Archives for December 2021

Bahana Berbuka Dengan Makanan Segera

TIDAK keterlaluan untuk dikatakan, nafsu makan sesetengah orang akan lebih menjadi-jadi pada bulan Ramadan.

Ia tidak hanya merujuk kepada orang dewasa, waima kepada kanak-kanak pun.

Meskipun, dari sudut agama, bulan puasa adalah tempoh terbaik seseorang mengawal pengambilan makanan sekali gus ‘merehatkan’ usus, nampaknya hal itu tidak dianggap signifikan langsung.

Itu sebab terlalu banyak omelan daripada sesetengah pihak yang menyatakan rasa tidak puas hati tentang berat badan mereka naik mendadak meskipun 30 hari berpuasa. Tidak kurang juga yang kembali sakit.

Jadi, di manakah silapnya?

Dari hasil pembacaan SinarPlus, masalah itu sebenarnya berlaku disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak betul ketika berbuka puasa. Jika kita mengandaikan boleh menikmati segala jenis makanan terutama makanan segera selepas lebih 12 jam berpuasa, perspektif itu tidak tepat sama sekali.

Bagi mengukuhkan lagi pandangan itu, SinarPlus mendapatkan pandangan Pakar Dietetik, Klinik Kesihatan Hiliran, Kuala Terengganu, Amirulfarhan Abdul Raki.

Amirulfarhan ketika dihubungi berkata, makanan segera merujuk kepada hidangan yang tidak memerlukan masa yang lama untuk disajikan.

“Dalam erti kata mudah, ia cepat dan ringkas untuk disediakan. Antaranya seperti makanan sejuk beku, mi segera dan makanan yang diproses termasuklah makanan yang telah ditinkan,” katanya.

Amirulfarhan.

Pilihan tidak bijak

Menjelaskan lebih lanjut, Amirulfarhan berkata, terdapat tiga komponen penting yang terkandung dalam makanan segera yang berfungsi menyedapkan lagi sesuatu juadah:

i) Garam: Bagi memastikan makanan segera tahan lama, kandungan garam yang tinggi digunakan. Oleh yang demikian, jangka hayat kepada makanan jenis itu mampu disimpan dalam tempoh masa yang panjang.

ii) Lemak: Selain garam, lemak yang terdapat dalam makanan segera juga tinggi bagi membangkitkan lagi rasanya. Organ lidah sangat memainkan peranan penting kepada komponen lemak yang mempunyai tekstur yang lembut itu.

iii) Bahan perasa: Makanan segera juga ‘dihujani’ dengan aneka bahan-bahan tambahan lain seperti sos, kiub ayam, mayonis dan sebagainya.

Kepada SinarPlus, pakar itu berkata, secara matematiknya, bukanlah seseorang tidak boleh langsung menyentuh makanan segera.

“Boleh…tetapi dalam sebulan hanya satu atau dua kali sahaja. Namun, sebaik-baiknya tidak mengambilnya langsung,” tegasnya.

Hal itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang bakal menjengah sehari sahaja lagi, konsumsi makanan segera adalah satu pilihan yang tidak bijak.

“Ia memang perlu dielakkan kerana makanan segera adalah juadah yang tidak seimbang terutamanya dari segi kuantiti serat. Kena ingat, ketika berpuasa, badan kita akan kehilangan banyak air dan terhidrasi.

“Jika makanan segera diambil, ia akan memberi respons kepada otak dan perut agar memberi reaksi cepat lapar kerana hidangan itu mempunyai kandungan lemak yang berlebihan,” tuturnya.

Cetus banyak penyakit

Ujar Amirulfarhan lagi, tidak kira sama ada pada bulan puasa atau hari-hari lain, makanan serupa berupa burger, kentang goreng, sambal ikan bilis dalam tin, spageti segera malah daging cincang boleh mencetus masalah obesiti.

Misalnya, sebiji burger ayam mengandungi 381kcal kalori iaitu 46 peratus lemak, 41 peratus karbohidrat dan 13 peratus protein. Sebiji burger ayam dengan keju pula mengandungi 300kcal kalori (36 peratus lemak, 44 peratus karbohidrat dan 20 peratus protein).

“Berdasarkan kalkulasi itu, seseorang boleh obes jika jumlah kalori dan lemak yang dibakar tidak setimpal dengan jumlah kalori dan lemak yang diambil.

“1 gram lemak sahaja sudah menghasilkan sembilan kalori, manakala dengan kuantiti yang sama (karbohidrat dan protein) pula hanya empat kalori sahaja” jelasnya.

Tidak terhenti setakat di situ sahaja, jika tidak bernasib baik, seseorang juga berpotensi mendapat penyakit jantung kerana salur darah telah tersumbat akibat daripada lemak yang tidak dibakar sepenuhnya.

Berdasarkan penjelasan itu, mudah untuk dirumuskan bahawa makanan segera hanya lebih membawa mudarat kepada kesihatan, kata beliau.

“Jadi, orang ramai seharusnya bijak dalam memilih hidangan yang dimakan semasa berbuka puasa. Jangan hanya fikirkan mahu makan sedap sahaja, namun natijahnya lebih parah. Jangan sesekali mengabaikan kandungan zat dan nutrisi dalam makanan,” pesannya.

Pegawai Perubatan, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Dr Muhammad Afiq Ahmad Anuar turut menegaskan hal yang sama.

Dr Afiq.

Malah katanya, seseorang berupaya memperoleh penyakit kronik lain seperti kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi.

Ketika diwawancara, Dr Muhammad Afiq lebih menekankan tentang aspek pengambilan gula. Kegemaran orang ramai terhadap minuman berkarbonat kata beliau, perlu ditegah segera.

“Paras gula yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan berlakunya rintangan insulin hingga boleh menggagalkan insulin untuk berfungsi dengan baik.

“Sebenarnya, fungsi organ dalaman tidaklah terlalu terganggu akibat daripada pengambilan makanan segera, tetapi risiko akan bertambah untuk mereka yang berpenyakit.

“Pesakit jantung misalnya, jika mereka berlebihan makan makanan proses dan berlemak, boleh mendorong kepada arterosclerosis (plak terbentuk di dalam arteri),” jelas beliau.

Saranan

Justeru, apakah amalan pemakanan sihat yang boleh dipraktikkan semasa bulan puasa.

Berikut SinarPlus kongsikan cadangan yang disyorkan oleh portal kesihatan berwibawa, http://www.myhealth.gov.my.

  1. i) Sahur
  • Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
  • Kita digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat. Semua makanan tersebut memerlukan masa yang lama untuk dicerna (lapan jam untuk dicernakan sepenuhnya) dan mengurangkan rasa lapar.
  • Di samping itu, konsumsi makanan berprotein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan. Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antaranya seperti kekacang, soya, ayam, protein susu, daging dan ikan.
  • Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

ii) Berbuka puasa

  • Semasa berbuka puasa, kita digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
  • Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman.
  • Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan. Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan.

iii. Moreh

  • Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih dibenarkan tarawih, tetapi jangan keterlaluan.
  • Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam, kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
  • Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.

