. Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

Itulah dia 18 khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Lepas ni bolehlah anda minum air asam keping selalu.

Kredit: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Pasaraya Barang Makanan Terbuang Dibuka Di United Kingdom

Masalah ekonomi dunia masih lagi dapat dirasai dengan kesempitan hidup hanya dapat dikurangkan dengan pemberian BR1M. Di Britain masalah kesempitan ini menjadi isu kerana golongan miskin menyalahkan kehadiran pendatang yang “mencuri pekerjaan mereka”. Ini menjurus kepada undian untuk keluar dari Kesatuan Eropah iaiatu BREXIT.

Sungguhpun begitu masalah ekonomi masih meruncing di negara bekas penjajah terbesar di dunia ini. Empayar yang tidak pernah tidur ketika Maharani Victoria berkuasa kini tinggal beberapa koloni kecil dan pasukan sepak bola yang hanya sedikit lebih berjaya daripada Harimau Malaya. 

Masalah kesempitan ini mengakibatkan jumlah rakyat Britain yang bergantung kepada bank makanan (food bank) semakin meningkat. Bagi mengurangkan beban ke atas bank makanan yang beroperasi secara sukarelawan dan derma, pasaraya makanan terbuang dibuka di Pudsey,Leeds.

“Pasaraya” ini mengumpulkan makan yang hampir luput ataupun kurang segar yang biasanya dibuang oleh pasaraya seperti TESCO. Tiada pembayaran perlu dilakukan untuk menggunakan pasaraya makanan terbuang ini. Bayar sekadar mampu sahaja sekiranya mahu. Tiada lagi pembaziran makanan akan berlaku dan perut yang lapar kini tidak lagi menghasilkan irama keroncong dubstep. 

Ini di Britain, di Malaysia jangan ingat perkara yang sama tidak wujud. Pembaziran makanan masih berlaku dan kami berharap ada pihak NGO yang akan memperkenalkan konsep pasaraya ini di Malaysia.

Sumber: blogserius.blogspot.com

KENALI CARA PEMBELAJARAN ANAK ANDA. TIADA YANG BETUL ATAU SALAH PUN

Setiap kanak-kanak mempunyai pendekatan dan teknik pembelajaran yang unik dan berbeza. Walaupun hal ini demikian, sistem pendidikan sekolah hanya menggunakan satu cara sahaja untuk menyampaikan ilmu. Ini mungkin sebab mengapa sesetengah kanak-kanak menghadapi masalah untuk memahami apa yang diajar di sekolah.

Terdapat pelbagai cara untuk mempelajari sesuatu, tetapi hari ini kita hanya akan menyentuh 6 jenis sahaja:

1. Secara lisan

Pelajar jenis ini gemar belajar, tak kira dengan mendengar ataupun membaca. Mereka mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. biasanya mempunyai memori yang sangat baik.
  2. akan membaca dan menulis semula nota-nota mereka.
  3. suka membuat senarai dengan kata kunci apabila belajar.

2. Secara logik

Pelajar yang belajar menggunakan teknik ini sangat mahir dalam penaakulan matematik dan logik. Mereka boleh menyelesaikan masalah nombor dengan mudah. Ciri-ciri mereka ialah mereka:

  1. gemar permainan strategi.
  2. Suka memahami sebab di sebalik jawapan.
  3. Memberi tumpuan kepada statistik.

3. Secara sosial

Prestasi kanak-kanak yang belajar secara sosial akan bertambah baik apabila mereka belajar secara berkumpulan. Mereka boleh berkomunikasi dengan baik dan gemar bercakap dengan orang lain.

  1. pandai membaca emosi orang lain dengan mudah.
  2. suka mengajar orang lain apa yang telah dipelajari.
  3. suka berkongsian pengetahuan.

4. Secara bersendirian

Tetapi terdapat juga pelajar yang lebih suka belajar bersendirian dengan persekitaran yang tenang. Kebiasaannya, pelajar-pelajar jenis ini pandai menguruskan matlamat dan masa mereka. Ciri-ciri lain pelajar ini:

  1. Biasanya pendiam kalau berada dalam aktiviti berkumpulan.
  2. Akan cuba dan mencari tempat yang tenang dan selesa untuk belajar.

5. Secara visual

Pelajar visual menggunakan gambar, warna dan imej untuk belajar. Pelajar ini juga mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. gemar menggunakan peta, carta atau graf.
  2. suka membuat garis kasar untuk segala-galanya.
  3. minat teknologi visual.

6. Secara auditori

Pelajar auditori :

  1. lebih suka menghadiri kuliah dari membaca buku rujukan.
  2. membaca dengan kuat agar dapat mendengar nota-nota mereka sendiri.
  3. suka mengambil bahagian dalam perbincangan.
  4. suka aktiviti berbahas.

Sesetengah kanak-kanak mungkin menggunakan lebih dari satu jenis teknik pembelajaran. Ada pula yang mungkin lebih suka menggunakan teknik paling dominan mereka.

Kita perlu sedar bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menuntut ilmu dan jika ibu bapa dan anak tahu teknik yang paling sesuai, ini boleh membantu potensi pembelajaran mereka.

