Archives for December 2021

8 TIPS PENCEGAHAN PENCULIKAN ANAK ANDA

Dari tahun 2012 sehingga 2017, terdapat 482 kes kanak-kanak bawah umur 12 tahun dilaporkan hilang di Malaysia. Dengan mengambil statistik pada tahun 2017 pula, boleh dikatakan purata empat orang kanak-kanak hilang untuk setiap hari di negara ni. Bagaimanapun, angka ni termasuk dengan kes-kes lain seperti remaja lari dari rumah, kanak-kanak yang diculik untuk tebusan, pemerdagangan kanak-kanak, ataupun eksploitasi seksual. Walaupun ada di antara mereka ni yang balik dalam keadaan selamat, tapi ada juga yang sampai sekarang masih lagi belum ditemui.

Berikut ialah tips untuk memastikan anda sentiasa berjaga-jaga:

1. Pastikan komunikasi terbuka antara anda dan anak-anak anda. Maklumkan kepada anak-anak anda tentang semua maklumat penting tentang anda. Mereka perlu tahu nombor telefon bimbit anda, nombor telefon rumah, serta alamat mereka sendiri.

2. Jangan ambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali. Ia mungkin kedengaran mudah untuk diberitahu tetapi tidak mudah untuk melaksanakannya. Jika seseorang yang tidak dikenali menawarkan apa-apa kepada anak-anak anda, mereka perlu bertanyakan kepada anda terlebih dahulu. Tetapi dengan ketiadaan anda, adalah lebih baik mereka tidak terima sama sekali. Oleh itu, pastikan anda info ini diterapkan di rumah.

3. Sentiasa berteman. Sekiranya anak anda pergi ke tempat yang mereka belum pernah pergi sebelum ini atau tidak begitu mengetahui keadaan tempat itu, mereka dinasihatkan supaya membawa teman yang dipercayai bersama-sama.

4. Menolak sebarang jenis pelawaan. Kanak-kanak tidak mudah menerima pelawaan atau bantuan. Jadi ia sangat pelik sekiranya anak anda adalah sebaliknya. Beritahu mereka supaya tidak menerima sebarang jenis pelawan ataupun bantuan untuk sesuatu.

5. Katakan kepada anak anda bahawa anda adalah orang yang paling boleh dipercayai. Hubungan terbaik antara ibu bapa dan anak-anak adalah apabila anak-anak sangat mempercayai ibu bapa mereka untuk berkongsi apa sahaja dengan ibu bapa tentang sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa. Adalah penting untuk mengetahui apabila sesuatu atau seseorang mengganggu anak anda.

6. Fahamkan anak-anak anda bahawa anda bukan sengaja mengintip. Jika anak anda masih muda dan mudah terpengaruh, lebih baik anda memantau aktiviti online mereka kerana di sinilah pemangsa biasanya bersembunyi. Jelaskan kepada mereka tentang jenayah ‘cyber’ yang semakin berleluasa. Dan anda bukanlah sengaja mencipta alasan untuk mengintip mereka.

7. Kepantasan dan menjerit sebagai perisai. Sekiranya seseorang mengejar anak anda atau memaksa mereka masuk ke dalam kereta, tindak balas yang terbaik adalah menjerit dan bertindak dengan cepat untuk menyerang serta melarikan diri – dengan syarat penyerang tidak mempunyai senjata berbahaya.

8. Mewujudkan pelan tindakan. Sekiranya anak anda hilang dalam kawasan orang ramai  yang sibuk, mereka akan tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk bertemu dengan anda.

Pastikan keselamatan anak-anak anda diutamakan. 

Sumber: Ask Legal, News 24

APA TINDAKAN KITA BILA ANAK BAWA PULANG MARKAH RENDAH?

Bulan lepas, ramai ibu dan ayah ke sekolah berjumpa guru kelas anak-anak untuk melihat perkembangan pembelajaran mereka.

Kak Min gerenti, pasti ada dalam kalangan ibu dan ayah yang ‘warning’ anak-anak dek merosotnya keputusan mereka.

Betulkah tindakan kita begitu? Jom kita tengok apa kata Cikgu Mohd Fadli Salleh.


1. Bertenang. Jangan nak terus marah-marah. Jangan cepat bertukar menjadi singa ya!

2. Bantu dia. Marah tidak dapat menyelesaikan masalah. Ajak anak sama-sama belek soalan dan tengok soalan mana yang dia jawab salah.

3. Kesan kecuaian mereka. Ajar dia teknik paling senang untuk curi markah.Macam banyak contoh yang saya share selalu kat Telegram saya.

4. Jangan terlalu mendesak. Jangan juga aim terlalu tinggi jika anak kita perlahan dan agak slow dalam pelajaran. Namun jangan biarkan juga. Bantu dia. Jangan push dia untuk faham soalan berat dan aras KBAT yang tinggi.

Budak ni, bila kena push benda susah bagi mereka, mereka akan cepat give up dan down. Lagi mereka benci mata pelajaran tersebut.

Maka, bantu saja mereka cara cari markah untuk soalan senang. Guide sikit-sikit pun sangat okey dah. Selalu ingatkan mereka jangan cuai dan semak kembali.

Aku tahu, ini semua tugas guru. Aku saja berkongsi cara dan tips guru ajar anak di sekolah untuk ibu bapa yang nak bantu anak di rumah. Jika ada bantuan di rumah, lagi cepat anak kita faham.

Jika tak nak bantu nak serah pada sekolah 100% pun tak apa juga. Aku tak paksa kalian ajar anak. Aku cuma ajak. 🙂

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

8 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Berasal Daripada Istilah Melayu

8 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Berasal Daripada Istilah Melayu

Bahasa merupakan satu bentuk komunikasi yang sangat telus, sehingga membolehkan pengambilan terma atau istilah tertentu yang berasal daripada sesuatu jenis bahasa, ia digunakan atau diangkat sebagai terma rasmi dalam bahasa lain.