ANEKDOT

CONTOH menu harian yang dicadangkan pada bulan Ramadan (untuk dewasa):

Sahur

  • 1 – 1 ½ cawan nasi
  • 1 ekor ikan goreng
  • ½ cawan sup sayur campur dan tauhu
  • 1 biji pisang atau 3 biji kurma
  • 1 gelas air kosong
  • 1 gelas susu rendah lemak

atau

  • 1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/ hirisan pisang
  • 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem
  • 1 gelas jus oren
  • 1 gelas air kosong

Berbuka

  • 3 biji buah kurma
  • ½ cawan jus buah-buahan
  • 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk
  • 1 keping kuih

Makan malam

  • 1 ½ cawan nasi
  • 1 ekor ikan atau ayam panggang
  • 1 cawan sup petola
  • 1 biji epal merah

Moreh

  • Snek ringkas seperti roti, sandwich, kuih-muih, kekacang rebus atau buah-buahan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my.

Ibu menyesal ‘umpan’ anak makanan segera jika berjaya puasa

BAGI memberi semangat dan dorongan kepada anaknya berpuasa, Norizan Abdul Samad, 32, berkata, beliau mengambil pendekatan ‘mengumpan’ anaknya dengan ‘hadiah istimewa’.

“Apa yang saya lakukan adalah menuruti kehendaknya menikmati set makanan segera berupa burger, kentang goreng dan minuman berkarbonat jika dia dapat melengkapkan puasanya setiap hari.

“Niatnya hanyalah satu ganjaran kepada usahanya, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya,” katanya dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Ujar wanita itu lagi, anak bongsunya, Aina Umar Khusli juga sejak dari dulu lagi juga sebenarnya memang menggemari makanan segera.

Natijahnya, si kecil yang berusia tujuh tahun itu kini mempunyai berat badan mencecah 40 kilogram (kg). Pada bulan puasa, beratnya makin mencanak naik.

Angka itu sebenarnya telah melebihi berat ideal seorang kanak-kanak (berusia enam hingga sembilan tahun) iaitu 23 hingga 29kg.

“Ya, benar dia sudah dalam kategori obesiti,” katanya yang meluahkan kekesalan.

Menyambung bicara, Noriza memberitahu SinarPlus, pada bulan puasa juga, nafsu makan Aina lazimnya memang membuak-buak.

“Jika pada hari biasa, dia hanya pesan satu set makanan segera, namun pada bulan Ramadan, dia akan meminta ekstra lagi. Antaranya seperti nuget,” katanya yang sangat risau dengan perkembangan tidak sihat anaknya ditambah kanak-kanak itu memiliki penyakit asma.

“Nampaknya, pada Ramadan kali ini, saya kena lebih berwaspada dan kena betul-betul menjaga pola pemakanan Aina. Tiada lagi ganjaran berupa set makanan ringan atau segera lagi selepas ini,” katanya.

Kepada ibu bapa di luar sana, pesan Norizan, jangan jadi sepertinya yang terlalu memberi muka kepada anak sendiri.

“Dalam sesetengah hal boleh kita manjakan mereka, namun bab pemakanan, kita kena lebih tegas demi memastikan kesihatannya lebih terjamin kini dan pada masa akan datang,” katanya.

Parkinson: Lebih Ramai Warga Emas Dijangka Bakal Menghadapinya

SEHINGGA kini, terdapat lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia yang menghidap penyakit Parkinson.

Pastinya, angka tersebut dijangka akan meningkat kerana Malaysia bakal menjadi negara menua tidak lama lagi.

Bersempena Hari Parkinson Sedunia pada bulan ini, Pengarah Jualan dan Pemasaran Disposable Soft Goods Sdn Bhd, Daigo Fujiwara berkata, amatlah penting untuk kita memahami bagaimana penyakit saraf tersebut.

“Ia kerana penyakit itu boleh mendatangkan impak yang signifikan dalam kehidupan mereka yang terjejas akibatnya, terutamanya dari segi aktiviti dalam kehidupan seharian,” maklum beliau dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Berdasarkan historiografi, Parkinson adalah penyakit kemerosotan saraf berkaitan usia yang kedua paling lazim selepas penyakit Alzheimer.

Menurut Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat, ia berpunca daripada kehilangan sel-sel saraf yang menghasilkan dopamin pada bahagian otak yang mengawal pergerakan.

Ujar Daigo, dopamin adalah sejenis pemancar saraf yang menghantar mesej antara otak dan sel-sel saraf yang mengawal pergerakan.

“Peningkatan dopamin menjejaskan pergerakan pesakit Parkinson dan seterusnya menyebabkan berlakunya simptom-simptom lazim seperti menggeletar pada tangan, lengan, kaki, rahang atau kepala.

“Bukan itu sahaja, ketegangan atau kekakuan pada anggota badan dan tubuh; pergerakan yang lebih perlahan dari biasa; dan gangguan pada daya imbangan serta koordinasi juga boleh berlaku,” kongsi beliau.

Katanya, pesakit Parkinson akan mengalami kesukaran untuk mula atau berhenti bergerak dan mengawal pergerakan halus seperti menggenggam pen dan menulis serta mudah jatuh.

Mengenai ekspresi wajah, mereka juga boleh menjadi keras dan keadaan itu akan menjejaskan kebolehan mereka untuk berkomunikasi secara bukan verbal.

“Sebenarnya, kesemua simptom ini akan bermula perlahan-lahan, contohnya seseorang pesakit mungkin berasa sukar untuk bangun dari kerusi atau katil, namun keadaan akan menjadi lebih teruk jika tidak dirawat,” tambah beliau.

Pada masa sama, penghidap Parkinson juga mungkin mengalami simptom-simptom seperti berikut:

i) Kesukaran mengunyah, menelan dan bercakap.
ii) Perubahan mood seperti depresi dan bersikap acuh tidak acuh.
iii) Masalah tidur.
iv) Masalah kulit.
v) Masalah kognitif.
vi) Sembelit.
vii) Masalah urinari seperti inkontinens.

“Kesemua simptom ini boleh mendatangkan impak yang besar ke atas kualiti hidup pesakit,” tuturnya

Inkontinens urinari

Bercerita mengenai satu simptom penyakit Parkinson iaitu inkontinens urinari, keadaan itu boleh memberi impak yang besar ke atas kualiti hidup pesakit kerana tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing.

“Ini disebabkan oleh gangguan dalam komunikasi antara otak dan pundi kencing kerana paras dopamin yang rendah.

“Jenis inkontinens urinari yang mungkin dihadapi oleh pesakit Parkinson adalah desakan dan nokturia,” tambahnya lagi.

Menghuraikan lebih mendalam mengenai inkontinens urinari, Daigo memberitahu, simptom jenis desakan berlaku apabila pesakit tiba-tiba terasa ingin membuang air kecil, namun tidak dapat mengawal diri dan terkencing sebelum sampai ke tandas.

Sementara itu, nokturia pula adalah apabila pesakit perlu bangun dan membuang air kecil dengan terlalu kerap pada waktu malam semasa sedang tidur.

Sudah tentulah, inkontinens urinari boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental dan sosial seseorang.

Bukan itu sahaja, simptom berkenaan juga boleh menyukarkan penjaga.

“Mujurlah inkontinens urinari adalah sejenis masalah yang boleh diuruskan,” katanya.

Berikut saranan yang boleh dijadikan panduan untuk mengurus pesakit Parkinson dengan simptom inkontinens urinari:

1. Sebagai permulaan, pesakit boleh melatih pundi kencing mereka dengan mengamalkan rutin kerap ke tandas, contohnya selepas setiap waktu makan.
2. Elak daripada meminum sebarang minuman dalam masa dua jam sebelum waktu tidur.
3. Meminimumkan pengambilan kafein, minuman bergas dan alkohol kerana boleh merangsang penghasilan air kecil.
4. Memakai pakaian yang kurang butang atau zip dan boleh ditanggalkan dengan mudah.

