PADA masa ini, terdapat banyak pecahan penyakit yang sering dikaitkan dengan sendi.
Memetik informasi menerusi laman web kesihatan antarabangsa, medicalnewstoday.com dan healthline.com, artritis dan osteoartritis adalah antara penyakit yang berkaitan dengan keradangan kronik pada sendi seseorang.
Kira-kira 40 peratus lelaki dan 47 peratus wanita didiagnosis menderita osteoartritis sepanjang hayat mereka.
Bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut? Berdasarkan penyelidikan ilmiah, ‘campur tangan’ diet seperti berpantang makanan dan minuman tertentu dapat mengurangkan gejala sakit sendi.
Berikut antara makanan yang perlu dijauhi untuk kesihatan sendiri seperti yang dikongsikan dalam Telegram @PetuaDankesihatan:
i) Makanan bergoreng dan makanan diproses perlu dikurangkan.
Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan.
Keputusan analisis menunjukkan, sekiranya seseorang kurang mengambil makanan bergoreng dan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk beku, ia boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.
ii) Turunkan paras toksin AGE.
Advanced Glycation End Product (AGE) merupakan sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.
AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan.
Ia bergantung pada bahagian mana terbentuknya AGE.
Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi.
iii) Kawal pengambilan gula, karbohidrat tinggi.
Jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE.
Peningkatan toksin AGE akan mencetuskan keradangan.
Oleh itu, elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis.
Selain itu, hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.
iv) Kadar pengambilan produk tenusu perlu dikawal.
Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya.
Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein berkenaan boleh menyebabkan sesetengah individu berasa rengsa pada tisu di sekeliling sendi.
Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara itu dengan mengelak daripada mengambil produk tenusu.
Jadi, cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.
Pun demikian, menghadkan beberapa jenis makanan dapat memberi manfaat kepada kepada masalah sendi dan sekali gus membantu mengurangkan tahap keradangan di dalam badan.
Antara manfaat lainnya adalah ia turut sama membantu mengawal berat badan anda!
Speak Your Mind