Archives for December 2021

Getting Back to Nature at Bakun Dam

Malaysia is blessed with lush greenery and beautiful tropical landscapes that mesmerise the eyes and the soul. With the abundance of flora and fauna, it comes as no surprise that Malaysians would travel beyond the country’s concrete jungles and urban skylines to search for a place that evokes a sense of belonging.

For Bethany Luhong Balan, a Kayan multimedia designer and visual artist who currently resides in Kuching, that special place is Bakun Dam, Sarawak.

bakun dam image1

“My most recent trip to Bakun Dam was in December last year,” she says. “My father was still in the middle of building his small lodge or homestay, and we spent a weekend there to see the progress.”

“Once you enter the Sungai Asap area, it’s about an hour’s drive to the Bakun Dam jetty, and then about 20–30 minutes by boat to my family’s lodge. The dam reservoir itself is huge, almost the same surface area as Singapore. Our lodge (The Bayoh Lodge) is built right up against the shoreline, at the edge of where the reservoir ends. My father decided to name our lodge after the Bayoh tree, which grows all around us,” explains Bethany.

bakun dam image2
bakun dam image3

The Bayoh Lodge has three separate units, each with a sleeping area that can fit 4–5 people, an attached kitchenette and bathroom, and a shared verandah. Her father and uncle lined the verandah with long benches made from planks and tree trunks. Bethany spent her time there with her family, soaking in the scenery, drinking coffee, and enjoying each other’s company.

“We’re still adding more amenities and creature comforts — perhaps a deck or common area for activities. The goal is to eventually open it up once it’s safe to travel again for company retreats or family vacations. It’s very rustic and isolated. There’s no Internet or even phone signal, so we were basically cut off from the human world.”

bakun dam image4

“We were right in the middle of the animal kingdom, though. There are waterfalls and streams nearby with a lot of freshwater fish. We saw monkeys in the trees on the shoreline, birds and butterflies, and there was even a family of otters that visited our lodge as if they were curious about what we were doing there.”

Over 20 years ago, Bethany’s family moved from Bakun Dam to a different location in Sungai Asap, where the differences were quite stark. When it comes to basic amenities, her family didn’t have electricity in Bakun. They had to use oil lamps at night and bathed in the river or out on the back verandah, using rainwater collected in huge basins.

bakun dam image5

Living in longhouses means that you’re blessed with the wonders of the river. “Longhouses are always built near a river, because in the past, rivers were a source of water, food, and communication. They were our roads, basically. The river we relocated to is smaller and farther away than the one near our old longhouse. Everything feels smaller and tamer somehow, but maybe that’s just because I’m an adult now, not a 7-year-old child.”

bakun dam image6

Despite the lack of amenities, Bethany admits that her stay at Bakun was refreshing, a restful getaway from the hustle and bustle of city life. Bethany and her family would catch fish and prepare them for dinner, visit waterfalls and just enjoy everything nature could offer. In Bethany’s own words, she was experiencing how her ancestors lived: “If they were hungry, they caught their own food. If they were bored, they told stories.”

It is no wonder that a story like Bethany’s garnered so much attention on her Twitter post. With many of us now yearning for a change of scenery and the chance to simply unplug from our daily routine, a glimpse into Bethany’s story allows us to close our eyes and experience the beauty that Bakun Dam has to offer.

Drop an email to bayohlodge@gmail.com to experience Bethany’s journey yourself! And if you’re looking for the next place to escape, check out the list of accommodation for your next trip under Yellow Pages Travel & Leisure section.

9 Pokok Hiasan yang Sesuai untuk Rumah Anda

Disebabkan pandemik, amalan bekerja dari rumah memerlukan rakyat Malaysia menghabiskan sebahagian besar masa di kediaman masing-masing. Menghadap skrin komputer dan telefon pintar untuk jangka masa yang panjang boleh menjejaskan kesejahteraan mental kita, tambahan pula dengan kurangnya hubungan antara manusia seperti interaksi sesama rakan pejabat dan masyarakat sekeliling.

Hal ini amat membimbangkan terutamanya jika berlarutan dalam tempoh yang lama. Salah satu cara untuk meningkatkan mood anda dan mewujudkan suasana yang mendamaikan hati adalah dengan menambah unsur kehijauan flora di dalam rumah.

Di sini kami senaraikan beberapa jenis tumbuhan hiasan yang terdapat di Malaysia yang boleh digunakan untuk mencipta ketenangan di pelbagai ruang kediaman anda. 

jiran pokok hiasan rumah lidahjin sukulen 1

1. Lidah Jin

Antara tumbuhan yang paling senang dijaga, Lidah Jin hanya memerlukan penjagaan minimal tanpa penyiraman yang kerap dan pencahayaan yang banyak. Ia merupakan pokok hiasan dalam rumah yang mampu membersihkan udara daripada pencemaran. 

2. Sukulen

Ingin menghias ruang dalaman dengan tumbuhan yang kecil dan comel? Hampir semua kaktus adalah dalam keluarga sukulen tetapi bukan semua sukulen adalah kaktus. Sukulen menjadi pilihan ramai kerana ia mudah dijaga. Anda hanya perlu menyiramnya seminggu sekali dan memastikan ia menerima pencahayaan yang sederhana. 

3. Calathea

Daunnya yang dwiwarna merupakan ciri istimewa yang membuatkannya sesuai sebagai hiasan dalaman. Penjagaan tumbuhan ini amat mudah. Pastikan tanah sedikit lembap dan pokok mendapat cahaya sederhana. Gunakan pasu putih ataupun warna terang supaya daun nampak lebih menonjol.

jiran pokok hiasan rumah tanamanair 1

1. Coleus

Tumbuhan ini boleh ditanam di tanah ataupun dalam pasu gelas kegemaran anda yang berisi air. Ia hanya memerlukan pencahayaan yang sederhana dan boleh ditanam semula selepas pemangkasan dilakukan.

2. Lucky Bamboo

Tanaman hidroponik yang boleh tumbuh di dalam air semata-mata tanpa ditanam dalam tanah. Cara penjagaannya pula amat mudah. Anda hanya perlu mengisi bekas dengan air bersama kerikil kecil yang berfungsi untuk memastikan batangnya tertanam di dalam bekas.

3. Wandering Jew

Daun dan batangnya yang berwarna hijau-merah menjadikannya tumbuhan hiasan dalaman idaman. Untuk penjagaan maksimum, jangan lakukan penyiraman terus ke atas mahkotanya bagi mengelakkan tumbuhan membusuk. Disebabkan kadar pertumbuhannya yang cepat, pemangkasan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga minggu sekali.

jiran pokok hiasan rumah bunga 1

1. Bunga Raya

Diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan pada tahun 1960, Bunga Raya merupakan pokok bunga yang tahan lasak. Ia boleh membesar sehingga dua hingga tiga meter. Oleh itu, pemangkasan perlu dilakukan dengan kerap. Selepas berbunga, kelopaknya boleh dikutip dan dikeringkan untuk dijadikan teh yang berkhasiat. 