Selain itu, terdapat pelbagai produk yang boleh didapati untuk mereka yang mengalami inkontinens urinari untuk membantu menguruskan masalah itu.

Ia termasuklah alas katil, pelindung tilam, sarung inkontinens lelaki, tuala wanita dan seluar inkontinens.

“Produk seperti lampin dewasa CERTAINTY khususnya, direka khas berdasarkan paras mobiliti dan tahap inkontinens urinari seseorang yang berguna terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit Parkinson dan inkontinens urinari,” tuturnya.

Berdasarkan konsep penjagaan aktiviti dalam kehidupan seharian yang mempunyai enam tahap, CERTAINTY membantu pengguna memilih jenis lampin dewasa berdasarkan tahap pergerakan pesakit.

“Setakat ini, terdapat empat jenis lampin dewasa CERTAINTY iaitu CERTAINTY DryPants dan CERTAINTY SuperPants dikhususkan untuk mereka yang boleh berjalan dan bergerak dengan mudah atau dengan bantuan pergerakan yang minimum.

“CERTAINTY MaxPants pula adalah untuk pesakit yang memerlukan bantuan untuk bergerak manakala CERTAINTY Tape direka khas untuk pesakit yang terlantar di katil,” kongsi Daigo.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsep penjagaan aktiviti dalam kehidupan seharian, sila layari laman web www.certainty.com.my atau Facebook CERTAINTY di certaintymalaysia.

Chicken Roll Wrap Mudah Dan Sedap, Sesuai Untuk Yang Diet

Chicken Roll Wrap mudah dan sedap sesuai untuk yang diet

JIKA selalu makan nasi setiap hari, pasti jemu juga kan?

Apa kata sekali sekala tukar menu korang kepada Chicken Roll Wrap sihat ini.

Bukan sahaja mudah dibuat, malah ia menjimatkan wang korang.

Kalau beli di luar untuk seisi keluarga pasti memakan belanja yang besar.

Jadi, lebih baik buat sendiri di rumah. Memang senang dan sedap!

RESIPI CHICKEN ROLL WRAP

Bahan untuk wrap:

✓ 6 keping wrap

✓ Mayonis

✓ EB Frozen Food Chicken Roll

✓ 1 sudu kecil serbuk lada hitam

✓ 1/2 sudu kecil garam halus

✓ 2 sudu besar olive oil

✓ Sos cili

Bahan untuk salad:

✓ Daun salad, hiris sederhana kecil

✓ 8 biji ceri tomato, dibelah dua

✓ Lobak merah, diparut kasar

✓ 1 batang timun jepun

Bahan untuk kuah salad:

✓ 3 sudu besar minyak zaitun

✓ 3 besar madu

✓ 3 sudu besar perahan jus lemon

✓ Secubit garam

✓ Sedikit serbuk kasar lada hitam

Chicken Roll Wrap mudah dan sedap, sesuai untuk yang diet

 Cara untuk balutan salad:

1. Panaskan roti wrap di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.

2. Sudukan salad ke atas roti wrap dan susun memanjang.

3. Susun EB Frozen Food Chicken Roll mengikut pilihan – Original, Salted egg atau Cheesy.

4. Perisakan dengan mayonis dan sos cili kemudian balut  dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

Semoga bermanfaat!

Puasa Bukan Tiket Mudah Untuk Kurus

ADA bulan Ramadan, lazimnya ramai di antara kita memasang impian untuk menurunkan berat badan.

Ia disebabkan jadual pola pemakanan kita jauh berubah berbanding pada hari-hari biasa.

Kita hanya bersahur dan 12 hingga 13 jam selepas itu, barulah kita berbuka puasa.

Namun demikian, ramai yang hampa matlamat berkenaan tidak tercapai.

Lebih mengecewakan, ada sesetengah individu merungut bahawa berat badan mereka menjadi semakin bertambah sebaik tamat bulan puasa.

Di manakah silapnya dan apa yang tidak kena?

Bagi mendapatkan jawapan, SinarPlus mengajukan persoalan itu kepada Pakar Pemakanan, Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Lin.

Yap Pau Lin.

Ujar Pau Lin, berat badan seseorang sama ada semakin naik atau turun adalah bergantung kepada jumlah pengambilan tenaga atau kalori sepanjang hari.

“Jika jumlah makanan yang dimakan semasa hari berpuasa sama seperti hari-hari biasa, berat badan pasti akan kekal sama.

“Sebaliknya, jika jumlahnya berkurang, tetapi mereka menikmati makanan tambahan seperti snek, kuih-muih, buah-buahan, pencuci mulut dan minuman bergula atau mengandungi susu selain lauk-lauk yang berlemak juga akan meningkatkan jumlah kalori,“ jelasnya.

Akhirnya, berat badan akan kekal sama atau kadangkala akan semakin bertambah!

Stor glukosa

Menerangkan lebih lanjut, pakar pemakanan itu berkata, semasa berpuasa, glukosa atau gula dalam darah akan berkurangan disebabkan ia telah digunakan sebagai sumber tenaga pertama untuk sel-sel dan organ-organ badan berfungsi.

“Jika gula dalam darah tidak mencukupi untuk membekalnya ke organ-organ badan, otak akan terus memberi isyarat kepada hati yang berfungsi sebagai stor untuk glukosa. Hati kemudiannya berperanan untuk membekalkan gula ke dalam darah dan pada masa sama dihantar ke organ-organ lain,“ katanya.

Proses itu sekali gus menyaksikan tubuh badan akan tetap berfungsi seperti biasa walaupun seseorang tidak menjamah sebarang makanan.

Beritahu Pau Lin lagi, selepas berbuka puasa dan bersahur, gula akan ditambah semula ke dalam stor hati.

“Jadi, makan makanan yang seimbang dan mencukupi pada dua waktu tersebut (berbuka dan sahur) sangat penting sepanjang Ramadan.

“Namun, bagi sesetengah individu yang menghidapi penyakit kencing manis, sistem badan mereka yang mengawal dan membekal glukosa tidak sensitif seperti orang biasa. Justeru, pemantauan lebih rapi oleh pesakit kencing manis kena lebih teliti,“ ujarnya lagi.

Daripada fakta yang dihuraikan itu, jelas Pau Lin, sememangnya puasa selama sebulan tidak menjamin seseorang itu boleh kurus.

“Silapnya cuma satu iaitu kaedah memilih makanan yang kurang tepat,“ katanya.

Dalam pada itu, ramai yang seolah-olah ‘menuding jari’ tentang kepelbagaian makanan di Malaysia yang telah membuatkan ramai rambang mata.

“Ia tidak salah, tetapi kecenderungan orang ramai yang lebih gemar memilih  sajian berminyak, berlemak dan mengandungi gula yang tinggi.

“Cara memasak juga lebih kepada kaedah menggoreng, menggunakan santan, kerisik, krim, mentega atau marjerin. Ditambah dengan sos yang sememangnya mempunyai kalori yang tak diperlukan oleh badan.

“Orang ramai kena peka dan tahu, makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi akan merencatkan diet kita. Gula putih, gula perang, madu, susu pekat, sirap, coklat atau krim melimpah dalam setiap masakan, semuanya tidak berapa elok jika berlebihan,“ tegasnya.

