IPHONE adalah antara teknologi yang hebat dan ramai yang menyimpan impian memilikinya walaupun harganya agak mahal.
Jika ingin mendapatkan iPhone tanpa mengeluarkan belanja yang berlebihan, membeli iPhone terpakai merupakan pilihan terbaik. Namun, ada beberapa perkara yang harus diberikan perhatian sebelum membuat sebarang pembelian peranti terpakai jenama ini.
Tahukah korang bahawa ada dua jenis iPhone yang terpakai? Sama ada ia wujud sebagai unit retail atau refurbished .
Kedua-duanya tentunya dihasilkan oleh Apple. Retail adalah barang yang korang beli terus dari wakil jualan Apple sebagai peranti baru, manakala model refurbished pula yang diperbaharui. Ia biasanya ditawarkan oleh Apple sebagai model pengganti.
Apabila pemilik iPhone mengunjungi pengedar rasmi Apple kerana mempunyai masalah dari segi pembuatan, peranti tersebut ditukar.
Peranti yang ditukarkan itu akan diperbaharui atau refurbished dan dijual.
Oleh itu, korang yang berminat untuk membeli iPhone terpakai, periksa model telefon yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. Berikut adalah langkahnya;
1. Pergi ke bahagian setting
2. Klik general dan pilih about
3. Semak huruf pertama di bahagian Model Number
Tidak kira apa saja jenis iPhone yang korang gunakan, peranti iOS korang dilengkapi dengan nombor model tertentu yang bermula dengan huruf “M” atau “F”.
Semua telefon pintar Apple yang dimulai dengan huruf M adalah unit retail, manakala yang ditandai dengan N bermaksud diperbaharui atau unit refurbished.
Melalui perkongsian yang dibuat di laman Twitter @afzanvalley, terdapat juga huruf lain yang mempunyai makna berbeza iaitu:
N = iPhone replacement (gentian)
P = personal, yang ada buat ukiran (engraving) kat belakang iPhone.
Manakala 3A dan selain daripada yang disenaraikan ini bermaksudnya set iPhone itu adalah set demo.
Tidak hanya itu, korang juga berkemungkinan untuk mendapat model iPhone terbaru yang telah diperbaharui atau refurbished. Ini kerana Apple tetap menjual model baru yang mempunyai kekurangan dari segi pembuatan di mana ia memerlukan penggantian komponen tertentu.
Oleh itu, berhati-hati lah dalam membuat pembayaran untuk barangan terpakai supaya korang tidak tertipu.
Sumber: Twitter @afzanvalley
Speak Your Mind