2. Wax Begonia

Spesies Begonia ini merupakan tumbuhan berbunga yang kecil molek dan sesuai sebagai hiasan rumah kerana ia serasi dengan iklim tropika. Anda cuma perlu memastikan tanah selalu lembap dan pencahayaan dilakukan dengan kerap. 

3. Gardenia

Pokok bunga Gardenia sesuai untuk ditanam di dalam rumah kerana ia hanya memerlukan suhu yang sederhana dan pencahayaan yang cerah tetapi tidak terlalu terik. Ia mempunyai aroma yang luar biasa dan menenangkan. Keharuman baunya akan mengingatkan anda kepada bunga melati.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai cara meningkatkan kualiti hidup anda? Ikutilah laman FacebookInstagram ataupun Twitter Jiran untuk banyak lagi tip yang berguna!

Wanita Yang Dah Berkahwin Pun Boleh Berniaga! Ini 5 Ilmu Berniaga Yang Wanita WAJIB Tahu

ShareTweetFollow

Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk, dan 9/10 punca rezeki datang daripada perniagaan.

Bercakap mengenai dunia perniagaan di Malaysia, ianya bukan sahaja diwarnai oleh kaum lelaki sahaja, tetapi kaum wanita juga sudah mula memiliki perniagaan sendiri, dan menjana pendapatan yang lumayan daripadanya.

Siapa kata ya perempuan yang sudah berkahwin tidak boleh memiliki bisnes sendiri?

Ini merupakan bukti bahawa wanita mempunyai kebolehannya yang tersendiri dalam menjadi tokoh serta ikon yang disegani dalam dunia perniagaan.

Bagi anda yang mempunyai minat untuk berniaga, kami ingin kongsikan kepada anda 5 ilmu yang anda WAJIB tahu kalau anda nak berniaga.

Dapatlah anda bantu meringankan beban keluarga dan bolehlah anda dapat duit poket sedikit.

1. Ilmu pemasaran produk

Kredit: Unsplash

Sama ada anda adalah seorang dropshipper, ataupun anda mempunyai produk untuk dijual, perkara yang anda mesti tahu apabila berniaga ialah ilmu bagaimana nak pasarkan dan promosikan produk anda.

Tetapi mula-mula sekali, anda mesti kenal pasti sasaran pengguna pasaran produk. Adakah produk anda memenuhi permintaan pengguna, dan siapa sasaran pengguna produk anda.

Nak buat pemasaran atau marketing haruslah kena pada tempatnya.

Kalau anda nak buat marketing untuk produk anda, anda haruslah mempunyai ilmu untuk memasarkannya di tempat yang betul.

Sebagai contoh, kalau sasaran pelanggan anda lebih tertumpu di Facebook, anda boleh mula menjual barangan anda disana untuk melihat bagaimana penerimaan pelanggan.

Gunakan medium atau platform media sosial untuk menarik lagi banyak pelanggan anda.

Jangan lupa sedut ilmu pemasaran daripada mentor-mentor yang berjaya, dan sentiasa hadiri kelas-kelas untuk membantu anda dalam mengembangkan perniagaan anda.

2. Cara nak record sale atau kira untung

Kredit: Ohbulan

Antara salah satu kesilapan penjual dan drop shipper adalah mereka tidak merekodkan hasil jualan ataupun sale dengan baik dan teratur.

Ini merupakan ilmu yang HARUS diketahui dan dipraktikkan oleh mana-mana penjual supaya mudah untuk anda track hasil jualan anda keluar dan masuk, dan untuk mengasingkan hasil keuntungan, dan juga duit gaji anda sendiri.

Rugi sangat kalau anda tidak buat.

Untuk memudahkan anda melihat rekod, anda boleh menggunakan templat sedia ada yang terdapat dalam laman web, ataupun anda boleh track dengan mudah menggunakan Google Sheet.

Berapakah duit gaji anda kalau berniaga?

Bergantung kepada anda, ada yang mengambil 10% -15% atau sehingga ke 20% daripada hasil jualan sebagai gaji.

Kalau anda menggunakan platform sosial media untuk mempromosikan produk, anda kena ada ilmu untuk memasarkan produk anda dengan content yang kena dengan cita rasa dan permintaan pelanggan anda.

Yang penting, visual gambar kenalah menarik juga.

Kadang kala, kalau anda terlalu kerap sangat buat content hard selling, pelanggan akan jadi bosan dengan page anda.

Kalau anda tidak tahu content jenis bagaimanakah yang pelanggan anda suka, anda boleh tengok content yang dihasilkan oleh jenama produk lain sebagai rujukan.

Tidak ada idea nak post apa dalam halaman Facebook atau Instagram anda?
Mudah sahaja, anda boleh gunakan formula 20% hard selling (promote produk secara langsung) dan 80% soft selling (tips, tutorial, tanya soalan, dan banyak lagi).

Malah, anda juga boleh download templat untuk content Instagram atau Facebook sebagai rujukan.

4. Copywriting terbaik

Kredit: Unsplash

Idea content sudah ada, gambar pun menarik, tapi posting anda masih tidak dapat likes, komen atau engagement yang anda nak.

Anda pun mula tertanya-tanya kenapa anda susah nak dapat sales daripada content anda.

Ramai pelanggan pula tidak tertarik nak baca posting anda. Agak-agaknya kenapa ya?

Anda nak pelanggan suka dengan content anda, tetapi ianya tidak jelas disebabkan kelemahan copywriting.

Apakah yang dimaksudkan dengan copywriting?

Copywriting ialah ayat jualan untuk menarik pelanggan untuk membeli.

Fikirkan terlebih dahulu apa tujuan anda menulis caption tersebut dan anda sebenarnya nak pelanggan anda buat apa?

Gunakan tajuk atau headline yang terus boleh memukau prospek anda.

Masukkan elemen-elemen emosi, kejutan, dan juga lupa sertakan sekali apa faedah produk ini dalam menyelesaikan masalah pelanggan anda.

5. Pilih kurier terbaik

Kredit: Ninja Pack daripada laman web Ninja Packs

Satu lagi perkara yang patut anda tahu ialah sebagai peniaga yang menguruskan pesanan secara online, anda mesti menitik beratkan soal penghantaran barangan anda.

Tidak boleh main pukul sahaja sebab penghantaran barang yang cekap dan efisien boleh memastikan barang anda dijamin sampai dengan selamat dan terus kepada pelanggan anda.

Apakah ciri-ciri kurier yang anda boleh pilih untuk penghantaran anda?

1. Dekat dengan rumah untuk memudahkan penghantaran
2. Mudah dan menjimatkan masa
3. Kawasan liputan yang luas
4. Sistem jejakan yang baik

Selain itu, peniaga haruslah menimbang senarai kurier yang sesuai dengan perniagaan mereka.

Kalau anda menghantar barangan yang bersaiz sederhana dan menggunakan sampul.