Bahasa Melayu tidak terkecuali. Dalam penggunaan bahasa seharian, sering kali kita akan menggunakan perkataan-perkataan bahasa Melayu yang sebenarnya diambil daripada bahasa lain, seperti bahasa Inggeris atau Arab.

Tetapi bagaimana pula dengan bahasa lain yang meminjam daripada bahasa Melayu? Ada ke? Ada! Banyak sebenarnya. Bagaimanapun, untuk hari ini mari kita melihat 8 perkataan bahasa Inggeris yang sebenarnya dicedok daripada istilah dalam bahasa Melayu.

1. “Amok”

Digunakan dalam bahasa Inggeris bagi menggambarkan tindakan seseorang yang sedang marah, perkataan ‘amok’ sebenarnya datang daripada istilah Bahasa Melayu ‘amuk’ tanpa ada perubahan maknanya. Perkataan Inggeris ‘amok’ mula digunakan secara rasmi sejak tahun 1665, selepas pelawat ke Tanah Melayu mendapati dalam kalangan lelaki Melayu ada satu sindrom di mana seseorang boleh mengamuk dan marah-marah, sehingga sanggup membunuh semua individu yang ada di sekelilingnya.

Contoh penggunaan : “The father ran amok without realizing he is not wearing any pants.”

2. “Bamboo”

Siapa sangka perkataan ini datang daripada istilah Bahasa Melayu, sila angkat tangan! Perkataan ini sebenarnya datang daripada perkataan ‘mambu’ yang merujuk kepada sejenis tumbuhan (pokok mambu). Kedatangan orang Belanda meminjam perkataan itu kepada ‘bamboes’, bagi merujuk kepada pokok buluh. Kenapa? Tidak diketahui kenapa orang Belanda menggunakan nama ‘pokok mambu’ untuk merujuk pokok buluh. Bagaimanapun, istilah Belanda itu lekat dengan ejaan ‘bamboo’ diperkenalkan dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1586. Istilah ‘bambu’ juga wujud dalam kamus bahasa kita tetapi hanya di Indonesia, mereka menggunakannya secara meluas.

Contoh penggunaan : “Stop hitting your son with the bamboo stick.”

3. “Cananga”

Zaman sekarang dah tak ada dah orang Melayu menamakan nama anak-anak mereka dengan nama bunga. Kalau ada pun, jarang sekali ditemui. Apa kata untuk bakal anak perempuan anda kelak, namakan dia dengan nama ‘Cananga’? Cananga diambil daripada istilah ‘kenanga’ yang kita gunakan bagi merujuk kepada pokok kenanga, yang dijumpai di kawasan sekitar kita. Bukan setakat nama ‘kenanga’ dipinjam, malahan nama spesisnya turut sama menggunakan istilah asalnya iaitu ‘canangium.’

Contoh penggunaan : “Don’t step on the cananga please.”

4. “Cockatoo”

Sejenis burung yang dikatakan pandai bercakap, istilah ‘cockatoo’ yang digunakan dalam bahasa Inggeris datang daripada istilah Belanda ‘kaketoe’ yang sebenarnya dipinjam daripada istilah bahasa Melayu ‘kakatua.’ Istilah ‘cockatoo’ mula dimasukkan ke dalam kamus bahasa Inggeris sejak tahun 1634.

Contoh penggunaan : “The cockatoo wings is hurt, so it cannot fly.”

5. “Durian”

Admin tidak pasti mengapa ejaan ‘durian’ diambil tanpa dilakukan sebarang perubahan pada ejaannya, berbeza dengan perkataan-perkataan lain dalam senarai ini. Perlu ke admin perkenalkan apa itu durian? Baiklah. ‘Durian’ adalah sejenis buah berduri yang kebiasaannya berwarna hijau gelap atau coklat, mempunyai isi berwarna kuning yang rasanya sangat padu. Bagaimanapun, bukan semua orang tahan dengan bau durian yang agak kuat aromanya. Perkataan ‘durian’ direkodkan ke dalam Bahasa Inggeris sejak tahun 1588.

Contoh penggunaan : “Let’s eat a lot of durian when we visit Malaysia!”

6. “Gambier”

Gambir adalah istilah yang digunakan oleh kita untuk merujuk kepada sejenis tumbuhan yang banyak didapati di negeri Sarawak. Dikenali sebagai penawar sakit gigi yang sangat mujarab, khasiat gambir adalah kesan kebasnya yang mampu membuatkan seseorang dapat melawan kesakitan. Walaupun demikian, lebih ramai orang lelaki menggunakan gambir untuk perkara tertentu. Istilah gambir dalam bahasa Inggeris adalah ‘gambier’, dengan ejaannya sedikit sahaja diubah untuk membezakan cara sebutannya sejak tahun 1800.

Contoh penggunaan : “Try to put some gambier on your tooth ache. It will help to sooth things out.”

7. “Rattan”

Apabila dilihat dalam senarai ini, baru admin perasan majoriti istilah pinjaman ke bahasa Inggeris meliputi tumbuh-tumbuhanlah. Samalah seperti ‘rattan’, perkataan asalnya adalah rotan yang mewakili sejenis tumbuhan berbatang yang keras dan tahan lasak. Selain itu, rotan juga digunakan oleh orang Melayu sebagai kata kerja yang selalu diucapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Istilah ‘rattan’ telah pun dipinjam bahasa Inggeris sejak tahun 1606.

Contoh penggunaan : “All my furniture are made of rattan as I like the look of it.”

8. “Sarong”

Salah satu trend fesyen yang tak pernah ketinggalan zaman sama ada secara tradisional atau pemakaian moden, kain sarung merupakan aksesori yang terkenal di seluruh dunia – hasil ciptaan dan rekaan orang Melayu zaman dahulu. Boleh dipakai oleh lelaki dan wanita, warga barat kerap mengenakan ‘sarong’ ketika memakai baju mandi, membolehkan tubuh mereka dapat dilindungi daripada pandangan-pandangan liar. Istilah ‘sarong’ dijadikan penggunaan secara rasmi bahasa Inggeris sejak tahun 1830 dan sehingga kini popular untuk digayakan setiap masa.

