Tekanan Perasaan Boleh Membunuh! Kenali 10 Tanda Ini
FacebookTwitterInstapaperPinterestEmailMore22
Tanda alami tekanan perasaan patut diketahui oleh semua orang. Tekanan perasaan ini adalah situasi di mana seseorang itu sedang mengalami gangguan pada mental dan ia boleh berpunca daripada tekanan di tempat kerja, menjadi mangsa buli di sekolah atau tempat pengajian dan sebagainya.
Wanita juga boleh mengalami masalah kemurungan selepas bersalin. Paling sedih apabila terjadi banyak kes di mana ibu yang dalam berpantang ini boleh membunuh anak kecil mereka sendiri yang baru saja dilahirkan itu. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia lebih dikenali dengan nama meroyan.
Penyakit mental terdiri daripada pelbagai jenis seperti skizofrenia, kemurungan yang teruk dan bipolar. Skizofrenia berlaku apabila individu berhadapan masalah halusinasi.
Sedang Alami Tekanan Perasaan, Kenali 10 Tanda Ini
#1 – Menyendiri Dan Melakukan Perkara Yang Pelik
Jika ada dikalangan sahabat, saudara atau pasangan kita mula bersikap ingin menyendiri dengan tanda-tanda kurang keyakinan diri dan sudah tidak mahu ambil peduli tentang dunia luar, maka ada baiknya kita cuba pantau akan perkembangannya. Takut juga kalau dia sedang ke arah kemurungan.
Perhatikan juga jika beliau ada sesuatu perkara yang sebelum ini tidak dilakukan. Ini mungkin untuk cuba mencari perhatian dengan melakukan pekara yang bukan-bukan. Awas, petanda ini mungkin disebabkan oleh kesihatan mentalnya yang sudah mula terganggu.
#2 – Hidup Rasa Tidak Lagi Gembira
Tanda seseorang sedang alami tekanan perasaan yang seterusnya adalah apabila hidupnya seakan sudah tidak gembira dan tidak bahagia lagi walaupun sudah berada disamping orang-orang tersayang termasuk pasangan dan anak-anak.
Baginya keseronokan dalam hidup sudah hilang. Apa yang ada sekarang hanyalah rasa susah dengan tanggungjawab dan bebanan yang berat untuk dipikul.
#3 – Hidup Dengan Rasa Penuh Keraguan
Seseorang yang sedang mengalami tekanan perasaan akan turut mula rasa keliru dengan hidupnya sendiri. Beliau seakan sudah hilang arah tuju pada semua benda seperti kerjaya, hubungan dengan pasangan, ikatan dengan keluarga dan sebagainya.
Baginya dia sudah tidak berdaya untuk membuat apa-apa keputusan kerana dan dia juga tidak akan sesekali percaya dengan orang-orang sekeliling termasuklah juga pada dirinya dia sendiri.
#4 – Cepat Melenting Atau Naik Angin
Antara tanda alami tekanan perasaan, dia akan jadi cepat meleting dan menjadi seorang pemarah, berubah sikap, tak boleh silap sikit dia akan mengamuk tak tentu pasal malah kemarahannya sangat sukar dikawal.
#5 – Tidak Bertenaga Dan Nampak Lesu
Jika seseorang mula kemurungan dia mula hilang semangat dalam hidup,Tidak bertenaga lagi untuk pergi kerja, rasa letih dan lesu sepanjang masa, hilang nafsu makan Dia mula rasa penat dari segi fizikal dan mental.
#6 – Mudah kecewa dan beremosi
Bila seseorang mudah tertekan dengan pekara kecil itu tanda alami tekanan perasaan Contoh bila sesuatu perancangan yang dirancang tidak jadi dia akan bersedih sepanjang hari, dan suka membesarkan masalah masalah-masalah kecil, malah suka menyalahkan diri sendiri.
#7 – Terlampau risau akan hari ini dan masa depan
Jika dia mudah berasa risau itupun boleh menjadi tanda alami tekanan perasaan dan kemurungan, Risau tentang semua pekara. Risau yang tak boleh dikawal dan suka fikir yang bukan-bukan.
#8 – Kesedihan berpanjangan
Kesedihan adalah tanda masalah kemurungan yang paling jelas, Bila seseorang bersedih terlampau lama, Dan dia cuba menutup kesedihan itu dengan senyuman. Dia akan rasa hidupnya paling menyedihkan Rasa kehilangan harapan untuk teruskan hidup. Ini tanda-tanda yang paling bahaya.