Boleh mencuba sampul pos daripada Ninja Pack, ataupun Flexi Prepaid daripada Pos Laju sebagai contoh.

Banyak lagi pilihan untuk anda gunakan!

Artikel disumbangkan oleh:

10 Cara Mendisiplinkan Diri dalam Hidup Anda

cara mendisiplinkan diri

ShareTweetFollow

Jika selama ini usaha anda sering terhenti di tengah jalan…

Bagaimanakah cara untuk mendisiplinkan diri untuk mencapai cita-cita dalam hidup?

Nampak seperti mudah, tapi tak semua orang mampu menjaga disiplin diri.

Dalam post ini saya kongsikan beberapa tips yang saya amalkan dan ternyata berkesan untuk mendisiplinkan diri.

Ia membantu saya untuk mencapai target jangka pendek dan juga jangka panjang.

Sebelum itu kita ketahui secara ringkas tentang apa itu disiplin dan juga manfaatnya pada diri kita.

Apa itu disiplin diri?

Disiplin diri adalah kebolehkan kita untuk mengawal tindakan, perasaan dan emosi secara sedar dan konsisten berdasarkan panduan atau peraturan yang kita buat.

Contohnya dari segi kewangan, disiplin diri membolehkan kita mencapai jumlah tertentu dengan cara patuh kepada peraturan yang kita buat.

Bila kita mempunyai disiplin diri, peratusan kita untuk mencapai sesuatu matlamat menjadi lebih tinggi.

Apakah manfaat disiplin diri dalam hidup?

Banyak manfaat yang kita boleh perolehi, antaranya:

1. Mengurangkan kemurungan

Jika kita mampu mengawal segala tindakan kita, kemungkinan untuk jatuh ke situasi murung, runsing dan stress kurang.

2. Mampu mencapai cita-cita / matlamat

Kita tidak mudah untuk terganggu dengan aktiviti sampingan dan terus kekal fokus terhadap matlamat yang hendak dicapai.

3. Hidup lebih gembira

Sudah tentu. Bila kita nampak perjalanan hidup kita teratur dan jelas menuju ke matlamat yang ingin dicapai.

Bila masa kita berhadapan dengan godaan-godaan yang hanya manis seketika, kita mampu menepisnya.

Kerana diri sudah terlatih untuk menolak segala aktiviti yang tidak memberikan sumbangan dan malah memudaratkan usaha untuk mencapai matlamat.

Oleh itu, jika anda mahukan semua manfaat ini, mulalah mendisiplinkan diri.

10 Cara mendisiplinkan diri untuk anda amalkan

Berikut beberapa cara yang mujarab untuk mendisiplinkan diri:

1 KETAHUI KELEMAHAN DIRI KITA

Sun Tzu mengatakan:

Know the enemy and know yourself; in a hundred battles you will never be in peril. When you are ignorant of the enemy, but know yourself, your chances of winning or losing are equal. If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain in every battle to be in peril

Kita faham diri kita, kita tahu kelemahan kita, dan kita tahu siapakah musuh kita dalam mencapai matlamat hidup.

(tanpa luka dan parut berlebihan)

Barulah boleh mendisiplinkan diri, barulah kita boleh menang.

Kita semua ada kelemahan masing-masing.

Kuat makan, terlalu ketagih dengan media sosial, boros, kaki judi, selalu bertangguh dan sebagainya.

Akuilah dan terimalah seadanya, apa pun dia.

Kita tidak akan dapat mengatasinya selagi kita tidak mengakui kewujudannya.

2 BUANG SEGALA GODAAN DARI PANDANGAN ANDA

Buang segala yang melemahkan dari depan mata anda, dari jangkauan anda.

Jika kita nak sihat, jangan stok makanan tidak berkhasiat dalam rumah.

Jika kita sering nak pegang handphone, letak jauh-jauh dan padamkan segala notifikasi masa nak buat kerja.

Jika kita kaki game, asingkan komputer untuk game dan untuk kerja.

Jika anda kaki judi, simpan duit ditempat yang susah nak keluarkan.

Semakin kurang godaan yang ada didepan mata, semakin fokus anda kepada matlamat sebenar.

3 BUAT TARGET DAN PLAN UNTUK MENCAPAINYA

salah satu cara mendisiplinkan diri adalah dengan membuat planning

Perkara ini anda mesti buat untuk mendisiplinkan diri.

Matlamat anda mestilah nampak jelas dalam minda, faham apakah yang nak dicapai dengan sejelas-jelasnya.

Cuba bayangkan bagaimana target tersebut.

Kita juga kena faham apakah ‘target’ tersebut untuk kita.

Apakah impak yang diberikan.

Kenapa target tersebut mesti dicapai.

Jika kita tidak ada matlamat atau target, bagaimana tahu nak pergi mana?

Ruangkan masa untuk merangka pelan dengan teliti dan realistik.

Ini adalah matlamat anda, untuk mencapainya kena ada plan yang betul.

Tulis setiap langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai target dengan jelas.

Jika perlu libatkan sekali pengiraan, nombor dan segala.

Jangan lupa juga letak tarikh / jangka masa untuk target tersebut

Bila siap, letakkan di lokasi yang anda akan nampak setiap hari.

Dekat pintu, cermin, dalam buku nota anda, wallpaper komputer dan sebagainya.

4 AMALKAN DISIPLIN DIRI SETIAP HARI

Disiplin diri adalah skill yang kita perolehi dengan latihan setiap hari.

Seperti skill dalam game, untuk level up kena guna.

Seperti otot yang jika nak besar dan kuat kena guna tiap hari.

Lagi banyak kali kita amalkan lagi kuat disiplin diri.

Ia bukannya kemahiran yang lahir saja terus dapat.

Yang kita nampak anak kecil berdisiplin adalah kerana didikan tidak sedar daripada ibubapanya.

5 MULAKAN DENGAN BENDA YANG ‘SIMPLE’

Kalau terus dengan benda yang berat-berat bukan tak boleh, tapi sukar.

Apatah lagi jika kita baru nak mula mendisiplinkan diri.

Kenapa 21 hari? Kerana selepas itu dia akan menjadi habit atau amalan, yang mana tak sedar pun anda akan buat.

Contohnya, jika anda nak tubuh badan sihat.

Tapi anda sering tidur lewat dan tak cukup tidur.

Cuba masuk kebilik tidur 15 minit lebih awal setiap hari, sehinggalah sampai ke target masa tidur anda.

Atau anda nak kurangkan sarapan dekat kedai, nak masak sarapan sendiri.

Cuba setiap malam sebelum tidur sediakan bahan-bahannya.

Bila anda sudah bersedia, sudah cukup kuat, barulah tambah matlamat baru dalam senarai anda.

6 JANGAN BERLAPAR

rasa lapar melemahkan disiplin diri

Elakkan diri daripada situasi anda berasa lapar.

Rasa lapar itu antara musuh utama untuk kita yang cuba untuk mendisiplinkan diri.

