Archives for December 2021

KENALI 5 ANAK IBLIS & TUGASANNYA

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada menukilkan dalam karya agung beliau, Dahsyatnya Tipu Muslihat Iblis (Talbis Iblis) tentang berwaspada terhadap muslihat iblis.

Daripada Zaid bin Mujahid, beliau berkata, “Iblis mempunyai lima anak dan mereka ada tugas yang tersendiri.”

Mahu kenal anak-anak kesayangan mereka iblis?

  1. TSABR : menyertai manusia yang sedang ditimpa musibah agar manusia itu meronta, berteriak, memukul pipi dan wajah, meratap dan tidak rela, menolak ketetapan ALLAH SWT bahkan mempersalahkan-NYA.
     
  2. A’WAR : memperdaya dan menjerumuskan manusia ke lembah maksiat serta zina.
     
  3. MISWATH : membawa dan menyebar luas dusta serta fitnah.
     
  4. DASIM : memutuskan silaturrahim dan memecahbelahkan hubungan kekeluargaan khususnya di antara suami isteri.
     
  5. ZAKNABUR : bertugas menjadi penguasa pasar bagi mendorong penipuan dalam timbangan dan segala bentuk kejahatan ekonomi. Mungkin juga pembohongan testimoni salah satu daripada kerjanya juga.

Beringatlah wahai ibu bapa pada zaman moden sekarang… pantang nampak perkataan Arab yang sedap, pasti diletakkan sebagai nama anak mereka. Arab-arab juga, makna perlu diselidik terlebih dahulu. Jangan namakan anak-anak kita dengan nama-nama anak iblis ini pula!

APABILA TERLALU SIBUK BERKERJA KITA ABAIKAN PERKARA PENTING INI.

FAEDAH MEMBACA BAGI KANAK-KANAK YANG DIABAIKAN OLEH IBU-BAPA.

1. Membaca melatih otak anak
Membaca adalah satu tugas yang lebih kompleks dari menonton televisyen. Dengan membaca, ia dapat menguatkan jalinan-jalinan di dalam otak.

2. Membaca akan memperbaiki konsentrasi anak
Membaca memerlukan anak untuk duduk dan fokus. Jika ini dipraktikkan dan menjadi rutin, ia dapat melatih tahap konsentrasi anak.

Mulakan pembacaan awal dengan buku bergambar

3. Membaca mengajar anak tentang dunia di sekelilingnya.
Membaca membuka minda anak untuk mengetahui banyak perkara. Apabila membaca satu perkataan, dia mungkin bertanya pelbagai soalan.

4. Membaca akan menambah perbendaharaan kata dan meningkatkan skil bahasa anak.
Membaca akan mendedahkan anak dengan perbendaharaan kata yang lebih banyak dan ini akan meningkatkan skil membaca, menulis dan percakapannya.

5. Membaca akan membina imaginasi anak.
Membaca membuka dan meningkatkan imaginasi anak kerana anak suka membayangkan dan kemudian dia akan membina ayat untuk setiap pertanyaan.

6. Membaca akan banyak membantunya ketika di sekolah.
Anak yang mahir membaca adalah lebih berjaya ketika di sekolah.

7. Membaca juga adalah salah satu bentuk hiburan kepada anak.
Membaca juga boleh menjadi salah satu bentuk hiburan dengan mempelbagaikan aktiviti membaca seperti puzzle, suaikan, kuiz dan sebagainya.

8. Membaca boleh merehatkan anak dan menenangkannya.
Membaca memerlukan anak duduk dengan tenang. Ia dapat merehatkan minda dan juga badan.

Kredit sumber : Sirap Limau

KENAPA MATA MANUSIA BERBEZA-BEZA WARNA?

Mata merupakan organ unik yang berfungsi untuk mengesan rangsangan cahaya dan mempunyai bahagian otot paling aktif. Tahukah anda, anda boleh berkedip lima kali dalam satu saat?

Bukan itu sahaja, mata juga mempunyai pelbagai warna yang terbentuk daripada pigmentasi iris dan tindakbalas iris terhadap cahaya yang menembusinya. Berikut merupakan warna mata mengikut peratusan populasi di dunia;

Coklat

79% manusia mempunyai mata berwarna coklat. Warna tersebut terhasil daripada kandungan melanin yang tinggi di dalam iris, membuatkan mata berwarna coklat gelap atau coklat muda.

Warna mata ini sering terdapat dalam komuniti di Asia Timur, Asia Tenggara dan Afrika.

