Rojak Karim dan laksa di i-City
Dua punca utama aku redah Shah Alam hujung minggu lepas. Dah lama tak jejakkan kaki kat Bandaraya Anggerik ni lepas dah graduate dari UiTM. Peristiwa vandalisme ke atas mural hero COVID-19 negara di Taman Cahaya Alam baru-baru ni mengajak aku singgah ke Laman Seni Seksyen 2 dan Seksyen 7 untuk lihat perubahan laman ikonik ni pula.
2012: Ernest Zacharevic, seni jalanan Penang dan Instagram
Maka bermulalah zaman kegemilangan mural dan seni jalanan yang kita lihat sekarang. Fenomena ini dipopularkan oleh artis yang berasal dari Lithuania sebelum ia merebak ke seluruh negara. Penang menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pelancong luar dan golongan mobilegrapher yang baru berjinak dengan aplikasi Instagram.
Laman Seni: dulu dan sekarang (2014–2020)
Aku personally lebih suka hasil karya sekarang. Tapi, mungkin kerana faktor cuaca dan usia, warnanya tak semeriah yang dulu.
1 banyak-banyak, 2 sikit-sikit, 3 jarang-jarang, 4 sudah hilang.
Sebuah kapal terbang perang tewas di medan peperangan.
Aku kagum dengan kualiti cat mural ni. Tak pudar ditelan zaman.
Dulu, ada banyak latar belakang polos macam ni. Jadi, kami terpaksa bawa props untuk muncul lebih kreatif.
Inilah seni jalanan favourite aku. Instagram pernah paparkan semasa #WHPresolutions2014
Sekarang ada banyak tempat yang paparkan mural dan seni jalanan menarik. Tapi sayang, pihak yang tidak bertanggungjawab sering muncul untuk membuat onar. Mari sama-sama mainkan peranan untuk memelihara karya anak jati tempatan. Hargai seni jalanan kita.