Bila lapar kita akan cepat rasa marah, rasa geram dan sebagainya.

Pertimbangan kita menjadi lemah, kekuatan diri kita juga akan kurang.

Kita mudah untuk berkata ‘tak apalah, nantilah..’ dan sebagainya.

Ini disebabkan oleh level gula rendah dalam badan.

Bila level gula rendah, otak mula meragam, mula keluarkan signal ‘survival mode’, yang mana nak suruh kita elak buat perkara-perkara yang perlukan banyak tenaga – disiplin diri ni perlu banyak tenaga.

Caranya, kerap makan dalam kuantiti sedikit dan berkhasiat.

Jika anda sering lapar sebelum menjelang makan tengahari, makan diantara masa tersebut – buah, salad dan sebagainya.

7 JANGAN BERI BATASAN KEPADA KEKUATAN DIRI ANDA

Kajian menunjukkan bahawa kekuatan dalaman seseorang dibataskan oleh orang itu sendiri.

Jika anda berfikiran seperti ‘saya hanya mampu buat setakat ini’, sukar untuk anda melebihi batas tersebut.

Jangan negatif, percaya diri anda dan jangan sesekali menetapkan batasan untuk diri sendiri.

Jika anda yakin anda boleh melakukan sesuatu ia akan memberikan motivasi pada diri untuk maju kedepan.

Jangan sesekali ragu dengan diri sendiri.

Jangan sesekali bertanya ‘mampukah saya mencapai semua ini’.

Jangan bagi limit pada diri sendiri.

8 BUAT PLANNING UNTUK KEADAAN LUAR JANGKAAN

Ini adalah taktik advance untuk memastikan disiplin diri dan haluan anda tidak pernah tersasar.

Akan ada hari-hari yang mana diluar jangkaan kita.

Contohnya kereta rosak, anda tak dapat nak datang ke gym.

Anda boleh buat plan untuk situasi seperti ini, buat perancangan latihan gantian di rumah.

Contohnya, terdapat perbelanjaan besar yang perlu dilakukan yang mana membuatkan anda mungkin tidak mampu mencapai jumlah target simpanan bulan ini.

Gantikan simpanan tersebut dengan potongan tambahan setiap bulan sehingga jumlah sepatutnya dicapai.

Cuba fikirkan situasi-situasi yang mungkin akan muncul dan apakah penyelesaian anda bagi memastikan matlamat akhir anda tidak terjejas.

9 BAGI GANJARAN UNTUK DIRI ANDA

Sediakan habuan untuk diri anda apabila berjaya mencapai sesuatu.

Contohnya, siap kerja ini saya akan bermain game selama sejam, siap kerja ini saya akan tengok movie ini.

Bila dijanjikan sesuatu, kita akan menjadi lebih fokus terhadap tugasan yang ada di depan mata.

Sama seperti situasi anak kecil dijanjikan hadiah jika berjaya menyelesaikan tugasan sekolahnya.

Anda akan lebih bersemangat dan lupa itu sebenarnya cabaran untuk diri anda.

9 MAAFKAN DIRI ANDA DAN TERUS MAJU KE DEPAN

maafkan diri anda dan maju ke depan

Bagaimana perfect sekali pun perancangan dan pelan anda, ada kalanya anda akan tumpas.

Ianya akan terjadi.

Sekali godaan datang, anda tumpas dan jatuh, dan kembali semula ke titik asal permulaan.

Jika ia terjadi, kita kena terima.

Akui kesalahan dan kelemahan diri. Maafkan diri.

Jangan biarkan perasaan sedih, marah dan kecewa menarik anda untuk jatuh lebih jauh daripada titik asal.

Belajar daripada kesilapan, jadikan ia sebagai pedoman dan semangat untuk kembali ke landasan matlamat anda.

Percayalah, anda akan lebih gembira dengan mendisiplinkan diri anda.

Semoga post cara mendisiplinkan diri ini bermanfaat bagi yang memerlukan.

MERDEKA ZAMAN DULU-DULU

31 OGOS bakal menjelang. Setiap kali tibanya tarikh keramat ini, layar minda saya akan menayangkan paparan aktiviti yang saya lalui di zaman persekolahan di bandar Mersing pada tahun-tahun 60-an.

2. Hari Merdeka adalah hari di mana saya dan rakan-rakan sekolah akan berbaris di padang majlis daerah untuk menyanyikan lagu Negaraku, dan lagu Bangsa Johor yang kemudiannya diikuti dengan lagu patriotik seperti Malaysia Berjaya.

3. Setelah itu, wakil rakyat akan berucap. Sebaik sahaja majlis sambutan itu tamat, kami akan berlari beramai-ramai ke panggung wayang kira-kira setengah kilometer daripada padang majlis daerah.

4. Pada hari merdeka akan ada tayangan wayang percuma. Biasanya filem Hollywood seperti Tarzan atau filem peperangan seperti Guns of Navarone.

5. Sebaik sahaja tayangan tamat, kami akan berlari semula ke padang majlis bandaran untuk menyaksikan sukan rakyat. Ada juga lumba basikal dan lumba beca. Di sungai pula akan ada perlumbaan perahu atau bot.

6. Pada sebelah malam pula saya dan ibubapa akan berjalan dari Kampung Sri Lalang kira-kira satu kilometer dari bandar Mersing untuk menyaksikan pula perarakan kereta berhias.

6. Kadangkala, ada pula wayang pacak di tengah padang majlis daerah yang menayangkan filem Melayu seperti cerita Ali Baba Bujang Lapok arahan seniman P. Ramlee.

7. Bagi saya, 31 Ogos adalah tarikh yang punyai erti tersendiri. Radio akan memainkan lagu-lagu patriotik. Televisyen pula menayangkan montaj Tunku Abdul Rahman yang melaung ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!’ di stadium.

8. Sebagai kanak-kanak, itulah erti kemerdekaan. Ia adalah hari cuti, hari berseronok dan hari di mana banyak sekali Jalur Gemilang dikibarkan. Lurus dan simple sahaja pemahaman saya mengenai apa itu merdeka.

9. Namun, persepsi yang mudah itu mula berubah apabila Malaysia berdepan dengan konfrantasi dengan Indonesia. Hari-hari, bersama keluarga, saya mendengar berita radio mengenai ancaman negara Indonesia terhadap Malaysia.

10. Kadangkala abang dapat memutar ke stesyen Radio Kalimantan. Maka laungan perang psikologi Indonesia terhadap Malaysia akan kedengaran. Frasa ‘ganyang Malaysia,’ kerap disebut-sebut juruhebah Indonesia.

11. Rasa takut dan ngeri mula terasa. Bagaimana jika Indonesia dapat menawan Malaysia? Ayah kata, kita semua akan lari ke hutan. Kita akan berpakaian compang-camping dan hanya makan ubi kayu seperti di zaman Jepun. ‘Teruknya hidup jika kita hilang kemerdekaan,’ begitu detik hati saya.

12. Apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 berikutan rasa tidak puashati di antara kaum selepas Pilihanraya Umum ke-3, saya semakin risau. Bagaimana saya hendak hidup dan membesar sekiranya rakyat asyik bergaduh sesama sendiri?

13. Keadaan ketika itu begitu mencemaskan. Saban hari ada sahaja berita yang mendukacitakan berlaku di sepanjang tempoh itu. Mujur saya tinggal di Mersing, sebuah daerah yang aman dan jauh dari kekecohan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

14. Keadaan mula kendur apabila para pemimpin politik memainkan peranan untuk meredakan ketegangan ras utama Melayu, Cina dan India. Semua pihak berkuasa tempatan, jabatan dan sekolah disaran untuk menganjurkan majlis beramah mesra di antara ras yang dikenali sebagai Majlis Muhibbah.

15. Dua noda hitam dalam sejarah negara itu meninggalkan kesan kepada saya akan betapa pentingnya kita menjaga keamanan agar ia akan melestarikan kemerdekaan. Kerana pernah diancam kebimbangan itu, boleh dikatakan bulu roma saya akan merinding apabila melihat Jalur Gemilang berkibar.

16. Di panggung wayang, saya tidak akan toleh kiri kanan untuk berdiri apabila lagu Negaraku dimainkan. Apa nak malu dengan Negaraku? Bangga lagi, adalah!

17. Kadangkala, apabila memikirkan itu, saya boleh mengerti mengapa generasi muda pada hari ini tidak dapat menghayati erti kemerdekaan. Bagi mereka, kemerdekaan itu perbarisan yang mereka tonton sambil terbaring di depan TV, pertunjukan bunga api, konsert dan pesta-pestaan. Jalur Gemilang hanyalah bendera yang dikibar ‘di musim kemerdekaan.’

18. Rasa bangga terhadap negara hanya akan terasa apabila Lee Chong Wei memasuki pertanding akhir Sukan Olimpik. Sukan. Itulah satu-satunya situasi yang akan mencetuskan fenomena rasa bangga kepada negara.

19. Maaf cakap, lain-lain tidak ada. Kerana apa? Kerana kita tidak punyai apa-apa yang hendak dibanggakan secara bersama-sama.

20. Generasi ibu bapa saya yang hidup di zaman pemerintahan Jepun dan zaman ancaman komunis lebih punyai rasa sayangkan negara daripada generasi saya. Nyawa mereka di hujung senjata. Kerana itu generasi tua, tidak kira Melayu, Cina dan India amat menghargai kemerdekaan negara.

21. Kita sanggup bercekau dan hidup penuh dengan prasangka walaupun dah berpuluh tahun hidup bersama. Apakah kita perlu alami kehidupan yang merempat di tanahair sendiri apabila dijajah kuasa besar, baharulah kita sedar betapa tingginya harga sebuah kemerdekaan?

Norden Mohamed

Maaf Cakap

16 Tips Untuk Travel Menaiki ETS

16 Tips Untuk Travel Menaiki ETS 

Sejak dua menjak ni, ramai yang follow blog saya untuk tahu mengenai pengalaman saya anak beranak naik KTM ETS, malah jadual terkini KTM ETS yang saya terbitkan ramai yang share dan like. Terima kasih kepada mereka yang telah kongsikan di laman FB masing-masing. Saya pasti ramai yang refer jadual tersebut untuk kemudahan merancang perjalanan, alhamdulillah.

Memandangkan saya ada pengalaman travel dengan ETS ini agak kerap, maka saya nak kongsikan sedikit tips dan petua untuk mereka yang mungkin baru nak mencuba perkhidmatan KTM ETS ini. Apa yang akan saya beritahu ini juga merupakan perkongsian daripada isteri saya yang setiap minggu akan travel guna ETS dari KL Sentral ke Parit Buntar

Tempah Tiket Awal

Jika nak tempah tiket KTM ETS, pastikan anda tempah awal untuk mengelakkan kehabisan tiket. Almaklumlah, jadual perjalanan tren ini agak terhad. Anda boleh tempah tiket menerusi tiga cara, iaitu menerusi stesen KTM berdekatan, secara online atau menerusi agen yang telah dilantik. Tempah awal maksudnya di sini – paling tidak sebulan lebih awal. Untuk senarai agen, anda boleh rujuk post saya ini – Senarai Agen Berdaftar Jual Tiket KTM ETS

Jika Mahu Tukar Tarikh Perjalanan Tiket ETS

Kadangkala perancangan kita tidak berjalan sepatutnya, tiket ETS dah tempah awal .. tetapi disebabkan ada aral melintang, anda terpaksa tukar tarikh perjalanan ETS …. huhuhu .. jangan risau, anda masih boleh tukar dengan beberapa syarat tertentu. Sebaik-baik cara untuk tukar tiket anda ialah seminggu sebelum tarikh tiket asal, malah kalau nasib baik, anda boleh tukar tiket anda 24 jam sebelum masa berlepas. Anda boleh baca post saya yang ini – Cara Batal/Tukar Tiket ETS dan Cara Mendapatkan Pemulangan Tambang

Beg Untuk Dibawa

Saya syorkan anda bawa satu beg beroda yang besar, dan satu beg galas untuk perjalanan melibatkan satu famili 4 orang. Dalam setiap koc tren ETS ada tempat letak beg bertingkat, tapi terhad … kalau tidak silap ia berkeluasan 6′ x 3′ yang terletak sama ada di bahagian depan atau belakang setiap koc. Di bahagian tempat duduk penumpang juga ada tempat letak beg, tapi tidak sesuai untuk beg yang besar dan berat. Kalau nak letak di bahagian kaki, memang akan rasa sempit dan tidak selesa. Anda dilarang sama sekali letak beg di bahagian laluan .. nak kena maki .. cubalah buat .. haha.

Tips Untuk Travel Menaiki ETS KTMB

Bawa Makanan Dalam Tren

Kalau ikut prosedur, memang dilarang untuk bawa makanan dalam tren ETS. Tetapi, kalau anda rasa nak bawa makanan sendiri, pastikan anda bawa makanan dalam bekas anda sendiri. Kalau nak beli di luar, beli produk yang senang untuk anda uruskan spt makanan ringan, sebab takut akan ganggu orang sebelah atau penumpang lain. Dalam tren ETS ada kantin yang dijaga oleh pramugari cantik, boleh beli makanan di situ, antara yang dijual adalah mi goreng, bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak .. yang rasanya boleh tahan.

Kalau nak makanan simple ada Sandwich Sardin dan juga Sandwich Keju .. yang ni memang sedap .. hoho. Air juga ada dijual, sama ada panas atau sejuk. Saya dan anak saya makan Sandwich (2) dengan air Milo Panas .. bayar dalam RM5 sahaja.