Sekiranya kuantiti menu yang diambil dalam kuantiti yang besar juga meskipun tidak mempunyai kalori yang tinggi, boleh menyumbang kepada masalah berat badan.

Senam sebelum sahur

Ujar Pau Lin, bukan tidak boleh langsung menyentuh makanan yang lazat yang sedia terhidang di depan mata, namun semuanya perlu dikawal.

Berikut panduan yang terbaik bagi mengawal saiz hidangan seperti yang disyorkan oleh pakar berkenaan:

i) Elak sediakan atau membeli makanan secara berlebihan.

Rancang setiap menu yang ingin dimakan dan memadai menikmati juadah bersaiz yang kecil.

ii) Amalkan konsep suku-suku separuh.

Praktikkan amalan suku pinggan makanan berkanji, suku pinggan makanan protein dan separuh pinggan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, letakkan makanan dalam pinggan sebelum mula makan dan elak menambah makanan.

iii) Tentukan masa dan jumlah untuk makan makanan sampingan.

Hadkan masa untuk menjamah snek, makanan ringan atau buah-buahan. Elakkan juga kekerapan mengunyah snek selepas iftar.

Adakah senaman yang konsisten pada bulan puasa dapat memberi berita gembira kepada mereka yang mahu turunkan berat badan?

Menjawab pertanyaan itu, Pau Lin berkata, terdapat beberapa pilihan waktu yang dicadangkan.

Berikut adalah perinciannya:

1. Senaman awal pagi selepas matahari terbit.

Baik: Badan akan berasa lebih cergas untuk waktu pagi.

Buruk: Jika bersenam selepas sahur, badan menggunakan kalori daripada makan sahur. Oleh itu, badan akan mengalami kekurangan tenaga sepanjang hari jika senaman berlebihan dilakukan.

2. Senaman lewat petang sebelum berbuka.

Baik: Membantu untuk membakar lemak berlebihan kerana badan menggunakan sumber daripada lemak jika gula dalam darah dan hati tidak cukup untuk membekal tenaga semasa bersenam.

Buruk: Mengalami masalah kurang tenaga semasa senaman, berasa pening atau menyebabkan gula dalam darah berkurangan jika senaman berlebihan dilakukan.

3. Senaman waktu malam selepas berbuka.

Baik: Menggunakan kalori daripada makanan yang dimakan ketika berbuka puasa. Senaman yang dilakukan akan mengelakkan kalori berlebihan disimpan sebagai lemak dalam badan dan lebih bertenaga untuk buat senaman yang berintensiti lebih tinggi.

Buruk: Jika seseorang terus bersenam selepas berbuka puasa, proses itu akan mengganggu penghadaman makanan.

“Daripada semua itu, saya sarankan seseorang bersenam sebelum sahur atau dua hingga tiga jam selepas berbuka puasa selama 30 hingga 40 minit, selain memberi fokus kepada senaman yang berintensiti rendah ke sederhana seperti joging, zumba ringan, berbasikal dan lain-lain.

“Namun, jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu antara lapan hingga 10 gelas atau 2 hingga 2.5 liter dalam sehari,“ pesannya.

Tidur selepas sahur

Sementara itu, Pakar Pembedahan Am dan Pembedahan Saluran Gasto-Usus Atas, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Yeap Chee Loong mempunyai perspektifnya sendiri.

Dr Yeap Chee Loong.

Ketika diwawancara SinarPlus, beliau menyentuh tentang tabiat tidur selepas bersahur.

“Tidur selepas sahur sangat tidak digalakkan kerana akan memberi kesan dan bakal membahayakan kesihatan.

“Ini kerana makanan memerlukan masa selama dua hingga empat jam untuk melalui proses pencernaan. Jika seseorang memilih untuk tidur dalam tempoh masa itu, proses pencernaan akan terganggu, begitu juga dengan penyerapan nutrien.

“Makan makanan yang telah dimakan ketika sahur juga tidak mampu menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh,“ tambahnya.

Selain itu, terdapat beberapa kesan sampingan lain. Antaranya adalah:

i) Risiko kegemukan.

Tidur selepas makan akan mendorong kepada peningkatan berat badan.

“Lebih-lebih lagi jika makan makanan bergoreng, berlemak dan manis lebih pada hari biasa. Makanan itu semua akan menyebabkan tubuh badan tidak dapat mencerna dengan baik dan nutrisi makan yang dimakan akan berkumpul menjadi lemak pada tubuh,“ jelas beliau.

ii) Cepat lapar.

Bukan itu sahaja, amalan tidur semula selepas sahur akan menjadikan makanan yang dimakan itu tidak dapat diproses dengan sempurna.

“Sebahagian besar nutrien akan bertukar ke simpanan lemak dengan amat cepat. Ini akan membuatkan seseorang itu merasa lapar dengan cepat seawal jam 10 pagi,“ beritahunya.

iii) Gangguan kepada saluran pencernaan.

Posisi berbaring sewaktu tidur juga boleh menyebabkan gangguan kepada proses pencernaan makanan.

“Masalah refluks esophagitis boleh berlaku dan ini amat merisaukan yang mana bahagian bawah esophagus boleh terdedah kepada pengaliran asid perut.

“Keadaan itu secara tidak langsung akan mengganggu proses pencernaan makanan tidak dapat dilakukan dengan sempurna ketika tidur,“ katanya.

Sebagai seorang doktor prihatin, pakar pembedahan itu berpesan kepada semua umat Islam agar jangan sesekali meninggalkan sahur.

“Kesannya, ia akan merangsang kepada tahap metabolisme rendah sehingga waktu berbuka tiba,“ ujar beliau.

Misi Mohd Ikbar turunkan berat badan gagal

HANYA dua minggu sahaja, berat badan Mohd Ikbar Muhaimin Ahmad, 28, bertambah sebanyak 3 kilogram.

Kata Mohd Ikbar, beliau sangat terkejut melihat transisi itu kerana dirinya memang memasang matlamat mahu menurunkan berat badan sempena Ramadan yang mulia ini.

Kalau diikutkan berat asalnya adalah 77 kilogram dan misinya mahu turun kepada 70kg.

“Saya memang berhajat mahu kurus sedikit pada bulan puasa ini, tetapi sebaliknya yang berlaku,“ katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Pun demikian, Mohd Ikbar mengakui tentang kesilapan tabiat pemilihan makanannya ketika berbuka dan bersahur.

“Saya makan umpama tiada hari esok. Saya akan membeli kuih-muih, roti, aneka nasi dan air di bazar pada setiap hari. Saya seboleh-bolehnya akan menghabiskan makanan tersebut. Bimbang membazir,“ ujar lelaki yang berasal dari Ipoh, Perak itu.

Apabila bersahur pula, beliau akan mula makan pada pukul 4 pagi.

“Seusai itu, saya akan tidur seketika sementara menunggu masa untuk menunaikan solat Subuh dan bersiap ke tempat kerja,“ tambahnya.

Melihat kepada rutin itu, Mohd Ikbar mengakui, pendekatan yang dilakukannya bukan sahaja tidak betul, malah memudaratkan kesihatan dan misinya untuk kurus pasti tidak akan tercapai.

“Selepas mendapat nasihat daripada rakan sekeliling, pada minggu-minggu terakhir ini, saya cuba untuk mengubah corak pemakanan dan gaya hidup Ramadan saya.

