Usah pinggir bunga telur

MENJADI satu kemestian untuk memberi cenderahati kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan. Tidak elok rasanya tetamu bertandang dari jauh pulang tangan kosong.

Pemberian buah tangan yang menjadi budaya turun temurun ini diamalkan sejak dahulu. Apa yang membezakannya hanya jenis barang dan perhiasan ditampilkan yang sentiasa bertukar saban tahun.

Tradisi pemberian bunga telur sememangnya sudah lama diamalkan dalam mana-mana resepsi perkahwinan Melayu. Ia dijadikan oleh-oleh buat tetamu bagi memeriahkan majlis sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada pihak pengantin.

Dahulu pelbagai jenis rekaan bunga telur ditampilkan. Ada yang dibalut menggunakan tisu, tuala, diletakkan di dalam bekas kaca, kayu atau rotan. Bunga telur dijadikan bunga pahar juga tidak kurang cantiknya dengan rona menawan yang pastinya menambat hati tetamu untuk dibawa pulang.

Lebih menarik apabila bunga pahar ini disesuaikan mengikut peredaran zaman dengan jenis bunga berasaskan renda, organza dan reben menjadikan mempelai mempunyai banyak pilihan.

Bagaimanapun, dengan lambakan produk cenderahati daripada luar menjadikan tradisi pemberian bunga telur kian dipinggirkan dan tidak lagi menjadi pilihan utama dalam sesebuah acara perkahwinan.

BEG serbaguna rekaan terkini tampil menarik untuk tetamu undangan.

Apatah lagi apabila ia mula ditukar kepada kek, gula-gula, bertih jagung, potpuri dan sapu tangan yang dibentuk indah sebagai pengganti telur. Namun barangan ini bagi sesetengah individu tidak mempunyai nilai sentimental disebabkan kotak dan bekasnya dibuang begitu saja.

Ini diakui pembuat beg, Siti Nor Hanir Zanar Misro atau dikenali sebagai ct N Honey yang berasakan masyarakat semakin kurang meminati cenderahati bunga telur disebabkan ia semakin hilang daya menariknya serta dan tidak menggambarkan karakter yang sangat bernilai.

“Sebenarnya tuan rumah masih boleh menggunakan telur sebagai elemen cenderahati mereka menerusi bekas yang pelbagai. Lebih menarik apabila bekas ini boleh disimpan sebagai kenangan atau diguna semula,” katanya.

Katanya, sememangnya bajet untuk buah tangan tetamu nilainya sama seperti pelamin, baju pengantin atau solekan sebab itu ramai yang ingin mendapatkan barangan berharga murah.

Bertujuan memberikan idea kepada pembaca, apa kata anda membuat sendiri bunga telur untuk acara keraian. Selain lebih menjimatkan dan unik, tetamu akan lebih merasai keikhlasan kerana dibuat dengan penuh kasih sayang dari pihak keluarga pengantin.

“Pelbagai rekaan cenderahati boleh dibuat bergantung kepada kreativiti. Sebagai pereka beg tangan saya sering menganjurkan tuan rumah memberikan barangan yang nampak unik dan boleh dipakai lama. Antaranya tas tangan comel yang boleh diisi telur atau coklat,” katanya.

Menariknya tas tangan ini boleh digunakan semula atau dijadikan beg tangan comel buat si kecil.

BUAT SENDIRI TAS TANGAN COMEL

1. BAHAN fabrik kulit atau vinyl, butang snap, rivet dan peralatan untuk mengetuk butang supaya ketat.

1. BAHAN fabrik kulit atau vinyl, butang snap, rivet dan peralatan untuk mengetuk butang supaya ketat.

2. FABRIK kulit yang sudah siap dipotong mengikut pola. Lubangkan tempat rivet dan butang snap. Untuk hasil lebih cantik dan kemas bolehlah dijahit di sekelilingnya. Masukkan rivet di bahagian tengah.

2. FABRIK kulit yang sudah siap dipotong mengikut pola. Lubangkan tempat rivet dan butang snap. Untuk hasil lebih cantik dan kemas bolehlah dijahit di sekelilingnya. Masukkan rivet di bahagian tengah.

3. DIIKUTI bahagian kiri tepi pola.

3. DIIKUTI bahagian kiri tepi pola.

4. AKHIR sekali di bahagian kanan tepi pola. Tutup kepala rivet.

4. AKHIR sekali di bahagian kanan tepi pola. Tutup kepala rivet.

5. KETUK rivet menggunakan peralatan khas supaya rivet tidak tanggal. Pasangkan rivet di bahagian talinya.

5. KETUK rivet menggunakan peralatan khas supaya rivet tidak tanggal. Pasangkan rivet di bahagian talinya.

6. PASANGKAN pula butang snap di bahagian depan.

6. PASANGKAN pula butang snap di bahagian depan.

TAS tangan comel untuk pemberian cenderahati.

Kredit: Harian Metro Online