Syawal masih meriah disambut. Orang masih lagi ziarah menziarahi. Jalan sesak di mana-mana sahaja. Hari ini ingatan saya kembali mengingati peristiwa tiga tahun lalu.
Kami menerima undangan rumah terbuka daripada pemilik taska anak-anak di sekitar Shah Alam. Alamat yang diberikan sudah tepat. Tapi saya yang ditemani anak-anak dan mertua mungkin agak kelam kabut gagal membacanya dengan tepat.
Nombor rumah dah betul. Tapi jalan rumah sebenarnya yang salah. Namun ketika itu kami tidak menyedarinya. Setelah yakin rumah itu adalah tepat, kebetulan di hadapan rumahnya ada khemah seperti yang dinyatakan dalam whatsapp.
Kami bersalam dengan tuan rumah kemudian mengambil tempat di sebuah meja. Saya dan ibu mertua segera ke meja hidangan dan mengambil lauk pauk. Kami segera makan.
Namun, kami kemudian perasan tetamu-tetamu lain mula memandang kami dengan pelik. Tuan rumah juga begitu. Setelah memeriksa semula alamat, barulah kami perasan bahawa kami telah salah. Salah lorong dan salah rumah.
Aduh. Kami segera bangun dan meminta maaf kepada tuan rumah. Alhamdulillah tuan rumah memahami dan menjemput lagi kami makan. Kami segera melangkah ke kereta dan berjaya sampai ke rumah yang tepat.
Pengajaran:
1. Periksa alamat rumah dengan tepat. Periksa berkali-kali.
2. Jika tersalah, jangan berat mulut untuk meminta maaf.
3. Semolek-moleknya bertanya dulu kepada tuan rumah untuk mengesahkan rumah yang dituju adalah yang sebenar.
Kredit : Mohd Sofian
Speak Your Mind