“Pertama sekali, saya akan elak minum air manis. Selain itu, saya cuba terapkan dalam diri agar bersederhana dalam apa sahaja dilakukan terutama ketika menikmati makanan,“ katanya.

Laksam Hispter Ceria Sungguh Warnanya. Ikut Sukatan Cawan Sahaja, Serius Sedap

Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap

LAKSAM, menu Pantai Timur yang popular. Setiap suapan laksam mengandungi mi laksam yang bertekstur lembut, kuah daripada ikan serta hirisan ulam-ulaman. Rasanya sungguh enak hingga sukar untuk ditolak.

Ia juga sering menjadi pilihan untuk dijadikan juadah terutama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menjelang minggu terakhir Ramadan ini, boleh lah korang cuba-cuba resipi laksam untuk dijadikan sajian berbuka puasa.

Kalau menjadi, bolehlah dijadikan menu untuk hari raya nanti. Ringkas sahaja cara pembuatan laksam. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Ada Suhaq ini. Sangat menarik kerana laksam dimasak pelbagai warna. Jom cuba!

Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap
Foto: FB Ada Suhaq

Bahan-bahan laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
1/2 sudu kecik garam
3 sudu mkn minyak masak

Cara penyediaan

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang. Jika tiada loyang, boleh guna tudung periuk.
2. Campur semua bahan menjadi bancuhan dan kacau sebati.
3. Asingkan bancuhan ke dalam tiga bekas yang berlainan dan letakkan tiga pewarna berbeza.
4. Sapukan sedikit minyak pada permukaan loyang.Tuangkan bancuhan tepung dalam anggaran tiga senduk kecil.
5. Kukus selama lima hingga lapan minit. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga dialirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
6. Gulung laksam dan ulangi langkah sehingga bancuhan tepung habis.
7. Gunting atau potong laksam setebal setengah inci sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan kuah laksam

1/2 kg ikan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
3 keping asam jawa
Seketul gula melaka
Santan daripada 1 biji kelapa

Cara penyediaan
1. Rebus ikan bersama sedikit air. Air sedikit sahaja, anggaran tenggelamkan ikan sahaja.
2. Masukkan sekeping asam keping, setengah inci halia dan sedikit garam. Rebus lebih kurang selama 15 minit.
3. Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
4. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.
5.Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan biarkan sehingga mendidih.
6. Kemudian masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan ini akan menyebabkan kuah jadi kurang sedap. Memadai cuma selama lima minit.
7. Hidangkan bersama laksam dan ulam ulaman

Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap
Foto: FB Ada Suhaq

Bahan untuk sambal belacan:

5 biji cili merah
10 biji cili padi
2 biji jus perahan limau nipis
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan

Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk ulam-ulaman

Kacang panjang
Bunga kantan
Timun
Daun kesum
Taugeh
Bawang besar
Limau kasturi
Kubis

Cara penyediaan
Semua bahan dicuci bersih dan dihiris halus.

Mudah kan cara penyediaan laksam? Walaupun diberi nafas baru dengan sedikit warna, rasa laksam tetap sama tidak berubah malah memberi lebih keceriaan di pagi raya.

Sumber:  Ada Suhaq / Resepi Che Nom

Jus Nanas Mudah Disediakan, Penuh Khasiat. Sedap Dan Segar!

Jus nanas mudah disediakan, penuh khasiat. Sedap dan segar!

KORANG suka makan nenas atau nanas? Sebutan yang betulnya adalah nanas mengikut Kamus Dewan. Tahukah korang sebenarnya nanas mempunyai bermacam-macam manfaat kepada kesihatan? Sama ada untuk wanita, batuk, kolestrol ataupun sebagai diet.

Nanas juga pernah dianggap makanan mewah suatu masa dulu. Malah, ia turut menjadi simbol ketinggian darjat dan kelas sosial. Mengapakah nanas sangat popular?

Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap

Selain rasanya yang manis, sebenarnya, nanas mempunyai banyak khasiat yang mungkin ramai di antara kita masih tidak sedar. Selain boleh dimakan begitu sahaja, nanas juga dijadikan pelbagai produk termasuk jus, cuka, alkohol dan makanan haiwan.

Namun, khasiat nanas yang ditinkan adalah kurang berbanding nanas segar. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, nanas segar adalah lebih baik.

Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap

Minum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya. Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.

Bahan bahan

1 biji nanas
Sedikit gula batu
Sedikit kiub ais
Sedikit air sejuk

Cara penyediaan jus nanas

1. Kupas nanas, buang empulur dan matanya.
2. Kisarkan nanas dengan air sejuk, ais kiub dan gula batu hingga hancur.
3. Kemudian tuang ke dalam gelas. Enak dinikmati semasa masih sejuk.

Cara penyediaan jus nanas

Mudah bukan cara membuatnya? Pilih nanas yang masak iaitu yang berwarna kuning terang. Elakkan juga membeli nanas yang sudah layu kerana terlalu masak. Nanas yang terlalu masak dapat dilihat daripada keadaan kulitnya yang berkedut, merekah dan daunnya yang layu.

Walaupun nanas mempunyai banyak khasiat terutamanya vitamin C, elakkan mengambilnya secara berlebihan keran ia akan mendatangkan kesan negatif kepada tubuh kita. Ini termasuklah cirit-birit, rasa loya, sakit pada abdomen dan pedih hulu hati.

Memang setiap makanan itu berkhasiat tetapi berpada-padalah. Bersederhanalah dalam apa jua yang kita makan. Ambil dalam kuantiti sederhana sudah memadai.

Sumber: Google

Sakit Perut, Pedih Hulu Hati Ketika Berpuasa. Elak Makanan Pedas Termasuk Kopi

Sakit perut, pedih hulu hati ketika berpuasa. Elak makanan pedas termasuk kopi

SAKIT perut ketika berpuasa bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ini disebabkan sesetengah individu mengalami perut meragam ketika menjalani ibadah bulan Ramadan.

Keadaan tersebut sudah pasti membuatkan kita jadi tidak selesa.

Kadangkala bukan sahaja ketidakselesaan dalam perut, malah pedih hulu hati, kejang perut, kerap bersendawa (masam), loya dan muntah dan rasa panas pada dada (heartburn).

Sebenarnya apakah punca berlakunya sakit perut ini?

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, simptom tersebut adalah tanda-tanda mengalami dyspepsia.

“Dyspepsia adalah kondisi pencernaan terjejas. Ada beberapa punca berlaku dyspepsia seperti gastritis, peptic ulcer disease, atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

“Gejala dyspepsia secara umum mudah berlaku ketika berpuasa kerana perut kosong, tetapi perut tetap merembeskan asid. Ada orang, perutnya sangat sensitif dengan asid,” kongsi beliau di Facebook.

Jadi, buat korang yang kerap mengalami dyspepsia sepanjang berpuasa . Ikuti tip berikut:

ELAKKAN

1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Minum kopi, teh, minuman berkarbonat.
3. Makan juadah pedas dan berminyak.
4. Ambil NSAID (ubat tahan sakit) berterusan.
5. Makan terlalu banyak semasa berbuka.
6. Baring atau tidur selepas berbuka atau sahur.
7. Makan terlalu hampir waktu tidur.

Sakit perut, pedih hulu hati ketika berpuasa. Elak makanan pedas termasuk kopi

AMALKAN

1. Berbuka awal(tak usah tangguh).
2. Sahur lewat (bukan sebelum tidur).
3. Makan porsi kecil dan berulang.
4. Sahur dengan makanan tinggi serat.
5. Tidur yang mencukupi.
6. Minum air kosong secukupnya.
7. Bertenang (kurangkan stress)

Pun begitu, segera berjumpa doktor sekiranya keadaan tidak beransur pulih dan mengalami:

1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.

