WHO Hantar Pasukan Siasat Penyakit Misteri Di Sudan Selatan Yang Membunuh 89 Orang

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar satu pasukan bagi menyiasat penyakit misteri yang telah membunuh 89 orang di wilayah Sudan Selatan. Manakala Kementerian Kesihatan Selatan menyatakan bahawa penyakit ‘tidak dikenal pasti’ ini adalah endemik di bandar utara Fangak, negeri Jonglei. 

WHO melalui Sheila Baya memberitahu BBC bahawa kumpulan siasatan akan memulakan proses dengan mengambil sampel daripada mereka yang dijangkiti dengan penyakit misteri ini. Selain itu, organisasi ini juga akan membuat penilaian yang merangkumi siasatan risiko.

Siasatan penyakit misteri di Sudan Selatan kali ini mencabar apabila kawasan yang bakal dikunjungi oleh pasukan WHO sedang mengalami banjir besar baru-baru ini. Para saintis terpaksa menggunakan helikopter untuk memasuki Fangak. “Kini pasukan sedang menunggu pengangkutan untuk membawa mereka ke Juba, hari ini,” katanya.

REUTERS/NJIIRI KARAGO/MEDECINS SANS FRONTIERES

Menurut Lam Tungwar Kueigwong, Menteri Tanah, Perumahan dan Kemudahan Awam negeri, banjir teruk telah menyumbang kepada peningkatan penularan penyakit seperti malaria. Selain itu, makanan yang tidak mencukupi juga menyebabkan kekurangan zat makanan kepada kanak-kanak. Ditambah pula dengan air yang tercemar dengan minyak dari ladang di kawasan sekitar sehingga menyebabkan kematian haiwan-haiwan peliharaan.

Kira-kira 835,000 orang telah terjejas akibat banjir di Sudan Selatan dengan 35,000 orang kehilangan tempat tinggal menurut PBB. Pemimpin di kawasan yang paling teruk dilanda banjir menyifatkan banjir yang terjadi di wilayah utara Sudan Selatan adalah yang paling teruk sejak 1960-an, lapor The Independent.

Badan amal antarabangsa Médecins Sans Frontires (MSF), memberitahu The Independent yang beroperasi di kawasan itu bahawa keadaan huru-hara akibat banjir kini meningkatkan tekanan ke atas kemudahan kesihatan.

ISRAELHAYOM/MARWAN ALI

“Kami sangat prihatin terhadap kekurangan zat makanan, dengan kadar kekurangan zat makanan akut yang teruk menggandakan ambang WHO, dan bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kami dengan kekurangan zat makanan yang teruk meningkat dua kali ganda sejak permulaan banjir,” katanya.

Sudan Selatan adalah sebuah negara yang besar dengan sebahagian penduduknya lebih memilih untuk tinggal di kawasan luar bandar. Di sana, kemiskinan adalah endemik dengan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk ditakrifkan sebagai miskin pendapatan kurang daripada USD$1 sehari.

Nipah mampu jadi ancaman virus baharu pernah dikesan di Malaysia pada tahun 1998. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.