Ibu bapa bermata coklat belum tentu menghasilkan anak berwarna mata sama kerana variasi gen yang berbeza.

 

Biru

8 hingga 10% populasi dunia mempunyai mata berwarna biru yang terjadi disebabkan kandungan melanin yang rendah di lapisan hadapan iris. Dalam satu kajian oleh penganalisis dari Universiti Copenhagen, warna mata ini disebabkan satu mutasi genetik yang berlaku 10,000 tahun lalu.

Mutasi tersebut menghalang penghasilan melanin di dalam mata yang sepatutnya berlaku secara genetik. Populasi yang mempunyai warna mata ini kebanyakannya berasal di Eropah di mana Finland menjadi negara teramai rakyat bermata biru (89%).

Hazel

Warna hazel berlaku dari percampuran melanin dan penyebaran elastik cahaya dari zarah yang diameternya kurang daripada kira-kira 1/10 panjang gelombang (wavelength) cahaya. Hanya 5% populasi dunia mempunyai mata berwarna hazel.

Amber

Seperti pemilik mata hazel, 5% penduduk dunia memiliki warna mata amber. Warna ini terbentuk dengan kewujudan pigmen kuning bernama lipochrome yang membuatkan iris kelihatan berwarna tembaga dan keemas-emasan, membuatkan warna ini sukar dibezakan dengan warna hazel.

Jarang dijumpai dalam kalangan manusia, warna mata ini sering dilihat pada burung, ikan dan anjing.

Hijau

Warna mata ini cukup unik dengan hanya 2% populasi dunia bermata hijau. Warna ini terhasil daripada kandungan melanin yang rendah, kewujudan pigmen kuning lipochrome dan warna biru. Warna mata ini sering dimiliki di Barat, Utara dan negara di pusat Eropah.

Kelabu

Seperti mata biru, warna ini disebabkan kekurangan melanin di lapisan hadapan iris. Warna kelabu terjadi disebabkan penyebaran elastik cahaya dari zarah yang diameternya lebih besar dari panjang gelombang (wavelength) cahaya. Warna mata ini sering dijumpai dalam kalangan penduduk di Utara dan Timur Eropah.

Merah/Violet

Mereka yang mengalami albinisme sering mempunyai warna mata berwarna ungu atau merah. Hal ini disebabkan tahap melanin yang sangat rendah, menyebabkan salur darah dapat dilihat.

Heterochromia

Heterochromia merupakan fenomena yang jarang berlaku di mana seorang individu mempunyai dua warna mata berbeza. Ia boleh terjadi sejak lahir disebabkan genetik ataupun kerana kecederaan dan penggunaan ubat-ubatan.

Walau bagaimanapun, heterochromia yang disebabkan kecederaan dan reaksi ubat jarang berlaku berbanding faktor genetik.

Antara masalah genetik yang menyebabkan heterochromia berlaku ialah sindrom Bloch-Sulzberger, sindrom Horner’s dan sindrom Parry-Romberg.

Kredit artikel: Siakap Keli

AYAH, ANAK LELAKI DAN ERTI MASKULINITI

Peranan seorang ayah bukan hanya bekerja dan berusaha mencari rezeki dan memberi nafkah untuk keluarga. Ini hanyalah salah satu daripada banyak lagi peranan yang sama penting.

Kita sering bercakap tentang peri pentingnya figura ayah kepada anak perempuan, seolah-olah ayah itu tidak penting untuk anak lelaki. Seolah-olah ayah tidak perlu beri tumpuan kepada anak lelaki dan ayah tidak perlu berlemah lembut kepada anak lelaki. 

Walaupun anak lelaki manja dengan ibu, mungkin kerana sifat seorang ibu yang lebih membelai dan menyentuh emosi anak, sering mengalirkan air mata kerana anak, dan tertawa bersama anak, tetapi anak lelaki AMAT memerlukan figura ayah untuk mengajar mereka bagaimana caranya untuk menjadi seorang LELAKI. 

Ini adalah peranan yang tidak dapat dimainkan oleh ibu kerana ibu hanya boleh bercakap tentang teori tetapi tidak dapat tunjukkan caranya untuk diteladani anak lelaki.

Menjadi lelaki bukan hanya kelihatan maskulin, sado, dan bergaya macho. 
Ia lebih dari itu. 

1) Ayah yang lebih suka melepak dengan KAWAN hingga ke jauh malam dan ketika cuti, termasuklah ketagih melayan whatsapp grup, bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi pemimpin yang meletakkan keluarga sebagai PRIORITI satu hari nanti.

