10 Cara Mendisiplinkan Diri dalam Hidup Anda

cara mendisiplinkan diri

ShareTweetFollow

Jika selama ini usaha anda sering terhenti di tengah jalan…

Bagaimanakah cara untuk mendisiplinkan diri untuk mencapai cita-cita dalam hidup?

Nampak seperti mudah, tapi tak semua orang mampu menjaga disiplin diri.

Dalam post ini saya kongsikan beberapa tips yang saya amalkan dan ternyata berkesan untuk mendisiplinkan diri.

Ia membantu saya untuk mencapai target jangka pendek dan juga jangka panjang.

Sebelum itu kita ketahui secara ringkas tentang apa itu disiplin dan juga manfaatnya pada diri kita.

Apa itu disiplin diri?

Disiplin diri adalah kebolehkan kita untuk mengawal tindakan, perasaan dan emosi secara sedar dan konsisten berdasarkan panduan atau peraturan yang kita buat.

Contohnya dari segi kewangan, disiplin diri membolehkan kita mencapai jumlah tertentu dengan cara patuh kepada peraturan yang kita buat.

Bila kita mempunyai disiplin diri, peratusan kita untuk mencapai sesuatu matlamat menjadi lebih tinggi.

Apakah manfaat disiplin diri dalam hidup?

Banyak manfaat yang kita boleh perolehi, antaranya:

1. Mengurangkan kemurungan

Jika kita mampu mengawal segala tindakan kita, kemungkinan untuk jatuh ke situasi murung, runsing dan stress kurang.

2. Mampu mencapai cita-cita / matlamat

Kita tidak mudah untuk terganggu dengan aktiviti sampingan dan terus kekal fokus terhadap matlamat yang hendak dicapai.

3. Hidup lebih gembira

Sudah tentu. Bila kita nampak perjalanan hidup kita teratur dan jelas menuju ke matlamat yang ingin dicapai.

Bila masa kita berhadapan dengan godaan-godaan yang hanya manis seketika, kita mampu menepisnya.

Kerana diri sudah terlatih untuk menolak segala aktiviti yang tidak memberikan sumbangan dan malah memudaratkan usaha untuk mencapai matlamat.

Oleh itu, jika anda mahukan semua manfaat ini, mulalah mendisiplinkan diri.

10 Cara mendisiplinkan diri untuk anda amalkan

Berikut beberapa cara yang mujarab untuk mendisiplinkan diri:

1 KETAHUI KELEMAHAN DIRI KITA

Sun Tzu mengatakan:

Know the enemy and know yourself; in a hundred battles you will never be in peril. When you are ignorant of the enemy, but know yourself, your chances of winning or losing are equal. If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain in every battle to be in peril

Kita faham diri kita, kita tahu kelemahan kita, dan kita tahu siapakah musuh kita dalam mencapai matlamat hidup.

(tanpa luka dan parut berlebihan)

Barulah boleh mendisiplinkan diri, barulah kita boleh menang.

Kita semua ada kelemahan masing-masing.

Kuat makan, terlalu ketagih dengan media sosial, boros, kaki judi, selalu bertangguh dan sebagainya.

Akuilah dan terimalah seadanya, apa pun dia.

Kita tidak akan dapat mengatasinya selagi kita tidak mengakui kewujudannya.

2 BUANG SEGALA GODAAN DARI PANDANGAN ANDA

Buang segala yang melemahkan dari depan mata anda, dari jangkauan anda.

Jika kita nak sihat, jangan stok makanan tidak berkhasiat dalam rumah.

Jika kita sering nak pegang handphone, letak jauh-jauh dan padamkan segala notifikasi masa nak buat kerja.

Jika kita kaki game, asingkan komputer untuk game dan untuk kerja.

Jika anda kaki judi, simpan duit ditempat yang susah nak keluarkan.

Semakin kurang godaan yang ada didepan mata, semakin fokus anda kepada matlamat sebenar.

3 BUAT TARGET DAN PLAN UNTUK MENCAPAINYA

salah satu cara mendisiplinkan diri adalah dengan membuat planning

Perkara ini anda mesti buat untuk mendisiplinkan diri.

Matlamat anda mestilah nampak jelas dalam minda, faham apakah yang nak dicapai dengan sejelas-jelasnya.

Cuba bayangkan bagaimana target tersebut.

Kita juga kena faham apakah ‘target’ tersebut untuk kita.

Apakah impak yang diberikan.

Kenapa target tersebut mesti dicapai.

Jika kita tidak ada matlamat atau target, bagaimana tahu nak pergi mana?

Ruangkan masa untuk merangka pelan dengan teliti dan realistik.

Ini adalah matlamat anda, untuk mencapainya kena ada plan yang betul.

Tulis setiap langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai target dengan jelas.

Jika perlu libatkan sekali pengiraan, nombor dan segala.

Jangan lupa juga letak tarikh / jangka masa untuk target tersebut

Bila siap, letakkan di lokasi yang anda akan nampak setiap hari.

Dekat pintu, cermin, dalam buku nota anda, wallpaper komputer dan sebagainya.

4 AMALKAN DISIPLIN DIRI SETIAP HARI

Disiplin diri adalah skill yang kita perolehi dengan latihan setiap hari.

Seperti skill dalam game, untuk level up kena guna.

Seperti otot yang jika nak besar dan kuat kena guna tiap hari.