Pakaian Yang Sesuai

Dalam tren ETS memang sejuk. Lagi-lagi kalau anda ambil tiket perjalanan waktu malam. Jadi, saya syorkan anda apabila mahu travel naik KTM ETS untuk mengenakan pakaian yang tebal sedikit atau setidaknya bawa baju sejuk terutama untuk anak-anak. Bawa selimut nipis pun okey. Saya pernah lihat ada penumpang yang berkerubung di tempat duduk disebabkan kesejukan dalam tren ETS … yelah, waktu tu hujan lebat .. memang sejuklah.. huhu. Serius .. kalau tak tahan sejuk .. memang leh beku dibuatnya.

Tips Untuk Travel Menaiki ETS KTMB

Lampu Terpasang Sepanjang Masa

Kalau anda jenis yang suka tidur dalam keadaan gelap, mungkin akan jadi masalah untuk lelapkan mata apabila travel naik KTM ETS ini. Lampu dalam tren akan terpasang sepanjang masa, jadi .. saya syorkan anda bawa penutup mata kalau mahu tidur dengan selesa.

Tiada Koc Tempat Tidur

Jika kereta api biasa seperti Ekspres Rakyat, Ekspres Senandung Langkawi .. ada koc tempat tidur … tapi dalam KTM ETS tak ada koc sebegini. Jadi, anda kena biasakan diri untuk tidur dalam keadaan duduk .. haha.

Tandas Dalam Tren ETS

Tandas dalam ETS agak moden. Ia juga bersih. Kalau nak buang air besar ke .. air kecik ke .. tak jadi masalah. Ada singki air dan air untuk basuh hadas. Dalam ETS ada dua koc yang sediakan tandas, satu tandas tu agak luas sebab ia dikhaskan untuk orang OKU .. tetapi boleh je digunakan semua orang. Untuk masuk ke tandas anda perlu tekan butang Open pada pintu, jangan sesekali anda tarik, nanti tak boleh tutup-tutup dah … kang susah. … haha.

Tips Untuk Travel Menaiki ETS KTMB
Tips Untuk Travel Menaiki ETS KTMB


Oh ya, satu lagi, anda tidak perlu untuk berdiri di luar pintu tandas untuk tunggu giliran, anda lampu khas menunjukkan sama ada tanda digunakan atau kosong di bahagian koc penumpang. Jika hijau, maknanya kosong, jadi tak adalah anda nampak desperate sangat nak masuk tandas sambil terkepit-kepit.

Tempat Duduk Anak-Anak

Apabila saya travel ke KL dengan anak-anak naik ETS, saya akan tempah satu tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak. Tempat duduk agak selesa walaupun tiga orang anak-anak berkongsi tempat duduk.

Periksa Tiket Tren ETS

Saya sering perhatikan ada penumpang yang tidak membaca dengan betul info yang ada di dalam tiket ETS. Antara yang sering keliru ialah nombor tren, nombor koc dan nombor tempat duduk. Nombor tren mesti dipastikan dengan betul, jika tidak anda akan berakhir menaiki tren yang salah memandangkan jadual terkini tren ETS agak berdekatan melibatkan perjalanan yang berlainan arah, dan berakhir dengan stesen yang berlainan.

Perkara kedua ialah nombor koc, ia penting untuk pastikan anda duduk di tempat duduk yang betul. Setiap koc, nombor tempat duduk adalah sama, sama ada 1A, 1B, 1C, 1D; yang bezanya adalah nombor koc tren samada A, B, C, D atau E … untuk elak keliru, saya syorkan anda tanya pada pramugari/pramugara atau konduktor tren sebelum masuk ke tren.

Jika Hujan

Setiap stesen KTM ETS bukan sepenuhnya berbumbung. Kadang apabila tiba di stesen untuk anda turun, di waktu hujan lebat .. ia tentu akan bawa masalah kepada anda untuk keluar dari koc tren. Jadi, apabila anda mendengar pengumuman dalam tren bahawa destinasi anda sudah dekat, siap sedia untuk terus ke koc C atau D sebab koc ini selalunya akan berada di bahagian tengah stesen KTM ETS yang berbumbung. Jadi, apabila tiba di stesen destinasi, tak perlu risau nak sediakan payung atau nak berlari-lari keluar dari koc. Agak bahaya sebab lantai licin .. apatah lagi untuk kanak-kanak.

Ada Plug Bawah Tempat Duduk

Ramai yang tidak tahu bahawa di bawah tempat duduk ada plug 3 pin yang boleh digunakan untuk cas bateri telefon, bateri laptop dan sebagainya. Cuma, ia hanya ada satu .. jadi sebelum guna, sila minta kebenaran orang sebelah terlebih dahulu kerana anda perlu membongkok sedikit untuk pasang plug peralatan elektronik anda. Nanti, tak pasal-pasal kena hempuk kat kepala … haha .. lagi-lagi kalau tempat duduk sebelah seorang awek yang memakai skirt pendek paras paha .. kua kua kua …

Jaga Kebersihan

Jagalah kebersihan dalam koc dan tempat duduk anda. Anda kena ingat, anda bukan tempah satu koc tren ETS, maka hormatilah penumpang yang lain. Kalau anda bawa makanan sendiri dan ada sisa .. sila buang sisa tersebut di tong sampah yang disediakan di setiap koc iaitu di bahagian antara koc, ada ‘kotak’ tempat buang sampah yang tertutup. Bukan apa, kadangkala ada bau sisa makanan yang tidak berapa disukai penumpang lain, contohnya bau sambal petai yang emak anda sediakan, atau bau durian yang anda simpan dalam Tupperware.

Disebabkan semua koc adalah berhawa dingin dan tertutup – tingkap tidak boleh dibuka (tetapi ada panel khas untuk tutup tingkap), maka susah sikit bau nak hilangkan diri. Ruang antara koc juga ditutup dengan pintu automatik, jika nak buka kena tekan panel pada pintu… jangan lak anda pakai tarik lak .. rosak nanti … huhu..

Guna Kad Pelajar Untuk Diskaun Harga Tiket

Jika anda seorang pelajar, samada sepenuh masa atau separuh masa .. sila mohon untuk mendapatkan kad diskaun khas untuk pelajar. Untuk memohon boleh baca di post ini – Cara Mohon Kad Diskaun KTMB iCard 2016
 

Isteri saya travel setiap minggu ulang-alik dari KL Sentral ke Parit Buntar guna iCard, memang jimat banyak kalau selalu travel macam ni. Malah, ada kenalan dari utara seorang doktor yang sambung belajar, gunakan iCard untuk dapat tiket murah hanya semata nak buat lokum di Alor Setar; beliau travel dari KL ke Alor Setar guna ETS setiap minggu.

Nak Pilih Tempat Duduk Sendiri

Jika anda jenis yang cerewet dengan tempat duduk, maka saya syorkan anda untuk tempah tiket KTM ETS anda secara online. Dari situ anda boleh pilih tempat duduk yang selesa untuk anda, almaklumlah tempat duduk dalam ETS ini ada banyak jenis. Ada yang disediakan meja khas, ada yang mengadap sesama sendiri, ada yang membelakangkan kedudukan hala tren dan ada yang berada berdekatan dengan pintu atau tempat letak barang.