Contoh penggunaan : “Please wear sarong if you are planning to wear that bikini.”

Sumber: https://iluminasi.com

Malay Words in English (PDF)

BANTU ANAK-ANAK KUASAI MATA PELAJARAN MATEMATIK DI RUMAH

Cikgu Mohamad Hakim ada berkongsi mengenai silibus Matematik tahap 1 yang semakin tinggi arasnya.

Kak Min percaya pasti ramai ibu dan ayah bersetuju dengan pandangan cikgu, kan?

Jadi macam mana cara kita nak bantu anak-anak? Jom kita tengok apa kata Cikgu Mohamad Hakim.

——————————————————————————————————-

Pernah tak kalian cuba-cuba buka buku teks anak-anak? Belek apa yang mereka belajar ketika di sekolah. 

Ini adalah silibus terkini bagi subjek Matematik Tahun 3.

Nampak mudah bagi kita, tapi arasnya agak tinggi bagi anak-anak kita.

Tahun 6 pun masih ada yang terkapai-kapai dengan kemahiran ini. Apatah lagi untuk murid Tahun 3.

Aku bukan nak kondem silibus terkini. Aku cuma nak ajak kalian sebagai ibu bapa untuk turut sama bantu anak-anak ketika di rumah.

Tanpa bantuan, anak kalian akan jauh tertinggal di belakang.

Bagaimana nak bantu? Tak susah pun. Cuba ikut cara-cara di bawah:

1. Mengenal nombor. 

2. Jadikan sifir sebagai aktiviti harian.

3. Bantu anak kuasai operasi asas.

4. Jadikan soalan perkaitan sebagai aktiviti hari-hari.

– 1 tahun = 12 bulan
– 1 bulan = 28/29/30/31 hari
– 1 minggu = 7 hari
– 1 hari = 24 jam
– 1 jam = 60 minit
– 1 minit = 60 saat


Ini pun dah sangat-sangat membantu. Cubalah.

Kredit:

FB Mohamad Hakim

10 Cara Menenangkan Diri

10 Cara Menenangkan diri anda

Kita semua sering bimbang dan kecewa dari semasa ke semasa. Ini sebahagian daripada hidup yang normal, bukan? Tetapi apa yang berlaku apabila kegelisahan atau kemarahan menguasai diri anda dan anda tidak boleh bertenang? Pada ketika ini, mampu menenangkan diri sendiri lebih mudah dikatakan daripada dilaksanakan.

Oleh sebab itu, beberapa strategi perlu dikenal pasti supaya dapat membantu anda apabila anda merasa cemas atau marah. Berikut adalah petua yang boleh membantu dan anda boleh mencuba  ketika anda perlu menenangkan diri.

1. Bernafas dengan baik

“Pernafasan adalah teknik nombor satu dan paling berkesan untuk mengurangkan kemarahan dan kecemasan dengan cepat,” kata Scott Dehorty, LCSW-C, daripada Kesihatan Perilaku Delphi.

Terdapat pelbagai teknik pernafasan untuk membantu anda menenangkan diri. Salah satunya  adalah pernafasan secara satu per tiga. Pernafasan ini memerlukan anda untuk mengambil satu nafas dalam dan kemudian menghembus nafas sepenuhnya sambil memberi perhatian kepada badan anda.

Sebaik sahaja anda berasa selesa dengan pernafasan yang mendalam, anda boleh mengubah nisbah penyedutan dan pernafasan kepada 1:2 (anda menyedut nafas secara perlahan-lahan sehingga dua kali sedutan nafas anda).

Berlatih teknik ini sambil bertenang sehingga anda tahu bagaimana untuk melakukannya apabila anda cemas.

2. Mengakui ketika anda cemas atau marah

Biarkan diri anda mengakui dan melepaskan rasa cemas atau marah. Apabila anda melabelkan bagaimana perasaan anda dan mengakuinya, kebimbangan dan kemarahan yang anda alami mungkin berkurangan.

3. Mencabar pemikiran anda

Sebahagian daripada wujudnya perasaan cemas atau marah adalah kerana pemikiran yang tidak masuk akal atau ‘overthinking’. Pemikiran ini selalunya adalah mengenai ‘senario yang lebih buruk.’ Anda mungkin akan sentiasa berfikir tentang ‘jikalau berlaku begini, apa akan terjadi?’. Perkataan ‘Jikalau’ itu akan mewujudkan pemikiran yang lebih buruk di dalam minda anda.

Apabila anda mengalami salah satu pemikiran ini, hentikan dan tanya diri anda soalan-soalan berikut:

• Adakah ini mungkin berlaku?

• Adakah ini pemikiran yang rasional?

• Adakah ini pernah berlaku kepada saya sebelum ini?

• Apakah yang paling teruk yang boleh berlaku? Bolehkah saya mengendalikannya?

Apabila tercetusnya soalan begini, anda perlu menyusun semula pemikiran anda dan mencari jawapan yang positif. Bukan, “Saya tidak boleh berjalan di jambatan itu. Bagaimana jika ada gempa bumi dan jatuh ke dalam air?” Beritahu diri sendiri, “Ada orang yang berjalan di jambatan itu setiap hari dan tidak pernah jatuh ke dalam air.”

4. Melepaskan kebimbangan atau kemarahan

Dehorty mengesyorkan untuk memulihkan emosi atau melepaskan kemarahan dengan bersenam. Pergi berjalan-jalan atau berlari. Melibatkan diri dengan beberapa aktiviti fizikal untuk membantu anda menenangkan dan merasa lebih baik.

Tetapi bukan dengan melepaskan kemarahan dengan menumbuk dinding atau aktiviti-aktiviti yang negatif.