Lagi banyak kali kita amalkan lagi kuat disiplin diri.

Ia bukannya kemahiran yang lahir saja terus dapat.

Yang kita nampak anak kecil berdisiplin adalah kerana didikan tidak sedar daripada ibubapanya.

5 MULAKAN DENGAN BENDA YANG ‘SIMPLE’

Kalau terus dengan benda yang berat-berat bukan tak boleh, tapi sukar.

Apatah lagi jika kita baru nak mula mendisiplinkan diri.

Kenapa 21 hari? Kerana selepas itu dia akan menjadi habit atau amalan, yang mana tak sedar pun anda akan buat.

Contohnya, jika anda nak tubuh badan sihat.

Tapi anda sering tidur lewat dan tak cukup tidur.

Cuba masuk kebilik tidur 15 minit lebih awal setiap hari, sehinggalah sampai ke target masa tidur anda.

Atau anda nak kurangkan sarapan dekat kedai, nak masak sarapan sendiri.

Cuba setiap malam sebelum tidur sediakan bahan-bahannya.

Bila anda sudah bersedia, sudah cukup kuat, barulah tambah matlamat baru dalam senarai anda.

6 JANGAN BERLAPAR

rasa lapar melemahkan disiplin diri

Elakkan diri daripada situasi anda berasa lapar.

Rasa lapar itu antara musuh utama untuk kita yang cuba untuk mendisiplinkan diri.

Bila lapar kita akan cepat rasa marah, rasa geram dan sebagainya.

Pertimbangan kita menjadi lemah, kekuatan diri kita juga akan kurang.

Kita mudah untuk berkata ‘tak apalah, nantilah..’ dan sebagainya.

Ini disebabkan oleh level gula rendah dalam badan.

Bila level gula rendah, otak mula meragam, mula keluarkan signal ‘survival mode’, yang mana nak suruh kita elak buat perkara-perkara yang perlukan banyak tenaga – disiplin diri ni perlu banyak tenaga.

Caranya, kerap makan dalam kuantiti sedikit dan berkhasiat.

Jika anda sering lapar sebelum menjelang makan tengahari, makan diantara masa tersebut – buah, salad dan sebagainya.

7 JANGAN BERI BATASAN KEPADA KEKUATAN DIRI ANDA

Kajian menunjukkan bahawa kekuatan dalaman seseorang dibataskan oleh orang itu sendiri.

Jika anda berfikiran seperti ‘saya hanya mampu buat setakat ini’, sukar untuk anda melebihi batas tersebut.

Jangan negatif, percaya diri anda dan jangan sesekali menetapkan batasan untuk diri sendiri.

Jika anda yakin anda boleh melakukan sesuatu ia akan memberikan motivasi pada diri untuk maju kedepan.

Jangan sesekali ragu dengan diri sendiri.

Jangan sesekali bertanya ‘mampukah saya mencapai semua ini’.

Jangan bagi limit pada diri sendiri.

8 BUAT PLANNING UNTUK KEADAAN LUAR JANGKAAN

Ini adalah taktik advance untuk memastikan disiplin diri dan haluan anda tidak pernah tersasar.

Akan ada hari-hari yang mana diluar jangkaan kita.

Contohnya kereta rosak, anda tak dapat nak datang ke gym.

Anda boleh buat plan untuk situasi seperti ini, buat perancangan latihan gantian di rumah.

Contohnya, terdapat perbelanjaan besar yang perlu dilakukan yang mana membuatkan anda mungkin tidak mampu mencapai jumlah target simpanan bulan ini.

Gantikan simpanan tersebut dengan potongan tambahan setiap bulan sehingga jumlah sepatutnya dicapai.

Cuba fikirkan situasi-situasi yang mungkin akan muncul dan apakah penyelesaian anda bagi memastikan matlamat akhir anda tidak terjejas.

9 BAGI GANJARAN UNTUK DIRI ANDA

Sediakan habuan untuk diri anda apabila berjaya mencapai sesuatu.

Contohnya, siap kerja ini saya akan bermain game selama sejam, siap kerja ini saya akan tengok movie ini.

Bila dijanjikan sesuatu, kita akan menjadi lebih fokus terhadap tugasan yang ada di depan mata.

Sama seperti situasi anak kecil dijanjikan hadiah jika berjaya menyelesaikan tugasan sekolahnya.

Anda akan lebih bersemangat dan lupa itu sebenarnya cabaran untuk diri anda.

9 MAAFKAN DIRI ANDA DAN TERUS MAJU KE DEPAN

maafkan diri anda dan maju ke depan

Bagaimana perfect sekali pun perancangan dan pelan anda, ada kalanya anda akan tumpas.

Ianya akan terjadi.

Sekali godaan datang, anda tumpas dan jatuh, dan kembali semula ke titik asal permulaan.

Jika ia terjadi, kita kena terima.

Akui kesalahan dan kelemahan diri. Maafkan diri.

Jangan biarkan perasaan sedih, marah dan kecewa menarik anda untuk jatuh lebih jauh daripada titik asal.

Belajar daripada kesilapan, jadikan ia sebagai pedoman dan semangat untuk kembali ke landasan matlamat anda.

Percayalah, anda akan lebih gembira dengan mendisiplinkan diri anda.

Semoga post cara mendisiplinkan diri ini bermanfaat bagi yang memerlukan.

Speak Your Mind

*