KORANG suka makan nenas atau nanas? Sebutan yang betulnya adalah nanas mengikut Kamus Dewan. Tahukah korang sebenarnya nanas mempunyai bermacam-macam manfaat kepada kesihatan? Sama ada untuk wanita, batuk, kolestrol ataupun sebagai diet.
Nanas juga pernah dianggap makanan mewah suatu masa dulu. Malah, ia turut menjadi simbol ketinggian darjat dan kelas sosial. Mengapakah nanas sangat popular?
Selain rasanya yang manis, sebenarnya, nanas mempunyai banyak khasiat yang mungkin ramai di antara kita masih tidak sedar. Selain boleh dimakan begitu sahaja, nanas juga dijadikan pelbagai produk termasuk jus, cuka, alkohol dan makanan haiwan.
Namun, khasiat nanas yang ditinkan adalah kurang berbanding nanas segar. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, nanas segar adalah lebih baik.
Minum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya. Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.
Bahan bahan
1 biji nanas
Sedikit gula batu
Sedikit kiub ais
Sedikit air sejuk
Cara penyediaan jus nanas
1. Kupas nanas, buang empulur dan matanya.
2. Kisarkan nanas dengan air sejuk, ais kiub dan gula batu hingga hancur.
3. Kemudian tuang ke dalam gelas. Enak dinikmati semasa masih sejuk.
Mudah bukan cara membuatnya? Pilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Nanas yang terlalu masak dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah dan daunnya yang layu.
Walaupun nanas mempunyai banyak khasiat terutamanya vitamin C, elakkan mengambilnya secara berlebihan keran ia akan mendatangkan kesan negatif kepada tubuh kita. Ini termasuklah cirit-birit, rasa loya, sakit pada abdomen dan pedih hulu hati.
Memang setiap makanan itu berkhasiat tetapi berpada-padalah. Bersederhanalah dalam apa jua yang kita makan. Ambil dalam kuantiti sederhana sudah memadai.
Sumber: Google