BOLEH dikatakan hampir setiap peringkat usia pastinya gemar menikmati hidangan manis seperti kek ataupun aiskrim.
Selain dijadikan sebagai pencuci mulut ataupun sekadar suka-suka.
Tak mengira masa, sama ada makan di kedai atau membuat pesanan penghantar makanan, menu sebegitu tetap menjadi pilihan.
Kadang-kala, beli di kedai itu tidak salah, tetapi apa kata jika buat sendiri sahaja di rumah.
Kali ini resipi mudah yang ingin SinarPlus kongsi ialah tart Oreo.
Kepada yang runsing sekiranya tidak memiliki oven, jangan risau kerana hidangan ini anda tidak memerlukannya.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh influencer media sosial di Instagram Arianna.kitchen, hanya menggunakan lima bahan ini sudah cukup untuk membuat tart Oreo.
Bahan-bahan
200 gram Oreo
100 gram mentega
250 gram krim keju
4 sudu teh gula kastor
100 mililiter susu cair
Cara-cara
Adunan pertama
-Kisar biskut Oreo menggunakan pengisar.
-Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan biskut Oreo.
-Gaul sehingga sebati dan kemudian tuangkan ke dalam loyang. Pilih loyang yang memiliki kunci di bahagian sisi agar mudah dibuka.
Adunan kedua
-Campur krim keju, inti biskut Oreo, gula kastor dan susu cair.
-Gaul adunan sehingga sebati dan kemudian letakkan di atas adunan pertama.
-Letakkan dalam peti sejuk sekitar dua jam.
Pilihan hiasan
Boleh gunakan coklat Nutella atau taburkan biskut Oreo yang telah dikisar di bahagian permukaan atas tart.
Selamat mencuba!
Speak Your Mind