2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.

3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.

4. Perlukan MC? Namun, doktor akan hanya beri jika korang benar-benar layak.

Semoga bermanfaat!

Memang Tak Cukup Sebalang, 8 Resipi Biskut Guna Coklat Cadbury Yang Sedap Tak Terkata

NAMPAKNYA sudah ramai antara kita yang mula bercuti sempena mahu menyambut Syawal yang akan diraikan empat hari lagi.

Jadi, apa kata kita beramai-ramai ‘berkampung’ di dapur dengan membuat kuih raya.

Ya, faham, ramai yang bersedih lantaran tidak dapat pulang ke kampung. Namun mahu atau tidak, kita kena terima hakikat perit itu demi keselamatan bersama.

Daripada seleksi kuih raya, SinarPlus dapati ramai dalam kalangan kita memilih untuk membuat biskut berasaskan coklat.

Seperti biasa, untuk mendapatkan rasa yang premium, coklat Cadbury akan menjadi pilihan.

Itu sebab setiap kali Ramadan atau lebih tepat pada minggu terakhir Ramadan, coklat Cadbury di rak-rak pusat beli-belah memang sold out!

Penulis pun kecewa kerana kunjungan ke beberapa kedai semalam menemui jalan hampa apabila coklat jenama itu kehabisan. Namun, nasib baik memang ada simpan stok lebihan sebelum bulan puasa lagi.

Membelek laman web Cadbury Malaysia (resipiraya.cadburyoreo.com.my), mereka telah menyenaraikan beberapa jenis kuih menggunakan coklat jenama mereka.

Bukan sahaja resipi popular seperti Almond London, tetapi ada 7 jenis lagi resipi yang rare yang boleh dicuba. Peri pentingnya, memang senang nak buat!

Menariknya lagi, kita boleh beramal apabila Cadbury Dairy Milk mengajak semua rakyat Malaysia menyediakan kuih raya dari hati dan menyumbang kepada komuniti yang memerlukan menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, sila kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Berikut SinarPlus kongsikan 8 resipi berasaskan coklat Cadbury yang wajib kita cuba bagi menyemarakkan semangat lebaran.

1. BISKUT CHEESE CADBURY

Bahan-bahan A

200 gram mentega
80 gram shortening
100 gram PHILADELPHIA cream cheese
90 gram gula aising
1 biji kuning telur – gred A
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan B

280gram tepung gandum
180gram tepung jagung

Bahan-bahan C

75 biji CADBURY DAIRY MILK NEAPS 4.5G
1 biji putih telur – untuk disapu atas doh

Cara-cara:

-Di dalam mangkuk pengadun, satukan bahan A lalu pukul hingga semua bahan lembut dan sebati.

-Ayak bahan-bahan B kemudian masukkan dalam mangkuk pengadun, gaul sebati menjadi doh yang lembut.

-Balut doh dengan plastik cling dan sejukkan dalam petisejuk selama 15 minit.

-Keluarkan doh and guli. Terap mengikut saiz CADBURY DAIRY MILK NEAPS dan susun di dalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentega atau dialas dengan parchment paper.

-Bakar biskut dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150-160°C selama 20-25 minit. Letak dulang pembakar di rak tengah.

-Keluarkan biskut dari ketuhar, sapu sedikit putih telur di atas biskut kemudian susun coklat CADBURY di atas biskut dan bakar semula selama 10 minit dengan suhu 140°C.

Nota:
Hidangan : 6-8 orang
Masa penyediaan : 25 minit
Masa memasak/membakar : 30-35 minit

2. KEK BATIK COKLAT CADBURY

Bahan-bahan A (kek)

400 gram biskut McVitie’s Digestive – patah-patahkan
250 gram biskut OREO Cookies Original – buang krim & patah-patahkan
200 gram mentega
1 ½ cawan serbuk koko
½ cawan susu pekat manis
½ cawan air panas
1 biji telur – gred A
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan B (ganache)

200gram krim putar
2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)
1 sudu makan mentega
1 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan C (hiasan)

1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT – potong kasar

Cara-cara:

-Di dalam kuali, satukan susu pekat manis, serbuk koko dan mentega. -Cairkan hingga semua bahan sebati.

-Masukkan air panas, telur dan esen vanila. Kacau hingga bancuhan berkilat.

-Masukkan biskut McVitie’s Digestive dan OREO sedikit demi sedikit dan gaul rata.

-Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan parchment paper lalu mampatkan.

-Sejukkan dalam petisejuk selama sejam.

-Sementara itu, untuk membuat ganache (topping); Panaskan krim putar dalam microwave selama 1 minit. Masukkan cincangan coklat CADBURY, mentega dan esen vanila. Kacau hingga semua bahan sebati.

-Keluarkan kek dari peti sejuk, buang parchment paper. Tuang ganache tadi dan ratakan atas kek. Hias kek dengan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT yang di potong kasar.

Nota:
Hidangan : 4-6 orang
Masa penyediaan (termasuk penyejukan) : 1 jam 35 minit
Masa memasak (ganache) : 10 minit

3. TART COKLAT CADBURY

Bahan-bahan

250gram mentega
250gram tepung gandum
50gram gula aising
100gram tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
25 biji CADBURY DAIRY MILK NEAPS 4.5G
Kuning telur + sedikit pewarna oren/kuning – untuk disapu atas doh

Cara-cara:

-Di dalam mangkuk pengadun, menggunakan spatula, pukul mentega, gula aising dan esen vanila hingga sebati.
-Ayak semua jenis tepung lalu masukkan ke dalam adunan tadi. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.
-Terap doh ke dalam loyang menggunakan acuan tart gulung.
-Letakkan CADBURY DAIRY MILK NEAPS ke dalam doh lalu gulung dengan kemas.
-Letakkan tart coklat CADBURY dalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan mentega atau alas dengan parchment paper.
-Sapu campuran kuning telur dan pewarna oren/kuning di atas doh.
-Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau hingga biskut kekuningan.

Nota:
Hidangan : 4-6 orang
Masa penyediaan : 30 minit
Masa memasak/membakar : 15-20 minit

4. SEMPERIT COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

250 gram mentega
400 gram tepung jagung
1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) – cairkan
½ cawan susu pekat manis
3 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepung kastard
½ sudu makan tepung beras
1 biji kuning telur – gred A
1 sudu teh esen vanila
Manik gula – untuk hiasan

Cara-cara:

-Di dalam mangkuk pengadun, dengan menggunakan spatula, pukul mentega, susu pekat manis dan esen vanila hingga sebati (jangan terlebih pukul).
-Masukkan separuh CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) yang telah dicairkan. Kacau sebati.
-Masukkan serbuk koko, tepung jagung, tepung kastard dan tepung beras yang kesemuanya telah diayak terlebih dahulu. Gaul sebati.
-Terap doh mengikut acuan membentuk bunga dahlia. Hias dengan manik gula.
-Bakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 20-25 minit.

