Risiko Ubat Punggung Mak Ayah Wajib Tahu

Ubat Punggung

Tahukah anda, penggunaan ubat masuk punggung anak ada risikonya? Kami pasti ada ibu bapa yang tidak tahu dan risau akan teknik yang perlu digunakan sekiranya keadaan memaksa mereka mengambil keputusan sedemikian.

Ini merupakan perkongsian oleh doktor-doktor terlatih daripada Klinik Avicenna mengenai beberapa perkara berkaitan ubat masuk punggung yang wajib ibu bapa tahu. 

Ubat masuk punggung biasanya akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan saja ubat ni di punggung dia, habis cerita.

UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories.

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir.

Hari ni kita fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp untuk Demam/Painkiller, iaitu:

1. Paracetamol, PCM (acetaminophen)

2. Diclofenac sodium (voren)

Bila nak guna ubat Supp ini?

1. Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair.

2. Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:

1. Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.

2. Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?

Jawapannya, dua-dua bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam.

Mana satu nak pilih?

1. Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak-anak. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. Jadi, kenal pasti betul-betul dos PCM anak.

2. Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada buah pinggang kalau overdose dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.

Bila nak guna Supp Voltaren?

1. Dalam kes alergik PCM.

2. Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka dos seterusnya boleh cuba bagi Supp Voltaren.

3. Jika pasti demam bukan disebabkan denggi. Sebab tu kena jumpa doktor dulu, bukan suka-suka ambil sndiri. Jika tidak, boleh menyebabkan pendarahan.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?

Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).

Supp Voltaren ada fungsi tambahan sebagai anti ejen inflammatory, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya artiritis kanak-kanak.

Apa yang wajib tahu?

1. Supp Voltaren tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak di bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac dan kanak kanak yang ada masalah perdarahan.

2. Supp Voltaren tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada denggi. Boleh mengakibatkan pendarahan. Jadi, pastikan ambil ubat hanya bila doktor arah.

3. Supp PCM tidak boleh digunakan untuk bayi di bawah 6 bulan. Bergantung pada keadaan. Bawah 6 bulan, sila jumpa doktor.

4. Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

5. Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.

Dos Penggunaan:

Kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi.

1. Supp PCM 125mg:

6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp

4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp

2. Supp PCM 250mg:

5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp

9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

Nota: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih daripada 4 kali dalam tempoh 24 jam.

Dos utk Supp PCM, formulanya ialah: 

20-30mg/kg berat badan.

Contohnya berat 10kg.

10kg x 30mg= 300mg.

Jadi blh bg anak dose sebiji supp PCM 250mg.

Dos untuk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya:

0.5 –1mg/kg berat badan.

So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg itu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari.

Contoh berat anak 10 kg, supp Voltaren 12.5mg boleh digunakan.

Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

Untuk dos ubat dalam kes paediatrik yang tepat, sila rujuk doktor. Dos yang ditulis ni hanya sebagai panduan umum sahaja.

Cara Masukkan Ubat Dengan Betul

1. Baringkan anak mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).

2. Lembapkan ubat supp dengan vaselin atau minyak dan tolak perlahan, tak perlu tekanan.

3. Lepas masuk ubat, biar anak baring seketika bagi ubat menyerap.

Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan, ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

-Dr Shazwan /Dr Syahida Klinik Lathika dan Klinik Avicenna-


Kredit Sumber: Klinik Avicenna via siakapkeli.my 

Kredit gambar: dailybcd.com

Speak Your Mind

*