Sejak viralnya video menabur garam di atas daging pada tahun 2017, Nusret Gökçe atau lebih popular dengan nama Salt Bae sentiasa di ingatan. Jika fikir tentang steak atau daging panggang, pasti Salt Bae insan pertama yang muncul di minda.
Jika anda mahu jadi Salt Bae di rumah, dalam menghasilkan menu berasaskan daging terutamanya steak, pemilihan daging adalah yang paling penting. Daging yang baik akan memberi rasa sedap serta kepuasan yang lebih kepada pembeli.
Daging berkualiti tinggi dari Australia semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia kerana dagingnya yang empuk dan berpatutan harganya berbanding harga daging import daripada negara luar yang lain.
Bukan sahaja teksturnya tetapi ia juga boleh dinikmati dalam kepelbagaian potongan berbeza dan versatil untuk apa sahaja menu hidangan anda.
Hanya yang terbaik untuk pengguna
Industri daging merah Australia telah lebih 200 tahun dibangunkan. Asas yang dibina sejak lama dahulu telah membantu Australia dalam menghasilkan daging yang baik untuk dieskport ke seluruh dunia.
Integriti petani, proses pemprosesan berserta kelebihan persekitaran yang tidak tercemar, telah mengukuhkan reputasi Australia dalam menghasilkan daging lembu, biri-biri dan kambing yang berkualiti tinggi.
Mungkin anda tidak percaya tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam menghasilkan daging lembu yang berkualiti. Dibela dalam persekitaran yang tenang, luas dan bersih dan ditambah lagi dengan bahan makanan yang berkualiti (umumnya rumput dan gandum yang baik), setiap ternakan dapat hidup selesa dan ‘tidak stress’, justeru itu menghasilkan daging yang empuk.
Daging merah Australia sememangnya merupakan hasil persekitarannya. Ini menjadikan daging lembu mereka rendah dalam lemak dan kolesterol, selain daripada menawarkan tahap asid lemak Omega 3 yang lebih tinggi.
Halal dan mudah didapati
Setiap daging lembu Australia daripada True Aussie Beef adalah halal dan ia mudah untuk didapati di pasar raya antaranya Jaya Grocer.
Sekiranya anda mahu rasa keunikan rasa steak daging lembu Australia, anda boleh tempah set hidangan steak di Naim Beef di Bangi. Kami jamin anda akan terpegun dengan kelembutan daging Australia. Naim Beef juga merupakan pembekal daging lembu Australia jika anda mahu beli daging mentah sahaja.
Kami kongsi di sini cara untuk masak steak sendiri di rumah oleh Gordon Ramsey. Apa yang anda perlu hanyalah garam dan lada untuk season daging anda. Liat atau tidak bergantung kepada jenis daging yang anda beli dan kami sarankan anda cuba dahulu daging lembu Australia untuk steak.
Harga daging lembu Australia mungkin sedikit tinggi berbanding harga daging lembu tempatan. Namun selepas anda cuba sendiri daging lembu Australia nanti, anda akan rasai perbezaannya.
Untuk lihat di mana ada kedai daging yang menjual daging lembu Australia berdekatan anda, klik di sini. Pastikan anda membeli daging dengan pelekat atau tanda True Aussie Beef untuk daging Australia yang asli.