2) Ayah yang sering berlagak SOMBONG, menghina dan kasar dengan orang bawahan, pekedai, pekerja asing, penjaja, dan mereka yang berada di bawah bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki belajar HORMAT-MENGHORMATI sesama manusia.

3) Ayah yang gemar bergurau tentang SEKS, bergurau tentang poligami, dan perkara lucah sehinggakan semua perkara diseksual dan dilucahkan tanpa rasa jijik dan bersalah bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki membesar menghormati kaum wanita dan MELINDUNGI WANITA.

4) Ayah yang tidak mematuhi PERATURAN dan undang-undang, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dengan sengaja, mengambil sesuatu yang bukan haknya atau bukan hak keluarga atau anak-anak, menipu pembayaran, tidak membayar saman, membuang sampah keluar kereta, bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi individu yang BERAKHLAK DAN BERINTEGRITI dalam masyarakat kelak. 

5) Ayah yang sering TIADA kerana kesibukan dan tidak cuba mencuri masa ketika anak dan isteri memerlukan bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi individu yang PEDULI DAN PRIHATIN tentang isu dan masalah keluarga.

6) Ayah yang MALAS membantu kerja-kerja rumah, tidak sama-sama menguruskan anak-anak dan merasakan semuanya harus dipikul oleh isteri atau ibu bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi seorang suami dan ayah yang BERTANGGUNGJAWAB. 

7) Ayah yang tidak pernah MENGAJAK anak lelaki solat berjemaah bersama, tidak memberi penekanan kepada soal aqidah dan ibadah, bukanlah teladan yang baik untuk anak lelaki menjadi PEMIMPIN KELUARGA yang sakinah, mawaddah dan rahmah. 

Peranan seorang ayah kepada anak lelaki lebih dari mencari nafkah dan menjadi simbol gagah dan sado.
Anak lelaki belajar erti kelelakian dan menterjemahkan erti maskuliniti melalui apa yang dilihat, ditunjukkan dan dinasihati oleh seorang ayah. 
Ia akan meninggalkan kesan yang lebih kekal dan berpanjangan dalam diri seorang anak lelaki berbanding pengaruh rakan-rakan.

Kita berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal.

Kredit:
FB Noor Afidah Abu Bakar | Parent Connect Consultancy

15 TEKNIK HEBAT MENDIDIK ANAK-ANAK DARIPADA DATUK DR SHEIKH MUZAPHAR

Datuk Dr Sheikh Muszaphar seringkali berkongsi pelbagai tip mengenai keibubapaan di dalam Instagram beliau. Beliau sangat rapat bersama anak-anak dan sering meluangkan masa bersama mereka walaupun kita tahu beliau seorang yang sibuk.Memiliki empat orang anak hasil perkahwinan bersama Datin Dr. Halina Mohd Yunos. Dua daripada anak beliau adalah kembar.

Suka Kak Min nak kongsikan tip di bawah sebagai panduan kepada ibu bapa lain.

_______________________________________________________

Ikuti 15 tips daripada Dr Sheikh Muszaphar ini dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi insan berjaya.

1. Say ‘I love you’ pada setiap anak at least 10 times a day.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.

3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Strict with your rules at the same time full of love.

6. Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.

7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine.

8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10. Never say ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’.

11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Identify signs of stress & reschedule.

15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.

Kredit Instagramdrsheikhmuszaphar

TISU BASAH SEBAGAI ALAT ISTINJAK?

Istinjak dengan menggunakan tisu basah menurut kaedah istinjak selain air mutlak berdasarkan Mazhab Syafi’e tidak menepati syarat yang sempurna. Jika sesuatu proses menghilangkan najis tidak menepati syarat-syaratnya, maka proses itu tidak sah. Maksudnya seseorang itu masih lagi dikira sebagai menanggung najis.

Ini kerana tisu itu bersifat basah sedangkan antara syarat sah menggunakan bahan selain air untuk istinjak seperti bahan-bahan kesat (batu), ia mestilah kering sebagaimana yang disebut dalam kitab Nihayatul az-Zein fi Irsyad al-Mubtadi’in:

“Manakala syarat-syaratnya (istinjak dengan batu atau seumpamanya) menurut keadaan zatnya mestilah ia (batu atau bahan kesat) dalam bentuk pepejal (jamid), suci, mampu menanggalkan (objek najis), tidak dihormati dan tidak basah. Manakala bahan yang dihormati ialah makanan manusia atau jin.”