5. Bayangkan diri anda di dalam keadaan tenang

Petua ini memerlukan anda mengamalkan teknik pernafasan yang telah anda pelajari. Selepas menarik nafas dengan sedalam-dalamnya, tutuplah mata anda dan gambar diri anda tenang. Bayangkan badan anda sedang santai dan anda bekerja dalam keadaan yang menimbulkan tekanan atau kecemasan dengan tetap tenang dan terfokus.

Dengan membayangkan sesuatu yang tenang, anda boleh merujuk kembali pada imej atau situasi itu apabila anda cemas.

6. Mendengar muzik

Apabila anda berasa cemas secara tiba-tiba atau tanpa sebab, cuba ambil headphone dan dengar muzik kegemaran anda. Mendengar muzik boleh memberikan kesan yang sangat menenangkan pada tubuh dan minda anda.

7. Tukar fokus anda

Tinggalkan situasi yang merimaskan itu, tukar pandangan anda ke arah lain, keluar dari bilik atau pergi ke luar rumah untuk seketika bagi memulihkan emosi anda.

8. Santaikan tubuh anda

Apabila anda berasa cemas atau marah, setiap otot di dalam badan anda tegang. Lakukan regangan otot secara progresif supaya dapat membantu anda menenangkan diri.
Untuk melakukan ini, baring di atas lantai dengan kedua-dua tangan anda di sebelah badan. Pastikan kaki anda tidak bersilang. Bermula di jari kaki anda dan beritahu diri anda untuk melepaskan ketegangan di otot-otot anda. Perlahan-lahan bergerak ke atas badan, beritahu diri anda untuk melepaskan ketegangan di bahagian tubuh anda sehingga anda sampai ke kepala anda.

9. Tuliskannya
Jika anda terlalu marah atau tidak tahu bagaimana ingin meluahkannya, ambil jurnal dan tulis perasaan serta pandangan anda ketika itu. Jangan bimbang tentang ayat yang tidak lengkap atau tanda baca. Anda hanya perlu tulis saja. Penulisan membantu anda menghilangkan pemikiran negatif daripada kepala anda.
Anda boleh mengambil langkah seterusnya dan membuat pelan tindakan untuk terus bertenang apabila anda selesai menulis.
 
10. Dapatkan sedikit udara segar
Suhu dan peredaran udara di dalam bilik dapat meningkatkan tahap cemas atau kemarahan anda. Sekiranya anda berasa tegang dan ruang anda berasa panas, ini boleh mencetuskan serangan panik.
Keluarkan diri anda dari persekitaran itu secepat mungkin dan pergi ke luar, walaupun sekadar untuk beberapa minit.
Bukan sahaja udara segar membantu menenangkan anda, tetapi juga perubahan pemandangan kadangkala boleh membantu proses pemikiran anda yang sedang marah.

Sumber artikel: Healthline.com

MENDIDIK ANAK? PERINGKAT KETIGA PALING MENCABAR…

Kak Min kongsikan bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, mungkin ibu bapa di luar sana boleh cuba pratikkan ya…

1.  Umur anak-anak 0-6 tahun

Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang secara adil dan sama rata kepada setiap anak. Tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Ini untuk membina hubungan yang rapat dengan anak supaya anak dapat merasai kita adalah teman terbaik mereka dan kita akan menjadii rujukan yang terbaik buat mereka. Mereka akan merasa selesa dan selamat dalam meniti usia kecil kerana kita ibu bapa akan selalu ada di sisi mereka setiap masa mereka perlukan.

2. Umur anak-anak 7-14 tahun.  

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadits Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa atau menyakitkan, cuma sekadar untuk mengingatkan mereka. Ini untuk mereka merasa tanggungjawab dan dapat membina dan memupuk keperibadian seorang muslim yang terbaik.

3. Umur anak-anak 15- 21 tahun.

Peringkat umur yang mencabar kerana pada ketika ini jiwa anak-anak mudah memberontak dan mudah dipengaruhi. Pada peringkat ini ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan anak-anak. Fahami jiwa mereka, selalu berbual dengan mereka, berkongsi rasa dan perasaan mereka. Jadilah pendengar yang baik kepada mereka supaya sumber rujukkan dan pendengar masalah mereka adalah bermula di rumah bukan di luar. Ini akan memudahkan kita ibu bapa membimbing mereka.

4. Umur anak 21 tahun dan ke atas. 

Peringkat umur untuk kita sebagai ibu bapa memberi kepercayaan kepada anak-anak. Memberi kebebasan kepada anak-anak dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapa pada peringkat anak usia ini hanya perlu pantau dan berikan nasihat yang terbaik buat anak-anak. Insya-Allah dengan didikan yang telah kita berikan sejak dari peringkat 2 anak-anak mampu membentuk tingkat laku yang terbaik. Iringi doa buat mereka anak-anak setiap masa.

“Masa Kecil anak-anak tidak akan berulang dua kali, gunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk kita mendidik anak-anak menjadi muslim yang terbaik.”

Sumber : Di ambil dari pelbagai sumber di Google.

8 AKTVITI YANG MAMPU MEMBANTU PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR ANAK-ANAK. MANA YANG PALING MUDAH?

Setiap aktiviti ini mampu membantu anak-anak dalam pembelajaran. Kak Min kongsikan aktiviti yang mampu dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Kak Min pun ada juga pratikkan aktiviti ini dengan anak buah Kak Min. Jom buat…

 

1. Aktiviti Padankan Bayang-Bayang.

Pelbagai tema atau buku padankan bayang-bayang boleh digunakan untuk aktiviti nini bagi anak-anak berumur 7 tahun ke bawah terutamanya. Latihan seperti ini menerapkan latihan mengecam sesuatu benda melalui simbol-simbol persamaan yang terdapat pada sesuatu gambar. Pelbagaikan aktiviti ini dengan suaikan, padankan, menggunting atau menampal. Latihan sebegini perlu untuk kanak-kanak bagi memastikan psikomotor halus mereka terus meningkat dan sentiasa ada kemajuan bagi menguatkan kemahiran menulis.