Nota:
Hidangan : 4-6 orang
Masa penyediaan : 30 minit
Masa memasak/membakar : 25 minit

5. COOKIES COKLAT CADBURY

Bahan-bahan:

250gram mentega
3 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan gula perang
1 cawan minyak sayur
½ cawan serbuk koko
½ cawan serbuk badam kisar
2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT atau CADBURY DAIRY MILK ROAST ALMOND – cincang kasar
1 biji telur – gred A
1 sudu makan susu segar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanila
Cincangan badam (untuk hiasan)

Cara-cara:
-Ayak tepung gandum, bersama serbuk koko, cream of tartar, soda bicarbonate dan baking powder, ketepikan.
-Dalam mangkuk pengadun, pukul gula perang bersama mentega hingga sebati.
-Masukkan telur bersama esen vanila. Masukkan minyak. Pukul sederhana.
-Masukkan campuran tepung dan serbuk badam kisar. Gaul sebati.
-Masukkan CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT atau CADBURY DAIRY MILK ROAST ALMOND lalu gaul rata.
-Balut adunan yang dah siap dengan plastic wrap, sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
-Keluarkan doh, sudukan doh ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan parchment paper dan meghias dengan cincangan badam.
-Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15-20 minit atau hingga biskut masak.
-Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Nota:
Hidangan : 4-6 orang
Masa menyediakan : 25 minit dan 1 jam penyejukan
Masa membakar : 15-20 minit

6. KEK CHEESE LELEH COKLAT CADBURY

Bahan-bahan A

1 ½ cawan tepung naik sendiri – ayak
½ cawan air panas
½ cawan minyak sayur
2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan gula kastor
2 sudu makan serbuk koko
2 biji telur – gred A
1 sudu makan mentega
1 sudu teh esen vanila
Keju cheddar KRAFT secukupnya – untuk hiasan
1 bar (160gram) CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST – untuk hiasan & cincang

Bahan-bahan B:

250gram PHILADELPHIA cream cheese
½ cawan susu pekat manis
¼ cawan susu segar
1 sudu makan jus lemon

Cara-cara:

-Satukan CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN) bersama mentega lalu cairkan dengan kaedah ‘double boil’.
-Pukul telur bersama gula dan susu pekat manis hingga kembang dan lembut.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan minyak. Gaul sebati.
-Masukkan coklat CADBURY yang telah dicairkan, serbuk koko, air panas dan esen vanila lalu gaul sebati.
-Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas.
-Kukus kek selama 25-30 minit atau hingga masak dan sejukkan.
-Sementara itu, pukul PHILADELPHIA cream cheese bersama susu pekat manis hingga agak lembut dan kembang. Tuang susu segar dan jus lemon lalu pukul lagi hingga sebati.
-Tuang adunan cream cheese ke atas kek yang dah sejuk tadi. Tabur parutan keju cheddar KRAFT dan cincangan CADBURY DAIRY MILK BLACK FOREST.
-Sejukkan.

Nota:
Hidangan : 4-6 orang
Masa penyediaan : 30 minit
Masa memasak/mengukus : 25-30 minit

7. CORN FLAKES CRUNCHY COKLAT CADBURY

Bahan-bahan

300gram mentega
250gram tepung gandum
100gram KELLOGG’S® CORN FLAKES – ramas kasar
50gram cincangan badam
150gram gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur – gred A
2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK HAZELNUTS – cincang kasar

Cara-cara:

-Di dalam mangkuk, pukul mentega bersama gula perang, telur dan esen vanila menggunakan spatula kayu, kacau sebati.
-Masukkan tepung gandum yang telah diayak diikuti KELLOGG’S® CORN FLAKES, cincangan badam dan CADBURY DAIRY MILK HAZELNUTS. Gaul sebati.
-Ambil sedikit adunan tadi, bulat-bulatkan lalu golekkan atas lebihan corn flakes yang telah diramas kasar dan susun di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
-Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180°C selama 15-20 minit atau hingga biskut perang. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Nota:
Hidangan : 4-6 orang
Masa penyediaan : 15 minit
Masa memasak/membakar : 15-20 minit

8. ALMOND LONDON COKLAT CADBURY

Bahan-bahan A

300gram tepung kek
170gram mentega
60gram gula kastor
20gram serbuk badam kisar
Cincangan badam panggang – untuk hiasan

Bahan-bahan B

2 bar (320gram) CADBURY DAIRY MILK CHOCOLATE (PLAIN)

Bahan-bahan C

1 bar CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT – potong kecil

Cara-cara:

-Pukul mentega bersama gula kastor hingga sebati.
-Masukkan tepung kek dan serbuk badam kisar. Gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
-Ambil sedikit doh, leperkan lalu letakkan potongan CADBURY DAIRY MILK FRUIT & NUT atau CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT ke dalam doh tadi. Kemaskan doh dan bentukkan menjadi lonjong.
-Bakar doh dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit. Sejukkan biskut.
-Sementara itu, cairkan bahan B menggunakan kaedah ‘double boil’ hingga licin dan berkilat.
-Celup biskut yang telah disejukkan tadi ke dalam coklat lalu buang lebihan coklat dan letakkan biskut ke dalam cawan kertas. Hias dengan cincangan badam panggang.

Hidangan : 4-6 orang
Masa penyediaan : 35 minit
Masa memasak/membakar : 20 minit

Selamat mencuba!

Badan Lesu Bangun Tidur, Alami Gatal-Gatal. Sila Ambil Perhatian Kebersihan Tilam

MUNGKIN ada dalam kalangan kita terlupa akan kebersihan tilam yang digunakan hampir setiap hari.

Kesibukan tugas harian kadangkala menyebabkan kita alpa untuk mengambil peduli tentang kepingan pelapik tidur yang empuk itu.

Tilam salah satu keperluan wajib ada di setiap kediaman. Harga dan tahap keempukannya bergantung pada material yang digunakan.

Bagaimana tilam di kediaman korang, adakah ia dalam keadaan baik? Nak tahu cara terbaik membersihkannya? Jom ikuti tip ringkas ini.

1. Gunakan pelapik tilam (mattress cover) untuk melindungi tilam. Pilih pelapik yang boleh dicuci dan mudah ditukar ganti.

Kini terdapat pelbagai jenis pelapik tilam di pasaran. Ada yang direka untuk mengurangkan alahan debu dan tungau, malah ada juga mengurangkan keperluan untuk memvakum tilam.

2. Debu, bulu dan tungau boleh berkumpul di sebalik keempukan tilam. Kadangkala jelas kelihatan debu dan kotoran pada tilam.

Cara mudah, vakum tilam menggunakan muncung penyedut khas untuk upholsteri pada penyedut hampa gas. Jika ada antara ahli keluarga yang alergi terhadap habuk, maka korang perlu vakum atau menukar pelapik tilam lebih kerap.

3. Guna sabun khusus untuk menanggalkan kotoran atas permukaan tilam atau campurkan cecair pencuci serba guna dengan air paip sehingga ia menghasilkan buih.

Buih tersebut hanya pada kesan kotoran dengan menggunakan span. Kemudian bersihkan bahagian itu dengan span kering yang dicelup air panas. Biarkan sehingga ia benar-benar kering.

4. Setiap enam bulan sekali, tukarkan permukaan tilam depan dan belakang. Cara paling mudah melekatkan kertas tertulis tarikh permukaan tilam ditukar pada penjuru tilam sebagai peringatan.

Bilakah kita perlu menggantikan tilam?
Tiada jadual tepat, akan tetapi korang perlu peka pada beberapa petanda yang menunjukkan ia rosak dan tidak mampu memberikan fungsi maksimum. Antaranya:
– Rasa tidak selesa apabila baring dan sebaik sahaja bangun tidur esok paginya otot terasa penat dan sakit.