Jika anda travel bersama anak-anak, elok gunakan servis tempahan tiket secara online ini, jadi anda boleh pilih tempat duduk anda dengan anak-anak agar berdekatan samada mengadap atau sebaris. Jika susah nak online, boleh buat request di kaunter pembelian tiket ETS … in Sha Allah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan anda.

Jangan Tinggal Solat

Sebagai seorang Muslim, anda tidak terlepas untuk tunaikan tanggungjawab menunaikan solat 5 waktu. Jangan risau, di dalam tren ETS ada ruang solat yang selesa .. boleh memuatkan sehingga 3 orang dewasa. Ruangan untuk ambil wudhuk juga disediakan di tempat solat. Bagaimana nak tentukan kiblat? Ok .. dalam surau tersebut ada kompas tentukan kiblat .. jadi pastikan anda mengadap kiblat pada waktu niat dan angkat takbir pertama. Seterusnya solatlah seperti biasa ketika tren sedang bergerak. Janji, jangan tinggal solat anda. Insya-Allah.

16 Tips dan Panduan Menaiki Tren ETS

Orait, begitulah adanya sedikit sebanyak perkongsian, tips serta petua untuk anda yang mungkin sedang memikirkan untuk travel dengan naik KTM ETS ini. Perkhidmatan ETS semakin hari semakin popular dan ia mula menjadi antara pilihan pengangkutan travel yang selesa dan menjimatkan.

Kalau anda nak tahu, ramai student yang travel dengan ETS untuk balik kampung hujung minggu atau semasa cuti atau ketika tiada kelas. Malah, ada lecturer di tempat saya (USM Transkerian) yang gunakan ETS untuk hadiri bengkel atau mesyuarat (tugas rasmi) di Kuala Lumpur. Katanya, ia lebih jimat, agak selesa .. dan boleh buat ‘kerja’ dalam tren jika nak dibandingkan dengan menaiki kapal terbang. Sampai KL, leh tempah perkhidmatan UBER .. hehehe.

Semoga artikel yang saya tulis ini dapat dimanfaatkan ramai … apatah lagi musim perayaan nak dekat, jadi bolehlah pilih perkhidmatan ETS ini untuk pulang bercuti di kampung halaman atau mungkin untuk percutian weekend getaway. Insya-Allah, ia menjimatkan masa dan wang anda serta selamat .. 🙂

Kredit sumber : Blog Hasrul Hassan

Pertemuan mencuit hati membibitkan kisah cinta antara Rose Ashiya dan Isaac di dalam ETS, jangan lupa dapatkan novel DIA, MY LOVE karya novelis Zan Zarida di pasaran. Kisah cinta yang sweet dan gerenti best untuk dibaca.

Impian vs Angan-Angan

Sejenak saya berfikir, mengapa impian perlu diiringi oleh angan-angan? Mengapa pula angan-angan kemudiannya hanya tinggal angan-angan?

Berfikir sambil mencari jawapan, yang akhirnya akan menjadi satu angan-angan jika ianya hanya berada dibenak fikiran. Tanpa diluahkan dan dirancang, ia hanyalah gambaran akan sesuatu perkara yang tidak pasti.

Impian, menyamai keinginan yang sering kita tanamkan didalam minda separa sedar kita. Melafazkan setiap hari kata-kata yang sama, sehinggakan seperti impian sudah tercapai.

Bagaimana angan-angan yang hanya gambaran kosong mampu ditukar menjadi impian berisi?

Saudara, apabila seseorang mula berangan-angan, sebenarnya beliau telah memasang impian. Sekiranya kita mendengar seorang rakan memberitahu, aku ingin memiliki sebuah banglo empat tingkat beserta sebuah kereta Jaguar atau Ferrari, jangan terus menghukum rakan tersebut dengan kata-kata, “Berangan je la kau”.

Kata-kata yang saudara lemparkan kepadanya mampu menghancurkan semua angan-angan dan impian beliau.



Begitu juga saudara, tatkala sudah yakin dengan impian, tiba-tiba datang seseorang kepada saudara dan berkata perkara yang sama seperti yang saudara katakan kepada rakan tadi, apa perasaan saudara ketika itu?

Tidak salah untuk berangan-angan, asalkan semua angan-angan disertakan dengan impian. Ditambahkan pula dengan matlamat dan perlu dicatat diatas sekeping kertas. Saudara perlu membacanya setiap hari supaya saudara tidak lupa akan impian tersebut.

Semoga saudara sukses.

Shah Othman
Ahli perniagaan dan jurulatih perniagaan sepenuh masa.
Mempunyai kepakaran dalam melatih usahawan-usahawan kecil yang ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Bersedia memberikan khidmat seminar dan bengkel di mana sahaja para peserta inginkan.

Kredit : http://shah-othman.blogspot.com

Kisah realistik manusia biasa yang berani bermimpi dan berusaha mengejar cita-cita dipaparkan di dalam novel DHEA GADIS DREAMER

Kisah romantik komedi ini didukung oleh dua sahabat karib, Dhea dan Adli yang mempunyai sejarah hidup masing-masing. Keluarga yang bermasalah bukan alasan untuk mereka menjadi sampah masyarakat. Dhea dan Adli tidak taksub dengan cinta. Tetapi, tanpa disedari, mereka taksub dengan kehadiran antara satu sama lain.

Anda akan ketawa dan menangis melalui karya pendek Liza Nur yang sarat dengan mesej ini.

Tiap manusia berani bermimpi tetapi tidak ramai yang berani mengejar mimpi. Kisah ini memberi kekuatan kepada mereka di luar sana yang takut untuk bermimpi. Happy ending bukan hanya untuk Dhea, barangkali untuk anda juga!

SALAHKAH PERIGI MENCARI TIMBA?

Zaman sekarang ni, kita kena bersaing. Begitu juga dalam pencarian jodoh. Kalau nak sesuatu kena usaha. Kalau asyik guna kuasa menunggu, kadang-kadang jodoh tu lambat macam siput.

Tapi, masing-masing ada mata… boleh menilai mana satu intan mana satu permata. Yang penting, lelaki tu BUJANG. Kalau dah siang-siang tahu dia tu laki orang, jangan kau nak menempah MAUT pulak!

Kalau dah jumpa lelaki yang kau rasa elok agamanya, elok perangainya, tak salah sebagai perempuan nak mencuba nasib. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul.
Kadang-kadang lelaki ni ego. Dia nak biar perempuan tu nampak terhegeh-hegeh nak kat dia. Dia rasa macam satu kebanggaan pulak. Bila nampak kita macam dah give up, hah… pandai pulak dia mencari kita. Biasalah tu, dunia oh dunia!

Alah… cuba je! Selagi kita tak cuba, kita tak tahu. Percayalah pada takdir Allah. Kalau dah memang dia ditakdirkan jodoh kita, tak ke mana larinya jodoh tu. Ya tak?