Imam Nawawi dalam kitab Raudah at-Tolibin menjelaskan bahawa beristinjak dengan bahan yang lembap atau basah tidak sah hukum penyucian itu:

“Jika seseorang itu beristinjak dengan batu yang lembap atau selainnya, maka ia tidak sah menurut pendapat yang sahih.”

Meskipun pada zahirnya nampak najis itu hilang, namun hakikatnya ia masih lagi kekal dan bercampur dengan bahan yang basah itu sedangkan bahan yang bercampur dengan najis tidak boleh menyucikan najis. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Ramli dalam kitab Nihayah al-Muhtaj:

“Jika seseorang beristinjak dengan batu yang basah, maka tidak sah istinjak itu kerana basahan itu menjadi najis dengan najis yang pada tempat (keluar najis), kemudian batu menajiskan tempat itu, maka hendaklah menggunakan air.”

Hukum fiqh dikeluarkan oleh para ulama melalui nas-nas syarak sama ada daripada al-Quran mahupun Sunnah, bukan melalui logik akal semata-mata. Jika merujuk kepada amalan-amalan Rasulullah SAW dalam beristinjak dengan batu, tiada riwayat yang menunjukkan baginda beristinjak dengan bahan pepejal yang basah. Jika ia akan menghilangkan ain (objek) najis, sudah tentu baginda akan mempraktikkan cara itu seperti membasahkan batu atau kain.

Sumber buku: 99 Soal Jawab Viral Netizen

Wanita Berhadas Besar Diharuskan Baca al-Quran Berbentuk Zikir & Doa

Setiap bulan, ada beberapa hari tertentu kaum Hawa tidak dapat menunaikan solat disebabkan uzur.

Begitu juga dengan al-Quran yang ditinggalkan sementara sehingga mereka benar-benar suci daripada hadas besar.

Persoalannya, bolehkah golongan wanita berhadas besar itu membaca ayat-ayat al-Quran yang menjadi kelazimannya saban hari seperti bacaan tiqa qul sebelum tidur?

Menjawab soalan itu, majoriti ulama melarang wanita membaca al-Quran dalam keadaan haid.

Itu merupakan pandangan ulama Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali.

Adapun, sebahagian ulama Mazhab Maliki membenarkannya di samping belajar dan mengajarkan al-Quran.

Sementara Imam Ibnu Munzir, al-Syaukani dan al-San’ani berpandangan, jika wanita yang menghafaz al-Quran dan ingin mengulangi hafalan, maka dia diharuskan membaca al-Quran untuk mengulangi hafalan.

Imam al-Nawawi pula menyatakan, ia hanya boleh dibaca dalam hati sahaja tanpa menggerakkan lidah.

Jika ayat al-Quran yang berbentuk zikir harian sebagai bacaan doa, maka ia diharuskan.

Ia seperti bacaan Innalillahi wainna ilaihi rajiun pada Surah al-Baqarah, ayat 156, membaca tiga qul sebelum tidur dan selainnya selagi mana ia merupakan zikir ataupun doa, maka ia diharuskan.

Pandangan yang mengharuskan itu merupakan pendapat Imam al-Baghawi dan al-Rafie seperti dinukilkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk.

Maka, diharuskan membaca al-Quran yang berbentuk zikir dan doa dalam keadaan haid.

– Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis

4 JENIS ADIK-BERADIK YANG PERLU KITA TAHU

Ada 4 jenis adik-beradik yang kita kena tahu iaitu :

1. Sama Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Ini  semua orang tahu. Kalau seIbu dan seBapa memang adik beradik kandung.

2. Lain Ibu dan Sama Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik Beradik Sebapa

Contohnya Abah kahwin buat kali ke-2, anak-anak dari emak pertama hasil perkahwinan abah yang sama dengan anak-anak emak kedua yang juga hasil perkahwinan abah yang sama adalah adik beradik kandung. 

Muhrim dan tidak wajib tutup aurat.

3. Sama Ibu dan Lain Abah → Adik beradik kandung

Nama lain : Adik beradik seibu

Ini paling ramai orang keliru. 

So, lepas ni jangan keliru pula ye. Masih dianggap adik-beradik kandung yang mahram.

4. Lain Ibu dan Lain Abah → Adik beradik tiri

Contohnya, Ibu A kahwin dengan Bapa A dan masing-masing ada anak hasil perkahwinan sebelum ni. Anak-anak Ibu A dan Anak-anak Bapa A adalah adik beradik tiri. 