Di ambil daripada buku aktiviti Didi & Friends Mana Bingo & Tong Tong

2. Mendengar bunyi atau muzik.

Dengarkan pelbagai jenis muzik dalam pelbagai bahasa.  Aktiviti ini mampu membantu deria pendengaran anak-anak supaya lebih peka terhadap bunyi. Aktiviti seperti ini mampu membantu kepekaan deria pendengaran anakl-anak.

3. Bercerita.

Ibu bapa luangkan masa untuk bercerita apa sahaja cerita tidak kira cerita lucu, teladan, cerita haiwan mengikut kegemaran anak-anak. Atau boleh menggunakan buku yang mempunyai gambar sahaja. Ceritakan berdasarkan gambar dan buat bunyi-bunyi yang ada supaya cerita lebih menarik. Ini mampu meningkatkan daya kreativiti anak-anak.

4. Membacakan buku cerita bergambar.

Gunakan buku cerita bergambar yang berwarna-warni. Ini mampu membantu anak-anak meningkatkan deria melihat anak-anak. Sambil kita bacakan buku, sambil kita tunjukkan gambar.

5. Bermain alat mainan.

Pelbagaikan alat mainan terutamanya yang mempunyai bentuk dan warna. Aktiviti ini mampu membantu anak-anak membezakan pelbagai bentuk dan warna yang ada.

6. Melukis.

Lakukan aktiviti melukis bersama anak-anak. Melukis apa sahaja menggunakan pelbagai medium seperti pensel warna, water colour, pen, pensel. Aktivit ini mampu meningkatkan daya sensitivitii deria pancaindera. Juga memberikan kepuasan kepada kanak-kanak untuk mengambarkan emosi mereka.

Di ambil daripada buku akitviti Ramadan Omar & Hana.

7. Bermain ply dooh.

Bebaskan anak-anak bermaian membentuk atau membuat apa sahaja menggunakan playdooh. Aktiviti bermain ply dooh ini mampy membantu perkembangan dan penguasaan kemahiran motor halus anak-anak kerana aktivtii ini menggunakan jari untuk menggentel, menguli,mencubit dan memicit setiap play dooh.

8. Berenang.

Aktiviti ini mampu meningkatkan motor halus dan kasar. Kerana dengan berenang mampu meningkatkan daya keberanian, kepintaran, kecerdasan dan pelbagai lagi.

Bermain sememangnya penting bagi kanak-kanak untuk memastikan mereka dapat berkembang dari segi emosi, fizikal dan sosial. Oleh itu, kanak-kanak seharusnya diberi peluang dan hak untuk bermain bagi memenuhi keperluan mereka. Selamat mencuba ya!

Kredit : Pelbagai sumber daripada Google.

14 AMALAN MURAH REZEKI

Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakan manusia. Admin ada kongsikan tips bagaimana pengurusan kewangan jika anda memerlukan.

Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah.

Admin akan cuba untuk kongsikan amalan untuk murah rezeki supaya kita dapat amalkan bersama-sama.

Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.

 

#1 Memperbanyakkan Beristighfar

Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,

Firman Allah SWT maksudnya: “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”
(Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi SAW; “Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

 

#2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

#3 Hindari Dosa

Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.

Nabi SAW bersabda maksudnya :“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

 

#4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

 

#5 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan, sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

#6 Banyakkan Bersedekah

Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah.

Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.

Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”
(Al Baqarah: 261)

 #7 Membantu Mereka Yang Lemah

Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi; “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya; “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

#8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insya-Allah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain, insya-Allah Allah akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud; “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

#9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia

Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita, semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda; “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

#10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang

Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali, “Wahai Ali! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah sesaorang pun ikut singgah di situ.

Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh di tengah lautan.”

#11 Solat Dhuha

Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi; “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

#12 Sentiasa Bersyukur

Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.

Firman Allah SWT; “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

#13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah

Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hamba-Nya.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” 

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” 

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” 

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”  (Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)

#14 Bertawakal Kepada Allah

Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah; “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Semua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja Itu sahaja perkongsian daripada kami tentang amalan untuk dimurahkan rezeki.

Sumber: http:quranicgen.com/

APAKAH MOTIVASI TINGKAH LAKU ANAK?

Selalu sangat Kak Min perhatikan, bila anak-anak mengamuk… mak ayah pun beri gajet untuk diamkan anak. Usah kata oranglah, anak buah Kak Min pun macam tu juga.

Tapi bila dah selalu begitu, anak-anak akan terbiasa. Jom kita baca perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Konsultan Keibubapaan mengenai hal ini.

————————————————————————-

KONSEP

Sebarang tingkah laku kanak-kanak yang di’upah’ dengan habuan yang menyeronokkan akan menyebabkan kanak-kanak mengulangi tingkah laku itu.

CONTOHNYA:

Anak mengamuk, ayah/ibu berikan gajet untuk mendiamkan anak. 
Anak gembira. Anak diam.
Ayah ibu senang hati.
Ulang lagi.
Anak mengamuk, ayah/ibu upah anak dengan gajet untuk mendiamkan anak. Anak gembira. Anak diam.
Ayah ibu senang hati sebab anak diam.
Ulang lagi.
Anak mengamuk, ayah/ibu upah anak dengan gajet untuk mendiamkan anak. Anak gembira. Anak diam.
Ayah ibu lega sebab anak diam.
Begitulah ulang dan ulang lagi.

KESANNYA…

Anak mula kaitkan tingkah lakunya dengan habuan gajet.
Dia mula dapat ‘akal’.

APA ‘AKAL’ ANAK?

Apabila anak mahukan gajet, dia akan mengamuk. 
Kenapa? 
Dia tahu bila dia mengamuk, dia akan dapat gajet sebagai habuan.
Dia mengamuk. Dia dapat habuan.
Dia mengamuk lagi. Dia dapat habuan lagi.
Bestnya mengamuk.