Kalau nak tahu macam mana cara nak tackle lelaki yang ala-ala hati keras macam batu, boleh ikut cara Farah dalam Novel Cinta Mr Ice Block nak tackle Nasrul yang dah tujuh tahun menduda. Eh, ingat senang ke? Macam-macam cara si Farah ni buat. Muka memang kena tebal macam muka tembok. Tapi, Farah peduli apa? Dia akan mencuba sehabis daya.

Bila kena gayanya, cair jugak hati si Nasrul macam ais di bawah terik mentari!

Jadi, jangan lupa dapatkan novel terbaharu ALAF 21, CINTA MR ICE BLOCK daripada novelis Zulfati Hanis. Pasti takkan menyesal.

3 BAHAN JE BOLEH JADI CANTIK

DALAM keadaan cuaca panas terik, kita biasanya berasa dan keinginan sering terarah kepada minuman berais. Situasi sama turut berlaku kepada kulit apabila organ terbesar pada tubuh ini mudah menjadi kering disebabkan kehilangan air dan lembapan yang banyak.

Untuk kulit muka pula, disebabkan ia sering terdedah kepada cahaya matahari menjadikan pengeringan ketara kesannya. Ini dapat dilihat apabila kulit menggelupas, mula berkedut dan lebih merisaukan adalah jeragat yang sukar dihilangkan.

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghalang kekeringan kulit iaitu minum banyak air sekitar dua liter sehari (lebih banyak lebih baik) bagi menambah cecair yang keluar menerusi proses perkumuhan dan perpeluhan.

Selain itu, kulit perlu dibelai menggunakan pupur yang dihasilkan menggunakan bahan alami seperti timun, lemon dan oat bagi menghalang proses penuaan serta menjadikan kulit segar dan sihat.

Bagi Fyza Mohd Shah, dia hanya menggunakan tiga bahan yang mudah diperoleh dari dapur iaitu bijirin oat, timun dan lemon bagi melembapkan kulit. Sejak mengamalkannya, kulit menjadi lebih mulus dan segar. Antara kebaikan ketiga-tiga bahan ini adalah:

1. OAT

Kandungan ‘saponin’ dalam oat membantu menyingkirkan kotoran yang ada dalam liang pori. Bahan ini juga bersifat antiradang dan menyembuh. Lemaknya pula sangat berguna untuk melembapkan kulit manakala vitamin A dalam oat boleh mencerahkan tompokan hitam pada wajah serta memudarkan parut jerawat. Juga berkesan untuk mencerahkan kulit akibat kesan tompokan cahaya matahari.

2. TIMUN 

Timun kaya vitamin C dan asid kafeik yang berfungsi melegakan kulit terutama mereka yang mengalami radang atau luka kecil. Bagi yang mempunyai banyak jerawat aktif, timun sangat sesuai disapu kerana ia dapat mengurangkan bengkak dan kemerah-merahan.

Selain itu, timun juga bersifat menyegar dan menyejukkan, ia juga mampu membantu mengurang lingkaran hitam bawah mata dan meredakan tompok hitam pada kantung mata. Kandungan air dalam timun juga sangat tinggi, justeru sayuran ini dapat menambah kandungan air pada kulit menjadikan kulit jadi segar, anjal dan lebih sihat.

3. LEMON

Lemon kaya vitamin C dan berfungsi mencerahkan kulit serta mengecilkan liang pori.

BAHAN-BAHAN HASIL PUPUR KULIT 

– 1 batang timun dibuang kulitnya

– 1/2 biji lemon

– 3 hingga 4 sudu oat

Semua bahan ini dicampurkan dan dikisar menjadi pes. Sapukan pada kulit muka selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Boleh diamalkan dua atau tiga kali seminggu untuk kesan optimum.

BESARKAN ANAK DENGAN PEMAKANAN SIHAT

Setiap ibu bapa mahupun penjaga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesihatan anak mereka terutama melalui penyediaan makanan berkhasiat. Ini kerana aspek pemakanan satu perkara asas dalam menentukan tahap kesihatan selain menjamin tumbesaran sihat.

Penyediaan makanan berkhasiat sesuai dengan tahap usia anak tidak boleh dipandang remeh kerana hakikatnya, semua kanak-kanak mampu membesar dengan baik melalui pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Walaupun kebanyakan ibu bapa kini sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas masing-masing, aspek penyediaan makanan sihat kepada anak perlu dijadikan keutamaan.

Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad berkata, masakan yang disediakan di rumah kebiasaannya mengandungi khasiat yang diperlukan kanak-kanak terutama makanan disediakan sendiri ibunya selain tidak mengandungi bahan berbahaya.

Ibu yang menyediakan sendiri masakan di rumah juga mengelak daripada mencampurkan sebarang bahan penambah rasa secara berlebihan selain mengekalkan kebersihan dan kesegaran bahan masakan antaranya sayuran atau ikan yang dibasuh dengan bersih.

“Walau sesibuk mana sekalipun si ibu yang bekerja, memasak sendiri hidangan untuk dinikmati suami dan anak bukan saja mampu mengekalkan tahap kesihatan sekeluarga malah pada masa sama, menambah keharmonian hidup bekeluarga.

“Si ibu tidak perlu memasak hidangan yang rumit dan memerlukan masa lama untuk menyediakannya, cukup sekadar memasak hidangan ringkas, namun berkhasiat seperti sup sayur yang mengandungi khasiat dan penyediaannya juga pantas,” ujarnya.

Dr Zubaidi berkata, penyediaan makanan di rumah turut dapat mengekalkan tahap kebersihan berbanding makanan yang dibeli di luar.

“Ibu bapa juga pasti gembira dan puas melihat anak membesar dengan sihat menerusi pengambilan makanan yang disediakan sendiri dan pada masa sama dapat mengajar anak untuk mengambil makanan berkhasiat.

“Didikan awal daripada ibu bapa mengenai makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran ternyata penting supaya si kecil dapat menerima makanan itu dan menjadikannya antara hidangan rutin mereka,” katanya.

Menurutnya, selain memasak sendiri hida-ngan, ibu bapa juga berperanan untuk memberi penerangan mengenai khasiat setiap makanan bagi memastikan anak mengetahui dan memahami kepentingan pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat.

“Terangkan kepada anak dengan cara mudah tujuan mereka perlu makan sayur, ikan, kekacang, nasi dan apa juga hidangan setiap hari. Kaitkannya dengan kesihatan supaya mereka boleh terus hidup sihat dan bermain dengan cergas.

“Selain itu, si ibu juga perlu kreatif menghidangkan hidangan makanan kepada anak dengan membuat sedikit hiasan menarik bagi menarik perhatian mereka walaupun ia bukanlah makanan kegemaran si kecil anda,” katanya.

Dr Zubaidi berkata, biar apa juga alasan, peranan si ibu dan bapa amat penting dalam menentukan tahap kesihatan anak.