#9 – Mula ada sifat tidak ambil peduli
Sekiranya seseorang mula tidak ambil peduli dengan hidupnyaIni tanda alami tekanan perasaan yang serius, dia mula minum arak, ambil dadah, tidak mahu mendengar nasihat, abaikan kerja, abaikan keluarga dan nak lari dari masalah hidup.
#10 – Rasa diri tidak cukup sempurna
Kalau seseorang mula rasa rendah diri, rasa dia tidak sempurna, rasa tidak berjaya, Itu tanda-tanda awal kemurungan, dia mula membandingkan diri dengan orang lain, Rasa hidupnya serba kekurangan dan keseorangan.
Tanda Alami Tekanan Perasaan Boleh Dikenali Melalui Soalan
Di sini turut disenaraikan beberapa perubahan dalam bentuk soalan yang boleh diajukan pada diri sendiri. Ia juga boleh diperhatikan pada ahli keluarga tersayang dan jika ada simptom di bawah, hendaklah segera diberi perhatian yang khusus.
a. Adakah anda tidur sepanjang masa atau sukar untuk tidur?
b. Adakah berat badan anda bertambah atau tidak berasa lapar sepanjang masa?
c. Adakah anda menunjukkan reaksi keterlaluan apabila dikritik?
d. Jika anda pelajar, adakah anda tiba-tiba hilang keinginan untuk ke kelas?
e. Adakah gred dan prestasi di sekolah merosot?
f. Adakah anda kini kerap menangis tanpa sebab munasabah?
g. Adakah anda tidak pedulikan lagi penampilan atau tidak menjaga kebersihan diri sendiri?
h. Adakah anda mengambil dadah atau minum banyak minuman beralkohol?
i. Adakah anda menunjukkan perlakuan yang boleh membahayakan diri atau orang sekeliling?
j. Adakah anda mengancam untuk mencederakan diri sendiri atau bercakap mahu mencederakan atau membunuh diri?
k. Adakah anda ada bercakap atau menulis mengenai bunuh diri yang biasanya tidak dilakukan oleh orang normal?
h. Adakah anda pernah mencari jalan untuk membunuh diri dengan melihat akses kepada pil, bahan bakar dan lain-lain?
Masalah Buli Boleh Menyebabkan Punca Tekanan Yang Drastik
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kes kematian seorang pelakon Korea popular dengan nama Sulli yang meninggal akibat bunuh diri dek kerana tekanan dan kemurungan. Sedihnya Sulli baru saja berusia 25 tahun.
Ini bukan kejadian pertama artis bunuh diri sebab tekanan, terutamanya di Korea Selatan. Faktor utama Sulli membunuh diri bukan saja kerana tekanan, tetapi lebih kepada tekanan emosi dan kemurungan akibat di kritik teruk oleh nitizen di sosial media.
Rata-rata setiap post Sulli di sosial media di hentam teruk setiap masa, jadi sedarkah anda bahawa jari yang menulis boleh membunuh manusia. Ingatlah kritikan, komen dan body shaming adalah jenayah buli cyber yang tidak patut dilakukan.
Masalah Tekanan Perasaan Boleh Membunuh Dalam Diam, Awas!
Setiap tiga daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (atau 29.2 peratus) mengalami pelbagai masalah kesihatan mental. Statistik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat negara ini selepas penyakit jantung.
Ini sememangnya satu info yang agak mengejutkan. Nampaknya majoriti masyarakat sekarang cenderung ke arah rasa tertekan dengan kehidupan. Awas! Ini sangat bahaya kerana masalah tekanan perasaan boleh membunuh diri seseorang individu dalam diam.
Agama Adalah Sebaik-baik Pelindung Yang Paling Ampuh
Anda pernah rasa ada lintasan di fikiran untuk membunuh diri? Ini sebenarnya satu tanda yang sangat bahaya dan perlukan rawatan segera. Tolong jangan biarkan ini berterusan. Jika anda ada rasa kerap sakit kepala, masalah penghadaman dan juga kesakitan yang kronik tanpa ada rasa kurang walau dah ambil ubat dan dah jumpa doktor untuk rawatan biasa, jangan tunggu!
Ya, jangan tunggu sebaliknya dapatkan rawatan dari pakar dan paling baik dekatkan segera diri dengan Allah SWT. Sejukkan kembali tubuh tu dengan curahan wudhu, tenangkan semula hati tu dengan menyebut nama Allah SWT dan tenangkan semula fikiran tu dengan kalimah suci Al Qur’an. InshaAllah segala yang berlaku akan kembali reda kerana agama adalah sebaik-baik pelindung yang paling ampuh!
Kredit artikel: Blog bidadari.my