Mungkin ada kalanya anda ingin mempertingkatkan resolusi sesuatu gambar tanpa kehilangan kualiti. Menggunakan kaedah “resize” biasa mungkin membuatkan gambar besar, tetapi butiran dan ketajaman pada gambar mungkin hilang.
Dalam memudahkan proses ini, salah satu perkhidmatan yang mungkin membantu adalah Img.Upscaler.
Img.Upscaler membolehkan anda membuat peningkatan resolusi dan menambah-baik kualiti gambar menggunakan teknologi AI.
Daripada percubaan kami sendiri, sejumlah gambar dapat ditingkatkan resolusi dan kualiti gambarnya tanpa masalah. Ini sekaligus membolehkan kita mengarkib gambar-gambar lama dengan kualiti lebih baik pada koleksi kita.
Pembangunnya juga turut mengatakan semua gambar yang dimuat-naik akan dipadam dalam tempoh 24 jam dalam menjadi privasi pengguna.https://www.youtube.com/embed/MsEYdKfD2-s?version=3&rel=1&showsearch=0&showinfo=1&iv_load_policy=1&fs=1&hl=en-US&autohide=2&wmode=transparent
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ImgUpscaler ini hari ini secara percuma melalui web.
Speak Your Mind