Kredit : https://www.sayaiday.com

TIPS MEMILIH BUKU CERITA BERGAMBAR BUAT ANAK-ANAK

Buku cerita bergambar adalah buku yang berisi cerita yang dilengkapi gambar illustrasi cerita tersebut. Biasanya, cerita yang terkandung dalam buku cerita bergambar adalah cerita yang mengajarkan anak akan suatu hal. Misalnya, harus patuh kepada orang tua, gosok gigi sebelu m tidur, dan sebagainya. Buku cerita bergambar juga menjadi pembelajaran yang efektif kepada anak.

1. Tajuk buku.

Tepatkah dengan karakter anak kita? Pilih buku yang sesuai dengan anak dan minatnya. Ini mampu membantu anak-anak lebih mengemari buku tersebut.

Buku-buku yang mempunyai karakter animasi.

2. Cover buku.

 Menarik atau tidak. Pilih cover yang menarik perhatian anak-anak. Cover yang berwarna-warni, warna terang dan sebagainya.

Cover yang ceria dan warna-warni.

3. Isi kandungan buku.

Lihat isinya sekilas, adakah mampu memberi pengaruh positif bagi si anak. Pilih Isi kandungan atau cerita yang baik dan memberika pengajaran buat anak-anak.

4. Gambar atau illustrasi.

Gambar atau ilustrasi dengan warna-warna gambar yang menarik. Banyak buku yang isinya bagus tapi gambarnya kurang bagus, malah memberikan kesan mengerikan. Gambar pada buku cerita bergambar ini bertujuan untuk memberikan imaginasi atau gambaran visual kepada anak. Anak akan lebih cepat menyerap dan memahami cerita yang terkandung dalam buku. Ini kerana usia anak yang masih kecil masih dalam tahap berimaginasi, berfantasi, dan bermain. Ilustrasi gambar yang terdapat pada buku cerita bergambar sangat mudah diingat dan difahami si anak. Bahkan kadang-kadang tanpa dapat membaca, anak dapat “membaca” bukunya dengan caranya sendiri, iaitu “membaca gambar”. Anak dapat membina cerita sendiri walaupun masih belum petah bercakap.

5. Perkataan atau susunan ayat.

Buku yang bagus, susunan kata-katanya sangat sederhana dan mudah difahami. Tidak berbelit-belit dan tidak terlalu panjang ceritanya. Ini supaya informasi mudah difahami, anak boleh mengingat semula informasi yang pernah diterimanya. Mungkin anak akan terbayang-bayang gambar di dalam buku bila melihat sesuatu yang sama dengan gambar tersebut. 

6. Ketebalan buku.

Haruslah kita perhatikan juga ketebalan dari buku bergambar tersebut, jangan berikan anak – anak buku yang tebal. Sudahnya anak akan berasa bosan.

Sebenarnya banyak sekali kegunaan buku cerita bergambar untuk perkembangan anak. Selain untuk mengasah pemikiran anak, buku cerita bergambar ini juga bermanfaat dalam membentuk keperibadian anak dalam cerita yang diberikan. Contohnya teladan yang diberikan daripada cerita tersebut. 

Di sunting daripada : anaksayabijak.blogspot.com

KHASIAT ASAM KEPING @ ASAM GELUGUR

Nama botani bagi asam gelugur ialah Garcinia Cambogia. Ia juga dikenali sebagai Garcinia Atroviridis. Tumbuhan liar ini banyak terdapat di negara Asia terutamanya Malaysia. Ia dijadikan sebagai sumber ekonomi dan mempunyai nilai perubatan sejak turun-temurun.

Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu selalu digunakan dalam masakan. Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil daripada air buahnya. Ia tidak bertoksik, tanpa perasa dan tidak berbau. Kandungan asam gelugur terdiri daripada 50% unsur aktif dan 70% HCA.

JOM KETAHUI KHASIAT ASAM GELUGUR.

1. Mengawal kolesterol

Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugur terhasil daripada air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolesterol (lipogenesis) dalam badan.

2. Mengurangkan berat badan

Asam gelugur membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, mengehadkan penyerapan dan pembentukan lemak, kolesterol dan pengumpulan lemak (triglycerides).

Penemuan terbaharu mendapati HCA juga dikatakan mampu menyekat selera makan seperti fungsi serotonin. HCA juga bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk penyimpanan sel sel.