AKHIRNYA…

Ibu bapa salahkan anak yang selalu mengamuk.
Ibu bapa membuat kesimpulan jika anak mengamuk satu-satunya jalan adalah dengan beri habuan gajet.
Orang dewasa salahkan iPhone, Huawei, Oppo, Samsung dan seangkatan dengannya kerana menyebabkan anak-anak zaman sekarang selalu mengamuk dan tidak ‘behave’.
Orang dewasa salahkan anak ketagih gajet.
Anak-anak zaman sekarang dilabel teruk tak macam mereka kecik-kecik dulu.

Anak juga yang dipersalahkan. 
Ibu bapa kononnya tidak boleh berbuat apa-apa.
Ibu bapa kononnya menjadi mangsa anak sendiri.

Bagi yang cintakan ilmu dan ingin tahu dengan lebih lanjut, bolehlah baca dan kaji tentang Operant Conditioning.

Kredit: FB: Noor Afidah Abu Bakar

————————————————————————-

Selepas ini, kalau anak buah Kak Min mengamuk mahukan gajet, Kak Min akan pastikan ada sekali diberikan buku yang boleh diguna pakai bersekali dengan gajet tersebut. Contohnya Buku Cerita Bergambar Didi & Friends 3D AR. Ha… sambil membaca bolehlah bermain.

KISAH-KISAH MISTERI SEORANG PENYELAM LAUT DALAM

Kisah-kisah misteri seorang penyelam laut dalam.

Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai pengakuan seorang penyelam dasar laut (nama dirahsiakan) di US yang telah menulis di Reddit mengenai pengalaman anehnya sepanjang 20 tahun bekerja sebagai seorang penyelam dasar laut commercial (Deep sea diver).

Mungkin benar atau tidak, tapi saya tetap percaya bahawa laut merupakan kawasan makhluk-makhluk yangg tidak pernah kita lihat dari segi fizikal mahupun ghaib. Ini semua termasuk dalam kekuasaan dan pengetahuan Allah semata-mata.

“Saya seorang penyelam laut dalam yang bekerja dengan sebuah syarikat yang membuat kerja-kerja penyelaman untuk tujuan komersial dan juga ketenteraan. Khidmat-khidmat seperti ‘salvage & rescue’ (pemulihan dan pertolongan), ‘deep sea demolition’ ( letupan di lautan dalam) ‘rig n vessel repair’ ( pembaikian kapal dan rig ) dan pelbagai lagi kerja penyelaman yg tidak dibuat oleh orang biasa.


kredit: google


Sudah beratus ekspedisi selam dilakukan dan kebiasaannya memang normal. Tetapi ada juga kejadian yangg tidak masuk akal dan menakutkan. Ini membuatkan saya berfikir masak-masak sama ada untuk bersara dan membuat kerja lain.

——————————————————————————————————

Peristiwa 1 : Duit cengkerang kerajaan lautan dalaM
——————————————————————————————————-
Satu hari kami diberi tugasan khas untuk membaiki kapal di lautan dalam. Jarak laut dengan daratan mungkin dalam 300 batu nautika. Ketika melakukan tugasan, salah satu propeller kapal menghadapi kesukaran akibat tersangkut dengan tali-tali tebal jala pukat kapal tunda. Saya mengenakan sut selam dan terus ke bawah kapal utk memotong tali-tali pukat. Saya membawa sebuah beg kedap udara berisi peralatan yg diperlukan. Selesai kerja, saya masukkan semula peralatan ke dalam beg tersebut dan naik semula ke atas kapal.

Tapi, satu perkara pelik berlaku. Ketika membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg tersebut penuh dgn cengkerang siput yg beraneka jenis. Yangg menariknya, setiap cangkerang tersebut seolah-olah ada tulisan dan simbol yangg tidak menyerupai bahasa manusia dan ia seperti satu matawang kerana setiap cangkerang mempunyai tulisan hieroglif yg menggambarkan ia mempunyai nilai. Saya terus bertanya kepada penyelam senior yang lain dan mereka pun pernah mengalami perkara yang sama. Namun, mereka buat tak tahu dan bawa balik ke rumah sebagai kenangan.

——————————————————————————————————
Kisah 2 : Operasi mencari jet pejuang tentera
——————————————————————————————————
Satu hari kami diberi tugasan dari tentera udara US yg bertaraf Level 4 iaitu ‘Sangat Rahsia dan Sulit.’ Ia melibatkan operasi mencari satu jet pejuang tentera yg terhempas di lautan Atlantik. Kami diberi taklimat oleh Pegawai Operasi bahawa tugas kami adalah untuk mengenal pasti lokasi kapal terbang terhempas dan melakukan penyelaman utk memastikan keadaan bangkai pesawat di dasar laut. Difahamkan dua orang juruterbang terhempas bersama.

Dua orang juruselam termasuk saya ditugaskan unttk turun ke bawah. Kami dibawa oleh kapal tentera ke lokasi jet yg disyaki terhempas. Kami dipakaikan peralatan selaman laut dalam dan diturunkan menggunakan kabel jauh ke dalam laut. Perlu difahamkan yg peralatan kami guna dan pakai bukan seperti scuba gear, sebaliknya kami memakai pakaian besi berupa seperti astronaut kerana tekanan bawah laut sedalam lebih 300 meter adalah tersangat kuat.

Dari kejauhan, kami dapat lihat bangkai tersebut terletak di dasar laut. Anehnya, bangkai jet tersebut terletak di satu tempat seperti padang pasir yang tidak ada apa pun di sekelilingnya. Kebiasaannya, pasti ada terumbu mati atau benda-benda lain di sekeliling kapal yangg terhempas ke dasar laut.