Jika anak hanya menggunakan kaedah yang sama untuk belajar, kita sebagai ibu bapa boleh cuba untuk mendedahkan mereka kepada pelbagai cara lain apabila mengajar di rumah. Ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka untuk memahami apa yang dipelajari di sekolah dengan lebih baik.

Sebenarya, tidak ada teknik yang betul atau salah, tetapi apabila anak didedahkan kepada pelbagai jenis teknik pembelajaran, ini boleh:

  1. meningkatkan pemikiran kritikal.
  2. membolehkan mereka untuk membuat pilihan mereka sendiri.
  3. memperluaskan pandangan mereka tentang cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah.
  4. membangunkan idea-idea baru dari perspektif yang berbeza.

Kemahiran ini yang dipupuk sekarang tidak akan hilang selepas tamat persekolahan, sebaliknya, mereka boleh menggunakannya teknik-teknik ini apabila mereka memulakan kerjaya pada masa depan.

Sumber: Integrated Learning Strategies

Peranakan Baba dan Nyonya

Asal Usul Peranakan Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri selat, Tanah Melayu (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka. 

Mereka memanggil diri mereka sebagai ‘Baba’ atau ‘Peranakan’ kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai ‘Baba’. Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular dalam kalangan remaja.

Budaya

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur di dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Pakaian

Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.

Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dari Jepun.

Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

Perkahwinan

Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi di dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Sekiranya anda membaca novel Sumpah Setia karya Aisya Sofea yang terbaharu, pasti anda memahami sedikit sebanyak tentang budaya Peranakan Baba dan Nyonya ini, kerana watak utama iaitu Elias Lim adalah seorang jejaka yang berketurunan Baba Nyonya! Terdapat banyak elemen Baba dan Nyonya yang diselitkan di dalam novel ini. Jadi, mungkin novel novel ini menepati cita rasa anda di luar sana! 

Sumber artikel dan gambar: Wikipedia dan Google

Kematian Itu Rahsia ALLAH

Kematian adalah rahsia ALLAH. Umat Islam dituntut untuk sentiasa bersedia hadapi mati kerana sememangnya hidup di dunia ini adalah singkat dan bersifat sementara.

Selepas mati, kita akan hidup di alam kubur dan seterusnya hidup yang kekal abadi adalah di akhirat kelak. Apabila sampai waktunya, kita akan pergi jua ke alam abadi untuk menemui ILAHI.

Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia yang Maha Berkuasa. Malah, sakit dan tua bukanlah syarat untuk mati, ada juga yang meninggal tanpa sebarang sakit, umurnya habis sewaktu tidur dan sebagainya.

Demikianlah hakikatnya…

Berikut adalah tanda-tanda kematian yang hanya difahami dan dirasai oleh orang-orang tertentu sahaja.

100 Hari Sebelum Kematian

Tanda-tanda ini lazimnya setelah masuk waktu Asar, iaitu seluruh tubuh akan terasa menggigil dari ujung rambut sampai ujung kaki.

Tanda-tanda kematian ini akan terasa nikmat bagi orang yang tinggi keimanannya, sekali gus dapat menerima bahawa ini adalah isyarat daripada ALLAH tentang ajal sudah dekat. Tetapi bagi yang tingkat keimanannya rendah, kadangkala mereka ragu-ragu dan bahkan ada yang tidak sedar bahawa ini isyarat kematian daripada ALLAH SWT.

40 Hari Sebelum Kematian

Tanda-tanda kematian ini juga muncul setelah masuk waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut. Itu pertanda bahawa daun yang tertulis nama kita dari pohon yang terletak di Arshy ALLAH SWT telah gugur.

Lalu malaikat maut mengambil daun tersebut dan segera membuat persiapan. Antaranya malaikat mulai mengawasi kita setiap saat. Sesekali malaikat maut menampakkan dirinya kepada orang yang akan dicabut nyawanya dalam bentuk manusia dan seketika itu pula orang itu akan terasa terkejut dan bingung melihat malaikat maut.

7 Hari Sebelum Kematian

Tanda ini muncul setelah masuk waktu Asar. Tanda-tanda kematian ini hanya diberikan ALLAH terhadap orang yang diuji ALLAH dengan sakit. Biasanya orang yang sedang sakit dan tidak berselera makan, tiba-tiba ingin makan. Ini merupakan isyarat daripada ALLAH bahawa kematian memang benar-benar sudah dekat.

3 Hari Sebelum Kematian

Pada suatu saat akan terasa denyutan di tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda-tanda kematian ini dapat dirasai, maka sebaik-baiknya berpuasalah kita ketika itu. Supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang lain untuk memandikan jasad kita.

Setelah itu pula, mata hitam kita tidak bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya perlahan-lahan akan masuk ke dalam. Ini dapat dilihat dengan jelas sekiranya dilihat dari sisi tubuh kita. Telinga akan layu dan beransur-ansur masuk ke dalam. Tapak kaki juga akan beransur-ansur lurus ke depan dan sukar untuk ditegakkan lagi.

1 Hari Sebelum Kematian

Tanda-tanda kematian ini juga terjadi setelah waktu Asar. Kita akan merasakan denyutan di bahagian ubun-ubun kepala. Ini menandakan kita sudah tidak sempat lagi melihat waktu Asar keesokan harinya.

Sumber artikel: liputan6.com, says.com