Resepi air asam gelugur untuk menurunkan berat badan.

Bahan-bahannya:

  1. 3 keping asam gelugur
  2. 1 batang serai
  3. 3 biji bunga lawang
  4. 3 biji bunga cengkih
  5. 1 batang kulit kayu manis
  6. Satu helai daun pandan
  7. 1 inci halia yang diketuk
  8. 3 sudu madu
  9. 1 sudu halba
  10. 1 biji lemon yang dihiris nipis.

Caranya, rebus kesemua bahan dalam periuk sehingga menggelegak. Tapiskan badan-bahannya, ambil air. Minum satu cawan pagi & satu cawan malam setiap hari. Air lebihan boleh disimpan dalam peti sejuk & panaskan sebelum diminum.

3. Masalah penghadaman

Digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman. Minum air rendaman asam keping apabila anda mengalami masalah sembelit atau cirit-birit.

4. Merawat masalah kecacingan

Amalan meminum air rendaman asam keping membantu untuk merawat masalah kecacingan. Ia membunuh cacing dewasa dan telur cacing serta semua parasit yang ada dalam badan.

5. Tumor

Dalam amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) asam keping juga digunakan untuk merawat tumor. Pesakit yang mempunyai tumor diberikan minum air rendaman asam gelugur setiap hari.

6. Mengecutkan rahim

Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Cara pengambilannya:

* Cara pertama:

Ambil satu atau dua keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas. Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam. Minum setiap pagi dan malam. Jika diamalkan selalu insya-ALLAH perut buncit akan mengempis.

* Cara kedua:

Bilas tiga keping asam gelugur atau asam keping dengan air bersih. Masukkan dalam bekas minuman bersaiz 500 ml – 1 liter. Masukkan air panas. Jangan masukkan gula. Setelah suam, minum seperti minuman biasa sepanjang hari. Sekiranya air habis, tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya, tukarkan dengan asam keping baru.

7. Merawat masalah pencernaan & sakit perut

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah perut seperti masalah sistem pencernaan, sakit perut, kembung, sebu dan sebagainya.

8. Mengurangkan gejala reumatisme

Reumatisme adalah penyakit radang sendi yang selalu dikaitkan dengan gout dan artritis. Apabila diserang reumatisme, sendi-sendi pesakit akan terasa ngilu dan mencucuk-cucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain. Amalan meminum air rebusan asam keping membantu mengurangkan gejala reumatisme.

9. Mengurangkan tekanan darah tekanan darah tinggi

Selain itu buah asam keping dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Sebagai alternatif kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital, pesakit darah tinggi juga boleh mengamalkan air rebusan asam gelugur setiap pagi.

10. Merawat sakit telinga

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

11. Meredakan sakit gigi

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan sakit gigi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

12. Merawat kencing kotor

Asam gelugur membantu merawat masalah kencing kotor dengan cara membersihkan pundi kencing daripada bakteria yang menjadi punca masalah tersebut.

13. Menurunkan suhu badan semasa demam

Jika anda demam, boleh minum air rebusan asam jawa untuk menurunkan suhu badan yang sedang panas. Tambah sedikit madu atau gula batu kalau tak berselera nak minum air asam jawa yang masam.

14. Membantu mencantikkan kulit

Khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Asam keping adalah bahan awet muda yang membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu ia juga membantu menghaluskan kulit & mencerahkannya.

15. Mengurangkan stres

HCA yang terkandung dalam asam gelugur ini mampu meningkatkan hormon dan membuat mood menjadi ceria dan kurang stres.

16. Melancarkan menstruasi

Air asam gelugur mampu melancarkan kadar menstruasi wanita dan mengurangkan sakit senggugut. Rebus asam gelugur dan airnya perlu diminum bagi pelancaran ketika haid.

17. Mengimbang kadar metabolisme

Metabolisme dalam badan kita sering berlaku reaksi kimia yang tidak seimbang. Kandungan HCA dalam asam gelugur dapat mengimbangkan reaksi kimia tesrsebut dan membuatkan proses pencernaan lebih efektif dengan peningkatan kadar metabolisme dalam badan.

18. Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam gelugur mampu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan dan mampu meningkatkan tindak balas badan untuk melawan pelbagai jenis penyakit dengan lebih mudah.

Itulah dia 18 khasiat asam keping yang tak ramai orang tahu. Lepas ni bolehlah anda minum air asam keping selalu.

Kredit: Nurul Kasmadillawati Zakaria