Tiba di bangkai jet, kami tidak nampak sebarang kerosakan atau apa-apa kecacatan pun pada badan, sayap atau kokpit jet. Ini mustahil kerana kapal terbang yg terhempas dan kelajuan tinggi menjunam ke laut ibarat terhempas ke atas simen konkrit. Ia pasti akan berkecai dan sisa-sisanya bertaburan.

Apa yang lebih pelik, ketika kami mengintai ke dalam kokpit, tidak ada mayat juruterbang di dalamnya. Kami hanya melihat gambar keluarga juruterbang terselit di tempat duduk. Yang lainnya tidak ada tanda-tanda menunjukkan ada juruterbang di dalam kapal tersebut. Pegawai Operasi mengesahkan sepatutnya ada dua juruterbang yang memandu jet pejuang itu.

Kami terus melaporkan kepada penyelia operasi dan selesai kerja kami, tentera mengambil alih operasi dan tidak ada lagi berita mengenai operasi tersebut.



——————————————————————————————————-
Peristiwa 3 : Buih udara siapa?
——————————————————————————————————-
Satu lagi peristiwa misteri dan menakutkan berlaku di satu lokasi laut dalam bagi tujuan pencarian sisa-sisa kapal.

Kebiasaannya bergantung kepada kerumitan dan besarnya sesuatu projek, minima akan ada dua penyelam manakala dua lagi akan berada di atas kapal bagi tujuan menyelia serta menjaga peralatan penyelam di dalam laut.

Satu cara utk mengenal pasti kedudukan penyelam di dalam laut adalah berdasarkan buih-buih yg timbul di permukaan air. Bila seorang penyelam bernafas ke luar, udara akan dilepaskan daripada peralatan dan buih akan naik ke atas. Dengan cara ini, mereka di atas boleh tahu sama ada penyelam berada di mana dan dalam situasi bahaya atau tidak.

Saya berada di atas kapal dan ditugaskan menjaga peralatan penyelam yg berada di bawah lautan. Selepas tempoh lebih kurang 40 minit operasi selam, kelihatan lebih kurang 10 meter satu jujukan buih udara yg timbul ke permukaan laut.  Memandangkan kami berada ratusan kilometer dari darat dan tiada kapal lain yang menjalankan operasi selain kapal kami, maka mustahil ada penyelam lain terlibat sekali.

Saya terus beritahu penyelia projek dan beliau kata mungkin arus yg membawa buih tersebut. Kemudian, kami di atas bot terdengar bunyi seperti jeritan haiwan yang amat nyaring datang dari laut kemudian sunyi sepi. Kami terus memberi isyarat kepada penyelam-penyelam dan bertanya jika ada apa-apa yang aneh berlaku. Semua normal di dalam laut kata mereka.

Tetapi penyelia projek dan kru di atas kapal berasa tidak sedap hati dan memberi isyarat kepada penyelam-penyelam untuk naik ke atas. Firasat penyelia itu tepat sekali kerana kira-kira 20 meter, mereka dapat lihat seperti satu kumpulan buih yg amat banyak sedang bergerak ke lokasi penyelam mereka.

Kami terus diarahkan untyk menarik penyelam ke atas secepat mungkin dan walaupun ini amat membahayakan nyawa penyelam kerana mereka tidak dpt melalui proses decompress dengan cara yg betul, tetapi ia lebih baik daripada dikejar gelombang buih dalam lautan yangg mereka pun tidak tahu apa sebenarnya.



——————————————————————————————————-
Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang.
——————————————————————————————————-
Sebahagian daripada tugas saya sebagai penyelam laut dalam dalam syarikat ini memerlukan kami menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) untuk masyarakat setempat bergantung kepada kepakaran kami. Salah satunya adalah menolong pihak berkuasa tempatan dalam operasi penyelamat jika berlaku sebarang bencana alam atau kemalangan.

Saya masih ingat lagi, satu tragedi di mana sebuah jambatan gantung telah roboh dan mengakibatkan berpuluh-puluh kenderaan jatuh ke dalam sungai di bawahnya. Kami dipanggil oleh pihak berkuasa utk membantu operasi menyelamat dan mengenal pasti jika ada mangsa yg hidup atau mati di dalam sungai.

Kami sebagai juruselam profesional dengan bertahun pengalaman sudah lali melihat bangkai kenderaan terhempas atau karam di dasar lautan. Kebiasaannya ia adalah kenderaan tentera atau komersial dan mangsa atau mayat yangg ditemui merupakan orang dewasa. Tetapi dalam kes ini ia sangat tragis kerana kebanyakannya adalah kenderaan awam dan mayat-mayat yg dikenal pasti adalah keluarga dan kanak-kanak yang dalam perjalanan bercuti sekolah.

Hari pertama kami membantu bomba dan medik unttk menyelam ke kawasan sungai yang deras dan dalam airnya. Keadaan air yg keruh dan kelam juga tidak menolong kami untuk mencari mayat. Kami dapat lihat kelibat pelbagai kenderaan berada dalam lubuk dan bertimpa antara satu sama lain. Saya dan seorang lagi penyelam ditugaskan mencari seberapa banyak mayat dan dibawa naik ke atas.

Hari pertama kami berjaya mengeluarkan enam mayat terdiri daripada dewasa dan juga kanak-kanak. Masih banyak lagi mayat yang dipercayai belum dijumpai berdasarkan anggaran kematian dan kehilangan orang oleh ketua operasi menyelamat.

Esoknya saya menyelam berseorangan kerana rakan seorang lagi terpaksa membuat tugasan lain. Saya mula menyelam dan mencari mangsa di dalam sebuah bas persiaran. Kelihatan bas sudah remuk kerana terhempas ke dasar sungai dan harapan untuk mencari badan mangsa dalam keadaan baik mungkin tipis. Saya masuk ke dalam mengikut tingkap bas dan pelik melihatkan keadaan dalam bas seolah-olah tidak ada penumpang. Bas tersebut hampir kosong. Saya mula risau jika ada pemangsa besar seperti ikan atau buaya yg mendiami sungai itu dan memakan mayat-mayat penumpang.