– Kesan haus pada tilam yang ditandai dengan kesan melorot atau benjolan padanya. Ketika bangun korang boleh dengar spring tilam berbunyi.

– Badan masih tidak selesa walaupun sudah berkali-kali cuba menyesuaikan posisi atas permukaan tilam.

– Menderita alergi dan gatal-gatal pada kulit. Sekiranya, tempoh tilam suda, maka segera menukarnya. Najis tungau boleh mencapai dua kali ganda berat tilam dalam masa 10 tahun walaupun suasana kamar tidur bersih.

– Tubuh menjadi lebih sensitif seiring peningkatan usia. Ia boleh menyebabkan kegelisahan dan masalah tidur, sekali gus memberikan impak buruk pada kesihatan. Jika tilam telah berusia lebih 10 tahun, tiba masanya korang menukar tilam baharu.

5. Cara membersihkan tilam yang dikotori kencing anak kecil. Tidak semestinya gara-gara tompokan air kencing kita perlu membuang tilam tersebut.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengembalikan seri tilam dan membuang bau hancing dan kesan tompok.
– Serap sebanyak mungkin air kencing dengan tuala kertas atau tuala lama. Hati-hati untuk tidak menekan terlalu kuat kerana ia menyebabkan air kencing terserap jauh ke dalam tilam.

– Tabur kawasan tompokan dengan serbuk penaik. Ia bertujuan membantu menyerap lembapan dan bau hancing. Biarkan selama satu jam.

– Vakum serbuk penaik tersebut.

– Bancuh larutan campuran cuka dan air dan isi ke dalam botol semburan lalu disemburkan pada tompokan air kencing tadi. Cuka membantu menyegarkan fabrik dan menghilangkan bau. Gosok sehingga kesan tompokan hilang.

– Jemur tilam di bawah sinar matahari. Cahaya matahari sangat efektif dalam menghilangkan bau dan membunuh kuman. Jika cuaca lembap, memadai sandarkan ia di dinding dan dipasangkan kipas sehingga kering.

Jika kita bijak menjaga dan membersihkan tilam sudah tentu ia boleh digunakan bertahun lamanya.

Semoga perkongsian tip ini memberikan manfaat kepada kamu semua!

6 Resipi Biskut Raya Warna Warni Ceriakan Hari Raya, Mesti Sedap!

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

Kita sudah berada di penghujung Ramadan. Beberapa hari sahaja lagi berbaki dan Syawal akan menjelang tiba.

Walaupun kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), persiapan menyambut hari kemenangan ini tetap harus dibuat. Apatah bagi korang yang sudah berkeluarga, persiapan raya seperti kuih muih tetap perlu ada bagi memeriahkan raya anak kecil yang gigih berpuasa.

Bersama ini SinarPlus kongsikan enam resipi biskut raya yang mudah untuk korang cuba. Resipi daripada Nor Khomariah Norrohman bukan sahaja mudah disediakan, rupa bentuk biskut juga cantik dan berwarna-warni!

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

BISKUT TEMBIKAI POTONG

Bahan-bahan

250gm mentega (buttercup)
180gm gula halus
300gm tepung gandum (diayak)
150gm tepung jagung (diayak)
5 sudu cornflakes (dikisar halus dan diayak)
1 biji kuning telur
pewarna kuning, merah dan hijau
bijan hitam (untuk hiasan)

Cara penyediaan
1. Masukkan mentega dan gula dan kacau hingga sebati
2. Masukkan kuning telur (kacau lagi hingga sebati)
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes (letak sedikit demi sedikit) dan gaul hingga rata
4. Bahagikan doh kepada 2 atau 3 bahagian mengikut warna yang korang nak sama ada warna merah atau kuning dan warna hijau.
5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning..
6. Bentukkan ia seperti bebola kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak tau)
7. Leperkan bebola hijau untuk jadikan kulit luar
8. Masukkan bulat-bulat merah atau kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya
9. Buat sampai siap dulu baru dipotong dengan pisau yang tajam.
10. Bebola yang sudah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu
11. Susun bijan di atas doh yang di potong itu
12. Masukkan dalam cawan kertas
13. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak.
14. Siap!

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

TART TULIP

Bahan-bahan
250gm mentega/majerin
30gm gula halus
1 biji kuning telur
300gm tepung gandum
200gm tepung jagung
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna yg di sukai
Jem nenas

Cara- cara penyediaan

1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk kayu. Selepas itu, masukkan telur, susu dan esen vanila.
2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan ke dalam adunan secara berperingkat sehingga menjadi doh.
3. Rujuk gambar cara-cara nak buat bunga tulip.
4. Panaskan oven sebelum membakar biskut. Bakar pada suhu 170° api bawah sahaja. Bakar dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga masak. Suhu adalah bergantung pada oven korang.
5. Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

GERMAN COOKIES

Bahan-bahan
350 gram mentega
375 gram tepung kentang/potato starch
200 gram tepung gandum, diayak
100 gram gula aising, diayak
Secubit garam

Cara-cara penyediaan
1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati dan masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh sekejap.
3. Bahagikan doh kepada tujuh bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan rona yang disukai.
4. Ambil sedikit adunan kemudian bulat-bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Dengan menggunakan garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga habis.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 175 darjah Celcius selama 20 minit.
6. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

BISKUT 3 BAHAN

1 cawan majerin ( boleh guna mentega 250g )
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat 1 cawan

Cara-cara
1. Gaul kan majerin/mentega dengan susu pekat sehingga sebati dan kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
2. Kemudian ambil sedikit adunan dan tekan menggunakan acuan dalam bentuk bunga
3.Bakar suhu 160 darjah Celsius menggunakan api bawah je. Bakar selama 20 hingga 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

BISKUT SARANG SEMUT

1 buku mentega
3/4 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
Cawan kertas secukupnya
Chocolate rice secukupnya

Cara:
1. Ayak tepung kastad, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder.
2. Pukul mentega dan gula hingga putih.
3. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
4. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga korang mendapat adunan yang sempurna.Sekiranya lembik tambah lagi tepung.
4. Parutkan doh dengan pemarut dan sudukan ke dalam cawan kertas.
5. Taburkan choc rice sebagai hiasan
6. Bakar suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit.

6 resipi biskut raya warna warni ceriakan hari raya, mesti sedap!

OREO CRUNCHY COOKIES

Bahan A
200gm mentega
10gm shortening
110gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan B
250gm tepung gandum
30gm tepung jagung
30gm cornflakes – kisar halus
30gm serbuk badam – disangai
30gm serbuk Oreo
1/4 sudu teh baking powder

Hiasan : Coklat masakan putih (di cairkan) dan serbuk oreo

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap. Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 25 hingga 30minit hingga masak.
3. Sejukkan dahulu.
4. Cairkan ciklat masakan putih dengan kaedah double boil dan isikan ke dalam piping bag.
5. Paipkan coklat pula di atasnya dengan coklat masakan putih dan tabur serbuk oreo sebagai hiasan.
6. Sejukkan dahulu atau tunggu hingga coklat set sepenuhnya barulah simpan dalam bekas kedap udara.

Jangan risau jika korang belum membuat biskut raya. Cubalah resepi yang kami kongsikan ini. Sempat lagi nak buat kuih raya. Selamat mencuba!

Sumber: FB Nor Khomariah Norrohman