Penampilan adalah penting terutamanya ia melambangkan keperibadikan seseorang.
Oleh itu, warna pakaian haruslah dijaga dengan baik supaya tidak mudah kusam dan luntur.
Terutama sekali baju kegemaran anda yang anda beli dengan menggunakan duit gaji anda. Tentu sayang pika dibiarkan luntur dan rosak kan?
Oleh itu, BP ingin kongsikan beberapa tips menarik yang boleh anda amalkan bagi mengekalkan warna pakaian anda dan sentiasa kelihatan baru!
1.Suhu Air
Basuh pakaian anda dengan air sejuk kerana ia dapat menghalang daripada merosakkan material kain. Air panas lazimnya digunakan untuk pakaian yang sangat kotor dan jika terdapat kesan degil. Jika baju anda hanya berbau, gunakan sahaja sabun dan air bersuhu sejuk untuk membersihkannya.
2.Asingkan Pakaian Mengikut Warna
Asingkan pakaian sewaktu mencuci kerana mungkin ada pakaian cepat luntur warnanya. Cara terbaik untuk mencuci pakaian adalah mencuci terlebih dahulu pakaian yang berwarna putih atau terang dan kemudian cucilah pakaian yang berwarna gelap pula secara berperingkat. Jangan campurkan pakaian yang berwarna putih dengan pakaian berwarna supaya pakaian berwarna putih tidak mudah kusam.
3.Elak Guna Mesin Pengering
Elakkan mengeringkan pakaian yang berwarna gelap atau hitam di dalam mesin pengering kerana ini akan mempercepatkan warna pakaian luntur. Sebaik-baiknya, sidailah pakaian tersebut di bawah tempat teduh di kawasan berangin.
4.Garam Bantu Mengekalkan Warna Pakaian
Garam merupakan bahan pengawet yang baik di dalam makanan. Jadi, jika digunakan dengan betul, garam juga dapat membantu mengekalkan warna pakaian kita. Caranya mudah iaitu tambahkan suku cawan garam beraiodin ke dalam mesin basuh.
5.Cuci Tangan
Pakaian yang diperbuat daripada bahan sutera atau kapas atau bahan lembut digalakkan dicuci dengan menggunakan tangan untuk mengelakkan pakaian cepat rosak dan warnanya luntur. Anda juga boleh tambahkan cecair pencuci Dynamo yang boleh membantu mengekalkan warna pakaian supaya tidak mudah luntur dan juga berbau harum sentiasa.
6.Simpan Pakaian Dengan Betul
Pastikan pakaian yang dijemur betul-betul kering sebelum diangkat dan dilipat. Simpan pakaian di tempat yang kering dan sejuk untuk mengelakkan pakaian mudah berbau dan juga berkulat terutamanya apabila pakaian tersebut disimpan dalam almari yang gelap.
Selamat Mencuba!
Kredit artkel: Blog Bawang Putih