Panjang Setiap Jari Mungkin Mewakili Personaliti Anda?

Bolehkah kita mentafsir personaliti seseorang berdasarkan panjang jari sahaja? Mungkin saja boleh dan mungkin juga tidak. Bergantung kepada penerimaan atau pentafsiran seseorang individu itu terhadap dirinya. Admin telah membaca dan kesimpulannya memang ada persamaan dan ada betulnya juga.

Di sini pihak admin ingin berkongsi kaedah menarik ini kepada pembaca. Lihat dulu gambar di bawah untuk mengenali serta mengenalpasti manakah bentuk panjang jari anda.

Sudahkah anda mengenalpasti mana satu panjang jari anda? Jika ya, sila baca penerangan secara ringkas dibawah:

A) Seseorang yang Menarik dan bersifat Pragmatik

Seseorang yang mempunyai jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk biasanya kelihatan menarik dan biasanya menjadi perhatian orang ramai. Mereka juga bersifat terbuka dan boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan atau situasi, bersifat mesra dan senang bergaul. Golongan ini juga merupakan seorang yang agresif dan mudah mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka bersifat sangat penyayang dan fleksibel kerana boleh menjadi saintis, askar, jurutera dan sebagainya.

B) Jenis “Mesti Siap” dan Berkeyakinan Tinggi

Seseorang yang mempunyai jari telunjuk lebih panjang daripada jari manis adalah seseorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam dirinya. Golongan ini juga tidak suka bertangguh dan mesti menyiapkan tugas atau kerja dengan segera. Mereka lebih suka melakukan suatu tugasan secara bersendirian tetapi tidak semestinya bersifat introvet. Mereka sangat fokus pada matlamat utama dan tidak suka diganggu. Mereka gembira dengan kejayaan yang dicapai tetapi kadangkala inginkan lebih daripada itu.

C) Jenis bencikan Konflik, Sukakan Kedamaian

Seseorang yang mempunyai panjang jari manis dan telunjuk yang sama adalah seseorang yang suka akan kedamaian, persahabatan ataupun keamanan. Golongan ini suka untuk berinteraksi, bersahabat dan bersosial dengan semua orang. Mereka sangat setia dalam perhubungan,mengambil berat dan prihatin terhadap rakan-rakan. Tetapi perlu berhati-hati terhadap golongan ini. Mereka lebih suka mendiamkan diri atau memendam perasaan jika ada sesuatu yang tidak  disukai. Jika berterusan ditindas, mereka akan ‘meletup’ dengan tidak disangka-sangka.

Sumber: http://infosantai.com