Servis penghantaran makanan kini menjadi permintaan ramai. Ramai yang memilih untuk menggunakan servis penghantaran makanan kerana sibuk bekerja dari rumah. Anda pun mesti tak terkecuali kan?
Maklumlah nak jimat masa dan tenaga. Lagipun, servis penghantaran makanan sekarang sudah semakin moden. Ramai yang lagi selesa duduk rumah dengan trend baharu dalam servis penghantaran makanan ni.
1. Tambahan pelbagai kafe minuman, manisan, bakeri, gerai & sebagainya
Pilihan kedai yang ada dalam servis penghantaran makanan sebelum ini cuma restoran sahaja. Sekarang bertambah best, siap ada tambahan kafe minuman yang sedap. Kafe pencuci mulut seperti aiskrim dan kek atau roti dari bakeri pun berlambak.
Lagi satu, bukan kafe sahaja yang guna servis penghantaran makanan ini. Sekarang gerai-gerai kecil pun guna servis sama. Nak pesan dari rumah pun mudah.
2. Pembayaran tanpa tunai secara dalam talian
Sebelum ni, kebanyakan servis kena bayar secara tunai semasa penghantaran (cash on delivery). Bayangkan kalau rider tak ada duit baki yang kecil. Susah kan?
Tetapi servis penghantaran makanan sekarang dah ada sistem pembayaran tanpa tunai. Dalam musim wabak ini, kita memang digalakkan untuk cashless dan contactless demi tujuan keselamatan. Lagi senang bayar online sahaja!
3. Fungsi contactless delivery yang selamat
Dalam keadaan semasa, mesti anda sebolehnya tidak mahu ada kontak rapat dengan sesiapa. Sebab itulah servis penghantaran makanan sekarang siap ada fungsi contactless delivery. Anda boleh mintak rider tinggalkan makanan depan rumah sahaja.
4. Nikmati diskaun kalau pickup sendiri
Fungsi pickup ini berbaloi kerana dalam perjalanan balik dan nak makan di rumah tanpa perlu memasak. Katakan kedai yang anda pilih dalam servis penghantaran makanan tu berdekatan dengan rumah, boleh sahaja anda singgah ambil makanan sendiri. Siap dapat diskaun tau!
5. Rider belikan barang dapur untuk korang
Trend ni paling ramai suka terutamanya anda yang ada anak kecil. Kalau sebelum ini hanya servis menghantar makanan, tapi trend terbaru ini juga menawarkan servis membeli barang keperluan dapur.
Memang sesuai sangat untuk anda yang tidak mahu ambil risiko ke tempat awam seperti pasar raya. Anda hanya perlu pesan dan keperluan rumah akan dihantar terus ke depan pintu kediaman.
Servis penghantaran makanan dengan trend terbaru daripada foodpanda!
Apakah servis penghantaran makanan yang ada semua trend baru ni? Semestinya foodpanda! Selain perkhidmatan Delivery, foodpanda juga menyediakan perkhidmatan lain seperti Pick-Up, Shops dan pandamart untuk anda.
Bukan setakat hantar makanan, foodpanda boleh tolong belikan barang keperluan dan berbelanja secara runcit untuk anda dengan bayaran penghantaran terbaik. Tak payah keluar rumah beli barang di pasar raya lepas ini.
Tambahan pula, kod popular di foodpanda iaitu EATWITHJOY boleh digunakan sekarang sehingga 6 April 2021. Dengan kod ni, anda boleh menikmati diskaun 32%* untuk semua restoran yang ada dalam foodpanda. Syoknya!
*tertakluk pada terma dan syarat
Speak Your Mind