Kemudian, saya beralih arah ke satu kenderaan minivan. Seperti tadi, tiada mayat yg dijumpai dan saya cuba utk bersangka baik bahawa ada penyelam lain yang telah tolong membawa mayat ke daratan. Tiba-tiba dari jauh, saya dapat lihat satu kelibat manusia berpakaian penyelam yang masuk ke dalam satu bangkai kereta tak jauh dari kedudukan saya. Hati saya mula lega kerana ada penyelamat lain menolong. Saya berenang menghampiri penyelam itu untuk membantunya.

Tetapi ada sesuatu yg tidak kena pada penyelam tersebut. Pakaian selam dan peralatan skubanya kelihatan agak lusuh sementara tangki skubanya sudah ada kesan karat dan berlumut. Sebagai seorang penyelam, ini adalah satu perkara yg paling tidak selamat dan profesional.

Saya hanya memerhati sahaja dari jarak 4 meter utk memantau penyelam tersebut. Tiba-tiba saya tersedar suatu perkara. Tiada buih udara yg keluar dari peralatan skubanya dan sepatutnya tidak ada penyelam lain yangg ditugaskan utk operasi penyelamatan selain syarikat saya. Saya menghampiri perlahan-lahan penyelam misteri tersebut dan saya cuba menarik perhatiannya. Dia masih sibuk mengeluarkan mangsa di dalam kereta itu. Tidak puas hati, saya berenang ke sebelahnya dan mencuit bahunya.

Apa yg berlaku kemudian membuatkan saya tergamam sekejap. Bila dia menoleh, saya dapat lihat ke dalam topeng skuba dan mukanya seperti daging reput yg telah lama di dalam air dan tiada mata dalam bebola melainkan dua biji cahaya merah. Lumut hijau menyelubungi badannya dan tangannya terasa seperti tulang.

Saya mula panik dan terus berenang secepat mungkin naik ke atas permukaan air. Dari belakang, saya dapat dengar suara daripada makhluk penyelam itu berkata: “Come back here. We need to help them!”

Esoknya, saya terus demam dan dikecualikan daripada mengikut operasi tersebut.



——————————————————————————————————-
Peristiwa 5 :  Makhluk apakah itu?
——————————————————————————————————-
Sebagai seorang penyelam laut dalam, sudah banyak jenis binatang laut dan ikan yg saya jumpai. Ada yang biasa, ada yang jarang ditemui dan ada juga yang tidak dikenal pasti spesies apa binatang tersebut.

Salah satu peristiwa yg menakutkan berlaku ketika kami membuat operasi mencari serpihan kapal di sebuah tempat di perairan Caribbean. Ia salah satu tempat yg lain dari biasa kerana airnya sangat jernih dan tidak sesejuk lautan atlantik.

Untuk tugasan ini, saya dan seorang lagi rakan penyelam diturunkan menggunakan platform besi dengan dinding kawat besi di sekelilingnya. Walau bagaimanapun  platform  tersebut terbuka di atasnya untuk memudahkan kami keluar dan naik ke atas permukaan.

Pemandangan yang jelas di dalam air yg jernih membolehkan kami menikmati suasana di dalam laut ketika diturunkan. Pelbagai hidupan air di terumbu karang dapat dilihat dan kawanan ikan berenang ke sana sini.

Ketika kami di kedalaman kira-kira 50 m, suasana sudah berubah dan air kelihatan biru dan kelam. Tidak ada bunyi atau kelihatan ikan-ikan melainkan mereka sahaja. Susana hening itu tiba-tiba berubah menjadi cemas kerana kami terasa seperti ada sesuatu benda yg besar melanggar platform kami dari bawah. Kami yg terkejut terus melihat ke bawah platform. Apa yang kami lihat sangat menakutkan kami.

Kami dapat lihat satu bayangan makhluk berupa ikan gergasi berukuran kira-kira 15m panjang dan 6m lebar sedang berenang di bawah platform kami. Ia berlegar-legar mengelilingi kami seolah-olah mengawasi penurunan platform tersebut. Saya cuba mengecam jenis ikan, tetapi sukar kerana penglihatan kelam dan ikan tersebut berada kira-kira 200 kaki daripada kami. Kami segera memberi isyarat ke atas kapal menandakan ada kecemasan.

Tiba-tiba kami merasakan suasana menjadi kelam dan ada bayangan bergerak di atas kami. Ikan gergasi itu kini sedang berenang di atas platform dan kali ini saya dapat lihat dengan lebih jelas makhluk tersebut. Ia lebih menyerupai jerung, tetapi kulitnya berwarna coklat kehitaman dan bersisik2 seperti cengkerang. Giginya pula seperti taring kecil, tetapi berlapis-lapis sgt tajam seperti pengisar. Kami tidak pernah melihat ikan tersebut sepanjang kami menyelam atau di mana-mana dalam buku atau gambar. Ia berenang-renang di atas kami seolah-olah sedang menunggu masa untuk kami keluar dari platform.

Kali ini rakan penyelam saya sudah mula panik dan memberi isyarat untuk naik ke atas. Tiba-tiba saya terasa satu hentakan di tepi dinding platform sehingga kami terhumban ke tepi. Dinding keluli itu remuk dan ternampak satu bentuk hentakan sehingga jelas kelihatan seperti muncung ikan. Saya terus menggunakan flare kecemasan dan membakar serta membalingnya keluar platform.

Kami dapat lihat ikan gergasi tersebut menjauhi platform dan kami terus beri isyarat kepada kapal supaya menarik kami ke atas. Kami tidak sanggup utk meneruskan operasi lagi. Ini bunuh diri namanya.

Sebaik sahaja kami naik ke atas, kami dapat lihat dengan jelas betapa remuknya dinding itu dan satu kali lagi hentakan sudah pasti akan meruntuhkan dinding dan kami akan terdedah pada maut….